Anda di halaman 1dari 6

Herbert Read Pendidikan Seni di Malaysia hanya menumpukan kepada Seni Visual sahaja.

Manakala Seni Muzik pula diajar secara berasingan iaitu terpisah daripada Seni Visual di peringkat sekolah rendah dan menengah. Di sekolah menengah pula tidak semua sekolah menawarka mata pelajaran muzik n kerana ia sebagai mata pelajaran elektif sahaja. Seni teater pula cuma bertempat atau bermula di pusat pengajian tinggi seperti di Universiti Sains Malaysia. Kedua-dua cabang Seni Audio ini terbatas kepada pelajar-pelajar yang berpeluang dan bernasib baik sahaja. Oleh itu pelajar-pelajar yang berminat dalam cabang seni ini hanya menyimpan keinginan mereka sahaja tanpa diberi peluang mencuba dan menyampaikan ekspresi diri.

Sehubungan itu kita tidak mengembangkan sepenuhnya kemampuan kebolehan dan , kreativiti pelajar-pelajar menguasai seni. Mengamalkan aktiviti seni berkait rapat dengan kehendak naluri. Pelaksanaan pendekatan Multilingual adalah tidak menyekat kreativiti dan kecerdasan berfikir kanak-kanak seperti penyataan Dewey dan Holmes dalam Herbert Read (1970);

The dramatic instinct, the desire to act The artistic instinct, the desire to draw, paint and model The musical instinct, the desire to dance and sing The constructive instinct, the desire to make things

Dewey dan Holmes (1970)

Lantaran itu pendekatan Mutilingual dalam Pendidikan Seni sewajarnyalah diaplikasikan agar tidak menyekat naluri pelajar-pelajar untuk meneroka kemampuan mereka. Seterusnya tidak menyempitkan kecenderungan menjurus kepada apa kah sebenarnya pilihan corak masa depan mereka. Kita harus sedar bahawa kurikulum Pendidikan Seni sekarang hanya membenarkan mereka berlegar-legar dalam dunia Seni Visual sahaja tanpa membuka peluang seluasluasnya meneroka alam seni yang lain. Tidak semua pelajar mempunyai kecenderungan yang sama seperti minat dalam melukis tetapi melalui pendekatan Multilingual guru seni dapat mengenalpasti kedudukan kecenderungan dan potensi pelajarnya dalam aliran seni.

Pendekatan Multilingual adalah menyetujui hasrat Herbert Read (1970) bahawa drama, reka bentuk, tarian, muzik dan kraf adalah saling berkaitan dalam perkembangan personaliti yang harmoni di peringkat sekolah rendah. Oleh itu di peringkat usia muda inilah yang paling sesuai diterapkan pendekatan Multilingual. Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah awal dari pendidikan formal dan merupakan tahap kritis yang sangat penting. Di sini pelajar diberi dasar-dasar

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang akan mewarnai kehidupan interaksi sosialnya pada masa yang akan datang. Seterusnya, pada masa ia melanjutkan ke tingkat pendidikan yang lebih tinggi.

Berdasarkan pendekatan Multilingual berbagai kegiatan matapelajaran yang dianggap dasar diharapkan dapat membantu pembentukan keperibadian pelajar. Pengajaran SeniVisual, Seni Audio dan Seni Pergerakan.perlu diberikan pada peringkat ini.

Aspek-aspek dalam proses aktiviti kesenian adalah berjalan seiringan dan tidak boleh dipisahkan serta tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan jika disatukan. Di mana di dalam sesuatu aktiviti kesenian kemahiran-kemahiran seni yang berkaitan adalah bergantung di antara satu sama lain. Aktiviti kesenian tidak akan dapat dilakukan atau berdiri dengan sendirinya tanpa penglibatan daripada bidang-bidang seni yang lain;

These aspects of education are aspects of one process, and cannot be departmentalized without harm to one another. a drama, the unfolding drama of creation and discovery, a drama called growth, and it involved craft, design and dance as necessary co-operative activities.

Herbert Read (1970:224)

Penerapan Multilingual dalam Pendidikan Seni menampakkan beberapa kepentingan lain seperti yang diperkatakan oleh Fox, Diffily (2000) bahawa golongan professional telah mengenalpasti

akan pentingnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperkembangkan dalam semua bidang iaitu sosio emosipsikomotor dan perkembangan kognitif, seni kreatif, muzik, drama, pergerakan dan seni visual adalah penting sebagai menyemai perkembangan di peringkat pendid ikan awal kanak-kanak. Selain daripada perkembangan aspek-aspek seperti yang disebutkan di atas maka konsep Multilingual juga turut memainkan peranan penting dalam merujuk kepada perkembangan psikologi kanak-kanak seperti yang diperkatakan oleh P. Lamparter dalam Herbert Read (1970) semasa mereka berekspresi dalam muzik.

Kefahaman seni menjadi satu asas untuk mengembangkan pemikiran kreatif. Kefahaman seni yang mendalam itu akan membantu seseorang individu untuk mencipta dan menjana perkembangan ilmu ke arah yang lebih berkesan (Lois Fichner-Rathus, 1994). Maka sangat sesuailah pendekatan Multilingual ini bagi mewujudkan pelajar-pelajar yang kompeten dalam perkembangan ilmu.

Dengan menggabungkan Seni Visual, Seni Audio dan Seni Pergerakan dalam satu ku rikulum seni maka ia memainkan peranan untuk mengembangkan seni itu sendiri bagi menyuburkan perkembangan fizikal, emosi, jasmani, intelektual seseorang kanak-kanak ataupun remaja. Ia sesuai dengan pendapat Gibson, Rex (1996) bahawa seni dapat membantu da lam meluahkan perasaan dan emosi secara dalaman. Di mana perasaan berupaya meransang minda untuk mengenali fakta dan kemudian perasaan yang bermakna itu dapat mempengaruhi kita.

Izani Mat Il (2006) menyatakan kesenian memiliki peranan penting dalam pembentukan peribadi pelajar yang harmonis dalam logika, rasa estetis dan artistik, serta etika dengan memperhatikan keperluan dan perkembangan kanak -kanak untuk mencapai kecerdasan emosional (EQ), kecerdasan, intelek (IQ), kecerdasan adversiti (AQ), dan kreativiti (CQ), serta kecerdasan spiritual dan moral (2002:2). Oleh sebab itu Seni Visual, Audio dan Pergerakan merupakan bahagianbahagian seni yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan dan masyarakat. Mengamalkan aktiviti kesenian dapat menimbulkan kepekaan rasa dalam menanggapi seni, sikap percaya diri, kemahiran berkarya, serta menkomunikasikan idea dan keyakinannya.

Pelajar pada hakikatnya memiliki kemampuan berfikir yang sangat luar biasa, pelajar memiliki alat canggih untuk berfikir iaitu otak. Otak pelajar yang dianggap super computer akan

menghasilkan apa yang diinginkan jika dapat mengoptimakan fungsi kedua belah otak secara seimbang. Untuk dapat mengoptimakan otak tersebut kita harus mampu meransangnya dengan kegiatan yang sesuai agar kedua belah otak tersebut dapat aktif secara seimbang. Selama ini pendidikan kita masih mementingkan kegiatan yang berhubungan dengan fungsi otak sebelah kiri, sedangkan kegiatan yang berhubungan dengan fungsi otak sebelah kanan diabai an, termasuk di k dalamnya adalah pendidikan seni visual, audio dan pergerakan.

Penggabungan tiga bidang seni dalam pendekatan Multilingual ini juga sesuai dengan apa yang dinyatakan Speiry dan Orritein dalam Buzan (1999) bahawa manusia memili i dua bahagian k otak yang dihubungkan oleh jaringan sel saraf yang luar biasa kompleksnya yang disebut Corpus Callosum. Kedua bahagian ini secara dominan berhubungan dengan jenis aktivti yang berbeza. Untuk menyeimbangkan kecenderungan pendidikan sekolah terhadap otak kiri, perlu dimasukkan muzik dan estetika (budi pekerti) dalam pengalaman belajar pelajar dan memberikan umpan balik positif pada pelajar.

Cabaran pendekatan Multilingual ini juga berkait rapat dengan kajian Gardner (1993) mengenai Multiple Intelligences dalam Md. Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan (2003),

mengemukakan selain unsur kemampuan verbal dan matematika -logika, ada unsur-unsur lain yang tidak kurang pentingnya bagi perkembangan masa depan seseorang pelajar, iaitu kecerd asan muzikal, kecerdasan visual spatial, kecerdasan kinestatik, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intra-personal.

Seni Audio dan Seni Pergerakan amat berguna bagi kehidupan nyata seseorang pelajar. Cassidy (2002) dalam Izani Mat Il (2006) menyatakan seorang ahli psikologi dari University of California, Mayer menekankan bahawa anak-anak yang sedang bermain muzik, atau menyanyi akan menjadi pembaca yang lebih baik, pemikir yang lebih baik dan pembelajar yang lebih baik dari anakanak lain. Dalam Izani Mat Il (2006) juga menyatakan seorang penulis Frames of Mines , Gardner (1993) juga mengatakan bahawa ada bukti, dari ilmu psiologi dan antropologi, bahawa pengalaman muzik dalam perspektif dapat menjadi wahana yang baik untuk pendidikan awal kanak -kanak

Pendekatan Multilingual dalam Pendidikan Seni pastinya dapat mendidik keperibadian pelajar-pelajar untuk menjadi lebih berani, berkeyakinan dan mampu menyatakan perasaan diri dengan bebas dan kreatif dalam suasana terbuka di hadapan penonton-penonton. Interaksi sosial kanak-kanak berlaku semasa menjalankan aktiviti seni visul, audio dan perger kan. Mereka a berlatih bekerjasama dalam kumpulan dan mempersembahkannya.

Performance has been a way of appealing directly to a large public, as well as shocking audiences into reassessing their own notions of art and its relation to culture The work may be presented solo

or with a group, with lighting, music or visuals made by the performance artist him or herself, or in collaboration, and performed in places ranging from an art gallery or museum to an alternative space ,

Herbert Read (1970:

Melalui pendidikan muzik atau muzik sebagai media pendidikan membawa misi, iaitu proses yang bersifat kreatif ertinya pendidikan muzik memberi kontribusi untuk mengoptimakan potensi yang ada pada pelajar-pelajar, sesuai dengan keperluan individu, sosial dan budaya warga masyarakat yang tercermin dalam cara berfikir, bersikap dan bertindak (Rohidi,2000:5).

Pendekatan Multilingual dalam Pendidikan Seni Visual adalah satu perkara baru dalam pendidikan di Malaysia. Kita tidak terkejut jika didapati para guru Pendidikan Seni Visual dan masyarakat tidak pernah mendengar dan memahami apa itu multilingual . Seperti pada sedikit masa dahulu masyarakat dan para intelektual heboh memperkatakan tentang teknologi maklumat tetapi akhirnya masyarakat kini kian mengerti dan boleh menerima komputer dan teknologi maklumat sebagai pembaharuan yang membawa rahmat kepada yang pandai berurusan dengannya.

Sesuatu perubahan perlu dilakukan dalam dunia seni di Malaysia demi kepentingan masa hadapan jenerasi baru dan juga kepentingan seni Malaysia dapat dikekalkan supaya ma rtabat seni dapat dipertingkatkan lagi. pengorbanan dan kerjasama Pendekatan Multilingual dalam Pendidikan Seni memerlukan daripada semua pihak termasuklah daripada pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia, pensyarah dan guru Pendidikan Seni, ibu bapa, pela dan seterusnya jar masyarakat keseluruhannya.

Sebagai cabaran, pengajaran Seni Visual, Audio dan Pergerakan jika dikendalikan dengan baik maka akan dapat memberikan banyak sumbangan dalam meningkatkan kreativiti pelajar. Kerana pentingnya pengajaran ini maka dalam pelaksanaannya perlu disiapkan keadaan -keadaan yang memberikan kemungkinan pada pelajar untuk menyalurkan bakat dan kreativitinya secara optima. Untuk itu bukan sahaja diperlukan kemudahan yang memadai tetapi juga persedian pih akpihak yang bertanggung jawab terhadap pendidikan Seni Visual, Audio dan Pergerakan, termasuk sebagai pengelola sistem instruksional. Oleh sebab itu, di samping menguasai strategistrategi pembelajaran Seni Visual, Audio dan Pergerakan, guru -guru yang mengajar diharapkan mampu menerapkan teori-teori yang melandasi ketiga-tiga seni tersebut.

Anda mungkin juga menyukai