Anda di halaman 1dari 17

1

1.0 Pengenalan
Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera,
seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan
diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk
meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain
itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika
dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa
kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan,
muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah.
Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat,
kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Integrasi seni muzik
dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan
otak kanan. murid -murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan
secara berperingkat atau sequential. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan
teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.











2

2.0 Seni Dalam Pendidikan untuk proses pengajaran dan pembelajaran
Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera,
seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan
diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk
meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain
itu, Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika
dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa
kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.
2.1 Pendapat Tokoh-tokoh Ilmuwan







Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui
pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan
dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni
dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. Ned Herrmann (1991), di dalam Quadrant
Concept menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif
seseorang individu. Howard Gardner (2011), menyatakan, sekiranya hanya satu sahaja
kaedah atau pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid
tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid
mempunyai kebolehan menakluk dan menanggap dalam keadaan yang berbeza.
Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan
murid kepada yang lebih kreatif. John Dewey (1919), menyatakan, pendidikan adalah satu
proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-
kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk
Gambar 1: Tokoh-tokoh. Dari kiri Ned Herrmann, Howard Gardner, John Dewey.

3

melatih kecerdasan melalui seni. Seni yang dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan.
2.2 Unsur-unsur Seni Dalam Penididikan




Terdapat tiga unsur seni dalam pendidikan iaitu seni muzik (irama), ruang dan warna (Peta
minda 1). Unsur seni muzik terdapat dalam aktiviti nyanyian yang dijalankan berikutan
adanya irama yang dialunkan oleh murid-murid dan guru. Misalnya, guru menyanyi bersama
dengan murid-murid lagu Old Mcdonald had a farm selepas mengajar teks cerita
haiwan. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu guru dan murid-murid mendengar muzik.
Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar
muzik tersebut berulang kali. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan penggabung
jalinan seni dalam pendidikan dalam P&P Bahasa Inggeris, dapat mewujudkan sesi P&P
yang lebih menarik, seronok serta berkesan.




Unsur seni
dalam
pendidikan
Seni muzik
(Irama)
Seni
Pergerakan
Seni visual
Peta minda 1: Tiga unsur Seni dalam pendidikan.

4









Di samping itu, SDP juga berperanan untuk menghargai keindahan ciptaan Tuhan.
Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Warna juga turut digunakan
dalam SDP iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan
kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua
warna ini sebenarnya wujud di sekeliling kita (Gambar 2). Contoh-contohnya adalah seperti
warna hijau yang terdapat pada daun, warna-warni yang terdapat pada pelangi dan
sebagainya. Jika dikaitkan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris, guru bolehlah
mengintegrasikan unsur seni visual (warna) dalam sesi P&P di dalam kelas. Sebagai
contoh, selepas guru mengajar murid tentang jenis-jenis bunga misalnya, guru bolehlah
meminta murid mewarnakan gambar bunga tersebut mengikut kreativiti masing-masing
(Mohd Johari Ab. Hamid, 2006). Di sini, guru boleh menyelitkan nilai mensyukuri ciptaan
Tuhan yang indah lagi menakjubkan itu kepada diri murid-murid. Di samping dapat
mengintegrasikan unsur seni visual dalam P&P, guru juga dapat menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri murid-murid. Jadi, di sini jelas menunjukkan pengintegrasian SDP dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris berperanan dalam mewujudkan nilai menghargai keindahan
ciptaan Tuhan dalam kalangan murid-murid.
2.3 Seni Dalam Pendidikan dalam Subjek Bahasa Inggeris
Keadaan bilik darjah akan menjadi lebih seronok apabila mengaplikasikan Seni
Dalam Pendidikan di dalam pengajaran seharian. Hal ini disebabkan pengintegrasian tiga
mata pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Menurut Russel (1968), matlamat guru
sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak
dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan
irama.
Gambar 2: Guru mengajar tentang warna kepada murid-murid.

5



Murid-murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-
bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Selain itu, SDP berperanan dalam
meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam P&P. Guru perlulah
mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik,
memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang
sesuai bagi merangsang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran
memerhati
Sensitif
terhadap
pergerakan
Bunyi
Bentuk
Tekstura
Irama
Gambar 3: Murid-murid sedang menari sambil mendengar lagu kanak-kanak.

Peta minda 2: Ciri-ciri matlamat guru dalam pengajaran dan pembelajaran
6

Ketiga-tiga unsur SDP ini juga boleh diterapkan sekali gus dalam satu aktiviti semasa
sesi P&P. Misalnya dalam pengajaran subjek Bahasa Inggeris, guru mengajar murid murid
lagu kanak-kanak (Nursery rhymes) (Gambar 3). Murid diajar dengan muzik, pelbagai gaya
gerakan dan simbol. Di sini, murid akan seronok bagi mempelajari sesuatu yang baharu
dengan menggunakan lebih daripada satu panca indera. Jadi, hal ini akan dapat
membuatkan mereka lebih kreatif dalam menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan lagu
yang dinyanyikan. Murid juga akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti
dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama iaitu
pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru.
Seni yang dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
Di dalam pengajaran subjek Bahasa Inggeris pelajar akan melalui pelbagai aktiviti aktiviti
kumpulan. Aktiviti kumpulan memerlukan lebih daripada dua orang pelajar. Dalam satu
sama lain bagi menang dalam sesuatu pertandingan. Di sini akan lahir sahsiah pelajar yang
bermoral tinggi, mematuhi peraturan, dan beretika mulia. Seni Dalam Pendidikan membantu
pelajar dalam membentuk insan yang mulia dan berguna. Dalam aktiviti kumpulan pelajar
perlu berkomunikasi dan berganding bahu antara satu sama lain. Contoh aktiviti ialah murid-
murid membuat puppet. Pertama sekali guru akan mengagihkan murid-murid kepada
beberapa kumpulan. Murid-muird akan saling membantu semasa membuat puppet.
Dengan kerjasama yang padu murid-murid akan menghasilkan puppet yang cantik dan
menarik.










7










Selain daripada itu, keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan boleh diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk
pengajaran secara penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara
kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri
dan imej kendiri yang utuh. Misalnya, selepas guru menerangkan konsep tatabahasa
(Grammar) mengenai kata adjektif (Adjectives) yang menunjukkan sifat seperti marah,
sedih, gembira dan sebagainya. Guru boleh meminta murid-murid melakonkan watak-watak
yang menggambarkan perasaan-perasaan tersebut (Gambar 4). Mereka akan memikirkan
gaya yang sesuai untuk mengekspresikan perasaan-perasaan tersebut. Oleh yang
demikian, jelas menunjukkan pengintegrasian SDP dalam mata pelajaran.
Pengajaran Seni Dalam Pendidikan dalam subjek Bahasa Inggeris akan menjadikan
guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya. Seni Dalam Pendidikan
dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan
dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru akan lebih bersemangat dan kreatif
untuk merancang persediaan untuk pengajaran mereka di mana pengajaran yang dirancang
akan lebih mencabar. Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk
lebih banyak meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan pencapaian murid-
muridnya. Hasil daripada persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat
meningkat profesionalisme dalam kerjaya mereka. Usaha untuk melahirkan masyarakat
Malaysia yang cemerlang, berilmu dan mantap dari segi sahsiah pada tahun 2020 pasti
akan dicapai.
Gambar 4: Murid-murid melakonkan perasaan masing masing.

8

2.4 Penghubungkaitan pelbagai bidang dalam pengajaran dan pembelajaran
Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang
kemahiran dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat
membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan
kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini
akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Tujuan penghubungkaitan dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar
murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk
menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar.

Sebagai contoh, guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris bertajuk Lawatan ke
Zoo. Sebelum murid-murid diajar tentang suasana di sana atau membuat rekaan dan corak
yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dahulu mencungkil pengetahuan sedia ada
murid dengan bersoal jawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktiviti yang
boleh dijalankan ialah menamakan haiwan yang terdapat di Zoo, mengajuk bunyi haiwan
dan menyatakan cara pergerakan haiwan. Di sini elemen Bahasa Inggeris dan seni
pergerakan telah dihubungkaitkan. Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru
meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada kaitan dengan haiwan. Murid-murid
juga disuruh berpantun (Poem) berkenaan haiwan.










9

Bahasa Inggeris dapat mewujudkan budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi
dalam kalangan murid. Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid
akan lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari
dengan perkembangan diri mereka. Dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan murid-
murid diberi peluang meneroka dan mencari sendiri jawapan kepada permasalahan.
Peluang inilah yang digunakan oleh murid-murid untuk melahirkan idea dan mendorong
mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk menyelesaikan masalah. Secara
langsung emosi mereka menjadi berkembang dan begitu juga dengan sosial bila murid-
murid ini berinteraksi sesama rakan sebaya dan guru. Contohnya, murid-murid
menggunakan kreativiti mereka untuk membuat sebuah esei tanpa bantuan guru dengan
menggunakan gambar-gambar yang diberi.
2.5 Peranan guru











Pengajaran Seni Dalam Pendidikan dalam subjek Bahasa Inggeris akan menjadikan
guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya. Seni Dalam Pendidikan
dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan
dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru akan lebih bersemangat dan kreatif
untuk merancang persediaan untuk pengajaran mereka di mana pengajaran yang dirancang
akan lebih mencabar. Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk
lebih banyak meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan pencapaian murid-
Gambar 5: Bahan-bahan mengajar yang menarik selari dengan prinsip seni
dalam pendidikan akan meningkatkan penglibatan murid dalam pengajaran.

10

muridnya. Hasil daripada persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat
meningkat profesionalisme dalam kerjaya mereka. Usaha untuk melahirkan masyarakat
Malaysia yang cemerlang, berilmu dan mantap dari segi sahsiah pada tahun 2020 pasti
akan dicapai.
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat
dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi
kedua-dua matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid
mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama
memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian
sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka
mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid
dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa
guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
Sebagai kesimpulan, seni dalam pengajaran sememangnya penting untuk
diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik minat para pelajar mengikuti
pembelajaran, ia juga dapat meningkatakan perkembangan diri pelajar itu sendiri apabila
terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana,
dengan penggunaan seni dalam pengajaran, sesuatu pengajaran dapat dilakukan dengan
lebih berkesan dan menyeronokkan. Di samping itu, aplikasi seni dalam pengajaran juga
dapat membantu meningkatkan kreativiti dan minat seseorang pelajar untuk terus kekal
sepanjang proses P&P berlangsung.









11

3.0 Rumusan
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu
membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.
Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan
kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang
lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap
sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya
dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk
mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.
Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan
otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan.
Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi
kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam
pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih
menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait
idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat
memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni
dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat
merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar
bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang
digunakan ini.







12

Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 2

Matapelajaran : Dunia Sains dan Teknologi
Tarikh/Hari : 7/08/2013(Khamis)
Kelas : 2 Cerdik
Masa : 60 minit (2 waktu)
Bil Pelajar : 11 orang
Bidang pengajaran : sains hayat
Tajuk : Tumbesaran Haiwan Tumbesaran Haiwan
Standard kandungan : 2.3 Memahami tumbesaran haiwan
Standard pembelajaran : 2.3.5 Mengenalpasti perubahan tumbesaran haiwan
seperti rama-rama atau katak dari segi rupa
dengan memerhati haiwan sebenaratau klip
video.
2.3.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat
a) Mengenalpasti kitaran hidup rama-rama dengan tepat.
b) Megenalpasti kitaran hidup katak dengan betul.
c) Melengkapkan kitaran hidup katak dan rama rama semasa
membina model carta alir- kitaran hidup dengan tepat tanpa
kesalahan.
d) Menyatakan bilangan peringkat dalam kitaran hidup rama
rama dan katak.

Pengetahuan Sedia Ada :
Murid telah mempunyai pengetahuan tentang haiwan bolehmembesar secara berperingkat-
peringkat dari kecil hingga besar.
Konsep :
Rupa bentuk haiwan yang berlainan dengan ibu bapa,contoh rama-rama dan
katak.
Kemahiran proses sains :
Kemahiran berfikir secara kreatif & kritis
13

Sikap saintifik dan nilai murni
Pengabunjalinan :
Intra : Topik tumbesaran haiwan
Inter : Bahasa Melayu
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : TMK, Kreativiti
Penerapan nilai : Memelihara dan memulihara alam sekitar
ABM : Pembentangan slaid, lembaran kerja, pensel warna,
gambar-gambar haiwan, ribbon, kertas mahjong.




















14

Fasa / masa Isi kandungan Aktiviti P&P Catatan / ulasan
Set induksi
(5 minit)
Menyanyikan lagu rama
rama.
Menarik minat murid dalam
pelajaran. Secara tidak
langsung, murid dapat
meneka topik yang ingin
diajar oleh guru.


Tampal lirik lagu (Lampiran 1)
1. Guru bertanya khabar dengan
murid sebelum memulakan
pengajaran.
2. Murid mendengar lagu
dengan video kitaran hidup
rama-rama yang dinyanyikan
guru berserta pergerakan.
3. Murid menyanyi bersama-
sama dengan guru berserta
pergerakan.
4. Guru mengulangi nyayian lagu
tersebut sebanyak 2 kali.
Nilai :
mempunyai minat dan
ingin tahu terhadap
persekitaran.

Video: Dari ulat jadi
kepompong

Lirik lagu:
Dari ulat jadi kepompong,
Duduk tidur dalam
kepompong,
Sampai masa kepompong
pecah, Pom!
Jadi rama-rama yang
indah,
Rama-rama terbang
merata,
Sungguh cantik aneka
warna,
Hisap madu di pohon
bunga,
Tapi sayang hidup tak
lama.

Pencetusan
idea














Tayangan video
Mengenalpasti peringkat
peringkat dalam Tumbesaran
haiwan Kitaran hidup rama
rama dan katak.










1. Guru menayangkan video
berkaitan dengan kitaran
hidup rama rama dan juga
katak.
2. Kemudian, guru bertanya
soalan yang berkaitann
dengan
3. Guru bertanya :
a. Apakah haiwan yang
kamu lihat dalam
video tadi?
b. Apakah yang kamu
dapat perhatikan pada
video tadi?
c. Adakah haiwan tadi
menyerupai ibunya?
d. Apakah perubahan
yang pada haiwan
tersebut?

Video:








15

4. Kemudian guru mengaitkan
topik pada hari tersebut.




Penstrukturan
semula idea
Penerangan oleh guru:
Maksud Kitar Hidup.
-Satu proses perubahan yang
lengkap daripada peringkat
telur sehingga dewasa.

Kitar hidup haiwan yang
berbeza

1. Rama-rama.
Telur ulat beluncas Pupa
rama-rama
2. Katak
Telur berudu katak yang
membesar - katak


Mengenalpasti peringkat
peringkat dalam Tumbesaran
haiwan Kitaran hidup rama
rama dan katak.

Murid membina model carta
alir peringkat peringkat
dalam tumbesaran haiwan
kitaran hidup rama rama
dan katak.

1. Guru menggunakan power
point untuk
memperkenalkan jenis
haiwan yang tidak menyerupai
ibu bapa. (katak dan rama-
rama).(Lampiran 2)
2. Guru menerangkan kitaran
hidup katak dan rama-rama.
3. Guru menyuruh murid-murid
menyatakan ciri-ciri berudu
dan beluncas berbanding
dengan ibu bapa haiwan
tersebut.
4. Guru membahagikan murid
kepada 2 kumpulan.
5. Kemudian, guru mengedarkan
bahan bahan untuk
membina model.
6. Murid akan memotong dan
mewarnakan gambar-gambar
tersebut.
7. Guru diberi arahan untuk
membina model kitaran hidup
rama rama dan diikuti
dengan model kitaran hidup
katak. (Lampiran 3)
8. Semasa murid membina
model carta alir tersebut, guru
bergerak dari kumpulan ke
kumpulan seterusnya untuk
membimbing murid.


Pembentangan slaid:





Bahan-bahan:






















Aplikasi idea


Lembaran kerja
Mengenalpasti peringkat
peringkat dalam Tumbesaran
haiwan Kitaran hidup rama
1. Guru memberikan lembaran
kerja kepada murid murid
yang berkaitan dengan kitaran
yang hidup rama diikuti

16









rama dan katak.

dengan kitaran hidup katak.
(Lampiran 4)
2. Selepas mereka menyiapkan
latihan tersebut, guru
menyuruh murid-murid untuk
mewarnakan gambar-gambar
haiwan yg terdapat dalam
lembaran tersebut.
3. Kemudian, Guru memilih
seorang murid untuk
menyatakan jawapan bagi
setiap soalan dalam lembaran
kerja.
4. Pada masa yang sama, guru
membincangkan lembaran
kerja bersama sama dengan
murid.
Refleksi

Penutup kognitif
Kesimpulan bagi topik yang di
ajar

Kitar hidup bagi rama-rama,
katak.

Kesimpulan bahawa setiap
haiwan mempunyai kitar
hidup yang berbeza.

Penutup sosial
Tindakan susulan.
1. Guru menaksir kefahaman
murid dengan bersoal jawab.
2. Guru bertanya kepada murid
berdasarkan topik yang telah
dipelajari.
a) Berapakah peringkat
hidup bagi rama-rama,
katak ?
b) Apakah yang telah anda
pelajari pada hari ini?
3. Kemudian, guru menyuruh
murid-murid menyanyi lagu
rama-rama ku bersama-sama
dengan guru berserta
pergerakan. (Lampiran 1)
Lirik lagu:

Lagu Rama Rama Ku
Lihat rama rama
berwarna warni,
Terbang terbang sama
sesuka hati,
Liha trama rama di atas
bunga,
Sungguh indah rupa
setiap masa.

17

Rujukan
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Penerbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gardner, Howard (2011). Truth, beauty, and goodness reframed: Educating for the virtues in
the 21st century. New York: Basic Books.
Hasan Mohd Ali. (1996). Strategi Belajar Yang Berkesan. Kula Lumpur: Utusan Publication
& Distrubutors Sdn Bhd.
Herrmann, Ned. (1991). The Creative Brain. The Journal of Creative Behavior, 25: 275
295. Dirujuk pada 7 Ogos 2014. http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/j.2162-
6057.1991.tb01140.x/abstract.
Mohd Johari Ab. Hamid, (2006). Asas Seni Visual. Tanjung Malim. PenerbitanUniversiti
Sultan Idris.
Nesamalar Chitravelu, Saratha Sithamparam & Teh, S. C. Cetakan ke-2 (2005). The
practice of Teaching. ELT Methodology Principles and Practice. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. Pedagogi: Strategi dan teknik
mengajar dengan berkesan.Cetakan ke 3, (2008).Batu Caves. PTS Pub. &
Distributors Sdn. Bhd.
Tan, A. M. (2010). Panduan Kerja Kursus Ilmu Pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn
Bhd.

Anda mungkin juga menyukai