Anda di halaman 1dari 7

Resepi Crepe Durian Special Bahan-bahan untuk Crepe Durian :4 sudu makan tepung gandum 4 sudu makan tepung

ubi 2 sudu makan tepung kastard 2 sudu makan tepung jagung 1 sudu makan minyak masak 1 sudu makan susu tepung-jika suka 1 1/2 sudu makan gula 1 biji telur 150ml air-jangan habiskan- agak-agak jer jangan cair sangat sedikit garam pewarna kuning/hijau Untuk filling Crepe Durian:200ml whip cream-diputar sehingga kental isi durian- dilecek hancur Cara-caranya:1. Gaulkan semua bahan-bahan kering. Buatkan lubang-lubang di tengah tepung. Masukkan telur dan air, garam, pewarna. Pukul biar sebati. 2. Panaskan non stick pan. 3. Tuangkan satu senduk adunan. Masak seperti masak lempeng. Tak perlu diterbalikkan. Masak sebelah sahaja. 4. Angkat. 5. Untuk membungkus, bentangkan sekeping crepe. Paipkan (guna piping bag) whip cream di tengah-tengah crepe. 6. Isikan isi durian diatas cream tadi. 7. Isikan cream semula ke atas isi durian tadi. 8. Lipat dan gulungkan seperti buat popia/kuih ketayap. 9. Sejukkan dalam peti ais dulu sebelum makan supaya rasanya lebih enak. Selamat mencuba Crepe Durian Versi iresepi Berikut adalah tambahan untuk resepi crepe durian dalam pelbagai versi, selamat mencuba:-

Crepe Durian versi 2 CREPE: Bahan-bahan : 250 gm tepung gandum 3 biji telur 500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml) 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh pewarna Cara-cara; Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis. Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak. Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe Tidak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk DURIAN FILLING Bahan-bahan : 1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental) Isi durian secukupnya Cara-cara ; Bentangkan 1 keping crepe Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya Letakkan isi durian Tutupkan semula dengan Whipping Cream Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk ============================================================ Crepe Durian versi 3 Bahan-bahan ( Untuk 4-5 orang ) 2 cwn tepung gandum 1 sudu besar tepung jagung 1 biji telur 1/2 cawan susu segar Sedikit esen vanila + beberapa titik pewarna kuning Secubit garam 2 atau lebih cawan air biasa 1 sudu besar minyak biasa atau majerin yg telah dicairkan Untuk inti 1 kotak kecil Whipping cream (jenama Value Pride) isi Durian Cara-cara -Campurkan semua bahan di atas kecuali bahan untuk inti. Tapis. Guna non stick pan. -Sendukan adunan diatas pan dengan api sederhana panas. Tunggu sehingga atas dah masak terus angkat. -Blend whipping cream dengan 1 sudu besar gula aisingdan sejukkan ke dlm freeze. -Asingkan isi durian dari biji. Ambil setiap crepe yang sudah siap masak tadi sudukan sedikit whipping cream dan isi durian dan gulung inti dgn kemas. -Kalau boleh sejukkan crepe utk sementara baru makan.lagi sedap!

Kek Coklat Kukus Chef Hanieliza

Bahan A: 1 cawan susu cair 1 cawan air 1 cawan mentega cair (shamam gantikan dgn minyak masak jerr....) 2 cawan gula perang Bahan B : (Ayak sekali semua) 2 cawan tepung gandum setengah cawan serbuk koko (shamam guna koko Van Houten...) 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat Bahan C: 1 biji telur 1 sudu teh esen vanila Krim Coklat : 1 cawan susu pekat (shamam kurangkan kpd 3 per 4 cawan ) 2 sudu makan serbuk koko 2 sudu makan mentega (shamam guna marjerin jer...) Cara Membuat Kek: 1. Panaskan kukusan. 2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati. 3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan. Kacau rata. 4. Bahan C dipukul dengan garpu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya tak bergentel. 5. Lapik loyang dengan kertas dan masukkan adunan. 6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana kecil (bagi mengelakkan kek pecah). 7. Hiaskan dengan krim coklat. Cara Membuat Krim Coklat : 1. Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau rata. 2. Panaskan dengan api yang sederhana. Kacau sehingga sebati. 3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi. 4. Tutup api dan kacau sehingga sebati lagi. 5. Tunggu sehingga sejuk sedikit, kemudian tuangkan di atas kek.

Sumber Respi : Senangnye Memasak Bersama Chef Hanieliza..... P/s : 1 cawan yg shamam gunakan bersamaan 200ml. Adunan tak perlu dikacau lama...nanti bantat jadi macam bingka coklat plak.....(based on my 1st xperience....huhu....terpakse dibuang...)

RESIPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS CHEF ZUBAIDAH Resipi Asal : Chef Zubaidah Sumber : AlongRoz, Myresipi Bahan-Bahan (aku guna kaedah bakar) **100 gm serbuk koko **1 tin susu cair **200 gm minyak masak/minyak sayuran/butter cair **250 gm susu pekat 250 gm gula kastor - aku kurangkan ke 180 gm saja 4 biji telur - pukul hingga berbuih 150 gm tepung gandum 1st soda bikarbonat 1 st baking powder

Cara-Cara 1. Campurkan kesemua bhn bertanda ** dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak 2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati. 3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. 4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache. Bahan2 Simple Chocolate Ganache: 1 cawan susu pekat 1 cawan serbuk koko 1 sb butter/margerin/minyak masak *kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.

Kek Coklat Kukus

KEK COKLAT KUKUS Sumber: Buku 1 Hari 1 Resepi CHEF HANIELIZA Bahan A: 1 cawab susu cair (akak guna fresh milk) 1 cawan air

1 cawan mentega cair 2 cawan gula perang (akak letak 1 3/4 cwn

je) Bahan B: 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan serbuk koko (*akak guna jenama Van Houten)

1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata): 1 biji telor 1 sudu teh esen vanila Bahan Krim Coklat (Ganache): 1 cawan susu pekat 2 sudu makan serbuk koko

2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek:1. Panaskan kukusan. 2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati. 3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.

4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel. 5. Lapik loyang dengan kertas baking (*akak guna loyang bulat 7 in) dan tuangkan adunan. 6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil (untuk mengelakkan kek pecah di permukaan) - memang betul..sikit jek merekahnya dan permukaan pun rata. ( akak balut penutup kukusan dengan kain semaasa mengukus kek) 7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice. Cara Membuat Krim Coklat:1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata. 2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati. 3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi. 4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati. 5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.

Anda mungkin juga menyukai