Anda di halaman 1dari 4

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc.

2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak 1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan) 250 g mentega cair (guna yang berkualiti) 1 1/4 cawan susu segar - dr peti sejuk 4 biji telur 1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)

Cara-cara

1. Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.

2. Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.

3. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega.

4. Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.

5.

Perbezaan kek yang dah siap...sebelah kiri, kek yang mengguna mixer..yang sebelah kanan, kek yang menggunakan blender... :) 6. Kek yang dah siap ni moist skali,sekiranya permukaan kek kelihatan melekit,boleh bakar dengan api atas utk menggaringkan lagi.

KEK MENTEGA KLASIK Sumber : Grandma Bahan-bahan : 340g mentega 340g gula kastor ~ ana kurangkan 330 g sahaja 1 sudu teh esen vanilla 340g tepung gandum 2 sudu kecil serbuk penaik 6 biji telur grade A Kaedah penyediaan : - Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan. - Pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan. - Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. - Tuangkan esen vanila, kacau sebati. - Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan senduk kayu hingga sebati. - Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan ditabur dengan tepung gandum. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 45 minit. (Jangkamasa pembakaran mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar anda.)

PEANUT BUTTER CAKE Bahan-bahan : 250 gm butter - suhu bilik 200 gm gula kastor - (asal 220 gm) 1/2 sudu kecil esen vanila 230 gm tepung naik sendiri - ayak 3 biji telur A 1 biji kuning telur 150 gm crunchy peanut butter 100 gm kepingan coklat cadburry - perasa blueberry yang kecil-kecil 20 gm kismis hitam - jika suka Cara-cara : 1. Gris loyang bulat 8 inci dengan butter dan alas bawahnya dengan kertas minyak. Atau guna silicone mould jika ada. 2. Pukul gula dan mentega hingga kembang dengan kelajuan sederhana tinggi selama 2-3 minit, tambah esen vanila, putar rata. 3. Tambah telur dan kuning telur satu demi satu putar lagi. Tambah mentega kacang dan pukul sebentar. 4. Masukan tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan coklat cadburry yang dipatahkan dua dan kismis yang telah diayak dahulu dengan sedikit tepung dan kacau rata.

5. Tuang ke dalam acuan pembakar. Bakar pada suhu 175 C selama 55-60 minit atau hingga masak. Uji dengan lidi jika keluar bersih kek dah masak.

Anda mungkin juga menyukai