Anda di halaman 1dari 1

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS

Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik


yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan
ekonomi dan kestabilan politik. Peristiwa tersebut telah mendedehakan
kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara
bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada
pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Apa
yang lebih pnting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat
majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan
hubungan etnik yang harmonis.

Sekiranya tidak dilakukan, dalam sekelip mata, pertumbuhan ekonomi


dan kestabilan politik yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku
lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 mei 1969.

Pengajaran daripada Peristiwa 13 mei 1969

Peristiwa 13 mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting


kepada ahli-ahli politik dan setiap rakyat Malaysia, bak kate pepatah
"yang baik buat tauladan, yang buruk dijadikan sempadan." Pertama,
rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum
merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakkan harta
benda. Kedua, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan
perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum. Ketiga, perpaduan
nasional tidak akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat
yang miskin. Keempat dan akhir sekali, peristiwa 13 mei telah memberi
pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain. Kita
harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan
etnik lain. (Ranjit Singh Malhi, 2005)

Anda mungkin juga menyukai