Anda di halaman 1dari 7

Eggless Fruit Cake / Kek Buah Tanpa Telur (bakar)

Sangat mudah nak buat kek ni. Lately, DJ teringin sgt nk makan kek buah tapi kalau beli kat
kedai, gerenti DJ takleh nak telan sb tahap kemanisannya...adehh...rasa sepotong pun belum
tentu habis. Sb tu terpaksalah merajinkan diri membuat kek ni mengikut citarasa sendiri.
Barulah puas hati, btl tak??...hehe

Kek ni tak menggunakan telur langsung. Teksturnya mmg lembut dan tak kering. I likeeee!
Bagi yg tercari2 resepi kek buah tanpa telur, bolehlah try resepi ni. Mana tau kan kena dgn
taste. Bagi DJ, mmg ok sgt2lah. Lagipun cara penyediaannya amat mudah sekali. Tak perlu
guna mixer atau hand whisk...hehe...sebenarnya DJ mls nk guna mixer, itu sebab buat cara
mcm ni. Alhamdulillah...suka sgt dgn kejadiannya...
Jom semak resepi!

Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)


Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Loyang 20-22 cm
Bahan A :

 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)


 2 sudu kecil baking powder (diayak)
 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
 125 ml jus oren
Bahan B :

 250 g mentega 
 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
 250 ml susu cair
 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup

Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional

Cara-cara :

1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga
larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu,
sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun.
Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan
senduk kayu atau spatula sahaja.
3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan
dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya
atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian
tengahnya). 
5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C
(kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan
dari loyang dan dipotong.

Antara yg sempat dirakam..

Cara penyediaan yg tak menyeksakan...mula2 larutkan gula dan butter bersama susu cair.
Bila dah larut, terus tutupkan api. Dan masukkan mix fruits yg sudah dihiris halus tadi dan
kacaulah sebati. Tutupkan bekas tu. Biarkan ia terendam selama lbh kurang 4 jam atau
semalaman. Gambar yg kat hujung sekali tu menunjukkan ia dah terendam lama. So, buah tu
naik/terapung. Maknanya ia takkan jatuh semasa proses pembakaran. 

DJ menggunakan loyang 22 cm. Kalau nk jadikan kek ni lbh tinggi, ada baiknya guna yg 20
cm.
Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. Akhir sekali barulah
dimasukkan jus oren. DJ guna buah oren sunkist. Guna oren sunquick pun boleh kalau x ada
stok buah oren. Bancuhlah dlm 2 sudu makan gitu. Lepas tu, masukkan ke dalam loyang.
Taburkan badam cincang...sedap sihh!

Bahan-bahan ( ramai boleh makan )

 1 3/4 cawan gula pasir


 2 cawan air sejuk
 2 cawan magerin /mentega
 400g buah-buahan campuran
 4 biji telur
 2 cawan tepung gandum
 2 cawan tepung naik sendiri
 1 1/2 sudu teh baking powder
 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

1. gula, air, mentega dan buah-buahan di masak bersama dengan api perlahan hingga
mendidih dan buah agak ringan. tutup api dan biarkan sejuk
2. tepung gandum, tepung naik sendiri dan baking powder di ayak bersama
3. pukul telur hingga kembang, masukkan adunan buah-buahan tadi kacau rata kaedah
kaup balik.
4. masuk tepung, dan esen vanila, gaul kaedah kaup balik hingga rata. jgn gaul terlalu
lama nanti buah turun balik cukup sekadar sebati
5. bakar dalam aduan yang telah digris dgn mentega dan ditabur sedikit tepung, selama 1
jam 180 darjah celcius
Kek buah sedap

junjs11@myresep.com

resepi dalam collection

Created on : 23-08-2007

Print

E-mail kepada teman

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana )

 150gm butter
 175gm gula
 1/3 cawan air
 175ml susu segar
 250gm mixed dry fruit
 2 sudu makan parutan kulit oren
 1/4 sudu teh serbuk buah pala
 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
 1/4 sudu teh serbuk cengkih
 2 biji telur
 1/2 sudu teh soda bikarbonat
 250gm tepung gandum

Cara-cara
1. Didihkan gula n air, masukkan butter, susu n mixed fruit. panaskan atas api sederhana
hingga butter cair. angkat n sejukkan.
2. Ayak soda, rempah2 n tepung. masukkan dalam campuran butter tadi bersama telur n gaul
rata.
3. masukkan dalam loyang yg beralas n bergris, bakar dalam 1 jam.

Walaupun hanya menggunakan gula kastor, kek ni tetap berwarna keperangan...magik


kan...hehe
Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/01/eggless-fruit-cake-kek-buah-tanpa-
telur.html#ixzz2YthTs4v3
Under Creative Commons License: Attribution

Anda mungkin juga menyukai