Anda di halaman 1dari 7

Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)

resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


bahan-bahan :
1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya

gula pasir secukupnya jika perlu

1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)

1/2 botol kecil sos cili

3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan
cili asli Walfood

bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)

125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api
perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan
pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan
sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan
kelihatan licin.
3. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
4. Tutupkan api. Biar ia sejuk.
5. Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan
kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya
masam-masam sikit. Selamat mencuba!

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/06/rojak-buah-dan-sos-kuahrojakrojak.html#ixzz31UVqiQwn


Under Creative Commons License: Attribution

Bahan-bahan ( boleh makan byk kali, sesuai jika ada majlis yg ramai orang )

1 botol kicap lemak manis


1 botol petis

1 1/2 kilo gula pasir

1 keping belacan bulat melaka

1 pkt kecil asam jawa

1 genggam cili kering

1 genggam cili padi

kacang tanah goreng yg diblender

Cara-cara
1. blender belacan, cili kering dan cili padi
2. masukkan semua bahan diatas kedalam periuk kecuali kacang tanah
3. masak dgn api perlahan sehingga naik bunga gula. masa dalam 45 minit - 1 jam
4. biarkan sejuk. ambil sedikit dan tambah kacang goreng semasa nak cicah buah. x blh
campur sekali nanti kacang lemau dan kuah cepat rosak. simpan dalam peti sejuk, blh
tahan hg 2-3bln.
5. Klik untuk isi cara-cara di sini

Tag
Bahan-bahannya:
**1 botol sos cili (saya guna maggi)
**1/2 botol kicap pekat (agak-agak, kalau tak cukup baru tambah kemudian)
**1/2 kg gula pasir
**1/4 gula melaka or 1/2 cawan gula merah di larutkan dgn sedikit air (tak letak pun
tak pe)
**2 sudu besar belacan dilarutkan dengan sedikit air (Belacan tu agak-agak)
Kacang tanah yang telah dikisar hancur
**5-10 biji cili api (optional, kalau nak pedas boleh tambah lagi, kalau tak nak pedas
tak perlu masukkan)
Cara-caranya:
1. Masak semua bahan-bahan yang bertanda ** pada api sederhana besar. Kacau
selalu untuk elak berkerak dan hangus sehingga semua bahan larut dan pekat.
(Jika rasa kurang sedap, boleh ditambah bahan ** sedikit demi sedikit).
2. Setelah kuah rojak mulai likat, pekat dan mendidih, matikan api dapur dan biar
sejuk.
3. Untuk tahan lama, masak kuah rojak selama sejam atau lebih. Jika dimasak
lama dan di simpan di dalam peti sejuk, kuah rojak boleh tahan sehingga
setahun.

4. Bila sejuk, tekstur kuah rojak likat. Walaubagaimanapun, tidak perlu ditambah
air kerana, apabila digaul bersama buah-buahan, ia mula berair. Boleh
ditambah kacang tanah yang telah dikisar atau bijan yang digoreng tanpa
minyak.
P/S: Rojak buah ni sedap dimakan ketika baru dibancuh sebab ia cepat berair walaupun disimpan di
dalam freezer, kalau time nak makan baru bancuh, buah rasa rangup dan rasanya lebih enak.

Resepi Kuah Rojak Buah


Sumber : Ainimalik, MyResipi
1 botol kicap lemak manis
1 botol petis
1 1/2 kilo gula pasir
1 keping belacan bulat melaka
1 pkt kecil asam jawa
1 genggam cili kering
1 genggam cili padi
kacang tanah goreng yg diblender
Cara-cara
1. Blender belacan, cili kering dan cili padi
2. masukkan semua bahan diatas kedalam periuk kecuali kacang tanah
3. Masak dgn api perlahan sehingga naik bunga gula. masa dalam 45 minit 1 jam
4. Biarkan sejuk. ambil sedikit dan tambah kacang goreng semasa nak cicah buah. x blh campur
sekali nanti kacang lemau dan kuah cepat rosak. simpan dalam peti sejuk, blh tahan hg 2-3bln.

Marshmallows

s_shamen@myresipi.com
jom kita buat homemade marshmallow.. :)

Created on : 22-02-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi s_shamen

Bahan-bahan ( Bergantung pada saiz potongan )

1/4 cawan tepung jagung**


1/3 cawan confectioner sugar **

21gm gelatin

1/3 cawan air

2/3 cawan gula

1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)

secubit garam

1 sudu kecil esen vanilla

pewarna (optional)

Cara-cara
1. Ayakl tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.
2. Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian
masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.
3. Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam
dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.
4. Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan
tepung jagung & confectioner sugat tadi. taburkan pada dasar & bahagian
teping loyang.
5. Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2
jam.

6. Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan
yang telah dibasahkan dengan air.
7. Salutkan dengan lebihan tepung jagung & sugar tadi. Biarkan betul2 kering
baru simpan dalam botol kedap udara.
8.

PUDING BUAH-BUAHAN SEGAR


Untuk Kuah
1 tin susu cair
1 gelas air
1 sudu tepung kastard - dibancuh dgn sedikit air
6 sudu makan gula - kalau tak suka manis boleh kurangkan
secubit garam - sikit aje tau!

9.

"DO IT YOURSELF"

10.
Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga didih. Hendaklah sentiasa
dikacau. Kemudian sejukkan setelah itu boleh lah disejukkan dalam peti ais.

Maaflah coz D lewat menyertakan resepi entry yg lalu iaitu ; Kek Jelly Buah-Buahan...Resepi
asal D x sure..coz D dpt resepi nie dr akk D yg duk Senawang tuh!! oklah..meh try resepi nie ye:Bahan2nya:Bahan A
1 kotak Kek ( Swiss Roll/Pound Cake/Marble Cake)
*di potong2 & buat lapisan paling bawah sekali

Bahan B
500ml susu segar
3 sdb tepung kastad
2 sdb gula * Masak sampai pekat dgn api perlahan
Bahan C
1 tin buah-buahan Koktel
* Tabur sebagai lapisan ke-3

Bahan D

1 kotak Kristal Jelly Nona (any flavour -D guna Raspberry)


2 cawan air
1-2 sdk gula ( x letak pon x per)
* Masak hingga jelly pekat dgn api perlahan

Cara Membuatnya:1. Susun potongan kek/bahan A ke dlm bekas casserol sebagai lapisan yg paling bawah.
2. Tuangkan bahan B. Biarkan sebentar selama 5 min
3. Tabur rata bahan C.
4. Akhir sekali lapiskan bahan D sebagai lapisan paling atas sekali.
5. Sejukkan Kek Jelly Buah-buahan. Sedia untuk dihidang
Posted by mama-D at 1:01 PM

Anda mungkin juga menyukai