Anda di halaman 1dari 5

8/28/2018 Resepi Kek Gula Hangus Bersarang Yang Sangat Menjadi Resepinya

Resepi Kek Gula Hangus Bersarang Yang


Sangat Menjadi Resepinya
By Dari Dapur - 12/08/2018

Antara resepi kek yang cukup popular menjelang hari keramaian seperti hari raya adalah
antaranya ialah resepi kek gula hangus. Kek yang dibakar sempurna dan dipotong dengan
sedikit teknik akan menjadikan kek seolah-olah seperti sarang semut.Ada juga yang panggil kek
ini sebagai kek sarang lebah atau kek sarang semut.

Apa yang membezakan resepi kek gula hangus sedap ini dengan resepi-resepi lain adalah
hasil akhir yang akan buatkan anda berpuas hati walau kali pertama membuatnya dengan
bantuan dan tips yang akan kami berikan nanti.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Batik Lembut Yang Sangat Sedap Dan Mudah

https://daridapur.com/resepi-kek-gula-hangus/ 1/5
8/28/2018 Resepi Kek Gula Hangus Bersarang Yang Sangat Menjadi Resepinya

Kek ini mempunyai tekstur yang kenyal sepenuhnya. Jika kek anda terjadi dua lapisan, itu
tandanya masih belum menjadi keknya.Jom tengok tips yang perlu anda ikut :

1- Jangan terlebih pukul.Cukup sekadar kacau manja adunan atau whisk manja
sahaja.Jika tidak kek gula hangus akan menjadi dua lapisan iaitu di bawah kenyal tapi
bahagian atas seperti kek span.

2- Perap kek 3 jam .Tujuan adunan kek diperap adalah untuk membenarkan soda
bikarbonat untuk bertindak menghasilkan gelembung-gelembung udara ketika proses
membakar dan hasilkan sarang yang cantik.

3- Untuk dapatkan sarang semut yang cantik adalah dengan memotong kek secara
melintang dan bukan pada kebiasaan. Maksudnya anda belah dua kek barulah dipotong.

Akhir sekali, tips untuk elakkan kek sarang semut menjadi pahit,gula hendaklah diperangkan
atau dihanguskan dengan api yang kecil untuk elakkan kek menjadi pahit.

Banyak tips kami beri untuk resepi kek ini kan.Jangan lupa ikut sebelum tengok resepi di
bawah ini.

Bahan Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan :

Bahan Gula Hangus :

1 1/4 cawan gula putih


1 cawan air panas mendidih

https://daridapur.com/resepi-kek-gula-hangus/ 2/5
8/28/2018 Resepi Kek Gula Hangus Bersarang Yang Sangat Menjadi Resepinya

Panaskan periuk / kuali guna api perlahan dan masukkan gula dahulu.Ratakan gula ke
seluruh bahagian periuk.Bila dah start mencair jangan kacau gula.

Dah cair dan menjadi perang,tutup api sekejap,masukkan air panas.Hati-hati untuk
elakkan terkena badan anda.Buka api dan sebatikan barulah masukkan butter.Sebatikan
dan tutup api.Sejukkan.

Bahan Kek Gula Hangus :

1 cawan tepung gandum


125 gram butter
2 sudu teh soda bikarbonat
5 biji telur gred B ( 4 jika Gred A )
1/4 cawan susu pekat
1 sudu teh essen vanila

Cara Penyediaan Resepi Kek Gula Hangus :

#1: Dalam bekas,kacau telur bersama susu pekat manis dan essen vanilla.Guna whisk
sahaja.Tak perlu kembang cukuplah sehingga telur kuning pecah dan sebati

https://daridapur.com/resepi-kek-gula-hangus/ 3/5
8/28/2018 Resepi Kek Gula Hangus Bersarang Yang Sangat Menjadi Resepinya

sahaja.Tambahkan buttercup yang telah dicairkan menggunkan kaedah double boil.Pastikan


dah sejuk ya. Kacau manja biar sebati sahaja.

#2: Ayak dulu tepung bersama soda bikarbonat dalam bekas lain supaya elok bercampur
semuanya.Barulah dimasukkan ke dalam bekas di langkah 1 sedikit demi sedikit sambil
kacau perlahan-perlahan.

Barulah ditambah dengan air gula perang yang telah pun betul-betul sejuk ya.Kacau
hingga adunan sebati.

#3: Alaskan loyang 7×7 inci dengan parchment paper gris dinding loyang dengan marjerin
atau butter dan masukkan adunan yang ditapis. Barulah perap selama 3 jam.

#4: Nak bakarnya mesti kena faham oven sendiri. Kami gunakan suhu 145’C untuk 40 minit
pertama dan 10 minit lagi pada suhu 155’C . Oven kami kuat sikit. Jadi kalau oven biasa,
dalam 160 ‘C – 170’C dengan masa yang sama. Ingat gunakan api bawah sahaja ya.

https://daridapur.com/resepi-kek-gula-hangus/ 4/5
8/28/2018 Resepi Kek Gula Hangus Bersarang Yang Sangat Menjadi Resepinya

Tips : Boleh cucuk dengan lidi untuk tengok kek dah masak ke belum pada minit ke
50.Kalau tak melekat tepung,masak la tu.

Sejukkan dan keluarkan kek gula hangus barulah dipotong melintang untuk serlahkan
sarangnya. Mula-mula anda belah ua kek dan tengok alur sarang, barulah dipotong
melintang melawang alur dan Insyaallah keluar lah sarangnya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

https://daridapur.com/resepi-kek-gula-hangus/ 5/5

Anda mungkin juga menyukai