Anda di halaman 1dari 3

Apam Tepung Beras

Korang suka tak makan apam yang dibuat daripada tepung beras? Pasti ada yang kata suka, ada yang kata tak suka dan ada juga yang kata tak tahu rupa kuih apam. Maklumlah kuih apam nih adalah kuih tradisional. Nilah dia kuih apam

Kuih apam ni ada juga yang dibuat warna merah dengan menambah pewarna makanan. Kuih ini sesuai untuk hidangan minum petang dan dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Apam tepung beras ni adalah di antara kuih kegemaran Abg Hafiz.

RESEPI APAM TEPUNG BERAS Sumber : Grandma Bahan-bahannya : 200 gm tapai nasi

500 gm tepung beras (cap bunga teratai yang terbaik) 250 gm gula pasir 4 cawan air 2 sd teh eno putih Cara membuatnya: 1. Tapai nasi diramas dengan tepung beras dan gula pasir. Masukkan air dan gaul rata

2. Mesinkan adunan supaya halus

3. Perapkan adunan selama 4 jam 4. Setelah 4 jam, masukkan eno dan kacau sebati 5. Biarkan adunan selama 1 jam lagi sebelum dikukus 6. Masukkan adunan ke dalam acuan kecil atau gunakan loyang

7. Kukus selama 20 minit Tada inilah hasilnya ..

8. Sejukkan apam dan keluarkan dari acuan. Hidangkan kuih apam ini dengan kelapa parut (yang putih sahaja) yang telah digaul dengan sedikit garam

Anda mungkin juga menyukai