Anda di halaman 1dari 53

7/16/13

More Next Blog

masam manis: BISKUT RAYA

H O M E

A B O U T

C O N T E N T S

P H O T O G R A P H Y

C O N V E R S I O N

A C U A N

M E D I A

C L A S S

D E C O

Showing posts with label BISKUT RAYA. Show all posts


SATURDAY, JULY 13, 2013

TART ROSALINDA
Harumnya bau biskut dari rumah jiran sebelah.. Bila bulan puasa kita bukan sahaja terhidu aroma masakan yang mengoncang iman, tapi juga bau harum bila biskut di bakar yang melintuk-lintuk di bawa angin.

Apabila di dap bukan sekadar memasak untu melunaskan tanggungjawab terhadap kelua kita sebenarny bereksperimen berkarya tenta masakan. Bagi baru berjinakdapur, jadikan ini sebagai ruju Insya Allah jik memasak anda lebih mahir.

Join this site Members

w ith Google Friend Co

Already a member?

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

1/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Ada yang dah mula membuat biskut raya ke? Atau masih lagi mencari biskut raya yang sesuai. Jika nak mencari biskut raya, boleh lah mencuba koleksi biskut raya pilihan dari buku Siri Blogger Masakan Biskut Raya. Terdapat 25 jenis biskut raya yang harus di cuba untuk menghiasi meja tetamu di pagi lebaran. Bagi mereka yang belum dapatkan buku ini, bolehlah dapatkan di pasaran. Terdapat 3 koleksi buku dengan tema yang berbeza. Setiap satunya di jual dengan harga RM 9.90 senaskah. Buat masa ini buku ini hanya terdapat di kedai buku MPH sahaja. Bagi mereka yang sukar boleh lah dapatkan terus secara online di MPH Online

SIRI BLOGGER M BISKUT RAYA

SIRI BLOGGER M KEK

SIRI BLOGGER M MANISAN

Hari ini satu lagi tambahan koleksi biskut raya yang bakal ita kongsikan. Ramai yang di luar sana pengemar kuih tart kan? Kalau di rumah ita ni Dalili adalah peminat biskut yang menjadi keutaman setiap rumah bila Lebaran menjelma. Kemunculan Kuih Tart dengan pelbagai versi pastinya menyerikan lagi meja hidangan. Satu lagi versi kuih tart yang cukup popular di Johor Bahru adalah Tart Rosalinda. Tart ni dah lama meletup di JB sejak era popularnya sicom drama telenovela dari Mexico yang cukup popular sedikit masa dahulu. Sambutan terhadap biskut tart yang satu ini juga naik mendadak di pasaran. Kecomelan dengan hiasan bunga dan berbentuk topi pastinya menambat setiap lirikan mata yang memandang. Apa tunggu lagi jom kita intai-intai cara membuatnya.

EBOOK VOL 1

EBOOK VOL 2

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

2/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

SEARCH THIS BLO

POPULAR POSTS

CHECKERED RAINBOW CA

TART ROSALINDA
Dari resepi Tart Nenas Nyonya By: Kak Jee Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji 300 gms tepung gandum 4 sudu besar tepung jagung 3 sudu gula ising 200 gms butter 2 kuning telor sahaja jem nenas Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam. Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh. Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.

FLORENTINE COOKIES / KR KARAMEL AL

MILLE CREPE VANILLA CRE


www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 3/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

MY MENU

A GIFT ACAR (4) APAM AWARD AYAM BEGEDIL BROWNIES Buku (1) BUNGA

ANNIVERSAR

BISKUT RAYA

BUAH-BUAH

BUTTERMILK COKLAT CONTEST COOKIES CUCUR CUIT-CUIT DAGING DECO-DECO DESSERT DONUT

CHEESE TAR

DECORATING

Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2. Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar. Ambil jem nenas bluberry dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.

EBOOK ICE CREAM IKAN (56) IKLAN ISU SEMASA JAM (1)

ISLAM ITU IN

JUADAH RAM (7) KEK (139) KEK CAWAN KEK KEJU KEK KRIM KEK LAPIS KERABU KUDAPAN KUIH-MUIH LAKSA LONTONG
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 4/53

JUADAH RAY

KEK CHIFFON

KEK SPAN AS

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

MACAROON

MAKAN DI M

MAKANAN BA

MAKANAN LA

MALAYSIAKU (23) MEDIA MEE (35) MINUMAN MUFFIN MY FAMILY NAK TAU? NASI (70) PACERI PASTRY PAU (6)

MENCARI ILM

PANCAKE / C

PENGAT DAN (14) PIZZA PROMOSI PUFF (12) PULUT ROJAK ROTI (30)

PHOTOGRAP

Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Untuk jem nenas bluberry boleh beli yang dah siap atau boleh juga di buat sendiri.

SAMBAL SARDIN

SAYUR - SAYU (29) SOTO (9) SUP (10) TAUHU TELUR TEMPAHAN TEMPE TOM YUM UCAPAN SAL

SELERA ARTI

TIPS DAN PET

UMRAH DAN (6)


BLOG MASAKAN

RESEPI SUMBANG JY 2008-2

522. KARIPA BAKAR-iftar

Dapur Tan Sempadan JEM NENAS BLUBERRY


www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

AIR JAGUNG....G N MELAMP


5/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Dari resepi Jam Nenas Istimewa By: CMG 3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya) 2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar 1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp) 1 cawan penuh gula pasir 1 sudu teh pes bluberry 1 sudu teh pewarna bluberry Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering. Akhir sekali masukkan parutan epal hijau, pes bluberry dan pewarna, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.

BUKAN SEKADAR

ALAM SAR

BEN ASHA

FauziahSa om small girl big heart.

::Bisikan H Lin:: Ryo ...

AbbotCott
KONGSI RESEPI

353 Online Us

166

ICING 1 biji putih telur 200 gm gula icing 1 sudu teh jus perahan lemon Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar Putar adunan sehingga kental Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 6/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Masukkan dalam piping bag Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing. Biarkan icing keras Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Kepada yang rasa macam leceh aje cara membuatnya tapi nak jugak biskut ni menghiasi meja tamu di pagi lebaran.. boleh lah beli sahaja yang dah siap. Kalau nak minta ita buatkan boleh call adik ita Aluya untuk tempahan Tel : 017 ~ 727 9179 Tapi ita buat tak banyak lah ya.. sekadar yang ita termampu sahaja. Oh lagi satu hanya untuk warga JB sahaja ya sebab tiada penghantaran untuk luar daerah.

Posted by Azlita Aziz at 1:47 PM Labels: BISKUT RAYA


TUESDAY, MAY 14, 2013

7 comments:

+1 Recommend this on Google

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND


Assalamualaikum
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 7/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Bersua lagi kita hari ini.. semoga semuanya sihat-sihat dan sentiasa dalam rahmat Nya. Hari ini ita nak kongsikan satu resepi yang ita rasakan dah meletup-letup dari tahun lepas lagi.. dan dijangkan pasti lebih bom lagi tahun ini. Biskut yang sangat kruncy ni sangat mudah cara membuatnya tak sampai 15 minit dah siap! tapi harganya cukup mahal.. bertambah-tambah lagi harga barangan baking seperti badam dah melambunglambung naiknya. Semasa ita beli ni aje harga badam dah RM 38 sekilo. Bayangkan berapalah harga biskut raya yang bakal di jual pada hari raya nanti..

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

8/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Kaedah membuat biskut ini sangat mudah kerana ia di sediakan dengan tepung yang khas. Tepung florenta ni anda boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek. Masa ita beli harganya RM19 satu bag yang beratnya 500gm. Kalau anda nak buat berniaga boleh dapat dalam harga RM 16 satu bag tapi kenalah beli dalam kuantiti yang banyak iaitu satu kotak yang kalau tak silap ita ada 6 bag didalamnya.

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

9/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Ini pula adalah bahan lain yang kita perlukan. Badam keping, kuaci hitam dan bijan. Anda boleh juga guna biji bunga matahari jika suka. Kerana bahan-bahan ini mahal tak hairanlah biskut ini dijual dengan harga yang sangat mahal. 1 kotak yang berukuran 12 x 24 di jual pada harga RM 45 sekotak pada hari raya tahun lepas, tahun ini tak taulah pula berapa harganya memandangkan harga barang yang dah melambung-lambung naiknya.. Ada juga yang diletakkan dalam jar. Jar yang biasa kita buat cake in jar tu.. harganya pula RM 25 satu jar.. aduh..!! tak tertelan rasanya. Bayangkan jika kita mempunyai keluarga yang ramai pasti terkebilkebil biji mata nak membelinya kan..

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

10/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Oleh itu ita cadangkan bagi mereka yang keluarga ramai, lebih elok buat sahajalah sendiri untuk makan sekeluarga. Satu bag tu boleh buat 2 kali sebenarnya tapi ia tak dapat banyak.. bak kata orang Johor tak muai.. Tapi kalau nak makan ita cadangkan buat sahajalah kerana cara buatnya yang cukup mudah dan ringkas. Biskut ini hendaklah di bakar dalam loyang 14x14 inc. Loyang pula hendaklah di alas dengan kertas kek bukan kertas minyak ya sebab nanti ia melekat. Kertas kek tu ada jual di kedai kek 1 gulung harganya RM 12 ringgit kalau di JB di tempat lain ita tak pasti. Kertas ni kita boleh guna semula, ianya boleh dicuci dan diguna semula.

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

11/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Selepas biskut dimasak ia hendaklah terus dipotong ketika ia masih panas-panas, kalau lewat dan ia dah sejuk.. alamatnya memang tak boleh potong lagilah.. patah-patahkan ajelah.. jawabnya. Ita potong dengan pisau aje.. tapi ada rakan-rakan yang cadang guna pemotong pizza.. ikut lah kesesuaian.. Ukuran memotong tu terpulanglah pada kita nak potong besar atau kecil. Jom kita intai-intai cara membuatnya

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

12/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND


Rujukan : Kak Patmah Aspar 200 gm tepung Florenta 200 gm badam keping 100 gm kuaci hitam 20 gm bijan hitam Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit Satukan semua bahan dalam bekas Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja Panaskan oven pada suhu 160C Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis Bakar dalam oven selama 10 minit Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan Simpan dalam bekas kedap udara.

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

13/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

14/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Mereka yang tinggal di Johor dan Singapura boleh dapatkan dari Kak Patmah Aspar.

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

15/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Boleh juga di bakar dalam magic pan HiG

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

16/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Posted by Azlita Aziz at 6:48 PM Labels: BISKUT RAYA, COOKIES


TUESDAY, FEBRUARY 26, 2013

62 comments:

+3 Recommend this on Google

TART BUAH-BUAHAN

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

17/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Assalamualaikum Selamat petang, dan selamat beristirehat.. buat semua suri rumah-suri rumah.. Biasa kalau suri rumah masa ni lah baru dapat nak melelapkan mata.. nak santai-santai sambil menonton TV ya tak? Tapi masih banyak lagi urusan yang belum siap.. mana nak angkat kain di ampaian.. nak melipat baju.. atau mungkin ada yang sedang memikirkan apalah juadah untuk makan malam atau minum petang ni..

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

18/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi hebat dari bloger yang ita cukup kagumi bakatnya.. Seorang wanita yang cukup berseni dan sangat kreatif.. yang paling utama beliau sangat rajin.. setiap resepinya pasti membuatkan sesiapa yang melihat meronta-ronta nak mencuba.. bagi yang tak punya cukup masa dek kesibukan urusan pejabat.. pasti tak akan melepaskan peluang untuk menempah dari wanita yang satu ini.. Resepi ni dah lama ita skodeng di dapur beliau.. hati ni dok mencongak-congak.. nak buat ke tidak? Bila melihatkan kecomelannya tu.. macam tak sangup nak tunggu lebih lama lagi.. Tapi ita bimbang pula sejarah membuat biskut tembikai berulang semula.. huhu

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

19/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Hari ni memberanikan diri mencuba.. Aduyaii.. tak lah susah sangat.. nampak macam susah tapi bila dah buat ok lah.. menyeronokkan.. lebih-lebih lagi bila melihatkan hasilnya.. Sebenarnya ita dah lama tak bermain dengan warna.. Ita ni sebenarnya suka sangat melukis.. Warnawarni adalah dunia ita.. seronok bila dapat melayangkan berus di kanvas.. dengan warna-warna yang sentiasa memberikan satu semangat dan kepuasan.. Tapi sekarang dah tak punya masa untuk berkarya.. Akhirnya tak dapat melukis di kanvas melukis di tepung pun jadilah.. kata orang nak lepas gian.. haha Jom lah.. kita masuk dapur kita intai-intai resepi unik dan menarik ni.. dan amat sesuai untuk dijadikan hantaran atau buah tangan..

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

20/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

TART BUAH-BUAHAN
Resepi Oleh : Kak Wan 250 gm mentega 60 gm gua icing 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanilla 370 gm tepung gandum 30 gm tepung jagung Bahan Hiasan Jam nenas sebagai inti Pewarna mengikut warna buah-buahan 1 biji telur asingkan putih dan kuningnya Cengkih sebagai tangkai Bijan hitam sebagai hiasan Royal Icing sebagai daun atau kudup

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

21/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Satukan mentega dan gula dan gaul rata dengan senduk kayu sahaja Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah di ayak terlebih dahulu sedikitsedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang lembut Ambil sedikit doh, letakkan jam nenas atau jam strawberry atau blueberry atau apa-apa jam yang anda rasakan sesuai. Jam tu kita bulat-bulatkan dahulu supaya lebih memudahkan dan melancarkan lagi urusan kita nanti. Bentukkan seakan-akan buah-buahan yang anda sukai, seperti buah strawberry, apple, pear, jambu, labu, kiwi, mangga, nenas, pisang, manggis, orange atau apa-apa buah-buahan yang terlintas di benak fikiran. Buat kemas-kemas. Untuk buah yang berlekuk seperti pear atau abu, gunakan belakang pisau untuk bentukkan setiap lekukan. Untuk nenas atau buah durian anda boleh guntingkan sedikit doh untuk membentuk durinya Setelah siap susun dalam dulang pembakar yang dilapik kertas pembakar. Jom intai cara ita..

Bentukkan doh menjadi buah-buahan pilihan anda.. lagi banyak buah-buahan yang anda pilih lagi cantik dan menarik lah hasilnya nanti.. jangan sekat fikiran anda untuk berkreatif.. anda boleh mencuba
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 22/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

pelbagai-bagai jenis buah-buahan yang anda suka dan anda rasakan ianya comel.. ^___^

Bila dah siap semuanya di bentuk, sekarang bolehlah di warnakan. Gunakan warna -warna yang menarik dan hampir-hampir serupa dengan buah yang asli. Warna yang digunakan adalah warna cecair atau gel.. mana-mana pun sesuai.. Gunakan berus yang sesuai, berus khas untuk makanan pastikan yang halal ya!! Boleh ratakan dengan air sekiranya warnanya pekat.. Buat sama macam kita buat lukisan masa di bangku sekolah dahulu.. ingat lagi tak? @___^

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

23/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

24/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Bila dah siap warna, keringkan sekejap sebelum kita sapukan pula dengan putih telur supaya ia nampak sedikit berkilat. Selepas tu boleh lah kita letakkan tangkai. Untuk tangkai ita gunakan bunga cengkih. Bagi buah yang ada biji-biji di luar tu.. macam strawberry, bolehlah kita letakkan bijan sebagai hiasan buah. Bagi buah yang berdaun, jangan letak daun dahulu, sebaliknya kita bakar dahulu Bakar dalam ketuhar pada suhu 140C selama 25 minit. * kalau masa bakar nampak macam dia nak merekah, cepat-cepat turunkan suhu ketuhar.. Bagi kak Wan beliau akan salutkan semula doh yang dah 1/2 masak dengan kuning telur pula. Tapi ita tak buat la.. ita ni buat untuk makan sendiri aje... bagi yang nak buat boleh buat.. ia sebenarnya untuk mengukuhkan lagi kelekatan warna tu pada doh kalau tak.. dia akan mudah tanggal.. Bila dah siap bakar sejukkan sekejap kemudian letakkan daun atau kudup buah dari gula icing. Kemudian kita bakar semula untuk keringkan Royal Icing tu.. tak lama ya masa membakarnya dalam 10 minit dengan suhu oven yang rendah iaitu 120C
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 25/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Royal Icing 1 biji putih telur 90 gm gula icing 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu teh jus lemon Satukan semua bahan dan putar hingga ia putih dan likat Letakkan pewarna, letakkan dalam piping bag dan bolehlah di paipkan pada tart buah tadi Bakar semula doh selama 10 minit pada suhu 120C

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

26/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Terima kasih Kak Wan, kepada rakan-rakan semua.... Selamat Mencuba!!

Posted by Azlita Aziz at 3:51 PM Labels: BISKUT RAYA, COOKIES


SUNDAY, FEBRUARY 10, 2013

16 comments:

Recommend this on Google

Selamat Tahun Baru Cina

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

27/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua rakan-rakan ita yang berbangsa Cina. Bagi kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum, inilah keistimewaannya negara kita kerana dapat menyasikan kemeriahan sambutan perayaan setiap bangsa. Seperti biasa kalau Tahun Baru Cina, kawasan rumah ita ni dah jadi macam pesta. Malam sambutan memang tak dapat lelapkan mata, bunyi mercun berdentam-berdentum seakan kita berada di medan peperangan pulak! Tapi memang seronok, pesta bunga api yang hanya dapat disaksikan setahun sekali. Itulah simbolik perayaan mereka.. Apa yang menghairankan.. tak ada pulak yang cedera putus jari ke.. putus tangan ke.. walaupun mercun yang di main ala-ala peluru dan ledakan meriam..

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

28/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Selain Hari Raya, Tahun Baru Cina juga merupakan cuti umum bagi rakyat Malaysia, dan cuti Raya Cina juga agak panjang. Ita rasa pasti ramai yang telah pun selamat pulang ke kampung masing-masing. Bagi yang meninggakan rumah tu, pastikan keselamatan rumah di jaga. Disamping itu kenderaan juga hendaklah dipastikan selamat untuk perjalanan yang jauh. Ok lah sempena Tahun Baru Cina, ita sediakan kuih tart gulung, entahlah tekak ni teringin pula nak makan kuih tart, bila terpandang beberapa rakan blogger berbangsa Cina yang menyambut perayaan ini menayangkan kuih tart masing-masing.. Daili lah yang paling suka, kerana inilah biskut raya kegemarannya. Ita buat 2 adunan, satu ita letakkan inti jam nenas dan satu lagi ita letakkan jam bluberry. Intinya pula ita beli yang ready made aje jual kat kedai bahan kek. Jom lah kita cuci mata..

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

29/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

TART NENAS GULUNG


by: Kak Anim 4 oz butter - 115 gram 4 oz minyak sapi - 115 gram 1 biji telur gred B 1 lb tepung gandum -450 gram sedikit garam air sejuk Pecahkan telur di dalam bekas adunan, Masukkan butter dan minyak sapi Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais. Guna acuan seperti gambar di bawah. Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda. Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal. Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 30/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

JAM NENAS

by: Kak Anim 10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya 3 kampit gula sedikit pewarna kuning kacau nenas dan gula Bila hampir kering masukkan pewarna kuning. Kacau hingga kering dgn api yang perlahan Ini adalah cara bagaimana ita buat tart bunga ni Untuk tampok bunga yg warna hijau tu ambil sedikit doh dan letakkan sedikit pewarna hijau.

Untuk tart Bluberry Roll ni, ita letakkan paste bluberry dalam adunan doh. Ita juga gantikan dengan bluberry jam sebagai intinya. Fillingnya ni ita beli yang dah ready made di kedai bakery.

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

31/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Posted by Azlita Aziz at 1:59 AM Labels: BISKUT RAYA, COOKIES


TUESDAY, SEPTEMBER 11, 2012

16 comments:

+1 Recommend this on Google

KUIH GOYANG ATAU KUIH ROS


Assalamualaikum

Ada yang dah mula bergoyang pagi ni.. ? Sambil bergoyang kita nikmati kuih goyang ni dulu.. hihi Kuih goyang adalah kuih kegemaran ita. Memang suka sangat makan kuih ni dan ita boleh habiskan dengan sekelip mata.. Tapi nak buatnya cukup bercinta.. aduh.. lebih sedap kalau makan yang orang dah buatkan.. Mak ita dulu cukup rajin buat kuih goyang, ialah dia tau anaknya ni suka makan kuih goyang. Kalau mak buat biasanya tiada sukatan, main boh aje dalam besen pas tu bancuh.. terrrrr... masuk dalam blender pas tu dah mula bergoyang Inul dalam kuali.. hihi Payah juga nak dapatkan sukatan yang tepat.. ialah resepi orang dulu-dulu memang tiada sukat menyukat... yang hairannya jadi aje kan.. mungkin berkat air tangan yang ikhlas untuk anak-anak..

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

32/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Kuih ni ita buat bukanlah untuk hari raya, sebenarnya masa gi rumah Mat hari tu, Mat ada keluarkan kuih goyang ni. Anak dara ita tu merasalah kuih tu.. aikkk.. dia dah jatuh hati laaa..pulak.. nasib baik jatuh hati dengan kuih goyang.. kalau dengan tuan empunya diri.. aduh.. payah jugak ita nak berpantun seloka hihi ^_^ Di paksa maknya buat kuih ni.. hari-hari setiap kali balik sekolah mesti tanya kuih dia ni dah buat ke belum?? Aduh malasnya rasa nak buat.. tapi tak sampai hati lah pulak! Ita cuba cari resepi di dapur mat, tapi tak jumpa lah pulak! tak taulah mat ada letakkan resepi atau tak berkesempatan lagi untuk kongsikan resepinya. Serius.. resepi kuih goyang yang ita makan kat rumah mat tu sedap, sama rasanya macam mak ita buat. Bila dah tak jumpa ita cubalah telefon mak nak tanya resepi, tapi telefon tak berangkat pulak.. agaknya rosak kot telefon rumah mak.. Akhirnya ita cuba dapatkan dari My Resepi.

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

33/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Resepi ni di kongsikan oleh Nor faezah. Ita buat 1/2 adunan sahaja. Nak cuba dulu, kalau ok nanti buat lagi.. hihi Resepinya ok! tak manis sangat dan menepati selera. Cuma ita tak puas hati sikit sebab dia tak berapa licin Mengerutu sikit tepi dia tu.. Kat mana silap pun tak dapat dikenal pasti lagi.. Rasa terlebih telur ke? sebab ita guna telur A Nak kata panas sangat minyak.. tak lah panas sangat sebab guna api sederhana aje.. Eiiiii.... Kena buat posmotem ni.. Kalau resepi mak ita, rasanya macam mak ada bubuh kapur sikit.. Tu yang tak pasti tu.. telefon tak berangkat pulak! Ita tambahkan sedikit garam untuk rasa lemak-lemak manis sikit Ita juga letakkan esen ros dan sedikit pewarna pink Kepada Nor faezah terima kasih juga atas resepinya.. Minta izin ye faezah untuk ita share di sini pula.

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

34/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

KUIH GOYANG ATAU KUIH ROS


By : Nor Faezah Rujukan : My Resepi Bahan-bahan ~ 200 biji 2 kampit tepung beras 3 cawan gula 1 biji telur 1 biji kelapa ~ di perah sehingga 3x, setiap perahan diasing-asingkan air ~ jika perlu di tambah sedikit esen ros secubit garam sedikit pewarna merah jambu Tepung beras, gula, telur dan perahan santan pertama di gaul sebati. Jika adunan agak pekat campurkan perahan santan berikutnya tapi jangan di letakkan semua, letakkan sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati. Kemudian tapis Panaskan minyak dan rendam acuan kuih goyang ke dalam kuali yg telah di isi minyak. Gunakan api sederhana Bila minyak dah panas, acuan pun dah panas, celupkan acuan ke dalam adunan. Goyang-goyangkan acuan hingga kuih tertanggal dari acuan Jika kuih agak tebal, tambahkan sedikit lagi air santan
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 35/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Setelah kuih kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya atas redai Bila dah sejuk segera simpan ke dalam bekas kedap udara

Posted by Azlita Aziz at 8:07 AM

22 comments:

Recommend this on Google

Labels: BISKUT RAYA, KUDAPAN


WEDNESDAY, AUGUST 15, 2012

CORNFLAKES ALMOND ROCHER

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

36/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Assalamualaikum Apa khabar rakan-rakan ita di luar sana? Besar harapan dan doa ita agar semuanya sihat dan sentiasa ceria kerana kita bakal meraikan Aidil Fitri. Walaupun mungkin ada antara kita yang berasa sedih untuk meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, dan sering pertanyaan bermain di fikiran, adakah peluang bagi kita lagi untuk menikmati kelebihan bulan Ramadhan pada tahun-tahun yang mendatang.? Sama-sama lah kita berdoa agar di panjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik agar kita berpeluang lagi untuk menikmati malam-malam Ramadhan.. Hari ini adalah hari terakhir anak-anak bersekolah, bagi anak-anak yang tinggal di pusat pengajian tinggi, awal-awal lagi sudah pulang ke rumah. Peluang yang ada ini jangan dilepaskan untuk membantu ibu di dapur, bagi anak teruna pula, rajin-rajinlah ringankan tulang membantu tugas si ayah.

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

37/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Hari-hari terakhir sebelum kita pulang ke kampung halaman masing-masing. Pasti saat ini ada yang sudah melayangkan kat ucapan Selamat Hari Raya kepada kawan-kawan dan sahabat handai. Ucapan Selamat Hari Raya dahulu dan kini telah banyak berubah, seiring dengan perubahan dunia yang berteraskan alam siber. Kalau dahulu kat ucapan sebagai penganti diri. Setiap kali dapat kat ucapan hari raya pasti tak di lupa serangkap pantun Pecah kaca Pecah gelas Sudah baca, Harap balas Seronok bukan kepalang bila menerima layangan kat ucapan, lebih-lebih lagi bila ianya di hantar oleh pos men. Gembiranya hati bukan kepalang. Saban tahun kad ucapan sering berubah, bergantung pada permintaan. Dari sekecil-kecil kad hinggalah yang sebesar-besar kad. Yang paling seronok tak terkata bila dapat kad seiring dengan alunan muzik selamat hari raya. Waduhhhh... rasa macam nak tunjuk pada semua orang.. ^_^ Satu kenangan yang tak dapat dilupakan, masa kecil-kecil dulu, suka sangat gantung kat hari raya. Manamana rumah yang kita beraya pasti ada gantungan kad hari raya. Dari di gantung pada dinding rumah tak kurang juga yang mengantungkan pada ranting kayu. Tak pe lah walau terpaksa meredah semak dan samun semata-mata untuk dapatkan ranting kayu pilihan hati. Yang tak boleh tahan siap letak kapaskapas lagi dah macam sambut hari Natal pun ada jugak..! haha Tapi itulah yang seronoknya.. Terasa kemeriahannya berhari raya.
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 38/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Itu baru cerita pasal kad raya, belum lagi lampu lip lap lip lap. ^_^

Ok lah kita lupakan pasal hari raya tu dahulu ye.. tugas banyak lagi yang tak selesai di dapur. Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi yang wallaaaa.... sedapnya.. ni memang pasti anak-anak suka.. usahkan anak-anak mak-mak anak dan bapak-bapak anak pun suka.. "mai secawan...." Resepi dari Papa Coklat kita, siapa lagi kalau bukan Chef Amer. Masa ita pergi kelas hari tu Chef Amer ada ajar buat coklat ni.. tapi beliau tak letak dalam cawan kertas sebaliknya beliau tuang aje dalam loyang, pas tu keraskan. Bila dah keras di patah-patahkan aje.. tapi rasanya... aduh.. tak tertahan-tahan.. macam ita nak ulang-ulang aje makan masa tu, tapi aduyaiii.. segan pulak rasanya ^_^ Ramai yang tanya "kak ita tak buat ke kuih raya berasaskan coklat?" Sebenarnya kalau kuih yang ada coklat ni ita tak boleh buat awal-awal.. sebab tau-tau ajelah kan.. nanti ita yang makan banyak.. bila dah makan banyak berat pun naik banyak.. bila berat dah naik banyakkk... baju raya pun tak muat... aduyaiiii.. saborr je le.. Buat coklat ni pun.. satu sudu masuk cup satu sudu masuk mulut.. satu sudu masuk cup dua sudu masuk mulut.. bila dah siap aik.. nape dapat sikit aje.. tadi nampak macam banyak.. haha tau tak pe... Resepi ni ita ambil dari buku Chef Amer Rahsia Coklat. Ita ada ubah suai sikit bahan-bahan mengikiut citarasa dan bahan-bahan yang ada didapur rumah ita sahaja. Ita gandakan sukatan pada setiap bahan. Sebab sukatan asal tu dapat sikit aje.. nanti tak cukup.. hehe Jomlah kita intai resepi hebat dari Chef Coklat yang hebat ni..

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

39/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

CORNFLAKES ALMOND ROCHER


Resepi asal : ALMOND ROCHER By : Chef Amer Rujukan : Terokai Rahsia Coklat 200 gm cornflakes ~ ita panggang sekejap 100 gm badam hiris ~ dipanggang pada suhu 160C selama 15-20 minit 30 gm halwa kulit oren ~ ita gantikan dengan blueberry kering (50gm) 50 gm pes kacang hazel 50 gm lemak koko ~ dicairkan secara double boiler 200 gm coklat masakan gelap ~ dicairkan secara double boiler 200 gm coklat susu (milk coklat) ~ dicairkan secara double boiler 50 gm coklat putih ~ sebagai hiasan atas Cawan kertas secukupnya Dalam satu bekas, satukan cornflakes, badam hiris dan halwa kulit oren atau blueberry kering. Kalau tak de boleh gunakan mangga kering, nanas kering, kiwi kering atau kranberi kering. Sedap kalau makan terasa masam-sama sikit bila tergigit. Jadi coklat tak terasa muak. Kemudian gaul rata semua bahan dan ketepikan. Dalam bekas lain cairkan lemak koko ~ lemak koko ni untuk mencepatkan coklat keras dan memberikan sedikit kilatan pada coklat. Boleh dapatkan di kedai jual bahan kuih. Kalau tak letak pun tak apa. Dalam bekas lain cairkan coklat masakan gelap Dalam bekas lain juga, cairkan coklat susu masakan
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 40/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Kemudian, satukan coklat susu di dalam coklat gelap. *pastikan anda lap dahulu bawah bekas supaya wap air tidak menitis dalam coklat. Kemudian tuangkan pula lemak koko. Gaul rata. Masukkan pula pes kacang hazel. ~ ini yang membuatkan coklat tu terasa sedap sangatttt!! Boleh dapatkan di kedai menjual bahan kuih. Bagi yang tinggal di JB boleh dapatkan dari Siti di TEL : 019 7550154 ( yang Siti punya ni dia dapatkan dari Chef Amer sendiri ) Kemudian kita gaul rata. Tuangkan pula adunan ini ke dalam bekas berisi campuran cornflakes, badam dan blueberry kering tadi. Gaul rata-rata. Gaul lama sikit sehingga semua bahan-bahan benar-benar bersalut dengan coklat tadi. Jika takut coklat cepat keras, letakkan bekas coklat kita tadi atas air panas yang kita cairkan coklat. ( kira macam kaedah double boiler juga tapi jangan buka api, cukup sekadar air panas sahaja) Kemudian dengan menggunakan 2 sudu teh, sudukan adunan ke dalam cawan kertas Buat sehingga habis Simpan dalam peti ais selama 15 minit supaya dia mengeras Bila dah keras, kita paipkan pula coklat masakan putih yang juga telah kita cairkan dengan kaedah double boiler. Masukkan coklat masakan putih dalam kon kertas ( gunakan kon kertas lebih baik kerana coklat lambat keras) , guntingkan lubang kecil dihujungnya, dan paipkan atas coklat tadi. Biarkan ia keras. Simpan coklat didalam bekas kedap udara.

SALAM LEBARAN
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 41/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Posted by Azlita Aziz at 2:08 PM Labels: BISKUT RAYA, COKLAT


TUESDAY, AUGUST 14, 2012

26 comments:

+1 Recommend this on Google

Dari sahabat buat sahabat...

Bila kita berbicara tentang sahabat, di hari yang mulia ini pasti kenangan kita terawang-awang pada sahabat sepermainan masa kita kecil-kecil dahulu, apatah lagi rakan-rakan sepersekolahan yang bersama-sama kita di alam persekolahan. Rasa kerinduan pada mereka memuncak setiap kali tibanya hari lebaran. Teringat kenakalan sewaktu sama-sama di bangku sekolah. Ponteng kelas, didenda cikgu berdiri atas kerusi, atau yang curi-curi makan semasa cikgu mengajar.. haha bila ingat kembali saat itu pasti tersenyum sendiri.. Kenangan ita bersama rakan-rakan sekolah tak mungkin ita lupakan, baik di sekolah rendah maupun di
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 42/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

sekolah menengah. Kalau di minta ita senaraikan nama sorang perseorang rakan di sekolah rendah pasti laju bibir ini menyebut satu persatu nama-nama mereka.. Cuma mereka masih ingat atau tidak dengan ita di sini..

Di sekolah ita seorang yang agak pendiam.. ceh wah.. Ita ni pemalu dan kurang bergaul dengan rakan-rakan.. Ada seorang dua sahaja yang agak rapat dengan ita waktu itu.. mungkin kita ke sekolah bersama-sama dan main permainan yang sama.. Namun semua rakan-rakan di sekolah rendah sangat baik tidak kira bangsa apa pun mereka.. Bila masuk ke sekolah menengah ramai antara kita yang terpisah, ada yang mengikut keluarga berpindah dan ada yang bersekolah di asrama. Bila di bangku sekolah menengah situasi agak berbeza, dari rakan yang tak sampai 50 orang dah bertambah ke beratus-ratus pelajar. Lagi payah nak disenaraikan nama mereka, kerana ramai yang menggunakan nama glamor.. hehe Mentol, Mak Aji, misi, patung, antara contoh nama glamour yang tak mungkin dilupakan.. Nama-nama glamour inilah yang buatkan kita semakin dekat dan semakin sering mengigati mereka.. Di manalah kawan-kawan ita sekarang??? Kepada rakan-rakan ita yang telah kembali ke rahmatullah.. Al Fateha untuk mereka..

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

43/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi yang di ciptakan sendiri oleh seorang sahabat buat sahabat baiknya. Ikatan persahabatan mereka sangat utuh bagaikan aur dengan tebing. Dari kenalan di alam siber kini mereka bersahabat baik dialam nyata.. saling kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi.. Hubungan persahabatan yang saling hormat menghormati, tolong menolong dan saling ingat-mengigati, buatkan mereka berada di kelompok pentas mereka tersendiri. Seorang di pentas masakan dan seorang lagi kini sibuk bersama cahaya mata sulung mereka.. Siapakah kedua sahabat baik ini???? Nak tau cerita selanjutnya tentang ikatan persahabatan mereka, dan tercetusnya ilham menghasilkan cookies ini. Jom kita singgah di SINI

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

44/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

BENZILLA LOVE COOKIES


By: Adnan Ibrahim 140 gram mentega (mat guna jenama "Anchor") 145 gram tepung gandum* 80 gram tepung kastarad* ~ custard powder 40 gram Horlick* 40 gram gajus, kisar halus* 30 gram cocoa crunch, kisar halus*(*A) 40 gram gula aising 1 kuning telur 1/4 camca teh esen vanilla Bahan Hiasan Coklat masakan secukupnya 1/4 camca teh lemak sayur Coklat masakan berperisa strawberry secukupnya Gula hiasan bentuk hati secukupnya

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

45/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan esen vanilla dan juga bahan bertanda (*A) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh (doh memang lembut sedikit, tapi anda biarkan ianya terdedah pada udara untuk 10 - 15 minit, nanti doh jadi OK). Canai doh antara 2 keping plastik setebal 0.5 cm. Terap dengan acuan bentuk hati, susun dalam loyang pembakar, jarak kan sikit, sebab biskut akan mengembang sedikit dalam proses memasak. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing. Bila masak, biar sekejap dalam loyang hingga suam dan baru dialihkan atas jaringan sepenuhnya. Sementara itu cairkan coklat masakan secara kaedah "double- boiler", masukkan lemak sayur. Kacau rata. Bila biskut sejuk, celupkan permukaan biskut tadi dalam coklat masakan, susun atas jaringan kembali. Hias dengan gula hiasan bentuk hati, atas biskut tadi. Buat hingga selesai dan biar sekejap hingga coklat mengeras. Cairkan pula coklat masakan berperisa strawberry tadi, gunakan kaedah double-boiler. Gunakan api paling kecil semasa proses mencairkan. Isi dalam piping beg dan drizzle kan zig-zag atas biskut tadi, biar coklat mengeras baru simpan dalam bekas kedap udara. CATATAN MAT GEBU Acuan biskut, selalunya mat celup dalam tepung sagu untuk mengelakkan doh melekat ketika kita menerap biskut tadi....
www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 46/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

SALAM LEBARAN

Posted by Azlita Aziz at 12:13 PM Labels: BISKUT RAYA, COOKIES


MONDAY, AUGUST 13, 2012

15 comments:

+1 Recommend this on Google

THE FAMOS AMER CHOCOLATE CHIPS COOKIES


Assalamualaikum Pejam celik pejam celik kita dah pun berada di minggu terakhir bulan Ramadhan. Kira kalau kita masuk pertandingan lumba lari, ini dikira minit-minit terakhir sebelum kita menempuhi garisan penamat... Rasa-rasa ramai juga yang akan pulang ke kampung minggu ini. Pasti tidak sabar ibu dan ayah menunggu kepulangan anak-anak di hari raya. Sayu rasa hati pula bila anak-anak tak pulang ke kampung. Pasti saat beraya bersama anak-anak berlegar-legar di ruang mata. Ada juga pada saat ni dah mula tercetusnya percikan bunga api.. masih berkira-kira nak balik kampung siapa? Walau apapun biarlah keputusan yang di pilih menyenangkan hati semua agar tidak pula dari percikan bunga api bertukar pula pada ledakkan meriam buluh.. hehe ^_^

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

47/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Tu lah masa khawin dulu kenapa tak cari calon senegeri.. kan senang raya sekampung.. Bila musim perayaan barulah mengeluh kenapalah tak fikir dulu masa nak khawin.. haha ada juga yang dah mula menyalahkan takdir.. dah jodoh.. Bagaimana pula yang sorang di utara.. sorang di selatan macam ita ni.. Sebenarnya ita tak kisah raya di mana, pada ita sama sahaja. Cuma yang tak larat nak menempuhi kesesakan jalan raya setiap kali pulang ke kampung. Perjalanan biasa yang mengambil masa 7, 8 jam boleh bertukar kepada 24 jam.. aduh.. sengal punggung duduk lama dalam kereta.. :( Anak-anak ita cukup suka kalau beraya di Kota Bahru, sebelah ayahnya. Tapi tahun ni rasanya macam tak cukup korum pula.. mungkin keluarga ita dan adik suami yang bungsu sahaja yang beraya di sana. Dua orang adik suami lagi tak dapat pulang beraya kerana suami masing-masing tak dapat cuti raya. alaaa... macam tak syok pulak kan.. Ita suka kalau semua berkumpul.. seronok beraya bersama-sama. Macam-macam cerita dan gosip! lebih-lebih lagi kami semua lebih kurang sebaya.. Yang paling seronok bukan sahaja sebaya malah saiz badan juga lebih kurang sama, kalau yang gemuk sikit pun mungkin ita kot.. ^_^ Kasut pun sama saiz.. baju lagi lah.. boleh tukar-tukar pakai.. Yang paling lucu, bukan kita aje yang sama saiz kasut, mak mertua ita pun sama saiz kasut dengan kita.. hihi

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

48/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Beraya di Kota Bahru dan Johor tak banyak berbeza, kalau beza pun dari segi juadah yang terhidang di pagi raya. Orang Kelantan tak suka makan ketupat, mereka lebih suka makan pulut. Mujur mak mertua ita dah lama tinggal di JB dan anak-anak mereka pun dah biasa makan ketupat, jadi setiap kali raya mak mertua pasti buatkan ketupat untuk kami menjamu selera di pagi lebaran. Rendang, lodeh, kuah kari, ayam masak merah, sambal tumis adalah antara juadah yang terhidang di pagi raya. Tapi kalau kat Kelantan ada tambahan satay dan kuah kacang. Yang seronok di Kelantan, mereka suka buat kenduri di hari raya pertama, jamu orang makan. Kira kalau kat Johor macam 'open house' lah.. tapi biasanya di JB ni open house di buat pada raya ke 2 dan berlarutan hingga sebulan Shawal. Biasanya awal pagi lagi kami dah diundang makan kenduri. Antara juadahnya nasi berlauk, nasi dagang, laksam, nasi kerabu dan macam-macam lagi. Pada masa ini lah baru dapat bertemu keluarga sebelah suami yang tak pernah ita kenal. Tapi ita ni kalau mereka berbual ita melopong aje lah.. hihi tak paham sebenarnya.. orang ketawa ita ketawa.. orang senyum ita senyum.. haha Kalau ada adik ipar dia tukang translatekan kat ita.. ya adooo...

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

49/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

Aduh indah sungguh rasanya suasana di hari raya.. macam dah tak sabar nak pulang ke kampung.. Hari ni ada lagi satu kukis yang nak ita kongsikan. Resepi dari Chef Amer yang tidak asing lagi dengan coklatnya.. kira Papa Coklat kita lah kan.. Sebenarnya ita dah dapat merasa air tangan Chef Amer masa beliau bawa biskut ni ke klas tempoh hari. Sedap biskut ni dan menurut Chef Amer biskut ni antara yang top sale untuk biskut raya keluaran beliau. Tapi ita tak boleh buat awal-awal sebab nanti ita yang banyak makan, belum raya biskut dah habis.. hihi Resepi biskut ni telah di kongsikan oleh Chef Amer dalam Majalah SAJI bulan Ogos. Kepada yang belum dapatkan majalah SAJI bulan Ogos boleh lah dapatkan di pasaran, banyak resepi biskut raya yang menarik tersisip di dalamnya.

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

50/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

THE FAMOS AMER CHOCOLATE CHIPS COOKIES


By : Chef Amer Rujukan : Majalah SAJI Ogos 2012 250 gm mentega 70 gm gula halus 80 gm gula perang 1/2 camca esen vanilla 1 biji telur 1 biji kuning telur Bahan Diayak 300 gm tepung 10 gm serbuk koko 1/2 camca teh serbuk penaik 1/2 camca teh soda bikarbonat 50 gm susu tepung Bahan Lain 60 gm kacang badam / walnut / pecan ~ dipanggang pada suhu 160C selama 10 minit ~ cincang 40 gm oats 250 gm cip coklat

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

51/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Pukul mentega, gula, gula perang dan vanilla hingga sebati sahaja. Masukkan telur dan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan campuran tepung perlahan-lahan sambil dipukul. Campurkan kekacang, oats dan cip coklat lalu dimasukkan kedalam adunan. Gaulkan hingga sebati dan rata. Sudukan adunan atau letakkan sedikit adunan di atas dulang yang telah di glis. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit.

Ita salutkan atau celupkan cookies ni dengan coklat masakan putih dan hitam yang ita cairkan secara double boiler.

Salam Lebaran

Posted by Azlita Aziz at 12:23 PM Labels: BISKUT RAYA, COOKIES

13 comments:

Recommend this on Google

Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Older Posts

Picture Window template. Powered by Blogger.


www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA 52/53

7/16/13

masam manis: BISKUT RAYA

www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT RAYA

53/53

Anda mungkin juga menyukai