Anda di halaman 1dari 326

DECO

Tips dan penggunaan nozel dari Wilton


Round Decorating tips

Open Star Decorating Tips

Close Star Decorating Tips

Multi Opening Decorating Tips

Basketweave Decorating Tips

Leaf Decorating Tips

Ruffle Decorating Tips

Drop Flower Decorating Tips

Petal Decorating Tips

Left Handed Petal Tip Set

Left Handed Drop Flower Tip Set

Couplers

Using Couplers

Step 1 Tanggalkan ring daripada Coupler Masukkan dalam piping bag hingga hujung Tandakan bahagian yang hendak digunting

Step 2 Keluarkan coupler Guntingkan bahagian yang telah ditandakan

Step 3 Masukkan semua coupler Tolak coupler hingga ke hujung piping bag

Step 4 Masukkan nozel Kemudian pasangkan atau skrukan semula ring pada coupler

Cara-cara mengisi krim dalam piping bag

Step 1 Pegang piping bag dengan tangan kiri Kelepetkan bahagian mulutnya ke bawah dengan tangan kanan

Step 2 Dengan menggunakan spatula, masukkan cream ke dalam piping bag

Step 3 Keluarkan spatula dari bag dengan tangan kiri memegang spatula supaya krim masuk semuanya dan spatula keluar dari piping bag dengan keadaan bersih

Step 4 Tutup kemas piping bag dengan memulas hujungnya

Cara-cara memegang piping bag

90 darjah : Kedudukan tegak Biasanya digunakan untuk membuat corak bintang, bunga leper dan ros

45 darjah : Sendeng Menyendeng sedikit dengan 2 jari memegang hujung untuk control piping bag. Biasanya digunakan untuk menulis, membuat border, kudup bunga atau lain-lain Kaedah memotong kek kepada kepingan

Beberapa kaedah untuk anda memotong kek kepada kepingan

Menggunakan alat khas untuk memotong Menggunakan benang, tandakan dahulu dengan lidi Menandakan bahagian yang hendak dipotong dengan lidi dan kemudian memotong dengan pisau Menandakan atau memotong dahulu sekeliling bahagian kek ( anggaran 1 inc) yang hendak dipotong, kemudian potong perlahanlahan mengikut tanda potongan yang telah di buat Kaedah meletakkan krim dan melempa kek

Kaedah meletakkan garnache

Letakkan kek yang telah di salut krim atas redai. Pastikan kek yang bersalut krim itu telah di sejukkan sehingga krimnya mengeras terlebih dahulu. Alas redai dengan loyang yang lebih besar supaya lebihan garnache akan jatuh ke dalamnya. Tuangkan garnache atas kek, di tengah dahulu dan kemudian di tepi hingga ia mengalir dan menutupi keseluruhan kek Hentak-hentakkan redai supaya garnache rata

Kaedah mengalihkan kek dari redai ke atas lapik kek

Sediakan 2 kek spade, satu yang besar tapaknya yang biasa digunakan untuk mengangkat slice cake dan satu lagi yang digunakan untuk meratakan cream pada kek

Letakkan lapik kek berhampiran dengan loyang kek yang di letak kek berganache tadi

Masukkan atau selitkan ke dua-dua kek spade tadi di bawah kek, yang ni bergantung pada keselesaan yang mana spade nak diletakkan sebelah kanan atau kiri

Bila dah kukuh kedudukannya angkat kek perlahan-lahan dan rendah sahaja dan terus letakkan atas lapik kek

Angkat cake spade yang kecil dan dengan perlahan tarik keluar cake spade yang besar dari bawah kek

Letakkan rapat kek atas lapik kek dengan kemas, kemudian dengan perlahan tarik keluar kek spade yang kecil Kaedah memotong kek cara ita

Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik, terutamanya untuk kek krim, berganache, berkeju atau mousse cake.Ita menggunakan 2 pisau di atas, anda tidak semestinya membeli pisau yang sama brand cukup sekadar sama dari segi bentuknya. Biasanya pisau bentuk bergini ada dijual di kedai jual bahan kek atau di pasaraya. Ita lebih suka gunakan pisau yang halus sebelah kiri . Kerana permukaannya yang kurang geseran buatkan kek lebih cantik bila di potong. Pisau harus tajam dan nipis. Dalam gambar ini ita hanya menggunakan kek biasa. Tapi kaedah ini adalah untuk memotong kek yang ita senaraikan di atas.

1. Mula-mula kita panaskan pisau atas api. ( dalam gambar ita gunakan lilin, tapi sebaiknya anda panaskan atas dapur) jangan terlalu panas sampai merah pula pisau tu.. cukup sekadar menghangatkan mata pisau.

2. Letak pisau atas kek

3. Tekan pisau ke bawah

4. Jangan di sorong tarik pisau , tekan terus sampai bawah. 5. Bila dah capai dasar lapik kek baru tarik terus pisau keluar.
Pastikan anda mengelap mata pisau dengan tuala basah atau kitchen towel setiap kali hendak memotong potongan yang ke dua dan seterusnya. Ini mengelakkan kek anda comot. Dan setiap kali hendak memotong kepingan yang lain, mata pisau hendaklah di panaskan lagi, bergitulah seterusnya.

ACUAN
Ini adalah antara acuan yang ita gunakan dalam setiap kek atau puding yang ita hasilkan . Setiap acuan ni ita beli di merata tempat. Ita ni mmg pantang nampak acuan jadi bila terjumpa yang berkenan di hati pasti ita akan beli. Rasa-rasanya acuan ni ada di jual di kedai menjual bahan kek. Ada juga yang ita beli di Parkson Grand, Midvelly dan mana2 aje kedai bahan jual bahan kek yang ita singah.

KEK LUMUT

KEK BATIK ARORA

MOIST SOUR CREAM CHOC CAKE

CARAMEL CHEESE PUDDING

PUDING TEMBIKAI

MY LOVE CAKE

PUDING OREO

TALAM SKOTENG

TALAM KASTARD JAGUNG

PUDING KIWI

KUIH BAKAR SUSU

KUIH BAKAR KENTANG

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

KEK CHOC MOIST

CHECKERED CAKE CHECKERED RAINBOW CAKE

CHILED BLUEBERRY YOGHURT CHEESECAKE

ROTI JALA acuan roti jala ni ita beli di DAISO KL

TART NENAS NYONYA acuan ni ita beli di kedai bahan kek di Taman Perling

TART NENAS TERATAI


TUESDAY, MARCH 19, 2013

RUSIAN BLACK AND WHITE CAKE


Assalamualaikum

Hari ni baru dapat menarik nafas lega.. setelah beberapa hari ni terlalu sibuk dengan pelbagai program. Lepas ni dah boleh sambung semula segala tugas yang tergendala. Entahlah sejak dua menjak ni terasa jadual ita terlalu padat. Banyak sangat tugasan yang menanti. Hinggakan kadang kala terasa nak berehat aje dari mengupdate blog ni.. bila mengenangkan rakan-rakan yang sering menjadikan blog ita teman penghibur, ita gagahkan diri untuk mengupdatekan seberapa kerap yang ita termampu. Kesibukkan membuatkan ita terpaksa menolak beberapa undangan. Baru-baru ini ita telah di undang untuk muncul dalam satu rancangan women talk show di TV7. Bella merupakan rancangan untuk wanita yang keudara setiap hari Isnin hingga Khamis dari pukul 11 am ~ 12 pm dan pada hari Ahad dari pukul 1.30 pm ~ 2.30 pm. Ita terpaksa menolak kerana jadual ita yang sangat padat dan ita juga memegang tanggungjawab sekolah SK Taman Daya 2 dalam Johor Junior Chef Challenge. Terima kasih ita kepada Penerbit Rancangan Bella, Fakhrunnisa Hamdan atas kiriman email dan undangan ini, akak minta maaf sangat-sangat kerana tidak dapat memenuhi undangan ini dan semoga kita akan dapat berkerjasama di masa akan datang. Ita juga terpaksa menolak beberapa tawaran majalah untuk memuatkan resepi kerana ita tak cukup masa untuk berbuat demikian. Maaf sangat-sangat.. sebab memang tak termampu rasanya. Terima kasih kerana mempercayai bakat ini.. Insya Allah jika ada rezeki kita dapat berkerjasama semula..

Hari ni ita nak kongsikan kek yang ita sediakan untuk hari ulang tahun anak ita Azrul. Walaupun Azrul berada di asrama, ita tetap meraikan ulang tahunnya di rumah sebagai mengigati kembali detik kegembiraan kami sekeluarga menerimanya sebagai cahaya mata yang di anugerahi Illahi. Sebenarnya kami dah berjanji untuk turun ke Kuala Lumpur bagi meraikan ulang tahun Azrul pada hari minggu yang lalu. Namun kerana ita terikat dengan pertandingan memasak Johor Junior Chef Challenge, kami terpaksa membatalkannya. Mujur Azrul anak yang tidak mudah ambil hati.. Insya Allah minggu ni katanya ia akan pulang, dan pasti kami akan raikannya bersama. Ok lah tak mau cakap banyak lagi.. nanti berjurai pula air mata ni.. Kita terus aje pada resepi yang akan ita kongsikan.

Kek ini adalah kek yang cukup popular di FB satu masa dahulu. Ita pun pernah buatkan kek ni untuk birthday Amirul tahun lalu di SINI. Tapi sedikit berbeza dari segi rasanya dan kejadiannya. Masa tu ita buat kek berbentuk bulat. Kali ni ita buat pula bentuk empat segi. Ita kategorikan kek ini sebagai kek yang mewah. Mewah dengan rasa coklat kerana menggunakan kek coklat moist sebagai kek span asas. Sebagaimana yang ita pernah nyatakan kek ni sangat lembab, gebu dan dari kelompok kek yang berat. Kek ini juga penuh dengan rasa cheese. Bagi peminat cheese pasti sukakan rasanya yang mewah dengan harum moca. Bertambah-tambah walla..!! bila dilimpahi coklat ganarche yang berkilauan.. Bagi mereka yang menjaga bentuk badan.. awas!! anda tidak boleh menghampirinya.. kerana punahlah diet anda.. pasti tak boleh berhenti bia menikmatinya tau!!

Jutaan terima kasih kepada mereka yang mencetuskan idea yang menarik hingga terlahirlah kek yang sangat mewah ini. Resepi ini ita ambil daripada beberapa resepi yang ita google di internet. Ita olah mengikut cara ita sendiri. Kepada yang nak mencuba boleh lah mencubanya.. manalah tau teringin menyediakan sendiri kek untuk buah hati tersayang.. Kek ni pada ita dah cukup cantik coraknya. Oleh kerana itu ita tidak menghiasnya terlalu mewah kerana tidak mahu spoilkan kejadiannya yang pada ita dah cukup unik!

Untuk resepi kek span coklat, ita menggunakan resepi Kek Coklat Lembab atau Chocolate Moist Cake. Boleh lihat cara-cara dan kaedah penyediaan beserta step by step penyediaan di SINI

BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE


Kek Coklat Lembab Bahan A 300 gm tepung gandum 100 gm serbuk koko 1 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh soda bikarbonat Satukan semua bahan Kemudian ayak Ketepikan Bahan B 3 biji telur A saiz 400 gm gula kastor 1 sudu teh esen vanilla Bahan C 250 ml susu cair 250 ml minyak jagung Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. Bahan D 250 ml air panas

Satukan semua bahan B Pukul hingga putih Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis Pukul hingga sebati Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. Tambahkan air panas dan gaul rata Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar. Sejukkan kek atas redai setelah masak

Krim Keju Moca Bahan A 12 gm halal gelatin 60 gm air Bahan B 400 gm krim keju 2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca 60 gm gula icing Bahan C 300 gm Krim Putar bukan tenusu Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu. Satukan gelatin dalam air Kemudian cairkan secara kukusan Untuk kaedah mencairkan gelatin boleh rujuk di SINI, untuk cara dan step by step penyediannya.

Satukan bahan B Pukul hingga lembut Campurkan gelatin dan pukul hingga licin Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

Chocolate Ganache Bahan A 250 ml krim tenusu 40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar *sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek Bahan B 400 gm coklat masakan gelap 30 gm mentega 1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka

Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buihbuih kecil di tepi periuk Coklat masakan gelap di cincang halus Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata Masukkan mentega dan gaul sempurna Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti. Sejukkan Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais Sirap Nescafe 1 sudu besar Nescafe segera 1/4 cawan air suam Satukan semua bahan dan kacau rata

Kaedah Penyediaan Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan Kaedah memotong kek boleh rujuk di SINI Letakkan 1 keping kek atas lapik kek Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek Ini bertujuan untuk melembabkan kek Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca Lakukan berselang seli sehingga habis Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe. Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek

Kemaskan tepi kek Simpan sebentar dalam peti ais Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler Alihkan kek atas redai Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek

Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata Biarkan sebentar Kaedah mencurahkan garnache dan step by step boleh rujuk di SINI Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula Cara dan kaedah mengalihkan kek dari redai ke lapik kek boleh rujuk di SINI Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras Hias kek mengikut kreativiti. Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya. Untuk kaedah dan cara memotong kek sila rujuk di SINI Untuk kek bentuk bulat boleh rujuk di SINI kaedah dan cara penyediaannya dengan step by step.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada Azrul dan Selamat Mencuba

Kek Asas 1 Kek Coklat Lembab


Assalamualaikum Terdapat pelbagai resepi kek span asas yang boleh kita gunakan untuk menyediakan sebiji kek hiasan. Sebenarnya untuk menyediakan kek hiasan kita boleh gunakan mana-mana kek span yang kita suka, tak kiralah kek vanilla, coklat, pandan atau berperisa seperti kek oren atau kek strawberry. Semuanya bergantung atas citarasa kita atau permintaan para pelanggan. Apa yang pasti, setiap kek yang kita sediakan mestilah serasi antara satu sama lain, iaitu antara kek dan mousse atau krim yang akan kita gandingkan bersama nanti. Contoh jika kek yang kita hendak sediakan kita nak hiaskan dengan buah-buahan, kita gunakan kek span asas vanilla, fresh cream, coklat urai dan buah-buahan. Jika kita nak berperisa coklat pula kita boleh gandingkan kek span coklat bersama mousse coklat yang kita boleh letakkan perasa moca atau nescafe dan di salut pula dengan ganache coklat yang kita tambahkan sedikit pes moca atau pes kekacang sebagai contoh pes Hazelnut dan Nutella Pada ita pula kek coklat juga enak dan lazat jika di gandingkan bersama bubbery dan fresh cream manakala filling strawberry di gandingkan pula dengan kek span vanilla dan buttercream. Semuanya terletak atas kita yang bijak menganding dan mengayakan setiap kek yang ingin kita sediakan. Alangkah indah dan seronoknya jika kita dapat menyediakan sendiri kek hiasan untuk hari ulangtahun anakanak atau suami tercinta. Hari ini ita akan kongsikan resepi Kek Coklat Lembab atau Chocolate Moist Cake. Kek yang lembab dan sedikit padat dan berat. Kek yang sesuai di jadikan asas kek hiasan yang mewah dengan lapisan krim keju dan di

salutkan pula coklat ganache.. waa.. pasti berpinar-pinar biji mata melihatnya dan sudap pasti anak tekak mula menari-nari riang.. wallaaa.. sedapnya..

Sebenarnya kek ni kalau tak letak krim pun dah sedap dan mewah dah.. Apa yang perlu kita salutkan sahaja dengan curahan garnache ya Allah enaknya kejadian dan ciptaan mu.. hingga tak terungkap dengan kata-kata.. Alhamdulillah..

KEK COKLAT LEMBAB / Chocolate Moist Cake

Bahan A 300 gm tepung gandum 100 gm serbuk koko 1 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh soda bikarbonat Satukan semua bahan Kemudian ayak Ketepikan

Bahan B 3 biji telur A saiz 400 gm gula kastor 1 sudu teh esen vanilla

Bahan C 250 ml susu cair 250 ml minyak jagung Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D 250 ml air panas

Satukan semua bahan B Pukul hingga putih Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis Pukul hingga sebati

Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon

Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.

Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.

Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula Tambahkan air panas dan gaul rata Adunan yang telah di gaul rata Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

Kejadian kek banyak bergantung pada suhu oven kita, pastikan kita faham kelebihan dan kekurangan oven kita. Kebiasannya untuk membakar kek kita hendaklah letakkan kek di rak tengah dengan api atas dan bawah di gunakan. Suhu oven pula dari 160C ~ 180C bergantung pada jangka hayat sesuatu oven itu. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran kek, kerana ia akan membantutkan pengembangan kek kita nanti. Selepas 1 jam buka oven dan cucuk dulu dengan lidi, jika belum masak bakar lagi 15 minit. Jika selepas 15 minit berlalu tak masak lagi tambah 15 minit lagi. Untuk oven ita pula ita hanya gunakan api bawah setiap kali membakar kek dan kek pula ita akan letakkan di rak bawah sekali. Ini adalah kerana suhu api atas pada oven ita adalah lebih panas dari api bawah. Jika ita menggunakan api atas dan api bawah, kek akan keras pada sebelah atas dan mudah merekah serta hangus . Kek ini boleh di bakar dan boleh dikukus, masa mengukus juga antara 1 jam hingga 1 jam 1/2 Sama juga seperti cara membakar, kukusan tidak boleh dibuka semasa kek sedang dikukus Kek yang dikukus lebih moist, tapi tidak tahan lama Kek yang dibakar lebih tahan lama dan lebih sesuai sebagai kek hiasan. Boleh juga menggunakan kaedah Steam Bath Kepada yang tak nak di lapiskan dengan krim bolehlah terus curahkan garnache coklat atasnya setelah kek di sejukkan. Bagi yang nak di jadikan kek hiasan boleh lah potongkan kek kepada beberapa kepingan berdasarkan ketinggian kek yang kita inginkan.. Nanti kita sambung pula bagaimana cara nak menyediakan lapisan krim dan garnache coklat.

KEK SPAN PANDAN 150 gm tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum 1 sudu teh baking powder 150 gm gula kastor 5 biji telur 80 ml air 4 helai daun pandan 80 ml mentega cair 1 sudu besar ovellete Pewarna hijau Pandan emulco

Sebelum kita mulakan proses membuat kek, panaskan ketuhar terlebih dahulu. Ketuhar perlu dipanaskan 15 minit lebih awal sebelum memasukkan adunan Suhu yang dicadangkan adalah 170C, ini bergantung pada jangka

hayat ketuhar masing-masing Kebiasannya kek di bakar pada rak tengah dan menggunakan api atas dan bawah Ita menggunakan api bawah kerana api atas ketuhar ita terlalu panas dan mudah menyebabkan kek cepat hangus dipermukaan dan merekah. Oleh kerana itu adalah perlu untuk memahami fungsi ketuhar anda sebelum mulakan proses membuat kek, supaya anda tidak menghadapi masalah :

Kek keras diluar tetapi masih tidak masak didalam Kek merekah Kek mendap setelah keluar dari ketuhar Kek berlubang atau berkawah

Kek bantat Sediakan loyang bulat atau empat persegi Untuk resepi ini akan menghasilkan 2 biji kek loyang ukuran 8 inc Jika anda ingin membuat 1 kek gunakan loyang yang lebih besar Faktor loyang yang tidak sesuai juga akan mempengaruhi kejadian kek anda Loyang perlu di sediakan awal sebelum membuat kek supaya adunan yang telah dibancuh tidak menunggu lama untuk dibakar Faktor adunan yang di lengah-lengahkan pembakarannya juga akan mempengaruhi kejadian kek terutamanya untuk kek bertekstur span.

1. Daun pandan di gunting halus dan dikisar bersama 80 ml air 2. Tepung di campur bersama baking powder, kemudian diayak 3. Mentegar di cairkan

Satukan, gula kastor, telur, ovellete dan tepung yang telah di ayak bersama baking powder. Dengan kelajuan maksima pukul bahan hingga menjadi putih, ringan dan gebu Anggaran masa memukul 10 minit

Tuangkan air pandan, 1 sudu teh pewarna hijau dan 1 sudu teh pandan emulco. Terus putar dengan kelajuan tinggi Tuangkan mentega cair dan kaup balik adunan hingga rata

Jika guna stand mixer, semasa putar laju, gunakan pemutar bentul belon dalam gambar kiri Apabila memutar adunan telur, perlu kelajuan tinggi supaya telur sebati dengan sempurna Semasa proses kaup balik adunan dan mentega cair tukar pada pemutar kanan dan letakkan pada speed perlahan sekali Putar atau kaup balik sekejap sahaja, hanya sampai adunan sebati, jika terlebih putar atau kaup balik kek akan mampat dan tidak gebu.

Udara juga terperangkap di dalam kek dan menyebabkan kek berlubang-lubang bila dipotong nanti

Tuang adunan yang telah siap ke dalam loyang Bakar pada suhu 170C selama 40 minit

Kek ini akan mengecut sedikit dan turun sedikit masa minit terakhir proses membakar Setelah kek masak segera keluarkan kek dan terus terbalikkan kek atas redai Ini bagi mengelakkan kek turun oleh tarikan graviti Selepas 10 minit, keluarkan dari loyang

Kek asas span pandan telah tersedia untuk digunakan

KASTAD PANDAN
by: Sweet 4ever Bahan A 180 gm gula kastor 500 ml air daun pandan 1 sudu makan serbuk agar-agar segera Bahan B 400 ml santan pekat 85 gm tepong hoen kwee hijau 1 sudu teh pewarna hijau secubit garam

CHECKERED CAKE
Assalamualaikum Musim tengkujuh dah bermula. Hari-hari hujan. Faktor hujan amat menyukarkan proses ita nak ambil gambar. Sebagaimana yang ita pernah katakan sebelum ini ita lebih suka menggunakan natural light ketika merakamkan gambar. Pada ita natural light lebih cantik dan gambar nampak hidup. Kita juga dapat bermain dengan bayangbayang. Sebagaimana yang kita ketahui trend Food Photography sekarang ni banyak bermain dengan bayang-bayang. Itu yang membuatkan gambar nampak cantik dan hidup.

Bila hari hujan memang sukar nak dapatkan cahaya yang cukup. Tambahan pula rumah ita memang di penuhi pokok-pokok dan pastinya akan lebih merumitkan keadaan. Kek ni ita buat semalam, tapi bila kek dah siap hujan turun dengan lebat. Memang sukar nak merakamkan gambar kek ni. Kerana tak boleh ambil gambar, ita simpan semula kek dalam peti ais. Aduh!! kecur liur betul sebab tak

dapat merasa. Suami dan anak-anak ita pun asyik sebut aje.. aiii... bila nak potong kek ni?? tak sabar nak rasa.. hihi aiii.. zalim betul mak dia ni tau!.. kesian kat anak2 dan suami ita.. saborrr je lah kan.. Seperti yang telah ita janjikan semalam, hari ni ita nak sharekan satu resepi kek yang pada ita bukan sahaja menarik malah rasanya juga sedap! Kek yang sangat lembut dan sangat gebu. Ita terjumpa resepi ni semasa berjalan-jalan kat Google. Bila nampak rupa kek yang sangat rupawan dengan kejadian yang sangat mempersonakan, buatkan hati meronta-ronta untuk mencuba.

Resepi dari web Keikos Cake and Pastry Friends. Banyak sangat kek yang menarik dan memikat mata yang memandang. Tapi semua resepi adalah berbayar ye! kalau berkenan boleh lah singah di SINI untuk join the club. Untuk resepi Checkered Cake ni di beri percuma siap ada tunjukkan video dan cara-cara membuatnya sekali. Ita tunjukkan juga cara membuatnya di sini untuk memudahkan ita

buat rujukan bila nak menyediakannya lagi. Ialah ita bimbang juga kalau resepi dalam web tu di hapuskan satu hari nanti, jadi mudah lah ita merujuk di sini pula. Kepada pengemar-pengemar kek boleh lah mencuba resepi kek ni. Nampak memang agak rumit dengan step by step yang panjang berjela-jela. Tapi bila dah buat rasa-rasa proses menyediakannya tidaklah sesukar yang di sangkakan. Janji ikut setiap arahan! Pasti anda juga akan mendapat kek yang sangat lembut dan gebu! dan yang paling penting sekali rupa kek yang cukup mengetarkan selera.

CHECKERED CAKE
KEK PUTIH

Rujukan : Keikos Cake and Pastry Friends

190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya. 110 gm gula castor 70 gm tepung gandum 20 gm tepung jagung 30 gm butter 20 ml susu segar 1 sudu teh esen vanila - ita tambah susu segar panaskan atas dapur bila dah suam masukkan butter. Biarkan butter mencair Kemudian tambahkan esen vanila.

KEK COKLAT
190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya. 110 gm gula castor 60 gm tepung gandum 10 gm tepung jagung 20 gm serbuk koko 20 gm butter 20 ml susu segar sama juga seperti kek putih susu segar panaskan atas dapur bila dah suam masukkan butter. Biarkan butter mencair

KEK SPAN PUTIH

Apa yang kita perlukan ialah loyang berukuran 7 inc. Alas loyang dengan kertas minyak Lapik tepi loyang dengan kertas minyak juga. JANGAN di sapu dengan butter. Bila dah siap, ketepikan. Panaskan oven pada suhu 190C. Ita panaskan pada suhu 180C. Suhu oven bergantung kepada kepanaskan oven dan mengikut juga jangka hayat oven itu di gunakan. Sekarang kita nak buat kek. Proses membuat kek ni lain sedikit, ia menggunakan kaedah double boiler. Oleh itu ikut arahan dalam resepi. Mula-mula kita masak air dalam periuk yang kecil. Biar air mendidih. Dengan menggunakan mangkuk yang lebih besar dari periuk tadi, pecahkan telur dan masukkan gula dalam mangkuk tersebut. Letakkan mangkuk yang berisi gula dan telur di atas periuk yang telah mendidih airnya tadi. Pastikan dasar mangkuk yang besar tidak menyentuh permukaan air.

Dengan menggunakan mixer, mulakan proses memukul telur dan gula secara double boiler tadi. Terus memukul sehingga suhu adunan telur mencapai suhu badan (38C - 40C) Jika tiada thermometer, jangan bimbang anda hanya perlu sentuh adunan dan rasakan suhunya agak2 suam-suam kuku. Bila adunan dah mencapai suhu badan, tutup api. Alihkan mangkuk dari periuk tadi dan terus memukul adunan telur sehingga ia menjadi ringan dan gebu. Ia mengambil masa yang agak panjang. Anda akan dapati perubahan pada telur iaitu dari warna kuning kepada warna peach dan akhirnya menjadi warna putih.

Ayakkan tepung bersama tepung jagung ke dalam adunan telur tadi. Dengan menggunakan spatula kaup balik adunan hingga rata. Secara perlahan-lahan sahaja ye! jangan menggunakan mixer dan jangan pukul kuat-kuat kerana ini akan menganggu proses pengembangan telur tadi dan akan buatkan kek kita turun, atau bentat atau penyek setelah di bakar. Oleh tu pastikan adunan di pukul secara kaup balik dengan perlahan. Kemudian tuangkan pula susu dan butter yang telah di cairkan tadi. Ita tambahkan 1 sudu kecil esen vanila Dengan menggunakan spatula juga, kaup balik kek sehingga ia benar-

benar sebati. Jangan terlebih pukul adunan, kerana adunan akan hilang kegebuannya nanti akibat terlalu di pukul. Masukkan adunan yang telah siap tadi ke dalam loyang. Hentak kan loyang sekali, perlahan aje ye jangan kuat sangat! Proses ini untuk mengurangkan gelembung udara yang berlebihan pada kek. Bakar kek hanya menggunakan api bawah sahaja. Letak loyang pada rak paling bawah. Bakar pada suhu 190C ( ita bakar suhu 180C ) Proses membakar mengambil masa 25 - 30 minit. Setelah kek masak terus keluarkan dari oven. Terbalikkan terus kek atas redai Proses ini untuk mengelakkan kek mengecut dan penyek akibat faktor tarikan graviti. Bila kek dah sejuk keluarkan dari loyang.

KEK SPAN COKLAT

Sementara kek berada dalam oven kita buat pula kek coklat. Kaedah membuat kek coklat sama juga seperti kek putih tadi. Cuma bezanya kita tambahkan serbuk koko yang kita ayakkan sekali bersama tepung dan tepung jagung. Sementara menunggu kek sejuk sepenuhnya, kita sediakan pula buttercream

BUTTERCREAM
400 gm butter 230 gm putih telur - anggaran 6 biji buang tali pusatnya 200 gm gula castor 50 ml air Buttercream ni menggunakan telur. Sebenarnya kita boleh juga gunakan buttercream yang lain jika kita tidak suka butter yang menggunakan telur. Butter yang menggunakan telur ni sedikit hanyir baunya, untuk mengelakkan hanyir jangan masukkan tali pusat telur. Kita juga boleh tambahkan esen vanila. Tapi esen vanila tu pastikan kita letak pada adunan butter jangan campur dgn adunan putih telur pulak! nanti tak jadi kita punya meringue.

Mula-mula kita satukan gula dan air Masak atas dapur sehingga gula larut Dalam masa yang sama kita pukul putih telur. Bila sirap gula mencapai suhu 117 -120 C

Tuangkan dalam adunan putih telur yang kita sedang pukul tadi. Teruskan memukul tanpa henti sehingga telur menjadi ringan gebu dan kaku. Kaku - bila kita terbalikkan loyang telur tidak jatuh. Pukul adunan putih telur sehingga adunan sejuk. Jika tiada thermometer untuk mengukur suhu sirap jangan kuatir. Bila kita tengok gula tu dan larut dan keluar gelembung udara yang besar dan gula dah sedikit pekat dan likat dah ok lah tu. Bila dah siap ketepikan Kita pukul butter pula hingga butter kita lembut. Warna butter bertukar dari kuning ke putih dan sedikit creamy. Masa memukul ni boleh lah kita tambahkan sedikit esen vanila untuk mengelakakn bau hanyir pada buttercream kita tadi.

Dengan menggunakan spatula, ambil 1/4 adunan putih telur dan satukan dengan adunan buter. Gaul rata. Bila dah rata tuang baki selebihnya dan gaul lagi hingga adunan sebati dan bergaul sempurna. Bila dah siap bolehlah kita mulakan proses melapis kek.

PROSES MELAPIS KEK

Kek yang telah siap di bakar kita potong bahagian atas kek Kemudian potong kek dan bahagikan kepada 3 lapisan, setiap buku kek. Hati-hati semasa memotong kerana kek sangat lembut.

Gunakan cutter ring bulat untuk memotong kek kepada bentuk bulatan. Oleh kerana ita menggunakan loyang yang besar (9 inc) semasa membuat kek ni, ita memerlukan 3 ring bentuk bulatan ni. Jika menggunakan loyang 7 inc ring bulat yang di cadangkan :

Ring besar - 12 cm (4.7 inc) Ring kecil - 6 cm (2.4 inc)

Beginilah rupanya kek yang telah di potong. Berhati2 semasa mengeluarkan kek, kerana kek yang terlalu lembut ni mudah patah.

Susun kek berselang seli antara kek coklat dan kek putih. Buat hingga mendapat 6 lapisan kek Setelah siap boleh lah kita lakukan proses melapis kek pula.

Mulakan dengan lapisan luar yang besar. Susun atas lapik kek. Sapukan buttercream di sekeliling dalam lubang kek. Masukkan satu lagi lapisan kek coklat di dalam kek putih. Sapukan buttercream lagi. Ini adalah untuk melekatkan kek antara satu sama lain. Jika tidak dilakukan proses ini kek akan tertanggal.

Ulang lagi proses yang sama berselang seli antara kek putih dan kek coklat.

Selepas tu kita sapukan dan ratakan buttercream di atas kek. Ulang langkah yang sama berselang seli setiap lapisan. Rujuk rajah 2 Buat sehingga semua lapisan siap di lapiskan. Akhir sekali ratakan buttercream ke seluruh permukaan kek. Licinkan lapisan dengan alat melicinkan kek atau spatula atau plastik keras.

Beginilah kek yang telah kita ratakan dengan buttercream tadi. Simpan kek di dalam peti ais paling kurang 2 jam. Semasa menunggu buttercream mengeras dalam peti ais kita boleh sediakan Chocolate Glaze.

CHOCOLATE GLAZE

300 gm coklat masakan gelap 370 gm Heavy cream Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu. Untuk Heavy cream pula ita tak ada, lagi pula bimbang kalau yang ada di pasaran tidak ada tanda Halal. Ita gantikan dengan whipping cream. Boleh juga ita rasa gantikan dengan susu cair tapi kurangkan sedikit sukatannya. Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam. Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil. Kacau rata sehingga semua coklat melarut. Kemudian tapis. Biarkan ia sejuk sepenuhnya.

Kek yang telah dikeluarkan dari peti ais, di letakkan atas redai. Alas redai dengan tray atau dulang. Curahkan coklat atas kek hingga semua permukaan kek di saluti chocolate glaze. Dengan berhati-hati alihkan atas dulang kek.

Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam Kemudian bolehlah hiasa kek mengikut kreativiti masing-masing.

Mudah aje kan cara membuatnya. Kek ni sangat sesuai sebagai suprised birthday cake. Pasti orang yang mendapat hadiah kek ni teruja dengan kejadian kek yang amat memikat.

Ita di Masam Manis mengucapkan Selamat Mencuba! dan Happy Baking! ^ o ^

SICILIAN ORANGE CAKE


petang ni ita buat sebiji kek utk minum petang... kek yg sedap ni resepinyer dr Rima dan sumber dr Hana. Tp ita cnp resepi dr Kak

Umi... "kak Umi ita share kat sini ye...."

SICILIAN ORANGE CAKE


Resepi : Rima Sumber: Hana Cnp dr : Kak Noor

MyKitche's Recipe
* 250g butter - suhu bilik * 250g gula pasir - hana buh 210g je (*akak letak 200 gm jek) * 4 biji telur size M * 1 1/2 sk parutan kulit oren (akak letak 1 1/2 sudu besar) * 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder) * 85ml jus oren Bahan untuk aising: (akak x buat pun ni, just tabur gula aising jek)

* 125g gula aising * 5 sk jus oren

"DO IT YOUR SELF"


1. Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper. 2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang. 3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren. 4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belum masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar. 5. Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan. 6. Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.

You might also like:

STEAM BUTTERCREAM
Assalamualaikum

Selamat pagi semua.. Dah sarapan ke??

Eh.. takkkk.... ni bukan untuk sarapan... mana lah boleh sarapan dengan kek kan.. kalau pagi-pagi biasanya kita kenalah ambil makanan yang banyak kalsium, protin dan karbohidrat.. supaya kita sentiasa cergas sepanjang hari.. Ada yang berkenan ke dengan kek comel ni..? Uiiii... ramainya yang anguk-anguk kepala.. aiiikkk.. ada jugak yang geleng-geleng... tengah diet lah tuu.. Hari ni ita bukanlah nak cerita tentang kek ni.. tapi tentang Steam Buttercream yang tengah 'Hot and Spicy' sekarang ni kan.. Sana sini orang dok tayang kek-kek yang menggunakan steam buttercream.. sampai naik juling bijik mata ita melihatnya.. cun.. cun pulak tuuu.. alahaii geram sungguh.. Ita ni mmg pantang nampak sesuatu yang baru.. nak sangat mencuba.. tapi manalah nak dapatkan resepinya dan bagaimana pula cara nak buatnya tu.. Apalagi ita godek-godek lah cik google akhirnya pencarian ita berakhir di SINI Alhamdulillah ada juga insan yang sudi kongsikan resepi yang memang ita nak cari sangat ni.. dengan penerangan yang sangat jelas dan step by step yang sangat mudah difahami.. Terima kasih Shuhairi, kerana sudi kongsikan resepi yang tengah hot ni.. Semoga dengan keikhlasan Shuhairi berkongsi ilmu, dimurahkan pintu rezeki dan sentiasa berada dalam rahmatNya.

Singgah di blog Juicy Cafe buatkan ita terlopong sekejap! nasib baik

tak de lalat kalau tak.. Macam-macam resepi yang menarik ada di sana. Lebih menarik bila tuan rumah tidak lokek berkongsi ilmu.. Teruja sangat macam-macam resepi yang ita nak cuba! Insyaallah jika ada kesempatan ita akan cuba juga satu persatu.. Semoga Shuhairi izinkan ita panjang-panjangkan perkongsian ini dengan rakan-rakan yang bertandang ke dapur ita ni pula lah ye.. ^o^

Untuk resepi kali ini ita menggunakan resepi kek coklat. Sebenarnya

kek coklat ini lebihan kek yang ita buat untuk kek b'day Dalili. Sayang pula kalau nak buang, jadi ita buatlah kek mini yang comel ni.. Kalau ada yang berhajat nak buat, resepi kek tu boleh lah buat ikut mana-mana resepi kek yang kita suka. Nak kek span pon boleh dan kek buah pon boleh.. tak kisah.. ikutlah citarasa masing-masing, mana yang selesa.

Oleh kerana kek ita ni kecil aje. Jadi adunan tu ita hanya buat 1/2

adunan sahaja dapatlah 3 biji mini kek yang comel ni.. . Itu pun ada baki lagi.. rasa-rasa kalau buat lagi 2 biji yang kecil barulah ngam kan! Pada yang nak buat kek yang sebiji, kena lah buat 1 adunan. Adunan memang kena buat lebih sebab bila nak curah atas kek tu dia kena lah banyak supaya nampak cantik dan licin bila dia turun.

Ok kek tu ita bahagi 2. Lepas tu ita letakkan inti kat tengah. Inti

ganache krim aje.. Kalau nak letak nutella atau whipping cream pun ok kot! tengoklah awak suka apa.. nak letak filing bluberry pun ok! nak sapu jam pun ok! jugak. Jangan lupa licinkan setiap bucu kek bagi dia bentuk bulat. Tak mau ada bucu yang tajam.. tak kira lah kek bulat ke.. 4 segi ke.. bujur ke.. pastikan bucunya tu bulat dan licin.. Ini supaya mudah buttercream tu mengalir.. tak lah tersekat-sekat di mana-mana.. Macam mana dah tak sabar nak belajar car-cara membuat Steam Buttercream.. Emmm.. ita pon dah tak sabar jugak ni.. nak tengok jugak lah kan bagaimanalah hasilnya nanti.. Jom.. jom.. jom.. apa tunggu lagi.. yok kita masuk dapur..

STEAM BUTTERCREAM
By : Shuhairi Shuhaini 500 gm krimwell 250 gm shortening 50 gm butter 250 gm gula aising ~ di ayak

* Semua bahan di atas boleh di dapati di kedai menjual bahan membuat kek Semua bahan di atas di satukan dalam mangkuk mixer dan pukul hingga adunan kembang dan bergaul sebati. ~ anggaran masa memukul 5-7 minit Boleh tambahkan pewarna jika inginkan buttecream yang berwarna.

Beginilah rupanya bila adunan itu telah sebati. Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk lain. Ini adalah untuk di sapukan pada kek sebagai base dan juga kita akan gunakan untuk buat deco bunga atas kek kita tu nanti. Tujuan kita ambil sedikit dan larikan dalam bekas lain juga supaya adunan buttercream yang nak kita stimkan tu tidak bercampur cebisan kek semasa proses kita melempa kek kita tu nanti.

Sapukan buttecream pada kek nipis sahaja. Pastikan sebelum kita sapukan kek, kita bulatkan semua bucu dan penjuru kek. Ini adalah untuk memudahkan cream tu mengalir dengan licin. Letakkan kek atas redai dan alas dasar redai dengan loyang. Ini bertujuan, apabila kita tuangkan buttercream ia akan mengalir ke bawah dan lebihan buttercream akan terkumpul di dalam loyang.

Sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk membuat steam buttercream. Tapi sebelum itu, pastikan loyang yang berisi kek di letakkan betul-betul berhampiran dapur. Ini adalah kerana mudah untuk kita tuangkan buttercream yang dah mencair atas kek dengan kadar segera.

Masukkan 2 cawan air ke dalam kuali. Air jangan banyak ini sekadar untuk memanaskan bekas dan mencairkan buttercream sahaja. Masukkan buttercream tadi kedalam bekas plastik yang tahan panas. Jangan guna bekas stainless steel kerana stainless steel pengalir haba yang baik dan akan mempercepatkan buttercream mencair. Kita tidak mahu buttercream itu terlalu cair. Bila air sudah mendidih, kecilkan api segera. Masukkan bekas plastik tadi ke dalam kuali. Gunakan kitchen glove untuk memegang bekas, bagi mengelakkan kemalangan. Pastikan anda sentiasa mengacau buttercream. Gunakan spatula untuk mengacau.

Buttercream akan mula mencair, angkat keluar daripada kuali dan teruskan mengacau hingga rata.

Kemudian masukkan semula dalam kuali dan kacau lagi. Lakukan kaedah keluar masuk - keluar masuk kuali hingga adunan mencair * api jangan tutup ye.. bukak api yg paling kecil aje.. ita tutup api ni sebab nak ambil gambar kalau tak nanti camera tu berpeluh-peluh pulak! hihi

Beginilah rupanya bila adunan buttercream itu telah mencair. Bila kita angkat spatula tu.. dia mengalir laju dan tak putus. Tapi adunan masih likat, licin dan berkilat. Segera lapkan bawah bekas yang basah dengan kain. Ini bertujuan apabila kita tuangkan pada kek, air peluh daripada bekas tidak menitik pada kek.

Segera tuangkan adunan atas kek tuang rata-rata hingga menyaluti seluruh kek. Hentak-hentakkan loyang, agar adunan itu mengalir licin dan lebihan buttercream segera mengalir ke bawah. Ini juga bagi mendapatkan permukaan kek yang licin. Biarkan adunan rata sendiri jangan pula di ratakan dengan spatula. Ia akan mencacatkan adunan buttercream itu nanti. Masukkan dalam peti ais sebentar hingga ia mengeras. Alihkan atas lapik kek dan bolehlah di hiaskan mengikut kreativiti.

Lebihan buttercream itu jangan di buang. Ia boleh dikitar semula bila kita nak buat kek yang lain. Ita gunakan lebihan steam buttercream untuk deco atas kek ita. Untuk jadikan bunga dan anyaman. Mungkin adunan agak sedikit lembik, jadi ita terpaksa keluar masuk peti ais untuk dapatkan bentuk bunga.

Kalau nak dapatkan bunga yang cantik, singgahlah ke blog Shuhairi, beliau ada sertakan resepi untuk bunga dan cara step by step nak buat kelopak bunga itu sekali. Cantik sangat bunga yang Suhairi buat tu.. aduyaiii.. bilalah ita nak dapat bunga yang cantik macam tu.. siap ada embun lagi di kelopak bunga tu tau! Jom lah singah.. mesti tersangkut!

TUESDAY, APRIL 30, 2013

WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE

White Chocolate Macadamia cake pada ita adalah kek yang sangat lembut.. cair di mulut begitulah ungkapan yang diperkatakan pada kek yang satu ini. Kek yang tidak terlalu berat dan tidak muak untuk dinikmati. Kek span ringan bersama serbuk badam di lapisi krim salted caramel bersama kekacang macadamia yang segar dan di saluti lelehan ganache coklat putih yang lemak berkrim.

Bila ita dapat catalog SR hari tu, ini adalah antara kek yang di

sarankan oleh anak dara ita untuk ita cuba. Katanya nampak menarik dan pasti sedap. Sekali imbas melihat kek itu dah dah dapat agak apa bahan yang di gunakan. Ita pasti ianya sama sahaja seperti kek yang lain.

Ita olah resepi mengikut selera ita dan keluarga.

Sedap hasil gabungan kek badam yang lembut dengan krim salted caramel. Bila di hiasai pula topping ganache putih tu, rasa kelainan pada kek ini yang tersendiri. Pulak bila kita tergigit cebisan kekacang macadamia yang lembut tu.. rangup-rangup lembut.. rasa kacang juga lain dari kacang biasa.. padanlah harganya sedikit mahal. Kek ini pada ita boleh dibuat komersial bagi mereka yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan dirumah.

WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE


Mula-mula kita sediakan dahulu kek span badam KEK SPAN BADAM 4 biji telur gred A 180 gm gula halus 170 gm tepung 2 sudu besar serbuk almond 70 gm air 1 sudu teh baking powder 15 gm ovellete 50 gm minyak jagung 1 sudu teh esen vanilla Ayak tepung dan baking powder Satukan semua bahan ke dalam bekas pemukul kecuali minyak jagung Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu Tambahkan minyak dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna Tuangkan dalam loyang 8 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oles butter Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 30 ~ 45 minit bergantung kepanas oven Terbalikkan atas redai setelah masak Lepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang Biarkan kek sejuk sepenuhnya dan potong kek kepada 3 atau 4

kepingan Kemudian kita sediakan salted karamel. Resepi ni dapat banyak, boleh buat 1/2 adunan sahaja kerana kita hanya perlukan 2 sudu besar sahaja. SALTED CARAMEL 113 gm butter tanpa garam 120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream 3 sudu besar air 60 ml corn syrup 200 gm gula Potong buter kepada kiub kecil Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan Boleh juga panaskan atas api perlahan Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi Kacau perlahan dan masak hingga pekat Biarkan sejuk Sekarang kita sediakan cream SALTED CARAMEL CREAM 3 biji kuning telur

100 gm coklat masakan putih 8 gm gelatin 30 gm air 2 sudu besar salted caramel 250 gm Krim Bukan tenusu 1 sudu teh esen vanilla Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim Tuangkan gelatin dan gaul rata Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata Biarkan sejuk Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim

CARAMEL MACADAMIA

100 gm kacang macadamia 2 sudu besar gula 1 1/2 sudu besar air masak gula hingga perang Tambahkan air dan biar ia pekat tambahkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang Sejukkan dan potong atau cincang kacang kasar GANACHE COKLAT PUTIH 125 ml krim tenusu 20 gm sirap glucos 200 gm coklat masakan putih 15 gm mentega Cincang coklat halus Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair Tambahkan butter Gaul rata

KAEDAH PENYEDIAAN

Letakkan sekeping kek atas lapik kek Letakkan salted caramel krim Taburkan caramel Macadamia Ulang proses hingga habis Salutkan keseluruhan kek dengan krim dan simpan dalam peti ais hingga krim mengeras, sebaiknya semalaman Letakkan kek atas redai dan tuangkan coklat ganache Hiaslah kek mengikut kreativiti

Satu lagi ucapan ita tujukan khas buat kak Illah JY yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkhawinan. Tahniah ye kak, semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Semoga bertambah rezeki dan sentiasa ceria bersama puteri-puteri kesayangan. Sebenarnya ulang tahun perkhawinan ita pun jatuh pada bulan Jun jugak, tapi tahun ni ita sambut bersendirian kerana pada tarikh tu ita berada di Jabal Rahmah, huhu sedih.. tapi nak buat macam mana tak de rezeki nak meraikannya bersama suami. Ok lah jangan sedih-sedih sebab ita dah sediakan kek bersempena dengan ulang tahun ita. uhuhu.. sedih lagi sebab kena buat kek sendiri... uwaaa.... Sebenarnya mula-mula suami ita kata nak buatkan ita kek, entah macam mana keknya tak menjadi.. terpaksalah ita buat sendiri.. Ita buat kek ni pada hari ulang tahun ita, tapi tak dapat nak masukkan dalam blog sebab line internet kat rumah ita masih lagi bermasalah. Macam biskut Chipsmore, kejap ada kejap tak de.. Ada masa ia buatkan ita mengurut dada menahan sabar.. ialah bila kita dah penat menaip tiba-tiba hilang pulak.. aduyaiii.. sabar je le.. Ok lah mesti ramai yang dah tak sabar nak buat kek kan? Jom lah kita mulakan..

Kek yang ita buat ni adalah kek Red Velvet. Tapi kali ni ita buat 3

layer. Jadi ita taklah namakan kek Red Velvet, sebaliknya ita tukar pada Rosset Velvet Cake haha memandai aje tukar-tukar nama kan.. Untuk resepi ni ita masih lagi menggunakan resepi dari Rima yang ita pernah kongsikan di SINI Tapi kali ni ita ada ubah sedikit resepi dan ita olah ikut kesesuaian selera ita dan keluarga. Harap Rima tak marahlah kan ita ubah suai resepi ni sikit.. tak banyak sikit aje.. dan ianya sedikit pun tidak menjejaskan rasa kek yang sedap ni. Untuk membuat kek ni ita buat 2 adunan. Satu adunan ita bahagikan pada 2 bahagian. Satu ita letak pewarna pink dan satu bahagian lagi ita tak letak pewarna, ita biarkan ia plain sahaja. Jika tak mau warna yang plain tu boleh lah buat warna pink sahaja. Jadi kek tu nanti hanya ada 2 warna sahaja iaitu merah dan pink. Untuk satu adunan lagi ita letak pewarna merah. Jadi adunan merah ni lebih tebal. Ita bahagi pada 2 keping dan ita hanya gunakan 1 keping sahaja. Selebihnya ita buat mousse nanti ita tunjukkan ye!

ROSSET VELVET CAKE


PINK AND WHITE CAKE 1 1/4 cawan tepung 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh garam halus 1 sudu besar susu tepung 57 gm butter tanpa garam ~ jika guna butter bergaram jangan letak garam halus 3/4 cawan gula kastor 1 biji telur 1/2 sudu teh esen vanila 1/2 cawan buttermilk 1/2 sudu teh cuka masakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat Sedikit pewarna pink Panaskan oven pada suhu 170 C ~ bergantung pada kepanasan oven Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc. Sapukan butter pada loyang dan alas dasar loyang dengan baking paper Ayakkan, tepung, baking powder, garam dan susu tepung. Ketepikan Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga sebati dan bertukar warna keputihan Tambahkan telur dan pukul hingga lembut . Tambahkan esen vanila dan pukul hingga sekata. Kemudian, menggunakan kaedah kaup baik dengan spatula sahaja, kita masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga ( tepung, buttermilk, tepung, buttermilk dan tepung) (* kalau buat satu warna sahaja, masa ni kita dah boleh letakkan pewarna pink. Kemudian gaul rata. Bila dah sekata ketepikan) Dalam bekas kecil, kita satukan cuka masakan dengan soda bikarbonat. ~ masa buat kena cepat. Dengan kadar segera kita terus

tuangkan dalam adunan tepung kita tadi dan gaul rata. Kemudian kita bahagi 2, satu letak pewarna pink satu kita biarkan plain Dengan kadar segera terus tuang dalam loyang dan terus bakar. Bakar kedua-dua adunan kek dalam satu masa. ( maknanya kita bakar 2 loyang sekali) Suhu membakar 170C bergantung pada kepanasan oven masingmasing. Ita hanya guna api bawah sahaja. Supaya permukaan atas kek tidak keras. Masa membakar 45 minit atau sehingga kek dibakar sempurna. Bila kek dah masak, biarkan 10 minit kemudian baru terbalikkan atas redai

RED VELVET CAKE

By : Rima 1 1/4 tepung 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh garam halus 1 sudu besar serbuk koko 1 sudu besar pewarna merah 57 gm butter tanpa garam 3/4 cawan gula kastor 1 biji telur 1/2 sudu teh esen vanila 1/2 cawan buttermilk 1/2 sudu teh cuka masakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat Panaskan oven pada suhu 170 C ~ bergantung pada kepanasan oven Sediakan loyang berukuran 8 inc sapukan butter pada loyang dan lapik dasar loyang dengan baking paper Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan Dalam bekas kecil, satukan serbuk koko dengan pewarna merah kacau rata. Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga sebati dan bertukar warna keputihan Tambahkan telur dan pukul hingga lembut . Tambahkan esen vanila dan serbuk koko dan pukul hingga sekata. Kemudian, menggunakan kaedah kaup baik dengan spatula sahaja, kita masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga ( tepung, buttermilk, tepung, buttermilk dan tepung) Dalam bekas kecil, kita satukan cuka masakan dengan soda bikarbonat. ~ masa buat kena cepat. Dengan kadar segera kita terus tuangkan dalam adunan tepung kita tadi dan gaul rata. Dengan kadar segera terus tuang dalam loyang dan terus bakar. Bakar kek pada suhu 170C bergantung pada kepanasan oven masingmasing. Ita hanya guna api bawah sahaja. Supaya permukaan atas kek tidak keras. Masa membakar 45 minit atau sehingga kek dibakar sempurna.

Bila kek dah masak, biarkan 10 minit kemudian baru terbalikkan atas redai Tunggu kek benar-benar sejuk barulah kita potong kepada 2 kepingan Ita hanya guna 1 keping sahaja kek velvet merah. Bila kek dah siap dipotong, kita sediakan pula strawberry filling

STRAWBERRY FILLING

2 sudu besar jam strawberry 1/4 cawan air 10 biji strawberry ~ dibelah potong Panaskan jam strawberry bersama sedikit air Bila dah didih tutup api, masukkan hirisan strawberri dan biarkan hingga ia lembut Kemudian sejukkan CREAM CHEESE FROSTING 250 gm cream cheese ~ biarkan ia lembut dahulu 100 gm butter tanpa garam 180 gm gula icing 2 cawan Non Dairy Whipping Cream 1 sudu teh pes lemon Pukul cream cheese dan butter sehingga lembut dan bertukar warna keputihan Perlahan mixer dan tambahkan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul hingga adunan sebati Kemudian tambahkan lemon paste Dalam bekas berasingan, pukul Non Dairy Whipping Cream hingga gebu dan bertanduk Satukan Whipping Cream ke dalam cream cheese dan gaul menggunakan kaedah kaup balik Bila dah siap boleh lah kita layerkan pada kek.

CARA MELAPIS KEK

Potong kek Red Velvet kepada 2 kepingan ~ buangkan bahagian atas yang keras terlebih dahulu Bungkan lapisan keras pada kek pink dan kek putih Letakkan sekeping kek red velvet pada lapik kek Sapukan atau spraykan permukaan kek dsengan sedikit jus lemon ( jus lemon + sedikit air) Kemudian layerkan satu lapisan cream cheese Susunkan buah strawberry yang telah sejuk sepenuhnya tadi ( hanya buahnya sahaja) Letakkan pula kepingan kek bewarna pink Buatlah kaedah yang sama hingga habis semua lapisan Kemudian sapukan pula keseluruhan kek dengan cheese frosting Simpan kek dalam peti ais hingga ia mengeras Lebihan cream cheese kita letakkan dalam piping bag. Ita guna nozel ukuran 1M Kemudian hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

TUESDAY, MAY 8, 2012

BUTTERMILK

Ramai antara kita yang tersilap kerana menyangka Buttermilk mengandungi butter dan susu berlemak tinggi. Sebenarnya buttemilk tidak mengandungi butter sama sekali dan kandungan lemaknya lebih rendah daripada susu biasa.

Kaedah penyediaan buttermilk secara tradisional terhasil daripada

proses pembuatan butter. Rasanya pula seakan yogurt atau susu masam dan di negara barat, kebiasannya mereka meminumnya sejuk. Ia lebih pekat daripada susu tapi tidak sepekat krim. Daripada 1 gelen susu yang diproses hanya dapat menghasilkan 1/2 pint buttermilk. Kaedah komersial pula menghasilkan buttermilk melalui penggunaan cultured bakteria keatas proses pasturised susu yang dibiarkan selama 12 hingga 14 jam pada suhu rendah (69F). Penghasilannya pula ada yang bergaram dan ada juga yang tidak bergaram. Tapi kebanyakkan buttermilk yang dijual mengandungi garam. Untuk mendapatkan buttermilk di pasaraya atau dikedai menjual bahan kek adalah agak sukar. Ini adalah kerana buttermilk tidak tahan lama dan mudah rosak. Bagaimana pula jika kita inginkan buttermilk tapi agak sukar mendapatkannya di pasaran? Jangan bimbang kerana kita boleh membuatnya sendiri di rumah. Cara membuatnya cukup mudah dan tidak sampai berapa minit kita sudah boleh menggunakannya. Terdapat 3 kaedah untuk menyediakan buttermilk

Kaedah 1 : Dengan mencampurkan susu bersama jus lemon

Caranya : 1 cawan susu 1 sudu besar jus lemon Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Anda telah menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah ia mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.

Kaedah 2 : Dengan mencampurkan susu bersama cuka makanan

Caranya : 1 cawan susu 1 sudu besar cuka makanan Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Anda telah menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.

Kaedah 3 : Menggunakan Krim Tenusu / Dairy Wipping Cream

~ Heavy Cream atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream

Putar Krim tenusu / Dairy Whipping Cream (Heavy Cream atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream) hingga ia kental. Proses ini sama seperti kaedah penyediaan krim. Teruskan memutar sehingga ia akan mencair semula, dan terpisah 'seperate'. Hasil dari pengasingan ini menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putihkekuningan).

Cecair yang putih-kekuningan itulah buttermilk dan boleh digunakan

dalam pembuatan kek yang memerlukan buttermilk. Pepejal kuning yang terhasil pula adalah butter. Pastikan anda lebih berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli. Mudahkan penyediaan buttermilk. Sekarang dah tak perlu susah hati bila tidak menjumpai buttermilk di pasaran. Terpulang pada anda untuk memilih kaedah penyediaan yang mana yg dirasakan paling mudah dan menjimatkan. Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat. Antara resepi yang menggunakan Buttermilk

DEVIL'S FOOD CHOC CAKE

RED VELVET CAKE

TUESDAY, APRIL 2, 2013

CHOCOLATE MASCARPONE CAKE

Assalamualaikum Pertama sekali nak ucapkan terima kasih pada rakan-rakan yang menyampaikan ucapan selamat ulang tahun pada insan-insan istimewa dalam hidup ita.. Kebetulan tarikh ulang tahun suami dan anak sulung ita berdekatan. Masa ita mengandungkan anak sulung, ita berharap sangat ita dapat memberikan zuriat pertama kami pada suami pada hari ulang tahunnya. Tapi nak jadi cerita dia lahir awal sehari lah pulak.. Tak sabar kot nak sambut ulang tahun ayahnya hihi Sebenarnya kalau mengikut ramalan doktor, ita akan melahirkan 2 minggu lagi dari tarikh tersebut. Masa tu.. ita selalu berdoa agar ita dapat melahirkan pada hari jadi suami, sebagai hadiah istimewa untuk suami tersayang. Macam-macam yang ita lakukan supaya ita dapat bersalin lebih awal.. Salah satunya ita berjalan kaki dari rumah ke tempat tunggu bas.. dan dari tempat tunggu bas ke tempat kerja.. Pada masa ita mengandungkan anak ita yang sulung, ita dan suami terpisah kerana masing-masing terikat dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing. Ita tinggal dengan mak ita, manakala suami tinggal di Desaru kerana tugas. Walaupun suami ada tinggalkan kereta untuk ita ke tempat kerja, tapi ita sanggup jalan kaki setiap hari semata-mata nak suruh anak ita lahir awal.. hihi Tapi dia lahir beberapa jam lebih awal dari tarikh ayahnya..

Seperti biasa kalau ada ulang tahun, pasti ita akan sediakan sebijik kek untuk birthday boy.. dan kali ini ita buat Chocolate Hazelnut Mascopone Cake.. wallaa.. sedapnya.. Resepi kek ni hasil jalan-jalan ita ke blog Chef Dennis Tapi ita ubah suai sikit resepi dan ita olah kek mengikut apa yang ita inginkan. Ita menggunakan 2 jenis kek yang berbeza, Chocolate Moist Cake dan Hazelnut Kek Chef Amer yang ita ambil daripada majalah SAJI. Hasil gabungannya diluar jangkaan dan rasanya.. yum! yum!

Lebih mengujakan bila ia di saluti Chocolate Mousse Mascarpone Frosting dari Chef Dennis yang ita olah sikit sesuai citarasa tempatan. Bukan itu aje.. limpahan Garnache Chocolate resepi Chef Amer yang telah sebati dengan ita membuatkan ita sentiasa memejam mata setiap kali menyuapkan cebisan kek ke dalam mulut.. aduh.. asyik dan nikmat sekali ciptaan Allah..

Pertama sekali minta maaf sebab tak dapat nak tunjukkan step by step macam mana ita buat kek ni, biasalah ita kalau mencari ilham untuk buat kek ita suka buat malam hari hihi Tapi mungkin ada beberapa step yang ita sempat ambil dan ita harap ianya dapat di jadikan panduan bagi mereka yang teringin mencuba.

Anda boleh buat kaedah biasa selapis-selapis, kerana rasanya tetap sama walaupun kejadiannya berbeza. Seperti biasa kita sediakan kek dahulu. Ita mulakan dengan kek Chocolate Moist yang anda semua boleh lihat kaedah ita sediakan secara step by step di SINI

CHOCOLATE MOIST CAKE


Bahan A 300 gm tepung gandum 100 gm serbuk koko 1 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh soda bikarbonat Satukan semua bahan Kemudian ayak Ketepikan

Bahan B 3 biji telur A saiz 400 gm gula kastor 1 sudu teh esen vanilla

Bahan C 250 ml susu cair 250 ml minyak jagung Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D 250 ml air panas

Satukan semua bahan B Pukul hingga putih Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis Pukul hingga sebati Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. Tambahkan air panas dan gaul rata Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

KEK HAZELNUT
Oleh : Chef Amer Hamzah Rujukan : Majalah SAJI April 2013

4 biji telur 100 gm gula halus 1/2 sudu teh esen vanilla 15 gm ovalette 35 ml air 95 gm tepung 1 sudu teh serbuk penaik 60 gm mentega ~ dicairkan 50 gm Hazelnut ~ dibakar dan dikisar

Sediakan loyang 8 inc, lapik dasar loyang dan sapukan mentega Panaskan oven pada suhu 170C Satukan tepung dan serbuk penaik kemudian di ayak Panggang sebentar Hazelnut pada suhu 160C selama 10 ~ 15 minit kemudian dikisar Cairkan mentega

Satukan telur, gula,esen vanilla, ovallete, dan campuran tepung dan putar hingga kembang, putih dan ringan Masukkan mentega cair dan kaup balik adunan rata Masukkan Hazelnut dan kaup balik perlahan Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170 C selama 30 minit Terbalikkan loyang atas redai setelah kek masak

Tekstur kek sangat gebu Ia akan memantul semula bila kita tekan

MASCARPONE CHOCOLATE MOUSE FROSTING


Diolah daripada resepi : Chef Dennis

Bahan A 3 biji kuning telur 100 gm coklat masakn gelap di cincang 8 gm gelatin 30 gm air 250 gm krim bukan tenusu 1 sudu teh esen vanilla

Kaedah mencairkan gelatin rujuk SINI Kaedah cairkan coklat rujuk SINI

Mula-mula cairkan gelatin secara double boiler Kemudian cairkan coklat secara kaedah double boiler juga Kemudian telur, masukkan dalam bekas dan dengan kaedah double boiler juga panaskan telur sambil dikacau hingga ia pekat dan berkrim jangan sampai telur masak.. kena selalu kacau supaya telur creamy

Tuangkan gelatin cair ke dalam telur dan kacau rata Tuangkan adunan telur dan gelatin dalam coklat dan kacau rata Masukkan esen vanilla dan kacau sempurna Ketepikan

Putarkan krimputar hingga kental Masukkan 1/3 krim putar dalam adunan coklat dan kaup balik rata Tuangkan baki krim putar dan kaup balik sempurna, ketepikan

Bahan B 230 gm Mascarpone 100 gm gula icing

Putar mascarpone dan gula ising hingga lembut Satukan adunan krim putar ke dalam mascarpone dan kaup balik sempurna.

Chocolate Ganache Oleh : Chef Amer Hamzah Bahan A 250 ml krim tenusu 40 gm sirap glukos ~ ada dijual di kedai jual bahan kek Bahan B 400 gm coklat masakan gelap 30 gm mentega 1 sudu besar pes hazelnut

Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buihbuih kecil di tepi periuk Coklat masakan gelap di cincang halus Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata

Masukkan mentega dan gaul sempurna Tambahkan pes hazelnut Gaul rata Sejukkan Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

Cara yang ita buat macam dalam gambar di atas.

Ita buat 2 biji kek untuk hantar ke asrama Amirul Kalau buat selapis, adunan untuk kek Hazelnut boleh buat 1/2 adunan sahaja Kalau nak buat 1 kek aje pun ok, ikut citarasa masing-masing tapi gabungan 2 kek ni sedap sangat..

Cara ita Ita masak kek chocolate mois dalam 2 loyang 1 loyang untuk lapisan atas dan bawah dan satu loyang lagi untuk tengah Untuk lapisan tengah ita potong dengan cutter bentuk bulatan seperti dalam gambar Bila dah susun dia akan jadi macam gambar di sebelah

Letakkan 1 lapisan bawah atas lapik kek Seperti biasa ita akan basahkan lapisan dengan air Nescafe Lemudian letakkan bulat yang tengah dahulu di tengah-tengah Letak krim disekelilingnya Letakkan pula lapisan luarnya, berselang seli coklat cream dan hazelnut kek Akhir letak selapis lagi lapisan di sebelah atas Lempakan kek dengan baki krim mascarpone Kemudian hiaskan dengan garnache coklat

MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD


CREPE
By : Elaine's 140gm tepung kek ~ Self Raising Flour 20 gm tepung jagung 80 gm gula caster 500 ml susu segar / susu cair 30 gm butter ~ dicairkan 4 biji kuning telur secubit garam 1 sudu teh esen vanilla Dalam satu bekas satukan tepung kek , tepung jagung dan garam. Kemudian diayak Masukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketul Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu tadi Kacau rata hingga sebati Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin Tambahkan butter yang telah di cairkan dan esen vanilla Kacau adunan hingga rata Kemudian tapis. Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit Sediakan kuali leper yang tak melekat

Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar. Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan Tak perlu di balikkan Terus angkat *Letakkan atas pinggan dan terus tutup dengan plastik Setiap lapisan 1 helai plastik Ini bertujuan untuk memgekalkan kelembapan dan mengelakkan crepe kita kering Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan * Dadar adunan senipis yang boleh.

Sekarang kita sediakan pula lapisan dasar mille Crepe.

Untuk lapisan dasar ni ita gunakan resepi asas kek span vanilla. Anda boleh gunakan apa-apa sahaja resepi kek yang anda rasakan sesuai. Jika tak nak lapisan dasar pun boleh. Terpulang pada citarasa masingmasing. Untuk membuat kek dasar anda hanya perlukan 1/2 sahaja daripada resepi di bawah. Terpulang samaada nak buat satu adunan atau 1/2 adunan kerana kita hanya akan gunakan satu lapisan kek span yang nipis sahaja.

KEK SPAN VANILLA


Bahan A 4 biji kuning telur 20 gm gula castor Bahan B 4 biji putih telur 100 gm gula castor 95 gm tepung 15 gm susu tepung 70 gm butter dicairkan Panaskan oven pada suhu 170 C Sedikan loyang 8 inc Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak Pukul bahan A hingga ringan dan gebu Putar putih telur hingga kembang. Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati. Ayakkan tepung bersama susu tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit Keluarkan kek segera setelah masak Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk Bila dah sejuk potong kek kepada 2 lapisan Untuk resepi ni kita hanya gunakan 1 lapisan kek sahaja Bila dah siap ketepikan kek dan crepe. Sekarang kita nak mulakan pula proses untuk membuat filling dia pulak! Untuk resepi filling ni, ia memerlukan custard dan whipping cream. Untuk Whipping cream ita gunanakan Non Dairy Whipping Cream

jenama Rich. Kalau nak guna jenama lain pun boleh. Jadi sukatan yang ita perlukan untuk Non Dairy Whipping Cream Rich kotak biru ni lain daripada Whipping cream yang lain. Biasa sukatannya 2:1 Kepada yang nak gunakan resepi Rich kotak biru boleh ikut sukatan ita iaitu ita perlukan 550 ml whipping cream ni. Kalau guna jenama lain ikut sukatan dalam resepi di bawah ye! Mula-mula kita kena sediakan custard dahulu. Jom kita semak resepi dahulu

VANILLA CREAM CUSTARD

By: Cookpad Rujukan : Dailyclickclick 200 ml whipping cream (ita letak 550ml Non Dairy Whipping Cream Rich kotak Biru) 450 ml susu segar / susu cair 2 sudu besar tepung gandum 1 1/2 sudu besar tepung jagung 85 gm gula castor 4 biji kuning telur 2 sudu besar butter 1 sudu teh esen vanilla secubit garam

Untuk menyediakan custard ni kita boleh gunakan microwave atau pun kita masak atas dapur. Hari ni ita tunjukkan cara masak atas dapur aje lah ye.

Masukkan susu segar atau susu cair ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga susu didih. Kalau gunakan microwave panaskan susu selama 3 minit.

Angkat dari dapur dam masukkan tepung dan tepung jagung. Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.

Kalau guna microwave, keluarkan daripada microwave dan tambahkan tepung dan tepung jagung. Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.

Kemudian tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.

Letakan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan kacau hingga ia meletup-letup. Untuk yang menggunakan microwave, tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau rata kemudian masukkan semula dalam microwave dan masak semula selama 3 ~ 5 minit lagi

Angkat dari api dan tambahkan butter, secubit garam dan esen vanilla

Kacau hingga ia menjadi adunan yang licin. Kalau adunan tak licin dan berketul, tapis untuk mendapatkan hasil cream yang licin Kalau guna microwave sama jugaklah prosesnya seperti di atas. Kemudian biarkan castard kita ni benar-benar sejuk sebelum kita campurkan dengan whipping cream.

Dalam mangkuk pemutar, putarkan whipping cream hingga kental ~

bertanduk Tuangkan adunan whipping cream ke dalam castard dan kaup balik adunan hingga sebati. Jika menggunakan Whipping Cream Rich kotak Biru seperti di atas, campurkan sekali dan terus putar hingga mengental dan menjadi adunan cream yang licin. Bila dah siap sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk melapis crep kita ni. Apalagi jom kita mulakan.

Mula-mula, kita potong dahulu kek kita kepada 2 keping. Ambil sekeping dan letakkan atas lapik kek. Kemudian ita sapukan permukaan kek dengan perahan jus lemon yang di campur sedikit air. Tujuannya untuk melembabkan kek dan mengelakkan cebisan kek melekat pada cream. Selepas tu kita sapukan cream custard kita tadi atas kek dan ratakan. Ita suka masukkan cream dalam piping bag dan paipkan atas kek, ianya lebih mudah dan ringkas. Kemudian kita letakkan sekeping crepe kita tadi Tekan-tekan sikit atasnya supaya cream di bawah rata Kita letakkan lagi sekali cream custard Begitulah yang harus kita lakukan proses berselang seli yang sama hingga habis crepe kita tadi. Simpan dalam peti ais supaya cream mengeras * Sebelum masukkan dalam peti ais balut dahulu kek kita dengan plastik supaya crep tidak kering Selepas tu barulah kita deco kek kita tadi mengikut creativiti masingmasing.

HURSDAY, OCTOBER 20, 2011

TALAM KELADI
Assalamualaikum... Salam di pagi Khamis.. Selamat sejahtera semua... Macam mana mood hari ni Ok tak? Ita ok aje.. Kadang kala mood mempengarahi hidup kita jugak kan?? ada kala kalau mood tak berapa nak Ok, kita rasa macam malas dan tak bersemangat aje.. Ita malas sangat nak melayan perasaan yang macam tu.. ia bukan sahaja buat ita makin malas malah buat ita bertambah stress.. jadi jangan layan sangat mood kita tu.. happy2 dan ceria2 kan diri anda selalu.. secerah dan secerianya sang mentari pagi..

Semalam ita buat talam dah lama tak makan kuih talam. Buat kuih talam ni mudah aje sebenarnya kalau kita tau caranya pasti talam tu jadi dengan cantik! Ita buat talam keladi. Hihi tapi terlebih rajin pulak semalam ita dok warnakan keladi tu dengan warna purple.. tu lah kalau dah tak de

kerja.. memang ita suka buat benda bukan2 saje2 hilang2kan boring.. Pulak bila cuaca yg hujan lebat semalam kan.. tak tau nak buat ape? ita mulakan lah projek merapek meraban ita ni.. haha Tapi aduyaiii... ita rebus keladi tu kejap sangat kot! sebab exicted sangat tengok hasilnya. Pas tu bila dah dijadikan talam keladi tu belum cukup empuk pulak! tu lah payah sikit nak potong, dia ada keras sikit. Pulak tu talam ni lembutnya bukan main lagi.. menambahkan lagi payah nak memotong..

Resepi talam ni ita ambil dari dapur Yatie. Memang cantik sangat talam yang yatie hasilkan dan bertambah semangat nak mencuba! Ita ni sebenarnya tak pernah buat talam keladi ni. Sebab ita tak berapa suka sangat sebenarnya.. Tapi bila tengok Yatie punya talam tu macam memanggil2 pulak suruh ita mencuba! Ita ikut cara yatie juga

ita tambbahkan gula kat lapisan bawah tu supaya lemak manis rasanya. Dan tak sangka sedap jugak talam keladi ni kan..! Tu lah kata orang kalau tak cuba tak tau.. Jangan bila tengok macam tak menarik aje terus buat kesimpulan yang kuih tu tak sedap! Tu lah yg ita selalu khabarkan pada anak2 supaya cuba dulu.. rasa dulu... baru lah kita tau sama ada ia serasi dengan kita atau tidak.. bukan sahaja dalam bab makanan tapi dalam apa2 juga yg kita lalui hari2.. Jom lah kita intai resepi dari Chef Asma yang ita copy dari dapur yatie. Dan dengar katanya yati ambil dari dapur Ayu. Terima kasih semua kerana panjang2kan resepi yang sedap ni.. Ita minta izin untuk sharekan di sini pula..

TALAM KELADI
By : Chef Asma Bahan-Bahan UtkLapisan Bawah

220 gm tepung beras (Yatie guna 2 cwn) 40 gm tepung ubi(Yatie guna 3 sudu besar) 1 1/2 tsp garam 5 sudu besar gula pasir (Yatie tambah, suka manis sikit kuih ni) 300 ml santan pekat 700 ml air 250 gm keladi - lebih sikit pun tak apa - buang kulit, basuh, basuh dgn air garam untuk tidak hitam potong kiub dan kukus selama 5 minit.- kukus baru timbang Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati kecuali keladi Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3" Kukus selama 25 minit Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas 150-180 gm tepung gandum (Yatie guna 1 1/2 cwn je) 250 gm gula halus 3-5 biji telur (Yatie guna 3 biji telur je) 250 ml santan 500 ml air sedikit pewarna purple Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali) Ita buat 1/2 adunan sahaja dari resepi di atas dan ita gunakan loyang 8 inc. Kat bawah ni cara bagaimana ita warna kan keladi tu.

Keladi yang telah kita potong kiub tu ita gaulkan dengan pewarna unggu. Kemudian ita gaulkan dengan tepung ubi, gaul rata2 kemudian ayak.

Pancitkan dengan air dan kemudia ulang balik langkah tadi iaitu gaul semula dengan tepung ubi lebihan ayak tadi. Kemudian rebus hinga empuk. Masa merebus tu kacau supaya ia tak melekat. Selepas keladi empuk Toskan dan rendam dalam air ais. Siap untuk di letakkan dalam talam.

You might also like:

GANACHE CHOCOLATE CREAM


250 gm dark chocolate ~ coklat masakan gelap dan hiris halus 250 gm krim tenusu ~ Dairy Whipping Cream

1 sudu makan sirap glukos atau golden sirap ( sirap kencana) 1 sudu besar butter 1 sudu teh esen vanila Panaskan krim tenusu bersama sirap glucos hingga terbit buih2 kecil tepi periuk sahaja tuangkan dalam mangkuk berisi irisan coklat biar sekejap dan kemudian gaul rata hingga ia mencair Tambahkan butter dan gaul rata Jika adunan masih berketul panaskan adunan dengan kaedah double boiler hingga adunan licin. Biarkan adunan sejuk sepenuhnya. Kemudian putar adunan hingga adunan kental Masukkan dalam piping bag, letakkan nozel dan sedia untuk di hiaskan pada kek Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing. Untuk membuat butterfly, boleh rujuk cara-cara membuatnya seperti di bawah

CHOLOLATE BUTTERFLY
150 gm coklat susu kompaun ~ cairkan secara double boiler 150 gm coklat putih kompaun ~ cairkan secara double boiler Kertas minyak Plastik keras Cairkan kedua-dua coklat di atas dalam bekas yang berasingan Letakkan dalam piping bag.

Lukiskan corak rama-rama di atas kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas. Dengan menggunakan coklat masakan yang telah di cairkan dan diletakkan didalam piping bag, mulakan mencanting atas kertas. Simpan dalam peti ais hingga ia mengeras.

Keluarkan dari peti ais dan cantingkan pula coklat masakan putih. Buatlah corak atas kepak rama-rama jika suka. Simpan semula dalam peti ais hingga mengeras. Setelah mengeras putuskan kedua kelopak tadi.

Sediakan plastik keras. Lipat 2 plastik keras tersebut Letakkan atas bekas telur. Letakkan kedua-dua kepak rama-rama tadi atas plastik keras. Dengan menggunakan coklat masakan letakkan badan rama-rama untuk melekatkan antara 2 kepak tersebut bagi membentuk rama. Setelah siap simpan dalam peti ais hingga keras.

Bolehlah di jadikan hiasan atas kek atau atas kek cawan. Selamat mencuba! Oleh kerana ada yang bertanya apa beza antara coklat COMPOUND dan coklat COUNVERTURE di sini ita terangkan secara ringkas apa yang ita faham dan apa yang telah ita pelajari. Sebenarnya ita masih lagi cuba memahami dan banyak lagi yang ita tak berapa faham. Ita harap nota ini nanti sedikit sebanyak dapat membantu mereka di luar sana yang masih keliru. Coklat terbahagi kepada beberapa jenis, mengikut kualiti koko dan bahan yang di gunakan. COKLAT TULEN Coklat tulin juga di kenali sebagai COUNVERTURE dan ia di bahagikan kepada 3 jenis iaitu :

Coklat Gelap Coklat Susu

Coklat Putih Coklat ini di hasilkan daripada penggunaan bahan utama , asanya di buat daripada : 1. 4 bahan utama

masa koko lemak koko gula

susu tepung 2. 2 bahan penambahan


soya lesitin vanillin / vanila (perasa)

Rupanya yang berkilat, rangup dan kualiti mencair pada coklat tulin adalah disebabkan oleh penggunaan LEMAK KOKO, tanpa penambahan lemak dari sumber lain. Disebabkan lemak koko tidak mudah teroksida, rasa coklat akan terbentuk semasa proses ' Conching' Biasanya coklat jenis ini digunakan oleh golongan profesional kerana kaedah pengendaliannya agak rumit.

COKLAT TIRUAN

Coklat tiruan juga di kenali sebagai COMPOUND atau biasa di panggil coklat masakan dikalangan suri rumah. 1. Coklat tiruan pula mengantikan masa koko dengan serbuk koko. 2. Lemak koko pula di gantikan dengan lemak sayuran ( lemak kelapa sawit) 3. Coklat tiruan tidak memerlukan proses pengkristalan (tempering), menyebabkan ia mudah untuk digunakan. 4. Coklat tiruan mudah di temui kerana ada banyak dalam pasaran. 5. Kegunaannya pula adalah untuk menyalut biskut, ais krim dan amat sesuai di negara beriklim tropika. 6. Sebahagian coklat compound yang tinggi mutunya, boleh menandingi rasa dan tekstur coklat konverture Coklat ini di hasilkan daripada penggunaan bahan utama, asasnya di buat daripada : 1. 4 bahan utama

serbuk koko lemak sayuran gula susu tepung

2. 2 bahan penambahan

soya lesitin

vanillin / vanila (perasa) Terdapat 2 lagi coklat iaitu Coklat Tanpa Gula dan Coklat Berperisa Nak tau lebih lanjut tentang rahsia coklat boleh lah dapatkan buku

Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer atau mengikuti kelas coklat yang Chef kendalikan.

CARROT APPLE CAKE


By: Naz Rin Can Rujukan : Yatie 2 1/2 cwn tepung naik sendiri 1 1/2 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bicarbonate 1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis Secubit garam halus 3 /4 cwn gula perang halus- Yatie guna 1 cwn 3/4 cwn (atau kurang) gula castor- Yatie guna 1/2 cwn je 4 biji telur 1 cwn minyak jagung/masak 100gm mentega, dicairkan 200gm lobak merah, diparut 150gm apple hijau, diparut 30gm hazelnut Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan kesemua bahan lain. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.

CREAM CHEESE TOPPING 250gm cream cheese 4 sudu besar butter 1/3 cwn gula icing, diayak 1 sudu kecil jus lemon Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2. Dah siap masukkan dlm petiais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.

PUDING ROTI PELANGI


By : Cik Mai Rujukan : My Resepi 1 paket agar-agar 2 biji telur 1 tin susu cair 5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu) 3 keping roti 3 sudu gula (ikut selera individu) 2 sudu besar sunquick Pewarna hijau Pewarna merah Sedikit esen vanila

Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati. Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika. Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).

Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau. Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang. Sejukkan.

Assalamualaikum.... Aduyaiiiii.... berakhir sudah sumpahan.... Lega rasanya... Alhamdulillah akhirnya menjadi juga.. syukur... Penangan kek karemel ni mmg hebat kan.. hari2 ita tengok orang dok tayang kek ni dari mula ita berkecimpung dalam dunia FB, ita dah nampak akan tsunamai yg melanda kat ruangan kongsi resepi.. Hari2 kek ni berposing dan memang meruntum kalbu betull...

Sebenarnya sebelum ita berkecimpung dalam dunia khayalan alam maya ni.. ita dah pernah merasa kek karemel ni.. Masa tu ita balik Kelantan. Pas tu adik ipar ita ade beli kek ni dari seorang kawan dia yg mmg jual kek ni di Kota Bahru.. Bukan di Kota Bahru aje tau! kek dia juga telah di eksport.. amboiii!! eksport lagi.. tapi ke KL lah dan beberapa negeri lain dalam Malaysia ni.. Bila ita rasa aje kek ni... emmmmmm... walla.. sedapnya!! memang mengasyikan betullah rasanya.. dan ita boleh katakan kalau durian tu raja segala buah dan semestinya kek karemel ni raja segala kek.. Suami ita cukup suka akan kesedapan dan keenakan rasa kek ni.. dgn karamelnya lagi dan tekstur kek yang sangat gebu.. Tau tak ita tanpa segan silu telah order 5 bijik kek ni dari kawan adik ipar ita tu.. amboii.. tamak betulll... bila adik ipar ita tanya nak buat apa banyak2 hihi jawapan cover line... nak bagi kawan dan jiran2 hahaha tau tak pe... bila sampai rumah ita dgn suami yg melantak bagi perabis.. sayang oiii... nak bagi orang sebab sedap! adoiii... buruk betul perangai... >^<

Pas tu bila dah habis siap order lagi ni.. dan kawan adik ipar ita tu siap kirimkan dgn bas express.. uii... naik bas lagi kek karemel ni tau! pagi2 ita dah dok tercanguk depan bas stesen tunggu kek sampai.. Bila sampai mmg tak sabar2 nak makan... pekara ni berlanjutan... hinggggggaaaa... toing! toing! toing! tercabut skru dan jarum timbang... uuuuuuuwwwwwaaaaaa.... makkkkkk tolong!!! aduiiii!!! berapa banyak kilo sudah naik!!! warghhhhhh..... errrrrr..... gerammmm!!!!

Sejak hari tu... ita bersumpah tak mau makan kek ni.. tak nak sentuh pon!! dan ita mula lah berdiet.. pekara yg paling tak suka buat.. makan tahun... baru ita dapat balik berat badan ita.. itu pun jangan tak caya 2 tahun ita tak sentuh nasi.... waaaa.... sedihh... :( Bila ita nampak kawan2 dok buat kek karemel ni hati meruntun2 nak menjamahnya.. dan tak sabar nak mencuba.. tapi bak kata perpatah kerana mulut badan binasa.. itu lah yg terjadi... aduyaiiii... sudah 7 kali ita cuba buat tapi semua tak menjadi.. mmg frust sangat..!! sampai ita rasa cukup takut nak buat kek yang satu ni..

Semalam ita cuba memberanikan diri tuk mencuba semula kek ni.. dengan ucapan kalimah Bismillah yg tak putus dari bibir ita memulakan projek tuk buat kek karamel ni... Waaaaaa.... akhirnya.... berjaya juga!! apakan sumpahan ita sudah berakhir....????? sudah tujuh bijik buat dan akhirnya... berakhir sudah tujuh sumpahan... eh! macam mahsuri pulak! eceh.. eceh.. perasannnnn... :p Jutaan terima kasih ita yang tak terhingga buat rakan2 Fb

Zuriani Alias Sasha Rahmat Zuriana Abd Latip Puteri Manja yang tak putus membantu memberikan penerangan bagaimana tuk buat kek karemel ni.. Sampai buatkan step by step dan ade yg sampai buat video tuk tunjukkan bagaimana nak menghasilkan kek yg menjadi pujaan ramai ni.. aduyiiii... jasa kalian semua hanya Allah juga yg dapat membalasnya... terima kasih sekali lagi dan ita mmg sayang kalian semua muahhhh!!

Hari ni ita nak tunjukkan step by step tuk buat kek ni.. ini semua adelah hasil dari cara2 yg telah di ajarkan oleh rakan2 ita yg kat atas tu dan ade beberapa orang lagi yg ita dah tak jumpa cari link dorang tu.. eiii.. sabor je lah kan..... Kali ni ita nak simpan kat sini supaya ita ingat cara2 nya dan tak buat silap lagi nanti.. hihi ini juga tuk anak ita Dalili manalah tau kan kalau mak dia dah tak de nanti boleh lah Dalili rujuk kat sini kalau ayah minta buatkan kek ni..

Kepada rakan yg tak cuba lagi meh le cuba kek ni! resepi ni mmg sedap! Sebelum terlupa jutaan terima kasih yang tak terhingga dari ita buat kak Munirah Baharum yang sudi sharekan resepi kek yg marvelous ni.. dan terima kasih kerana sudi melayan banyak songel ita dulu masa ita buat asyik tak jadi aje.. tu... hihi.. sekarang dah jadik dah kak...!! bravooo!! suka sangat!! tapi takut woooo... takut bam bam balik.. tulah bila makan ni mmg tah hingat.. hingat..

KEK KAREMEL
by : Munirah Baharum

Gula Hangus 2 sudu besar gula pasir Sediakan loyang 8 inc. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan

Bahan Karemel 1/2 tin susu cair 70g gula castor 1/2 sudu teh esen vanilla 3 biji kuning telur Kacau susu dan gula hingga gula larut. Kacau telur dan esen perlahan. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1 70g gula kastor 3 biji telur kuning 135ml air 45ml minyak masak Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2 140 gm tepung gandum 1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.

Merinque 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning 70g gula castor 1 sudu teh krim of tar2 Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering Pukul putih telur hingga berbuih Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh

Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi. Gaul rata secara kaup balik Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Letakkan pewarna yang anda sukai. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi. Belang- belangkan adunan Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula. Akhir sekali dengan satu sudu. Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C Gunakan api bawah sahaja. Kaedah Steam Bath Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi Letakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek. Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.

RAINBOW CAKE ITALIAN BUTTERCREAM

Assalamualaikum.. Ada kek yang dah berzaman buat tapi canne leh tak ingat nak keluarkan dari draf..hehe..sibbaik tak lupa nak potong makan kan..Harini ada masa keluarkan n3, untuk rujukan bersama.

Ana guna resepi kek yang kat blog Kak Nim..puas study nak buat..hehe..krim tu pulak guna resepi Italian Buttercream..sedap rupanya krim jenis ni, tak manis sgt & tak muak dimakan..maklumle kitaorang ni kalau krim manis2 sgt tak blh nak masuk mulut. Kek ni bawa

balik kg , EI tu pulak dah lama tempah, sesaja nak bg anak2 gembira tgk nama diaorang atas kek, sampai nak pudar dah baru realisasikan..punyala liat nak buat..

RAINBOW CAKE Sumber : Kak Wan & Kak Cik Cek Sumber telahan : Kak Anymz

Bahan2 :

430gm tepung gandum/all purpose 4 sk baking powder 1/2 st garam 250 gm mentega 340 gm gula kaster *Ana letak 280grm sahaja 375 ml susu segar 5 biji putih telur suhu bilik 2 st esen vanila/badam Pewarna merah,biru,hijau,kuning,oren,unggu serbuk koko secukupnya k1 tambah

PILIHAN TOPPING/FROSTING :

A) 400 ml whip topping krim-di putar hingga kembang (untuk di sapu pada setiap lapisan dan seluruh kek) B) Cream Cheese Frosting C) Buttercream D) ITALIAN BUTTERCREAM

Loyang 8" di alas dan di gris Cara-cara : 1-Ayak tepung,baking powder dan garam,ketepikan 2-Pukul gula dan mentega hingga gebu.Masukkan esen vanila diikuti putih telur,sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu 3-Masukkan tepung gandum,berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati 4-Bahagikan adunan dengan enam bahagian yang sama banyak(+-260 gm setiap mangkuk),letakkan pewarna yang berlainan. 5-Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah di

panaskan terlebih dahulu selama 15 min pada suhu 170C.Bakar sehingga habis 6-Angkat dan sejukkan di atas redai.Keluarkan aras bawah kek 7-Letak lapisan pertama di atas papan kek,sapu krim secukupnya,ayak koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua,buat yg sama hingga habis 8-Sapu tipis seluruh badan kek dgn krim dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam atau semalaman. Simpan krim slebihnya dalam peti sejuk 9-Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya

ITALIAN BUTTERCREAM Sumber : Nor Cham C & P : Dapur KakZu Italian Meringue Buttercream 200 gm gula ( kkzu letak 300 gm sebab rasenye sangat kurang manis ) tapi boleh rase ikut taste masing2 ye*Ana ikut kak Zu 60gm air ( dah tambah gula jadik tambah air juga jadi 90 gm ) 140 gm putih telur ( 4 biji ) 300 gm butter 300 gm shortening

Caranya: 1) 'Whisk' putih telur sampai medium fluffy ( agak berbuih ) 2) Sambil tu masak gula dengan air hingga jadi suhu 118'C. (jika tak ada termometer: masak air gula hingga mendidih , lepas tuu biarkan selama 20 minit atas api paling kecil ( air gula akan memekat ) 3) Tuang air gula panas tadi terus ke dalam mixer yang masih bergerak tu. (step ni teruskan aje, jangan takut ya ) 4) Mix hingge jadi meringue *terbalikkan mangkuk adunan, adunan tak jatuh kira dah jadi meringue* 5) Last sekali masukkan butter dan shortening dan putar hingga krim menjadi kembang dan soft. 6)Boleh letak esen vanilla @ ape2 paste yang di sukai. 7) Hiaskan atas kek anda.

KEK BALDU MERAH @ RED VELVET CAKE

Alhamdulillah..jumpa lagi diarena blogging..hehe...Isnin yang cerah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang bernafas dibumi Allah ini..Alhamdulillah, kami sihat2 aje..*macam ada yg tanya..)

Perkongsian harini dengan anda, RED VELVET DGN KRIM KEJU yang sedap..Alhamdulillah..InsyaAllah sedap, ada 2 resepi, satu yang gebus ala2 kek span, satu lagi yang moist dan sering digunakan untuk jualan..oh ya..warna kek red velvet ni bergantung kpd jenis serbuk koko dan pewarna yang kita guna, kalau serbuk koko tu jenis dark atau kadang2 jenis tulis "local" tu agak gelap & lebih rasa koko jadi boleh kurangkan sukatannya. apapun, percubaan kita yang tak jemu2 InsyaAllah akn membuahkan hasil yang kita ingini..

Tulisan kat atas kek tu, kalau nak cantik, yang bahagian bewarna tu gunakan piping gel ya, lagi terang, Ana takde masa lak nak bancuh pewarna masa tu..hehe..nak tgk yg cantik boleh cedok idea boleh teropong blog Kak Tun..Cup Of Cakes by Ruby's Delight. Subhanallah..cantik2 kek beliau..

sape2 nak try yang mana silakan..tak perlu nak call & mesej kat hp saya bgtau "..minta halalkan resepi ye Puan Anna.." hehe..mana yang dah keluar kat blog memang saya halalkan, lgpun bukanlah saya yg reka sendiri resepi, sekadar perkongsian mana yang dah cuba & kena dgn selera, disamping buat jualan.. ****************************************************************** **** RESEPI RED VELVET Sumber : Nurul@Cakes2U CAKE -MOIST

Red Velvet Cake by AnnaQawina.blogspot

Bahan-bahan A:

300 g tpg gandum 2 camb serbuk koko 2 camt baking powder 1 camt soda bicarbonate 1 camt garam

B:

125 g mentega tawar*Ana guna buttercup 280 g gula castor

C:

2 biji telur (gred B)

D:

1 camt esen vanilla 1 camt cuka putih @cuka kurma 1 camb pewarna merah

E:

240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

CARA-CARA:

Ayak (A)-ketepikan Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi Masukkan (D)-pukul hingga sebati Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilkpukul hingga sebati. Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak. Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

************************************************************************************************************* ******* ************************************************************************************************************* *******

RESEPI RED VELVET CAKE- GEBU Sumber : Nina Suria@Mon , Kak Zai@Teratak Impian Olahan : AnnaQawina Bahan -bahan :

5 biji telur gred B@4 bj telur gred A 250 gram mentega beku tanpa garam *3 cawan tepung naik sendiri (Tepung gandum + 2 1/2 sdt baking powder)

*3 sudu makan serbuk koko 2 cawan gula kastor 2 sudu makan pewarna oil base 1 cawan buttermilk- kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh 1 sudu teh garam- x letak 1 sudu makan bicarbonate of soda @baking powder- Ana guna baking powder 1 sudu makan cuka makan-Ana guna cuka kurma

BUTTERMILK:

1 cawan susu segar 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon

Cara :

Satukan semua bahan dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

CARA-CARA:

1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius. 2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan. 3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati. 4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahanlahan. 5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.

5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselangseli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun. 6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalam adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati guna senduk. 7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

****************************************************************** ***** RESEPI KRIM CHEESE :


500 grm whipping cream-brand VIVO 250 grm cream Cheese-brand Phillidephea 60 grm gula icing 110 grm butter 2 titik lemon paste

Cara -cara :

Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim. Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan. Boleh digunakan untuk menghias kek anda

Cara mudah menyiapkan red velvet dengan krim keju

Ini gambaran salah satu teknik memotong kek agar lapisan kek kita sekata tak nipis tak tebal..upload dari fb Norlie Harumaini (Jazakallah buat saudari/Puan Norlie, harap tak kisah Ana share kat sini) SELAMAT MENCUBA

* * *

T.kasih IZAH DAUT kerana berani order kek dengan Ana..mengidam katanya, bukan beliau yang mengidam kek ni, tapi encik suaminya yang terlebih idam..hehe..tq Izah untuk n3 kek ni kat blog..

Ini pula ditempah oleh Norul, jauh berjalan ke Melaka kek ni asalnya untuk seprais buat suaminya, tapi yang datang ambik kek ni suami isteri jugak..hehe..harap Norul dan suami puas hati ya..*baru dapat feedback dari Norul..sedap
sangat katanya..Syukur Alhamdulillah..*

fruity pavlova- akhirnya singgah di blog ku!


assalam... sat ja dh masuk idil adha ke2... ari ni mesti ramai lg yg masih 'berkorban' kan... semoga semuanya berjln lancar.... berbalik pada tajuk, pavlova ni dh lama aku dok berkira2 nk buat org lain ntah kemana.. aku br nk terkedek2..hahahah mmg selalu mcm ni pun..aku selalu jd pemerhati tetap je sblm mula buat sesuatu... aku pernah order pavlova ni dr sorang bakers.. mmg betul apa yg org ckp..sgt le manis nya!! mmg akan ingat sampai bila2... nk juga cuba buat, dan kurangkan gula

tp pernah terbaca ada yg kata kalo kurangkan gula, x berapa menjadi.. trus aku sentap sehhhh... ntah cemana, tetiba terbuka hati, perut dan limpa aku tuk cuba buat jugak2 tambah2 bila terrbaca gak, pavlova ni leh je kalo kurangkan gulanya so, mula la edisi membeli segala bagai buah2 yg tidak kurang mahalnya..hahaha takpe, utk diri sendiri, kuturutkan je rasa hati.. proses membuat mmg le senang amat sukatan gula aku kurangkan 60% hasilnya.... (kita tgk di bawah ye...)

sesungguhnya, aku try cari, sape pemilik asal resepi ni.. dan aku tau, mmg resepi omputih.. cuma x pasti sape yg mula2 membawa resepi ni menular begitu hebatnya di sini... so, aku just taip blk le.. sama spt resepi kekawan yg lain... tp nk jugak le kan letak resepi kt umah ku ni... bahan2 Pavlova:

4 biji telur putih 1/2 cawan gula castor (resepi asal 1 cawan, so terpulanglah..) 1 sudu besar tepung jagung 2 sudu teh cuka/ jus lemon (aku guna lemon) 1/2 sudu teh esen vanila (aku gula yg kaler putih)

cara: -pukul telo putih menggunakan mixer sampai kembang, sambil masukkan gula skit demi skit -teruskan pukul (dan teruskan juga masuk gula) - pukul hingga kental (jadi ringan dan x jatuh bila terbalikkan) -masukkan tepung jagung + esen vanila + jus lemon - pukul sekejap (jgn terlebih pukul)-sebaiknya guna spatula tp aku masih menggunakan mixer cuma guna speed yg paling rendah dan sekejap je, agak2 ia berpusing 2 pusingan je..truf off kan -sediakan loyang -alaskan loyang dgn kertas minyak -tuang adunan atas kertas dan bentukkan bulat -aku nk senang, masuk dlm piping beg (aku nk buat double decker, so aku buat 2 bulatan kecil) bakar pd suhu 120 darjah selama 1 jam atau sehingga permukaannya garing keemasan (panaskan oven dulu pd suhu 180 darjah, dan turunkan suhu masa mula membakar ok!) slps masak, biarkan dlm oven dlm 15 mnt sblm kuarkan (renggangkan pintu oven) tanggalkan pavlova dr kertas minyak dan hias dgn fresh cream + buah2an utk fresh cream: 1 cawan fresh cream- pukul hingga kembang

pilih buah yg agak masam sbb nk balance kan dgn rasa manis pavlova ni... (tp x manis dh lepas kurangkan gula) pilihan ku, stroberi, kiwi dan blackberry..

eh...lens salah fokus! ngehhhhhhhhh

huh! amek ko! pavlova ku memutih diselimuti salji hahahah..alang2 fresh cream tu byk..aku sapu je la semua.. syg wooo nk buang2 nti... buah2 tu plak tabur je suka ati lebih nampak 'seri' nya berbanding susun cantik2 itu bg aku la ye...bg pandangan mata ayuku itulah seni pavlova..cewaahhh..tetiba lak aku bckp pasal seni yee..

salju, di danau rindu! aku suka gabungan kaler2 ni.. sgt meriah dan aku leh berangan sambil ngadap pavlova ni...ehh!!

aku masukkan sekali lg resepinya di sini

resepi kek carrot cheese

4 biji telur kuning 4 biji telur putih 375 ml minyak jagung- aku letak 320 g je 130 gm gula castor (aku letak 100g je) 150 gm gula perang (aku letak 80 gm je) (so, jumlah keseluruhan gula 180 gm dr resepi asal 250gm)

150 gm lobak merah parut- 1 btg carrot 250 gm tepung kek- aku guna tepung gandum (kalo guna tepung gandum, tambah 2 sudu baking powder) 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat- aku letak 1 sudu teh je walnut secukupnya- bakar dan cincang

cara:

pukul kuning telur sebentar masukkan minyak dan gula pukul lagi sampai sebati masukkan tepung + soda kaup balik guna senduk sampai sebati masukkan carrot dan walnut

pukul telur putih sampai kental masukkan ke dalam adunan sambil sebatikan secara perlahan masukkan ke dalam cup kertas / loyang bakar 20 mnt utk cup dan 1 jam utk loyang saiz 7 inc aku guna suhu 160 utk api atas dan bawah

utk frosting cream cheese:

250 gm cream cheese125 g butter 50 g gula icing

cara:

pukul cream cheese sampai gebu masukkan butter- pukul lagi masukkan gula icing pukul sebati dan boleh digunakan utk hiasan
mungkin ok pd org lain tp aku kurenggg

MONDAY, FEBRUARY 11, 2013

THE MAKING OF TURKISH INDULGENCE

If you are a frequent visitor to Secret Recipe Cafe am sure you are aware of this new product from SR..its Turkish Indulgence - Medley of chocolate and light cream topped with pistachio crumbles, embedded with aromatic rose flavoured Turkish candy, soft marshmallows, crunchy pistachios and a coating of dark couverture chocolate. It's all 5 layers. It's awesome !!!. I just learned to bake this from - http://norbainicakes.blogspot.com/. It's great...there's no reipe here just a simple slot what I named as "The Making Off" which highlighted the steps..and if you which to have the recipe I believe its fair for you to enroll yourself in Norbaini Cakes classes...honestly it's worth especially for those who is in cakes business.

The Bottom Layer - layer of chocolate ganache, mashmallow, jelly and pistachio use a ring for molding this.

The 2nd Layer - Chocolate whipped cream fillings, pipe on top of the bottom layer

The 3rd Layer is a chocolate cake layer..you can use sponge or chocolate cake....put on top of the second layer

The 4th Layer - Cheese Mousse Layer

The Final Layer - ganache and pistachio

Macam buat film pula ada session "The Making Off"....ha..ha..dalam sessi ini saya cuma buat preview aje...saya tidak meletakkan resipinya kerana resipi-resipi ini saya berguru jadi rasanya fairlah saya tidak menyiarkan resipinya fair pada guru dan fair pada kawan-kawan yang sesama berguru. So jika inginkan resipinya bolehlah daftarkan diri pada kelas Norbaini Cakes...memang berbaloi terutama mereka yang mempunyai business cake. Turkish Indulgence ni adalah product terbaru Secret Recipe. Kek ini mempunyai 5 lapisan dan harga sebjiji kek ini kalau tidak salah saya ialah RM120 sebiji..memang kek yang top selepas Chocolate Indulgence. Atas adalah step-step membuatnya. Modal kek agak tinggi juga kerana banyak menggunakan bahanbahan yang mahal. Memang sedap kek ini..

Anda mungkin juga menyukai