Anda di halaman 1dari 2

Mi Wantan & Char Siew Ayam

Bahan-bahan 1/2 bungkus mi wantan –

dicelur 50 gm sawi –

dicelur 2 mangkuk air sup 1 sudu kecil bawang putih –

cincang 3 sudu kecil sos tiram

1 sudu kecil serbuk perasa

2 sudu kecil stok ayam

2 sudu kecil gula Serbuk lada sulah secukupnya

Sos hitam Sedikit

minyak

Tepung jagung secukupnnya - dibancuh dengan air

Cara Menyediakan Tumis bawang putih cincang hingga naik baunya. Kemudian masukkan semua
bahan kecuali tepung jagung dan lada sulah. Biarkan mendidih, tambahkan lada sulah dan tepung
jagung. Bila mendidih sekali lagi, angkat dan curahkan ke atas mi wantan dan sawi yang telah dicelur.
Hidangkan bersama Char Siew Ayam

Char Siew Ayam

Bahan-bahan 400 gm dada ayam - direbus dalam air sup 2 sudu besar gula 1 sudu besar sos tiram 1
sudu besar bawang putih - dihiris

Sedikit kicap pekat

Sedikit serbuk perasa Pewarna merah

Sedikit minyak

Cara Menyediakan Campurkan kesemua bahan kecuali minyak dan perapkan dada ayam hingga
campuran bahan sebati. Kemudian panaskan kuali dan goreng dada ayam. Balikkan-balikkan hingga
masak. Hiris nipis dada ayam yang telah dimasak sebelum dihidangkan
Nasi Lemak Kukus

Bahan-bahan ( 4 @ 5 org ) * 5 cawan beras * 2 biji pati santan * 3 helai daun pandan * Garam
secukup rasa Cara-cara

1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras
separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam
supaya beras memanjang 2 kali ganda.

2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah
memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul
bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap
masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan
berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.

3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata.
Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama
rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih
untung kerana tiada kerak.

Anda mungkin juga menyukai