Anda di halaman 1dari 1

IKM TSYA ENTREPRENEURSHIP e-EXPO 2021

(e-Expo IKM TSYA)


Ekspo Keusahawanan Norma Baharu

Pekan, 29 Mac – Telah berlangsung ekspo keusahawanan atas talian selama dua hari di mana ia telah
mendapat sambutan di luar jangkaan dan hasil jualan keseluruhan adalah jauh melebihi jumlah yang
disasarkan.

e-Expo IKM TSYA 2021 ini dengan kerjasama Pejabat MARA Negeri Pahang telah berjaya mencapai
lima objektif yang ditetapkan iaitu menyemarakkan pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar
IKM TSYA, mempromosi produk dan perkhidmatan yang terdapat di IKM TSYA yang dikendalikan
oleh pelajar IKM TSYA, melatih pelajar menjadi moderator bagi kursus-kursus yang dijalankan
secara atas talian, memberi peluang kepada pelajar, alumni IKM TSYA dan beberapa usahawan
MARA untuk mempromosi perniagaan masing-masing secara FB Live dan memanfaatkan
kemudahan dalam talian untuk berkongsi ilmu dan beberapa kemahiran yang boleh dimanfaatkan
untuk menjadi usahawan di kalangan pelajar, lepasan IPMA, warga MARA dan masyarakat.

Dalam mendepani cabaran musim pandemik Covid 19 ini, di atas keterbatasan untuk beraktiviti
secara bersemuka, IKM TSYA telah mengambil langkah proaktif untuk terus berkarya bagi memberi
manfaat kepada pelajar, lepasan pelajar, usahawan dan masyarakat dengan mengaplikasi platform
digital secara optimum bagi menyemarakkan pembudayaan keusahawanan. Terdapat enam kursus
dalam talian yang telah dijalankan, lima daripadanya menggunakan platfom Zoom dan telah disertai
oleh peserta dari pelbagai negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Lima kursus tersebut adalah, Kelas
Asas Gunting Rambut Lelaki, Kelas “Making Dessert” Bersama Cik Dayang, Tips Dropship
Berjaya, Webinar eBook: Tulis Sampai Terbit dan Kursus e-Dandan. Manakala satu lagi kursus
iaitu “Creating Your Own Robotic Coding” menggunakan platform Google Meet yang telah
disertai oleh murid sekolah rendah (tahap 2) bersama guru. Peserta kursus ini kebanyakannya adalah
mereka yang cenderung untuk menyertai pertandingan robotik. Kesemua kursus telah dikendalikan
oleh enam orang moderator yang dilantik di kalangan pelajar IKM TSYA.

Seiring dengan pendidikan norma baharu, IKM TSYA juga telah membangunkan e-Quiz Widget
(kuiz pengetahuan yang interaktif) yang turut mensasarkan murid sekolah rendah tahap dua dan telah
mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh negara.

Anda mungkin juga menyukai