Anda di halaman 1dari 6

ISI KANDUNGAN

Isi kandungan Halaman


1.0 Pengenalan
2.0
3.0 Sumbangan Tamadun Jepun dari aspek pendidikan yang
relevensi kepada Malaysia

4.0 Kesimpulan
Senarai rujukan

Lampiran
















1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi ke tiga, interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan
aktif antara satu sama lain. interaksi ini juga merujuk kepada tindak balas antara dua
atau beberapa pihak. Munculnya tamadun-tamadun dunia memberi implikasi dan tindak
balas terhadap pemantapan tamadun Malaysia dan dunia dalam pelbagai aspek serta
kekuatan tamadun-tamadun ini sebagai sumber rujukan. Salah satu tamadun yang
banyak mempengaruhi pembinaan tamadun Malaysia dalam bidang-bidang tertentu
ialah tamadun Jepun. Tamadun Jepun seperti mana yang sudah dikenali oleh
masyarakat hari ini adalah sebuah negara yang hebat daripada ketamadunannya.
Menurut Norizan Yusoff (2011), Perjanjian Kanagawa yang ditandatangani pada
31 Mac 1854 dengan Komodor Matthew Calbraith Perry dari Amerika Syarikat telah
merintis pembukaan Jepun kepada kuasa barat. Menurut kajian Universiti Malaya
(2011), keunikan peradabannya yang tidak terdapat pada peradaban lain menjadikan ia
suatu yang menarik terutama dalam membentuk masyarakat Jepun yang ada pada hari
ini. Jaringan pembentukan dan pemantapan Jepun dapat dilihat melalui bermulanya
sejarah awal Jepun pada zaman Jomon sekitar 1800 S.M sehinggalah zaman Tokugawa
(16013-1867) dan kemudiannya era moden yang membawa kepada kewujudan Meiji
(1868-1912).
Jepun atau Nippon dalam bahasa Jepun dikenali juga sebagai Negara Matahari
Terbit. Istilah Nippon pula digunakan dengan meluas semasa Era Meiji (1868-1912) dan
Era Taisho (1912-1926). Istilah Nihon digunakan dengan meluas dan dirujukkan kepada
Jepun selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Jepun mempunyai empat musim iaitu
musim sejuk, musim panas, musim bunga dan musim luruh. Tamadun ini tidak asing
lagi dikenali oleh tamadun-tamadun lain di dunia dengan pembanguan dan kemajuan
yang pesat saban hari. Sistem pemerintahan dan nilai ketemadunannya menjadikan
tamadun ini sentiasa dijadikan perhatian dan digeruni tamadun dunia.
Perkembangan tamadun Jepun dalam pelbagai aspek menampakkan tamadun ini
sangat menekankan prinsip kemajuan dalam ketemadunnya. Kegemilangan tamadun ini
telah menyebabkan percampuran budaya antara tamadun Malaysia dengan tamadun
Jepun. Tamadun ini telah mempengaruhi tamadun Malaysia dari aspek politik, agama
dan pendidikan. Kemantapan tamadun ini dijadikan contoh oleh tamadun lain di dunia
terutamanya tamadun Malaysia.
Oleh hal yang demikian, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 telah
memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur pada 18 Februari 1982 semasa Persidangan
"5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hilton Kuala Lumpur. Objektif
utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan
pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang
mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara.
Oleh hal yang demikian, pemantapan tamadun Jepun telah banyak maemberi implikasi
terhadap kemajuan yang dicapai oleh Malaysia pada masa kini dalam pelbagai bidang.




















3.0 Sumbangan Tamadun Jepun dari aspek pendidikan yang relevensi kepada
Malaysia
Setiap tamadun mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Dalam memajukan
sesuatu tamadun, sistem pendikan merupakan asas utama pembentukan ilmu. Melalui
ilmu pengetahuan yang ditimba, masyarakat akan dapat mengubah corak budaya hidup
dan melahirkan masyarakat yang berilmu serta berpengetahuan dalam pelbagai bidang.
hasil daripada itulah sistem pendidikan amat penting bagi melahirkan masyarat yang
berpengetahuan tinggi serta bertamadun.
Sistem pendidikan di Malaysia sedikit sebanyak telah dipengerahui oleh sistem
pendidikan negara Jepun. Sistem pendidikan di Jepun amat kompetatif dan masyarakat
Jepun kadar celik huruf masyarakat Jepun adalah tinggi. Dalam sistem pendidikan
sekolah rendah dan menengah, sistem pendidikan Jepun dibahagikan kepada lima
peringkat iaitu tadika, sekolah menengah peringkat rendah iaitu pendidikan bagi kanak-
kanak yang berumur tiga tahun, sekolah menengah atas dan universiti. Sistem
pendidikan ini telah dikekalkan sejak zaman pemerintahan Meiji lagi. Rancangan
pendidikan di Jepun mewajibkan setiap warganegara Jepun bersekolah selama 9 tahun
di sekolah rendah dan sekolah menengah dari usia 6 hingga 15 tahun.
Malaysia juga mengamalkan sistem pendidikan yang serupa seperti sistem
pendidikan tamadun Jepun di peringkat sekolah rendah dan menengah. Tahap
pendidikan juga dibahagi kepada beberapa peringkat iaitu tadika, sekolah rendah
selama enam tahun dan sekolah menengah yang perlu selama enam tahun termasuk
untuk pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Tambahan itu, tamadun Malaysia juga
sangat menitikberatkan pendidikan dalam kalangan masyarakatnya dengan mewajibkan
semua kanak-kanak dihantar dan mendapat pendidikan di sekolah. Bagi ibu bapa yang
tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah, mereka akan diambil tindakan
segera dan dijatuhkan hukuman yang telah ditetapkan.
Menurut Universiti Malaya (2011), sistem pendidikan di Malaysia iaitu daripada
perspektif kurikulum ialah mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Matematik, Muzik,
Pendidikan Moral dan Kemahiran Hidup seperti memasak, menjahit, berkebun,
bertukang serta subjek bahasa diajar di sekolah hasil daripada sistem kurikulum yang
diamalkan di Jepun. Begitu juga dengan subjek bahasa iaitu subjek Bahasa Melayu
dijadikan subjek wajib dipelajari di sekolah seperti subjek Bahasa Jepun yang dipelajari
oleh masyarakat Jepun di negara mereka. Malaysia menjadikan sistem pendikan di
Jepun sebagai contoh dan panduan dalam memantapkan lagi sistem pendidikan di
Malaysia.
4.0 Kesimpulan
Setiap tamadun yang ada kini berlumba-lumba untuk menjadi maju dalam pelbagai
perkara. Tamadun-tamadun yang menakluk dunia inilah yang akan menjadi contoh
tamadun lain dalam meningkatkan prestasi dan mengangkat tamadun masing-masing
seiring dengan perkembangan semasa. Rentetan perkara ini, tamadun-tamadun yang
sedang membangun cuba untuk melihat dan menerapkan beberapa elemen sebagai
asas pembinaan tamadun yang berjaya dan maju dalam sistem pemerintahan negara.
Tamadun Jepun adalah salah satu tamadun yang tidak asing lagi terkenal dengan
pengaruhnya di dunia. Sebagai salah satu negara yang sedang membangun, negara
Malaysia cuba untuk meletakkan tamadun ini sebagai salah satu tamadun yang menjadi
contoh dalam pelbagai bidang. Berikutan perkara ini, ianya memberi pelbagai implikasi
terhadap perkembangan tamadun Malaysia terutamanya dalam aspek politik dan
pendidikan. Kedua-dua aspek ini merupakan tonggak utama sebagai peneraju kemajuan
negara. Pengaru kedua-dua aspek ini telah memberi tindak balas yang psitif dalam
sistem pemerintahan negara Malaysia sehingga ke hari ini.
Aspek politik merupakan aspek yang paling banyak dipengaruhi oleh tamadun
Jepun. Sistem raja berpelembagaan yang menjadikan Yang Di-pertuan Agong sebagai
pemerintah tertinggi negara adalah mempunyai persamaan dengan sistem perintahan
diamalkan oleh Jepun iaitu juga berteraskan raja berpelembagaan. Begitu juga dengan
sistem pertahanan negara. Kedua-dua tamadun ini mempunyai cara pengendalian
sistem ketenteraan yang sama. Setiap daripada bidang ketenteraan ini menjalankan
tugas-tugas tertentu dan telah ditetapkan dalam sistem pertahanan negara.
Pendidikan di Malaysia tidak kurang hebatnya standing dengan tamadun lain.
Hasil implikasi daripada tamadun Jepun, pendidikan di Malaysia dijalankan dengan
mengikut peringkat-peringkat tertentu yang dibahagi kepada peringkat sekolah rendah
dan sekolah menengah. Begitu juga kedua-dua negar ini sangat menekankan ilmu
dalam masyarakatnya dengan mewajibkan semua warganegara menuntut ilmu
pengetahuan di sekolah.
Oleh itu, jelaslah bahawa interaksi antara tamadun sangat memberi kesan kepada
pencampuran budaya antara tamadun. Pencampuran budaya ini merupakan salah satu
langkah utama sebagai pendorong kegemilangan dan kemajuan sesebuah tamadun
dunia. Tamadun dunia wajar melihat kesan interaksi ini daripada pelbagai perspektif
agar dapat membina dan melahirkan tamadun yang berjaya dan dikenali oleh tamadun
lain di dunia selain mempunyai intelektual yang tinggi dalam ilmu pengetahuan.
Senarai Rujukan
Universti Malaya (2011). Pembentukan Tamadun Jepun. Diakses daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/221/3/BAB2.pdf
Universti Malaya (2011). Pembentukan Tamadun Jepun. Diakses daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/1832/9/BAB_5.pdf

Anda mungkin juga menyukai