Anda di halaman 1dari 4

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Kanak-kanak mengalami proses perkembangan fizikal mengikut peringkat-peringkat


tertentu. Menurut Woolfolk & Margett (2007), perkembangan fizikal merujuk kepada
perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggotaanggota badan dan perawakan manusia. Di samping itu, Hurlock (1978) pula menjelaskan
bahawa perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara
langsung dan tidak langsung. Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak
menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.

Prinsip-Prinsip Perkembangan Fizikal


Prinsip perkembangan fizikal kanak-kanak dapat ditentukan dalam empat prinsip
asas. Pertama, perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki. Hal ini
demikian kerana, pembentukan fizikal seseorang kanak-kanak adalah bermula daripada
kepala dan kemudiannya diikuti dengan anggota badan, kaki dan tangan. Kebolehan lain
seperti dapat mengawal ekspresi muka dan mengawal pergerakan kepala dapat dilihat pada
usia dua bulan selepas lahir. Bayi akan dapat mengawal badan dengan menggunakan
lengan seterusnya dapat mengawal kakinya sehinggalah bayi tersebut boleh berdiri dan
berjalan.
Prinsip asas perkembangan fizikal yang kedua ialah arah perkembangan berlaku
daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Perkembangan awal akan bermula daripada
perkembangan tulang belakang dan kemudiannya diikuti oleh bahagian-bahagian yang lain.
Pada peringkat prenatal, hanya jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum
beransur kepada kaki dan tangan. Otot halus yang terdapat pada jari dan tangan adalah
bahagian yang terakhir berkembang pada badan. Bayi akan dapat memegang objek yang
pada awalnya menggunakan kedua-dua belah tangan dan akhirnya akan dapat memegang
objek dengan menggunakan sebelah tangan sahaja pada bulan yang berikutnya.
Prinsip perkembangan yang ketiga ialah kebolehan bayi bertambah jelas dan
spesifik. Bayi akan mempelajari sesuatu yang umum terdahulu sebelum berubah kepada
spesifik. Misalnya, sekiranya kepala seseorang bayi tersebut terhantuk sesuatu, dia akan
menangis denghan kuat kerana mengalami kesakitan. Namun, selepas beberapa bulan, jika
perkara yang sama berlaku, bayi masih lagi menangis dengan kuat dan menunjukkan
bahagian kepala yang sakit sehinggalah beberapa bulan kemudian dia sudah menguasai
kemahiran berbahasa dan sapat memberitahu kepalanya sakit.

Prinsip asas perkembangan yang terakhir ialah aspek berkembang pada tahap yang
berbeza. Pada usia remaja, kaki dan tangan telah mencapai perkembangan yang
meksimum berbanding bahu yang mengambil masa yang lama. Kreativiti jga berkembang
pada tahap yang maksimum pada peringkat ini namun kebolehan menaakul berkembang
dengan perlahan.

Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak


i) Peringkat Prenatal
Pembentukan manusia pada asalnya adalah hasil persenyawaan ibubapa. Perkembangan
organisma ini berlaku hasil persenyawaan oleh sperma daripada bapa dan ovum daripada
ibu. Persenyawaan ini berlaku apabila ovum ibu bergabung dengan sperma bapa di
bahagian atas tiub falopia bersebelahan dengan ovari. Ovum yang disenyawakan
dinamakan zigot. Kadangkala, seorang wanita boleh menghasilkan lebih daripada satu telur
sama ada secara semulajadi atau ransangan dadah. Peringkat prenatal berlaku selama
sembilan bulan. Peringkat ini dibahagi kepada tiga fasa iaitu fasa pembenihan, fasa embrio
dan fasa fetal.
Fasa pembenihan bermula apabila zigot melekat pada dinding rahim. Tempoh fasa
ini adalah selama dua minggu.zigot ini mengandungi 23 kromosom daripada sperma bapa
dan 23 kromosom daripada sperma ibu secara berpasangan. Begitu juga, zigot
mengandungi gen-gen dan ciri-ciri kebakaan ibubapa. Ianya mengandungi DNA selepas
dibahagikan melalui proses mitosis untuk membentuk sel baru. Aturan DNA yang banyak
akan menyebabkan trait dan baka yang berbeza.
Fasa embrio bermula daripada minggu ketiga sehingga minggu ke lapan selepas
persenyawaan. Pada minggu keempat, perkembangan otak bermula, mata, telinga dan
mulut mula terbentuk. Kemudian, pada minggu ke lapan, embrio mempunyai system organ
asas, rupa muka, jari tangan dan kaki. Embrio menerima makanan, khasiat dan oksigen
daripada tali pusat. Perkembangan yang agak pesat berlaku pada fasa ini kerana struktur
dan sistem-sistem asas mulai terbentuk.
Fasa fetal bermula pada bulan ketiga selepas persenyawaan sehingga kelahiran
bayi. Fasa ini menampakkan organ utama bertambah saiz, otot dan sistem saraf sudah
mula terbentuk dan isyarat daripada otak serta beberapa pergerakan sudah boleh dikesan.
Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu dan deria penglihatan dan pendengaran juga sudah
mula berfungsi. Berat dan panjang bayi sudah mula bertambah.

ii) Bayi (lahir hingga 2 tahun)


Purata berat bayi semasa kelahiran ialah lebih kurang 3.5kg. Berat badan bertambah lebih
kurang 10kg dan ketinggian bayi bertambah sebanyak 40cm. Saiz kompleksiti otak juga
bertambah kerana sel-sel neuron dalam otak berkembang tetapi memerlukan pengalaman
selepas lahir. Di samping itu, gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan ketika bayi berumur
enam hingga lapan bulan. Pertumbuhan ini dipengaruhi oleh kesihatan bayi, baka dan
khasiat yang diterimanya. Pertumbuhan gigi ini bermula pada gusi bawah dahulu dan
kemudiannya diikuti dengan pertumbuhan pada gusi atas.
Autonomi dan kekuatan bayi melalui pergerakan sudah mula ditunjukkan melalui
cara memusingkan badan, merangkak dan berjalan hasil daripada perkembangan
psikomotor. Perkembangan otot halus membolehkan bayi mencapai, menggenggam dan
koordinasi antara mata dan tangan mula kelihatan. Akhir tahun kedua, bayi sudah boleh
melakukan aktiviti yang kompleks.
Proses perkembangan fizikal pada peringkat ini memberi implikasi kepada penjagaan
dan pembelajaran bayi. Pada peringkat ini, stimulasi visual dan pendengaran perlu untuk
bahagian-bahagian otak yang berhubung. Pengalaman harian dapat meransang organisasi
perkembangan otak bayi. Jika tidak, bayi yang tidak menerima stimulasi-stimulasi ini
mempunyai risiko perkembangan otaknya terganggu.

iii) Awal Kanak-Kanak (2-6 tahun)


pada peringkat ini, kadar pertumbuhan fizikal perlahan berbanding pertumbuhan pada tahun
pertama kanak-kanak tersebut.ketinggian kanak-kanak dua kali ketinggiannya semasa lahir
dan berat badan adalah empat kali ganda. Otot-otot besar sudah mula berkembang tetapi
otot halus belum berkembang dengan sempurna. Kadar pertumbuhan kanak-kanak
perempuan pada peringkat ini lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru membantu kanak-kanak setakat
mana yang perlu. Kanak-kanak merasai kepuasan jika mereka berjaya melakukan sesuatu
dengan sendiri. Perkara yang paling penting ialah elakkan membanding beza kanak-kanak.
Aktiviti yang disediakan perlu mengambil kira perkembangan otot khususnya otot-otot kecil
seperti permainan bola, berlari dan sebagainya kerana kanak-kanak agak aktif pada
peringkat ini.

iv) Kanak-kanak (7-12 tahun)


Peringkat ini menunjukkan pertumbuhan gigi kekal bermula untuk menggantikan gigi susu.
Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah dari umur 8 sehingga 10 tahun dan
mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Bagi kanak-kanak lelaki, ketinggian mereka
bertambah pada umur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada
umur 15 tahun. Namun begitu, kanak-kanak pada peringkat ini kelihatan lebih kurus. Apabila
mencapai umur 11 tahun dan mencapai akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat , cepat
dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti dan tugas yang diberi. Perkembagan
otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis
dengan kemas, bermain alat muzik,menjahit, mengait, membina model, gimnastik,
berenang, tenis dan olahraga.
Kanak-kanak boleh diajar bermain alat muzik dan melukis pada peringkat ini. Mereka
juga boleh menyertai aktiviti seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan daya tahan otot
dan pergerakan yang cekap. Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai juga penting.
Guru boleh meyediakan aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak seperti permainan bola sepak
dan bola jaring.

v) Awal Remaja
Pada peringkat remaja, perkembangan dan pertumbuhan yang pesat dapat dilihat.
Perubahan fizikal seperti ketinggian,saiz dan bentuk badan mula kea rah dewasa. Bentuk
badan remaja perempuan apabila mencapai akil baligh sudah menunjukkan sifat kewanitaan
dan bulu ketiak mula tumbuh. Bagi remaja lelaki, mereka akan mengalami suara pecah
iaitu perubahan dari segi suara. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki kerana
pada umumnya mereka lebih kuat fizikal berbanding remaja perempuan.
Perancangan aktiviti seperti ceramah dan kaunseling perlu pada peringkat ini agar
remaja dapat menerima dirinya, rupa dan bentuk badan. Guru juga boleh menyediakan
latihan untuk membantu remaja membina daya tahan dan daya tenaga. Selain itu, aktiviti
senaman yang menyeronokan juga boleh dilakukan sebagai satu aktiviti sosial yang sihat.
Guru perlu menyediakan peluang dan ruang kepada remaja untuk remaja bertanya
mengenai perubahan diri mereka agar mereka dapat mem, buat pilihan yang tepat.

Anda mungkin juga menyukai