Anda di halaman 1dari 2

8 Peranan rakyat sebagai ibu bapa kritikal dalam meningkatkan keberhasilan pelajar Kejayaan bagi mencapai sasaran yang

ditetapkan dalam NKRA Pendidikan banyak bergantung ke atas kerjasama antara Kerajaan, pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa. Ibu bapa dan rakyat amnya perlu memainkan peranan yang penting dalam pembanguan pendidikan anak-anak. Contohnya, ibu bapa boleh meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi anak-anak masing dengan menjadikan aktiviti membaca menarik seperti membaca dengan pelbagai intonasi dan emosi serta menggunakan elemen masa, bentuk dan ukuran dalam perbualan seharian dengan anak-anak. Rakyat juga digalakkan mendaftar anak-anak berumur empat tahun ke pendidikan prasekolah apabila diperkenalkan tahun 2012. Pendidikan prasekolah akan dapat memberi permulaan awal untuk kanak-kanak untuk berjaya pada masa hadapan.

Penglibatan Ibu Bapa Kajian menunjukkan perkembangan dan prestasi pembelajaran anak-anak adalah lebih baik apabila ibu bapa mereka terlibat secara aktif dan berterusan dalam pendidikan mereka sejak awal lagi. Penglibatan aktif dan sokongan ibu bapa di peringkat ini akan dapat meningkatkan potensi pembelajaran anak-anak melalui penerusan kaedah pembelajaran tersebut di rumah. Asuhan dan didikan yang serupa di pusat dan di rumah akan membantu kesinambungan proses pembelajaran dan mengelakkan kekeliruan di kalangan anak-anak. Di samping itu, ia juga dapat menjalinkan perhubungan yang rapat di antara ibu bapa dan tenaga pendidik, juga bagi membolehkan pendidik mengenali serta memahami anak-anak dengan lebih mendalam. Dengan yang demikian ibu bapa adalah di wajibkan untuk menyumbang kepada aktiviti pusat sekurang-kurangnya 4 jam sebulan (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Menyentuh tentang pendidikan prasekolah, kesedaran telah ditunjukkan bukan sahaja oleh masyarakat malah di peringkat atasan juga. Seperti dinyatakan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (1998) iaitu pendidikan prasekolah merupakan peringkat formatif dalam perkembangan kanak kanak. Oleh itu, program yang sesuai dapat menggerakkan pemikiran, meningkatkan kreativiti dan membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun, pembangunan minda, penyuburan fizikal, pengukuhan kestabilan emosi dan persediaan untuk hidup bermasyarakat. Berikutan itu, muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak dan agensi untuk mengendalikan pusat prasekolah. Dengan kewujudan pelbagai model prasekolah, tidak mustahil jika dikatakan akan wujud pula paradigma 'rumah satu tiang seribu atau infinit' disebabkan

kepelbagaian ragam pendekatan dan kurikulum yang digunakan di prasekolah. Pemerhatian penulis ke tadika-tadika semasa penyeliaan pelajar praktikum menunjukkan kebanyakan tadika swasta memberi penumpuan yang lebih kepada aspek kognitif, iaitu, kemahiran 3M. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga yang menitikberatkan aspek lain seperti sosial, moral dan keagamaan serta berbagai lagi penekanan yang berbeza (Mariani, 2006).

Anda mungkin juga menyukai