Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN MENGENAI PROSES PENILAIAN YANG DIADAKAN DI DALAM KELAS SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DIJALANKAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH RENDAH BANDAR BARU BUKIT KAYU HITAM, KEDAH DISEDIAKAN OLEH: SITI ZANARIAH CHE MANAN 198855 RUSHIMA BT YA 198872 MOHD FAHMI FIRDAUS BIN MAHMOOD 199739

1|Page

1. TAJUK KAJIAN Kajian berkaitan proses penilaian yang diadakan oleh para guru di dalam kelas selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan 2. ABSTRAK Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana keberhasilan pengajaran yang telah disampaikan oleh guru. Melalui proses interaksi dalam bilik darjah ini, para guru sekaligus dapat melihat tahap kemajuan pelajar dalam sesuatu subjek. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa penilaian sangat penting sebagai kayu ukur tahap kefahaman pelajar. Selain itu, ia juga bertujuan menentukan kenaikan kelas bagi seseorang pelajar. Malahan, penilaian juga sebenarnya dapat menjadi motivasi kepada pelajar. Kajian ini menggunakan metadologi kajian tindakan iaitu melibatkan pelajarpelajar darjah 2 Genilang, 4 Gebius, dan 4 Intelligent. Jumlah keseluruhan pelajar dalam ketiga-tiga kelas ini adalah seramai 95 orang. Langkah-langkah yang digunakan dalam kajian ini adalah mengenal pasti masalah, merancang kajian, melaksana, merefleksi terhadap kajian setelah selesai dijalankan. Dapatan kajian adalah proses penilaian yang dijalankan di dalam kelas adalah secara formal dan tidak formal. Formal di sini bermaksug guru member latihan kepada pelajar di dalam kelas dan secara tidak formal melalui soal jawab bersama pelajar. Kesimpulan kajian ini adalah proses penilaian sebenarnya sangat penting untuk pelajar dan para guru. 3. RASIONAL 3.1 Memberi kesedaran kepada para guru bahawa proses penilaian sangat penting.

2|Page

3.2 Memotivasikan pelajar secara tak langsung. 3.3 Membantu guru untuk proses kenaikan kelas. 4. METODOLOGI Batasan kajian adalah hanya melihat guru mengajar. Selain itu, pelajar-pelajar dijadikan sampel kajian. Malahan, ia juga melibatkan sesi temubual bersama guru yang terlibat sepanjang kajian tindakan ini dijalankan. 5. ANALISIS DATA 5.1 Proses pengajaran dan pengaran berjalan dengan lancer kerana pelajar-pelajar member tumpuan. 5.2 Namun demikian, terdapat pelajar yang tidak menyiapkan kerjarumah yang telah diberikan oleh guru. 5.3 Para pelajar memberi tumpuan yang baik. 6. DAPATAN Proses penilaian yang berterusan di dalam kelas. Beriku adalah secara ringkas tentang dapatan sepanjang proses penilain dijalankan di dalam kelas yang terlibat.

KELAS: 2 Genius NAMA GURU: En. Shamsul Bin Robidi MATA PELAJARAN: Matematik MASA: 8.45pg-9.45pg TAJUK: Bentuk dan Ruang. Proses pengajaran dijalankan seperti biasa. Para pelajar member tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar. Komunikasi di dalam kelas juga adalah sangat aktif antara guru

3|Page

dan pelajar. Berlaku sesi soal jawab secara tak langsung. Hal ini bermaksud guru mengaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian pelajar. Dari segi proses penilaian yang dijalankan, ia amat ditikberatkan oelh guru berkenaan. Buktinya, guru memberi latihan kepada pelajar sebelum tamat sesi pembelajaran. Malahan, para pelajar diminta untuk membuat latih tubi Matematik di dalam buku aktiviti. Selain itu, guru berkenaan juga telah mengedarkan contoh soalan peperiksaan kepada pelajar.

KELAS: 4 Intelligent ( Kelas Pemulihan ) NAMA GURU: Pn. Rohati Bt Hamid MATA PELAJARAN: Bahasa Melayu MASA: 9.45pg-11.00pg TAJUK: Karangan Guru pandai mengawal kelas. Komunikasi yang wujud juga adalah sangat baik iaitu secara dua hala. Tambahan pula, guru mengingati nama-nama pelajar di dalam kelas tersebut. Berlaku juga sesi soal jawab secara tak langsung antara guru dan pelajar. Dari segi karakter guru, guru tersebut adalah sangat mendekati pelajar dan keakraban antara guru dan pelajar dapat dilihat secara jelas. Dari segi proses penilaian pula, guru meminta pelajar untuk menyambungkan ayat-ayat di dalam buku aktiviti untuk dijadikan satu perenggan. Para pelajar member tindak balas dan respon yang positif.

4|Page

KELAS: 4 Genius NAMA GURU: Pn. Zainab bt Roslan MATA PELAJARAN: Bahasa Melayu MASA: 11.45pg-1.15 tengahari TAJUK: Ayat pasif dan ayat aktif Guru memulakan pengejaran dengan mengaitkan pengajarana pada hari tersebut dengan pengajaran lepas untuk mengetahui sama ada pelajar faham atau pun tidak tentang pembelajaran yang lepas. Proses penilaian yang dilakukan oleh guru berkenaan adalah dengan meminta pelajar membina ayat aktif dan ayat pasif. Guru juga meminta pelajar memeriksa jawapan latihan yang lepas. Selain itu, guru itu turut memberi latihan kepada pelajar dan berbincang di dalam kelas. Oleh hal yang demikian, dapat kita simpulkan di sini bahawa ketiga-tiga guru yang terlibat dalam kajian tindakan ini begitu menitikberatkan tentang penilaian di dalam kelas iaitu melalui kaedah soal jawab secara lisan, latihan di dalam kelas, serta membuat latihan di dalam buku aktiviti. 7. RUMUSAN Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian tindakan ini adalah member kesedaran tentang pentingya proses penilaian yang diadakan di dalam kelas. Kepentingan proses penilaian kepada guru adalah untuk melihat sejauh mana pelajar memahami topic pembelajaran. Manakala, penilaian kepada pelajar juga penting sebagai motivasi kepada mereka dan menentukan kenaikan kelas pelajar.

5|Page

6|Page

Anda mungkin juga menyukai