Anda di halaman 1dari 35

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

OLEH: DESMOND DANIEL AK COPTA WONG HUNG HUONG PENSYARAH: EN. ISMAIL BIN DIKOH

KONSEP RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)


Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan bagi seseorang murid sekolah rendah yang memerlukan. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan harian seorang murid. RMT telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia pada hari ini dan ia merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan murid sekolah di Malaysia. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan sekolah dan masyarakat. 3

MATLAMAT/OBJEKTIF RMT
I. Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.

II.

III.

Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung.

IV. Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. V. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT.

PELAKSANAAN
Guru bertugas diminta melengkapkan Buku Laporan RMT berdasarkan Jadual Tugasan RMT.
Guru bertugas harian diminta mengambil satu menu untuk dibuat penilaian. Guru bertugas boleh memaklumkan kepada pengusaha kantin sekiranya ada syor/cadangan atau apa-apa yang berkaitan dengan menu RMT dan sebagainya.

Guru bertugas diminta memastikan perjalanan RMT pada setiap pagi berjalan dengan lancar. Guru bertugas diminta memastikan murid RMT mengambil satu menu pada waktu yang ditetapkan. (7.15-7.40 pagi)

Guru bertugas diminta memastikan murid yang tidak berminat untuk makan RMT untuk digantikan dengan murid lain.

PENILAIAN
Mendapatkan data semua murid yang layak menerima RMT. Membuat pemilihan dengan adil. Menentukan menu yang sesuai. Melakukan pengawasan yang berterusan dan menepati masa. Senarai murid gantian diadakan.

BIJIRIN SARAPAN
Sarapan adalah makanan untuk otak.

Ini kerana sarapan berkait rapat dengan kecergasan mental dan memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus. Tanpa sarapan, tenaga untuk digunakan sepanjang hari akan terjejas dan mempengaruhi penumpuan murid-murid.
Dengan bersarapan pagi, dapat mengurangkan rasa lapar dan membantu berfikir dengan lebih baik.

10

Pemilihan makanan untuk sarapan juga penting. Pilihan sarapan pagi yang sihat mengandungi serat yang tinggi, contohnya roti, bijirin, buah-buahan seperti kismis, pris dan pisang. Elakkan mengambil makanan yang berat terutama makanan bergoreng dan berlemak.

11

Ada pelbagai bijirin sarapan di pasaran.

Ada yang mengandungi lebih gula, kurang fiber dan sebaliknya.


Pilih bijirin sarapan yang mengandungi karbohidrat dan vitamin yang boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak.

12

Ketua Komunikasi Penyelidikan dan Pembangunan Nestle S.A, Hilary Green berkata, vitamin B yang diperkaya di dalam bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberi kesan positif kepada fungsi otak.

Ia juga mengandungi karbohidrat yang boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak.

13

Menurut Green, bagi memastikan bijirin sarapan itu mengandungi khasiat yang dikehendaki, sentiasa semak melalui label pemakanan di kotak.

Di sinilah anda boleh mengetahui semua maklumat yang dikehendaki.


Sentiasa lihat fakta mengenai gula, fiber, vitamin dan mineral.

14

Pilihlah bijirin sarapan yang kurang gula kerana ianya boleh ditambah dengan buah-buahan seperti kismis atau potongan buah-buahan untuk menambah manisnya. Jika gula banyak pada sesuatu bijirin sarapan itu, maka kurang fiber yang terkandung di dalamnya. Fiber amat penting dalam bijirin sarapan untuk mengelakkan sembelit, jadi elakkan memilih bijirin yang kurang mengandunginya.

15

Menurutnya, semua bijirin sarapan nestle mengandungi bijirin mil penuh yang berguna untuk tubuh. Ia rendah lemak dan tinggi dengan karbohidrat dan fiber yang membantu meningkatkan kekenyangan. Bersarapan dengan bijirin sarapan juga akan mengelakkan tubuh daripada mengalami hidrasi.

Ini kerana susu yang dicampurkan itu membekalkan kalsium dan air di dalam tubuh.

16

KRITERIA PEMILIHAN MURID UNTUK MENERIMA RMT


a. Taraf sosioekonomi keluarga keutamaan diberikan kepada golongan miskin iaitu: i. ii. yang membolehkan murid-murid daripada

Murid-murid daripada keluarga atau ibu bapa atau penjaga yang mempunyai pendapatan bulanan RM150. Pendapatan perkapita bagi murid yang datang daripada keluarga yang mempunyai pendapatan perkapita setakat RM35.00 dan ke bawah adalah layak dipertimbangkan dalam program ini.

iii.

Saiz enrolmen sekolah iaitu kelonggaran diberi khusus kepada sekolah rendah dengan bilangan murid 100 orang dan ke bawah.
17

b. Keluarga, ibu bapa atau penjaga berpendapatan bulanan RM400.00 dan ke bawah. c. Status pemakanan murid-murid yang mengalami pemakanan yang salah perlu dikesan dan disahkan oleh pegawai perubatan. d. Jarak rumah dari sekolah bagi murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah dan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.

18

MAKLUMAT TAMBAHAN
I. Mulai tahun 2013, Had Kelayakan RMT ialah Pendapatan: RM460.00 atau perkapita RM110.00
(PGK Miskin Tegar terkini)

II.

Murid-murid Pendidikan Khas yang layak dan berada di Sekolah Pendidikan Khas juga boleh memohon.

III.

Murid-murid RMT yang berpindah sekolah selepas hari pertama persekolahan, peruntukan akan diturunkan di sekolah asal. Sekolah asal perlu memaklumkan kepada sekolah baharu tentang murid RMT tersebut di dalam Borang Pertukaran Murid.

IV.

Murid Ganti RMT TIDAK BOLEH menggantikan Murid RMT yang telah berpindah sekolah. Murid Ganti RMT hanya untuk Murid RMT yang TIDAK HADIR pada hari yang berkenaan sahaja. Jika layak RMT, sila senaraikan beliau di dalam Pelarasan RMT kemudian.

19

PELAKSANAAN DAN PENILAIAN


Seramai 532,500 murid sekolah rendah daripada golongan miskin (keluarga yang berpendapatan kurang RM400 sebulan atau RM80 per kapita) menerima bantuan ini secara makanan tambahan dan minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama persekolahan pada setiap tahun. Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi negeri-negeri di Semenanjung dan RM1.35 sehari bagi setiap murid di Sabah dan Sarawak.

20

Peruntukan semasa yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid dan kadar tersebut adalah RM123,647,250 setahun. Penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus kepada sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak pada tahun semasa, tanpa tuntutan daripada sekolah. Dengan cara ini program RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari pertama persekolahan. Penyelia Kesihatan di JPN akan menyampaikan rekod pengagihan peruntukan RMT di sekolah sehingga 31 Januari tahun berkenaan kepada pihak Sekolah.
21

Pihak sekolah pula akan menyediakan laporan pengagihan mengikut negeri kepada Bahagian Kewangan kod dan nama sekolah berserta dengan jumlah penerima bantuan hendaklah dikemukakan oleh Penyelia Kesihatan melalui sistem e-PCG terus kepada akaun kerajaan sekolahsekolah yang terlibat. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pembayaran hendaklah dibuat secara waran mengikut peruntukan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Negeri masing-masing.

22

MENU MAKANAN RMT


Senarai 20 jenis menu tersebut ialah Menu masakan yang disediakan adalah berdasarkan selera kanak-kanak, selain dapat membekalkan lebih kurang 350 hingga 400kcal tenaga dan 5 hingga 40g zat protein.
Mee kari Bubur bersama biskut tawar Nasi ayam , stew roti dan ayam Nasi goreng Nasi campur Bubur nasi (ayam) Nasi bersama telur rebus dan sup sayur Bihun goreng bubur daging dan kacang

Bubur gandum pedas

roti telur dan dhal

Nasi dhal

Gado-gado dan sos kacang Nasi dalca sayuran dan telur

Nasi lemak

Mee rebus

Roti canai dan kuah sardin

Putu mayam bersama ikan goreng dan sayur lemak

Nasi dan kacang dhal

23

PERANAN GURU BESAR ATAU GURU


Memilih dan mengedarkan senarai murid yang layak menerima RMT mengikut kriteria -kriteria yang ditetapkan oleh KPM. Merekodkan penerimaan makanan oleh murid-murid pada hari-hari berkenaan Mengawasi murid ketika menikmati makanan sambil menunjuk ajar budaya makan yang sesuai sambil menyerapkan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan secara tidak formal

24

Mengikut pertumbuhan fizikal murid seperti mengukur berat dan tinggi mereka sekurang-kurangnya pada awal dan akhir tahun. Mengawasi hidangan makanan. Memastikan rekod penerimaan perbelanjaan peruntukan RMT disimpan dan dikemas kini oleh pihak sekolah.

25

26

KONSEP
Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik.
27

PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita. PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.
28

Program ini mengandungi dua skim iaitu :

1. Skim Susu Bayaran melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan. 2. Skim Susu Percuma melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.

29

Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim Susu Bayaran Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma

OBJEKTIF PROGRAM SUSU SEKOLAH

Meningkatkan perancangan, pelaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.
30

Mengurangkan perbelanjaan sektor awam melalui penglibatan agensi sektor swasta. Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran. Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.
31

ISU-ISU PSS
Pada tahun 1995, seramai 187 murid daripada 4 buah sekolah telah mendapat keracunan makanan berpunca dari susu yang dibekalkan. Majoriti kes-kes yang dilaporkan adalah mengenai kualiti kebersihan susu yang tidak dititikberatkan oleh bekalanPSS kelolaan Kementerian Pelajaran. Pada awal bulan Mei 2007, seramai 100 murid di beberapa buah sekolah di Kedah dan Kelantan dilaporkan mengalami muntah-muntah dan sakit perut selepas meminum susu yang dibekalkan PSS di sekolah masing-masing.

LANGKAH PENCEGAHAN
Pendekatan kepada memilih makanan yang selamat, merangkumi pemilihan makanan yang sedia dimakan. Pendekatan kepada keracunan makanan seperti puncapunca keracunan makanan, gejala-gejala dan cara-cara pencegahan. Memperkenalkan konsep melabel makanan. Pendekatan kepada penyediaan makanan yang selamat.

Pendekatan kepada penyimpanan makanan yang selamat.


Pendekatan kepada kebersihan diri dan tabiat baik dalam pengendalian makanan.

PELAKSANAAN DAN PENILAIAN


Memilih dan menyediakan menerima susu Skim Percuma. senarai murid yang layak

Menguruskan pesanan dan pengagihan susu Skim Percuma dan Skim Bayaran. Menyimpan rekod kutipan dan penyerahan wang PSS. Menggalakkan tabiat meminum susu dalam kalangan murid dan menekankan khasiat susu untuk kesihatan murid.

Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan melalui PSS (kraf tangan, karangan, kuiz dan lain-lain). Memberi penerangan kepada pelaksanaan PSS di sekolah. guru-guru mengenai

Menubuhkan Jawatankuasa PSS yang dianggotai oleh guruguru, agensiagensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-badan bukan kerajaan diambil kira dalam merancang aktiviti dan program kesihatan di sekolah.

35

Anda mungkin juga menyukai