Anda di halaman 1dari 2

1

KATA-KATA ALUAN
PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA HIDAYAH
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Puji dan syukur kita akan kehadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang
dikurniakanNya, Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah
SAW, keluarganya, sahabat-sahabatnya serta seluruh kaum muslimin
yang mengikuti sunnahnya dan berjuang di jalanNya.
Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi kesempatan
untuk saya mencatat sepatah dua kata dalam ruangan ini sempena Ihtifal
SMIH kali ke 19. Syabas diucapkan kepada Pengetua, barisan guru-guru,
staf sokongan dan para pelajar yang bertungkus lumus untuk
menjayakan majlis ihtifal ini. Syabas diucapkan kepada semua penerima
anugerah pada hari ini. Semoga kecemerlangan yang ditunjukkan oleh
para penerima akan menjadi pemangkin kepada para pelajar dalam
mempertingkatkan lagi mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik,
sahsiah, ko-kurikulum dan tarbiah pada masa hadapan.
Pelajar-pelajar yang kita raikan hari ini merupakan waris yang bakal
mendukung harapan ibubapa, sekolah, Negara dan Ummah. Impian
lahirnya satu masyarakat yang menjunjung nilai-nilai Islam dan akhlak
serta nilai kemanusiaan yang tinggi. Bertepatan dengan tema ihtifal kali
ini PERIBADI MUSLEH TERAS MASYARAKAT RAHMAH. Justeru itu,
keperibadian mereka harus dilentur sedaya mungkin agar keseimbangan
rohani, intelek, emosi dan jasmani terbena dengan suburnya.
Keperibadian yang mulia dan pegangan agama yang mantap adalah
faktor penting dalam mewujudkan masyarakat rahmah.
Adalah diharapkan, Sekolah Islam Hidayah, mampu melahirkan
watak-watak yang boleh memberi rahmah kepada masyarakat dengan
menghidupkan jiwa-jiwa beragama. Mereka mestilah mampu
mengislahkan masyarakat dari sudut aqidah, ibadah dan akhlak. Kita tidak
saja mahu mereka ini professional dari sudut kerjaya sahaja bahkan lebih
dari itu dapat bersatu dan berkhidmat sepenuhnya untuk masyarakat
bahkan mampu untuk turun ke akar umbi untuk merasai kepayahan hidup
masyarakat. . Sebagaimana Khalifah Umar b. Abd Aziz yang begitu
prihatin dengan denyut nadi rakyatnya.
Pihak sekolah bolehlah melihat semula pentarbiahan kita agar
lebih seimbang, memberi penekanan dalam pembentukan kognitif dan
juga dalam bidang aplikasi terhadap ilmu yang dipelajari . Kita perlu
mempelbagaikan aktiviti dalam skop dan persekitaran sekolah, seperti
menghidupkan budaya bantu guru dan kawan, aktiviti KRS dengan
khidmat masyarakat dalam komuniti setempat , program
kesukarelawaaan seperti Ibantu, Road to Padang , untuk memupuk jiwa
keperihatinan dan cakna masyarakat.
Untuk itu, saya menyeru kepada diri saya dan tuan/puan sekalian
dapat sama-sama berganding bahu memberi sokongan ,galakan dan
bimbingan untuk menerapkan nilai-nilai islam dan akhlak kepada mereka.
Semoga bekalan ilmu agama yang mereka peroleh dalam sistem
pendidikan di Hidayah mampu menyediakan bekalan untuk mereka terjun
dalam masyarakat
Setinggi penghargaan buat semua ibubapa dan semua pihak yang
banyak menyokong dalam usaha pembangunan sekolah ini.
Alhamdulillah, usaha membina asrama lelaki telah berjaya dibina dan

dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Begitu juga


telah menyempurnakan kerja-kerja penurapan parkir guru SMIH dan parkir
ibubapa. Namun usaha mengumpul dana masih lagi diteruskan.
Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memandang usaha dan amal
kita dalam membangunkan generasi mampu memberi kebaikan kepada
semua makhluk Allah di muka bumiNya. Sekian, Wabillah taufiq wal
hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
_________________
Encik Hassan bin Hussin
Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah

Anda mungkin juga menyukai