Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Anak merupakan asset yang paling bernilai kepada kedua-dua ibu dan bapa.
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak adalah penting dan mesti dipenuhi dengan
baik. Walaubagaimanapun, dengan hadirnya anak-anak dalam kehidupan pasangan yang
berkahwin, maka sebagai ibu bapa mereka hendaklah bersedia bukan sahaja dari segi
kewangan malahan mereka perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran bagi
membentuk sesebuah keluarga yang bahagia dan cemerlang. Ibu bapa mesti menyayangi
anak-anak mereka juga. Kasih sayang adalah penting untuk membolehkan emosi anak-anak
berkembang dengan sihat dan baik.  Keluarga yang bahagia dan harmoni hanya boleh
terbentuk jika setiap ahlinya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang
berkesan sejak kecil. Proses pemupukan keluarga yang harmoni dan bahagia ini akan
menjadi lebih mudah jika setiap ahli bersedia untuk berkorban dan bertolak ansur sesama
mereka.

Keluarga yang bahagia adalah asas kepada masyarakat yang penyayang dan maju.
Jika keluarga dirosakkan, masyarakat juga akan dirosakkan. Walaupun begitu, mereka juga
harus ditegur jika mereka melakukan sesuatu yang tidak betul. Oleh itu, ibu bapa mesti
memberi didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka sejak dalam kandungan,
seperti pepatah "Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya." Ini adalah untuk memastikan anak-
anak mereka membesar dengan bahagia, berjaya, dan bebas daripada gejala negatif yang
boleh merosakkan hidup mereka. Kanak-kanak yang dilahirkan dalam rumah tangga yang
gembira dan gembira akan mempunyai sifat kejiwaan yang sihat, seperti kegembiraan,
keyakinan diri, dan sebagainya. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga yang
bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral. Ahli keluarga yang ideal akan
dibentuk oleh ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik yang bijak.

Ibu bapa adalah titik tolak yang pertama dalam mencorak dan mendidik anak anak,
dan mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam penghayatan nilai kehidupan
dan menyediakan sokongan yang berterusan kepada anak. Oleh itu, ibu bapa memainkan
peranan penting dalam pembangunan insani anak-anak mereka dan mewujudkan keluarga
yang cemerlang. Selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, “Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang
bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat yang
keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-
Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melalukan segala yang diperintahkan . ( Surah al-
Tahrim, 66:6 )
KESIMPULAN

Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap
individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang
berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak
ansur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan
bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat
yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah
masyarakatnya. Walaupun bergitu, mereka juga harus ditegur jika melakukan sesuatu
kesalahan. Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi didikan syariat yang sempurna kepada
anak-anak mereka seawal mungkin bermula dari dalam kandungan ibu lagi seperti kata
pepatah “Melentur buluh biar dari rebungnya’ agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya
dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan gejala-gejala negatif
yang boleh merosakkan hidup mereka. Semoga impian negara untuk mewujudkan
masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama.

Anda mungkin juga menyukai