Anda di halaman 1dari 3

ELEMEN 3

APAKAH CARA UNTUK MENCIPTA SEBUAH KELUARGA YANG BAHAGIA?

Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza agama dan budaya tetapi
rakyatnya hidup harmoni dan saling menghomati antara satu sama lain. Sifat saling
menghormati ini bermula dari rumah iaitu asuhan ibu bapa yang bertanggungjawab
mengajar anak-anak supaya sentiasa menghormati orang lain. Oleh itu, sebagai
rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga menjadi warganegara yang hidup dalam
keadaan aman dan tenteram.

Selain itu, sebagai anak kita perlu patuh kepada ibu bapa kerana jasa mereka terlalu
besar dan sukar untuk dibalas walaupun dengan wang ringgit. Ibu bapa akan berasa
gembira jika anak-anak yang dipelihara sejak kecil menjadi insan yang berjaya dan
boleh menyumbang kepada keluarga, bangsa dan negara.

Ibu bapa juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk disiplin dan
sahsiah anak-anak memandangkan gejala sosial berlaku secara berleluasa pada
masa kini. Sekiranya disiplin diri dan sahsiah anak-anak terutama pada usia remaja
tidak diambil berat, dikhuatiri mereka akan terjebak dengan pelbagai aktiviti tidak
sihat yang boleh menimbulkan kesulitan terhadap keluarga, masyarakat dan negara.

Keluarga bahagia juga dapat dibentuk sekiranya seseorang anak itu mempunyai
sifat yang positif dalam diri mereka. Mereka sentiasa berusaha untuk mengelakkan
diri daripada terlibat dalam gejala yang tidak sihat. Malah mereka menanam azam
untuk menjaga nama baik keluarga, belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya
dalam hidup dan dapat membanggakan keluarga. Sifat inilah yang perlu ada dalam
jiwa setiap remaja supaya dapat menjadi generasi yang boleh menggalas
tanggungjawab memajukan negara pada masa depan.
ELEMEN 3

ELEMEN 3
SALASILAH
KELURGA

NAMA: WAN ADIF HAKEM BIN WAN HAMIZAN


SEKOLAH:SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB
GURU: EN SARAVANA
PEKARA:ELEMEN 3

Anda mungkin juga menyukai