Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pengenalan Sukan dan Rekreasi Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.

Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.

Sukan ialah aktiviti yang mengandungi: Latihan kemahiran berguna secara rekreasi. Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra sejarah untuk mengkaji sukan dan manusia.

Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan.

2. Konsep Dan Definisi Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi Sukan Sepanjang Hayat dan rekreasi adalah berasaskan aktiviti darat iaitu lasak dan alam; berasaskan aktiviti air; berasaskan aktiviti dalaman; dan campuran kedua aktiviti. Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi. Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan. Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara mereka. Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat. Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain. Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi. Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita. Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam pembentukan personality, pembangunan insane, pembangunan Negara, gaya hidup sihat, kepimpinan, kecerdasan, sosialisasi,pendidikan sepanjang hayat dan dinamik kumpulan.

Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembanganpengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masasenggang. Manakala, Hammerman et.al (1985) pula mendefinisikan sukan rekreasi sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Knapp (1981), mendefinisikan sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat. Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain. Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi. Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita.

Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam pembentukan personality, pembangunan insane, Sukan rekreasi mengalakkan penyertaan ramai dan matlamat akhirnya ialah untuk mencari kesejahteraan ( for the sake of participation and fun ). Ia dilakukan atas pilihan sendiri , dan boleh menjadi aktiviti individu meskipun biasannya dilakukan secara berkumpulan . aktiviti sukan rekreasi disusun atur dalam bentuk pertandingan dan persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang . Maklumat asas tentang sukan rekreasi amat penting untuk kita mengerti ketepatan identitinya dan membantu komunikasi yang konsisten tentangnya di kalangan peserta , pendidik, penganjur acara, dan para professional. Sukan rekreasi kadangkala dikenali sebagai sukan intramural, program rekreasi , rekreasi fizikal, aktiviti fizikal atau program kecergasan . namun , semua istilah ini tidak memberikan keterangan lengkap dan makna yang sebernya selagi ia tidak dinilai dari sesuatu perspektif. Sukan rekreasi dipayungi istilah yang lebih besar seperti leisure, rekreasi dan sukan. Leisure: leisure bermaksud masa lapang , satu aktiviti atau keadaan dalam fikiran . di Malaysia , konsep ini dirujuk sebagai aktiviti masa lapang . kata ini berasal daripada kata latin , licere yang bermaksud bebas. Ia kadangkala dikaitkan dengan bahasa peranciz, loisir bermaksud loisir bermaksud diizinkan . dapat disimpulkan makna leisure berada dalam konteks masa kadangkala disebut masa senggang . masa lapang adalah masa yang digunakan oleh seseorang individu atau kumpulan secara sukarela untuk beraktiviti sama ada bersukan, berkelah atau bersiar-siar . mereka bebas memilih aktiviti tanpa ada unsure paksaan. Rekreasi: istilah rekreasi berasal dari kata latin recreation yang bermaksud restoration / recovery. Reakreasi didefinisikan sebagai aktiviti masa lapang yang membina positif sama ada berbentuk riadah(aktif) atau santai (pasif) . rekreasi adalah aktiviti yng bertentangan dengan kerja. Kerja ertinya mendukung tanggungjawab , memerlukan masa dan tenaga , sedangkan rekreasi merupakan aktiviti merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan . empat jenis program rekreasi yang utama ialah program social, program kebudayaan , program istimewa atau carnival dan program sukan rekreasi. Dari perspektif rekreasi , sukan hanyalah satu daripada aktiviti rekreasi fizikal . selain sukan , aktiviti rekreasi meliputi aspek aspek kebudayaan dan social termasuk pendidikan dan pelancongan . Sukan: asal kata sukan sport ialah daripada perkataan latin, desporto, bermaksud to carry out away( melari indahkan) . makna sukan telah berubah mengikut masa . berbagai-bagai istilah sukan seperti sukan berprestasi tinggi , sukan massa dan penonton acara sukan membezakan jenis dan tahap penglibatan seseorang dalam sukan . sementara sukan dan media dan sukan professional membezakan fungsinya.

3. Kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam pembangunandomain psikomotor, kognitif dan afektif murid Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emsi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi. Dengan adanya sukan rekreasi para murid dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat. Apabila sukan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok. Seterusnya, apabila seseorang individu mula untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan rekreasi maka dia akan dapat mengawal emosi dia dengan baik. contohnya, apabila individu A berasa marah atau hatinya tidak tenteram, pastinya setelah mengambil bahagian dalam sukan rekreasi dia pasti dapat menenangkan fikirannya dan membuat keputusan yang baik untuk menyelesaikan masalahnya. Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak lansung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan rekreasi. Tambahan pula, seseorang individu boleh mempelajari nilai-nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktiviti sukan rekreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah. Domain-domain yang membentuk nilai pendidikan dalam Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi Kognitif Afektif Psikomotor Amalan berfikir Proses penerokaan Inkuiri penemuan Penyelesaian masalah Sikap ingin tahu Proses imaginasi Permikiran kreatif Permikiran kritis Konsep kendiri Permahaman kendiri Penghargaan kendiri Kawalan kendiri

Emosi Kecergasan Kekuatan otot Daya tahan otot Pengamatan motor

Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar.

Aspek Afektif Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar. Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri. Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial.

Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.

Aspek Kemahiran Psikomotor Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor. Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telah mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat. Menurut Raddick (1982) Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi.

Oleh yang demikian Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi boleh didefinisikan sebagai agenda yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

4. Program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang realistik dan mampu dilaksanakan di sekolah SUKAN Bola Sepak Bola Jaring

Ragbi Sepak Takraw Bola tampar L/W Badminton L/W Ping Pong L/W Tennis L/W Hoki L/W Sofbol L/W Squash L/W Renang L/W Trek Dan Padang L/W Bowling L/W Bola Keranjang L/W Bola Baling L/W Memanah L/W Bowling Padang L/W Catur L/W

REKREASI Sukan Air Aktiviti Lasak "Wall Climbing" Sukan Massa Aerobik

SEJARAH SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI Ketika zaman prasejarah kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh perasaan untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan manusia. Memburu serta mengumpul merupakan aktiviti yang popular. Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas dalam kegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan menjaga kesihatan. Sejarah perkembangan aktiviti Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi dan kecergasan ini akan mengupas aktiviti Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi yang pernah dilakukan bermula dari zaman dahulu purba hingga ke zaman moden. Zaman Manusia Purba dan Kecergasan

Pada ketika ini manusia hidup dalam keadaan nomad iaitu berpindah-randah dan ketika di setiap penempatan aktiviti hanya bertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup. Aktiviti seperti memburu dan brkumpul ini merupakan sebahagian dari keperluan dalam kehidupan ketika itu. Ini merupakan salah satu komponen sosial. Setiap kali mereka berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan itu dengan pelbagai

aktiviti seperti menari, permainan kebudayaan dan juga menziarahi komuniti lain untuk bersama meraikan kejayaan di tempat lain. Jika dilihat, motif aktiviti di zaman paleolitik ini lebih kepada melibatkan diri dan berpesta. Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.

Zaman Neolitik Revolusi Pertanian

Zaman Neolitik Revolusi Pertanian merupakan zaman perubahan terhadap gaya hidup primitif. Era ini merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia tidak lagi berpindahrandah kerana amalan pertanian membantu manusia hidup setempat dengan bekalan yang ada. Ini dapat merubah gaya hidup manusia zaman primitif kepada gaya hidup manusia dan pertanian atau dikenali sebagai agrarian. Akibat dari itu manusia mengamal gaya hidup sedentari akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka.

Tamadun Kuno China dan India

Di negeri China pengajaran falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Ketika itu jika tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan, mereka akan dikaitkan dengan penyakit yang memberhentikan fungsi organ dalaman atau kini dikenali sebagai masalah sistem kardiak. Ketika itu Kung-fu diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Pergerakan kung-fu dicipta dan kaya dengan pelbagai bentuk pergerakan fizikal yang dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pergerakan kaki yang berbeza dan meniru pergerakan binatang berlawan. Ketika itu wujud juga aktiviti kecergasan yang lain seperti memanah, menari, lawan pedang dan gusti.

Di India pula, manusia dihalang penglibatan mereka akibat kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Mereka lebih menumpukan kepada aktiviti berbentuk spiritual. Manusia ketika itu mengabaikan aktiviti kecergasan. Satu kaedah senaman yang mirip kepada kung fu telah dicipta yang masih terikat dengan

kepercayaan agama yang dikenali sebagai yoga. Yoga dipercayai telah wujud lebih lima ribu tahun. Yoga bermaksud penyatuan terhadap tubuh, akal dan roh berdasarkan kepercayaan falsafah Hindu. Yoga mula dicipta oleh Mubaligh Hindu yang hidup dalam kesederhanaan yang berteraskan disiplin diri dan bermeditasi. Dari pemerhatian yang mereka lakukan, pergerakan haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada yoga. Mereka percaya aktiviti ini dapat mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri mereka dengan alam sekitar. Aktiviti yoga atau nama lainnya Hatha Yoga mula dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan. Postur badan dan teknik pernafasan merupakan kaedah yang paling baik. Yoga dapat membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihtan badan.

Timur Tengah

Pemerintahan politik dan pemerintahan tentera pada tamadun di Assyria, Babylon, Topikylon, Egypt, Palastine, Parsi, dan Syria pada ketika itu amat mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam setiap pasukan tentera dan seluruh masyarakatnya. Pendekatan ini diamalkan dengan baik oleh tamadun Parsi. Pemimpin Parsi pada ketika itu menuntut semua rakyat supaya mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Tahap kecergasan ini diperoleh melalui pelbagai latihan keras yang dilakukan. Ketika kanakkanak berumur enam tahun, mereka adalah milik negara dan perlu melalui pelbagai latihan

seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing. Objektif latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan.

Zaman Greek Athens

Masyarakat di Yunani amat mengutamakan kesempurnaan fizikal. Kota yang terkenal dlam bidang Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi ketika itu ialah Sparta dan Athens. Di Sparta objektif utama Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi ialah untuk menyumbang kepada pembentukan tentera yang kuat, manakala di Athens, objektif banyak tertumpu kepada prinsip demokrasi. Greek adalah tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam kemunculan aktiviti kecergasan. Masyarakat Greek ketika itu percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak mempunyai kaitan yang rapat. Kecergasan fizikal dan minda penting sama penting dengan kepentingan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental.

Aktiviti gimnastik dengan menggunakan muzik merupakan antara pelajaran yang penting. Mereka mengatakan pergerakan gimnastik adalah untuk tubuh badan dan muzik itu untuk jiwa mereka. Gimnastik diajar di sebuah tempat yang dikenali Palaestras, ianya merupakan tempat untuk remaja lelaki bagi aktiviti Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi. Di Palaestras merangkumi sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan dan gelanggang untuk aktiviti luar seperti berlari, gusti dan melompat. Apabila remaja ini telah dewasa, di antara umur 14 dan 16 tahun, tempat mereka berlatih ini akan berubah sebuah tempat yang dipanggil gimnasium. Di kedua-dua tempat ini latihan diawasi oleh jurulatih kecergasan yang dipanggil Paidotribe.

PERKEMBANGAN SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI DI MALAYSIA Sejarah Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi boleh dibahagikan kepada empat era iaitu: 1) Zaman sebelum penjajahan British 2) Zaman pemerintahan British 3) Sebelum merdeka 4) Selepas merdeka

Zaman Sebelum Penjajahan British Ketika zaman sebelum penjajahan British, Negara ketika itu tidak langsung memiliki satu sistem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu banyak tertumpu kepada kelas-kelas pengajian yang tidak formal seperti kelas agama manakala kedudukan Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak memiliki objektif yang jelas.

Zaman Pemerintahan British Pihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan sistem pendidikan yang diadun dengan pengaruh mereka yang kebaratan. Pendekatan ini banyak tertumpu di negeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British. Kebanyakan sekolah diurus dan dibuka oleh mubaligh kristian dan juga syarikat-syarikat Inggeris. Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hingga empat dan hanya menjadi matapelajaran sampingan. Selepas tahun empat Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi diajar di Special Mlay Class. Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah sekolah Melayu di Singapura. Namun, kurikilum Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi adalah terhad kerana kerajaan British bersikap sambil lewa. Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidkan Jasmani sebagai matapelajaran pada tahun 1815. Pada tahun 1819, Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi dijadikan sebagai matapelajaran yang diajar di tiga buah sekolah di Singapura. Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi ketika itu juga diajar di sekolah menengah rendah seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, dan Muar pada tahun 1923-1925. Bermula pada 1930-an Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi mula diperkenalkan di sekolah menengah atas seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Manakala di Melaka dan Pulau Pinang (1816), sekolah Inggeris ditubuhkan dari usaha para mubaligh Kristian (Mohd.Soffian et.all, 2003) Zaman Sebelum Merdeka

Pada zaman sebelum merdeka sekitar 1930-an, pelbagai usaha giat dijalankan untuk menggubal sukatan pelajaran bagi Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi bermula. Isi kandungan bagi sukatan pelajaran kebanyakannya mirip sukatan latihan fizikal sekolah-sekolah di England. Pada tahun 1946 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal sukatan latihan jasmani. Rentetan terhadap perubahan dasar mulai tahun 1952, guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai guru. Mereka dilatih dalam bidang Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi dan Pendidikan Kesihatan di Kirby Brisnford.

Zaman Selepas Merdeka Pada zaman selepas merdeka, sukatan pelajaran Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi yang dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Sukatan ini dikaji semula dan dalam tahun 1966,satu sukatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan telah disiapkan. Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi mula diberi penghargaan pada tahun 1960 apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas memulakan kursus Tambahan Setahun Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi. Kursus ini diperluaskan untuk kaum wanita dalam tahun 1961.(Mohd.Soffian et.all, 2003) Dalam tahun 1971, sukatan pelajaran Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi mula disemak sekali lagi dan dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Wee Eng Hoe,1998). Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi telah digabungkan pula dengan pelajaran kesihatan, gabungan kedua-dua matapelajaran ini kemudiannya dijadikan sebagai satu matapelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai