Anda di halaman 1dari 15

HIKAYAT KHOJA MAIMUN

Karya: Abdul Rahman Kaeh


Ahli kumpulan: Anis Najwa, Tengku Hasya, Khamini Ravi, Putri Sarah.

BINAAN PLOT i. PERMULAAN Khoja Maimun digambarkan sebagai seorang saudagar yang kaya dan memiliki isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. Mereka membeli burung bayan jantan dan tiung betina. Khoja Maimun mengusahakankan perniagaannya di tempat lain tanpa membawa isterinya.
ii. PERKEMBANGAN Bibi Zainab rindu akan suaminya yang pergi belajar. Bibi Zainab jatuh hati kepada anak raja. Dalam Cetera Pertama, Bayan bercerita kisah seekor burung Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Manakala dalam cetera kedua, Bayan bercerita kisah Taif dengan Raja Tabristan. Seterusnya dalam Cetera Ketiga, Bayan bercerita kisah suami yang amat cemburu kepada isterinya.

iii. KONFLIK Bibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja semasa ketiadaan suaminya. iv. KLIMAKS Bibi Zainab berpakaian cantik untuk bertemu kekasihnya. Bayan menasihati Bibi Zainab supaya tidak berpakaian yang keterlaluan kerana boleh mendatangkan fitnah.

v. PELERAIAN Bibi Zainab melupakan hasrat untuk bertemu kekasihnya kerana lebih berminat dengan cerita Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya Bibi Zainab insaf kerana berniat curang terhadap suaminya.

TEKNIK PLOT

PEMERIAN Pengarang menceritakan suasana ketika Khoja maimun hendak pergi belayar: Setelah sudah maka Khoja Maimun pun bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk diciumnya akan isterinya yang cantik molek itu, muda molek dengan kelakuannya yang baik dengan tiada yang tidak baiknya itulah adanya, antara keduanya itu bertangisan dengan air matanya serta menaruh akan dua ekor burung itu. Maka Khoja maimun pun pergilah belayar.

DIALOG Dialog antara Khoja Maimun dengan penjual burung bayan di pekan: Hendakkah tuan hamba membeli Bayan? Maka sahut Khoja Maimun, Berapa harganya? Maka kata orang itu, Seribu dinar Bayan hamba ini harganya.
MONOLOG DALAMAN Taif pun fikir di dalam hatinya, Jikalau aku katakan yang sebenarnya pada raja bahawa sekali-kali raja tiada percaya seperti

LATAR

LATAR MASA - Pada waktu malam. Sewaktu Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja. - Pada waktu pagi. Sewaktu setiap cerita bayan tamat dan Bibi Zainab tidak jadi bertemu dengan anak raja. LATAR TEMPAT - Di negeri Ajam. Khoja Maimun menetap di negeri Ajam. - Di pekan. Khoja Maimun dan isterinya, iaitu Bibi Zainab telah pergi bersuka ria dipekan dan telah membeli burung bayan dan burung tiung. - Di rumah Khoja Maimun Bibi Zainab telah mendengar semua cerita yang telah disampaikan oleh bayan di rumah dari malam hingga pagi.

Watak dan Perwatakan


Nama watak Watak
-Seekor unggas yang boleh bercakap. -Tukang tilik; bernilai seribu dinar. -Dipelihara baik dalam sebuah sangkar yang cantik.

Perwatakan
-Bijak menggunakan akal Cth: Memperdaya Bibi Zainab untuk mendengar beberapa cerita sebelum dia keluar bertemu dengan anak raja untuk mengelak perbuatan curang. -Pandai jaga hati orang Cth: Menurut kehendak hati Bibi Zainab untuk bertemu anak raja ttp sebaliknya menyusun strategi untuk menghalang

Burung Bayan

Nama Watak

Watak
- Khoja Maimun ialah suami Bibi Zainab. - Khoja Maimun - merupakan ahli perniagaan yang ternama. - Khoja Maimun pandai mencari keuntungan dalam perniagaan. - Khoja Maimun bersifat penyayang kerana dia amat menyayangi isterinya.

Perwatakan
-Cinta akan isteri Cth: Khoja Maimun sangat sayang untuk meninggalkan isterinya yang cantik. -Rajin mencari rezeki Cth: Ingin berlayar ke tempat lain kerana perniagaan di Ajam kurang baik. -Rasional Cth: Walaupun mengambil keputusan untuk berlayar ke tempat lain, dia berasa berat untuk meninggalkan isterinya demi kehidupan

Khoja Maimun

Nama Watak

Watak
- Bibi Zainab ialah isteri Khoja Maimun. - Bibi Zainab memiliki rupa paras yang cantik dan molek. - Suka mendengar cerita. - Suka barang emas dan perak.

Perwatakan
-Tidak setia Cth: Bibi Zainab berniat untuk berlaku curang terhadap suaminya. -Iman tidak kuat Cth: Bibi Zainab tidak kuat iman apabila mudah terpikat dengan anak raja. -Zalim Cth: Bibi Zainab seorang yang panas baran kerana menghempaskan burung tiung yang menasihatinya agar tidak berjumpa dengan lelaki lain semasa

Bibi Zainab

Nama Watak

Watak

Perwatakan
-Lurus Cth: Tidak pandai mengambil hati Bibi Zainab dan telah menimbulkan kemarahannya. Akhirnya, dibunuh oleh Bibi Zainab kerana menghalangnya untuk bertemu anak raja.

Burung Tiung

- Pandai bercakap. - Kurang pandai menyelesaikan masalah.

- Di negeri Istanbul. Kisah bayan yang telah dicabut bulunya telah berlaku di negeri Istanbul. - Di istana raja Tabristan. Taif telah pergi ke negeri Tabristan untuk memperhambakan dirinya kepada Raja Tabristan. - Di padang. Gajah berjalan di sebuah padang. Di tengah padang itu, iaitu di bawah pohon yang rampak, gajah telah berteduh. Semasa gajah berteduh, isterinya telah bersuka ria dengan seorang hamba di atas belakangnya. - Di istana raja Syah Alam. Seorang saudagar telah mengadap Duli Syah Alam diistana untuk memperhambakan diri dan menghadiahkan berbagai-bagai barang yang baik-baik kepada Duli Syah Alam. - Di kubur Tuan Syeikh. Di kubur Tuan Syeikh, bayan telah menipu isteri saudagar yang telah mencabut bulunya dengan menyuruh isteri saudagar itu mencukur rambut dan keningnya.

LATAR MASYARAKAT - Masyarakat pedagang. Contohnya, Khoja Maimun pergi belayar untuk menjalankan perniagaannya. - Masyarakat yang dipengaruhi oleh budaya Arab. Contohnya, cerita yang diceritaoleh burung bayan kesemuanya berlatarbelakangkan negeri di Tanah Arab. - Masyarakat isteri yang curang terhadap suami. Contohnya, Bibi Zainab berjanji untuk bertemu dengan anak raja ketika suaminya, Khoja Maimun tiada di rumah. - Masyarakat golongan raja yang menggunakan kuasa dan pangkat untuk memikat perempuan. Contohnya, anak raja itu cuba memikat Bibi Zainab selepas terpandang Bibi Zainab di tepi tingkap. - Masyarakat burung yang petah bercerita. Contohnya, burung bayan pandai bercerita tentang kisah burung bayan dicabut bulunya oleh isteri saudagar,Hikayat Taif, dan kisah suami yang sangat cemburu.

Gaya Bahasa

Simpulan Bahasa = buah hatiku (halaman 72) Bahasa Istana = Ya Tuanku Syah Alam, suara orang berkelahi hambamu dengar demikian!(halaman 83) Bahasa Arab = insya- Allah (halaman 70) Pepatah = air yang manis, makin diminum mungkin bertambah dahaga (halaman 71) Simile = seperti ( halaman 71)

Nilai

Kebijaksanaan: Bayan bijak melengahlengahkan masa untuk melalaikan Bibi Zainanb yang ingin berjumpa anak raja pada waktu malam. Kesetiaan: Isteri saudagar yang setia akan suaminya semasa suaminya keluar berlayar. Taat pada perintah agama: Isteri sudagar yang menasihati raja yang datang ke ruahnya semasa suaminya tiada di rumah. Berhemah: Isteri menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya semasa kedatangan rang suruhan/raja

Pengajaran

Kita seharusnya menghalang sesuatu perkara buruk secara berhemah.( Bayan berjaya melalaikan Bibi Zainab untuk berjumpa anak raja. Kita hendaklah taat kepada suami Kita seharusnya percaya akan isteri Kita hendaklah taat akan agama. (Isteri saudagar yang takut melakukan dosa kerana mengetahui balasan Allah pada hari akhirat nanti.

Anda mungkin juga menyukai