Anda di halaman 1dari 20

Khoja Maimun merupakan saudagar yang amat kaya di negeri ajam.Isterinya pula bernama Bibi Zainab.

Ketika mereka berjalan-jalan di pasar, mereka telah membeli seekor bayan dengan harga yang sangat mahal.Mereka juga membeli seekor burung tiung.Kedua-dua burung itu pandai berkata-kata.Pada suatu hari, Khoja Maimun hendak pergi belayar untuk berniaga.Maka,tinggallah isterinya bersamasama dengan burung bayan dan burung tiung di rumah.Beberapa lama kemudian, Bibi Zainab terkenang akan suaminya lalu duduk di tingkap memerhati sekeliling.Bibi Zainab terpandang anak raja yang lalu di depan rumahnya.Anak raja itu juga terpandang wajah Bibi Zainab lalu jatuh hati kepadanya.Anak raja itu meminta seorang perempuan tua menyampaikan hasratnya kepada Bibi Zainab.Setelah mendengar cerita perempuan itu, Bibi Zainab menyuruh perempuan tua itu memberitahu anak raja itu bahawa dia akan bertemu anak raja tersebut pada malam nanti.

Setelah hari malam, Bibi Zainab memakai pakaian yang indah dan bau-bauan yang harum.Sebelum Bibi Zainab keluar rumah, dia memberitahu burung tiung akan perasaannya dan meminta keizinan untuk bertemu dengan anak raja itu.Sebaliknya burung tiung memarahi Bibi Zainab kerana berlaku curang terhadap Khoja Maimun.Bibi Zainab naik marah lalu menangkap burung tiung dalam sangkar.Burung tiung dihempaskannya ke lantai.Burung tiung pun mati.Kejadian yang menimpa burung tiung itu dilihat oleh burung bayan, tetapi burung bayan pura-pura tidur seolah-olah tidak mengetahui kejadian tersebut.Bibi Zainab mengejutkan burung bayan bagi meminta izin keluar rumah untuk berjumpa dengan anak raja.Burung bayan tahu jika melarang, dia akan menerima nasib yang sama dengan burung tiung.Burung bayan membenarkan Bibi Zainab pergi berjumpa dengan anak raja itu.Bagaimanapun, sebelum Bibi Zainab keluar,burung bayan telah menyebut kisah bayan dicabut ekor oleh isteri saudagar.Bibi Zainab tertarik mendengar kata-kata burung bayan lalu memintanya menceritakan kisah tersebut.Burung bayan pun menceritakan kisah itu sehingga menjelang pagi.manakala Bibi Zainab tidak berjumpa dengan anak raja.

Pada malam kedua, Bibi Zainab telah bersiap-siap dengan pakaian yang indah dan bauan yang harum untuk bertemu dengan anak raja.Sebelum Bibi Zainab keluar, dia telah berjumpa dan meminta izin daripada burung bayan.Burung bayan berlakon memberikan izin tetapi pada masa yang sama burung bayanmenyebut kisah Hikayat Taif.Lantas Bibi Zainab menyuruh burung bayan menceritakan kisah itu.Burung bayan pun menceritakan kisah Hikayat Taif itu sehingga pagi dan Bibi Zainab tidak jadi bertemu dengan anak raja pada malam kedua kerana hari sudah siang.Seterusnya, pada malam ketiga, burung bayan mengizinkan Bibi Zainab bertemu anak raja.Dalam masa yang sama, burung bayan menyebut kisah suami cemburu.Lantas Bibi Zainab meminta burung bayan menceritakan kisah tersebut.Burung bayan pun menceritakan kisah suami cemburu tersebut sehingga berjaya melalaikan Bibi Zainab.Pada malam keempat, Bibi Zainab berpakaian indah dan memakai haruman yang harum untuk berjumpa dengan anak raja.Sekali lagi dia berjumpa burung bayan untuk meminta izin.Sekali lagi burung bayan memberikan izin tetapi sebelum Bibi Zainab keluar, burung bayan menyebutkan pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas.Bibi Zainab meminta burung bayan menceritakan kisah itu supaya dia boleh mengambil pengajaran untuk dia membuat bakti kepada suaminya.

Tema yang ditengahkan ialah kebikjasanaan burung bayan dalam memelihara kesetiaan dan ketaatan deorang isteri iaitu bibi zainab

Burung Bayan:-Burung bayan dapat bercakap dengan manusia -Burung bayan dapat meramalkan perkara yang akan berlaku kelak -Burung bayan memiliki kesetiaan yang tinggi terhadap tuannya,iaitu Khoja Maimun -Burung bayan pandai bercerita dan berhikayat -Burung bayan bijak menyelasaikan sesuatu masalah -Burung bayan bersifat baik hati apabila sentiasa menunaikan permintaan Bibi Zainab agar bercerita

Bibi Zainab:-Bibi Zainab ialah isteri Khoja Maimun -Bibi Zainab memiliki rupa paras yang cantik dan molek -Bibi Zainab berniat untuk berlaku curang terhadap isterinya -Bibi Zainab tidak kuat iman apabila mudah terpikat dengan anak raja -Bibi Zainab seorang yang panas baran kerana tergamak menghempaskan burung tiung yang menasihatinya agar tidak berjumpa dengan lelaki lain semasa ketiadaan suaminya -Bibi Zainab suka mendengar cerita dan hikayat

Khoja Maimun:-Khoja Mimun ialah suami Bibi Zainab -Khoja Maimun merupakan ahli pernniagaan yang ternama -Khoja Maimun pandai mencari keuntungan dalam perniagaan -Khoja Maimun bersifat penyayang kerana dia amat menyayangi isterinya

Burung Tiung:-Burung tiung pandai bercakap -Burung tiung kurang bijak dalam menyelesaikun masalah

Latar Tempat:-Di negeri Ajam.Khoja Maimun menetap di negeri Ajam -Di pekan.Khoja Maimun dan isterinya, iaitu Bibi Zainab telah pergi bersuka ria di pekan dan telah membeli burung bayan dan burung tiung. -Di rumah Khoja Maimun.Bibi Zainab telah mendengar semua cerita yang disampaikan oleh burung bayan dirumah dari malam hingga pagi -Di negeri Istanbul.Kisah bayan yang telah dicabut bulunya telah berlaku di negeri Istanbul -Di istana raja Tabristan.Taif telah pergi ke negeri Tabristan untuk memperhambakan dirinya kepada raja Tabristan -Di padang.Gajah brejalan di sebuah padang.Di tengah padang itu, iaitu di bawah pohon yang rampak, gajah telah berteduh.Semasa gajah berteduh, isterinya telah bersuka ria dengan seorang hamba di atas belakangnya.

-Di padang.Gajah brejalan di sebuah padang.Di tengah padang itu iaitu di bawah pohon yang rampak, gajah telah berteduh.Semasa gajah berteduh, isterinya telah bersuka ria dengan seorang hamba di atas belakangnya. -Di istana raja Syah Alam.Seorang saudagar telah mengadap Duli Syah Alam di istana untuk memperhambakan diri dan menghadiahkan berbagai-bagai barang yang baik-aik kepada Duli Syah Alam. -Di kubur Tuan Syeikh.Di kubur Tuan Syeikh, bayan telah menipu isteri saudagar yang telah mencabut bulunya dengan menyuruh isteri saudagar itu mencukur rambut dan keningnya.

Latar Masa:-Pada waktu malam.sewaktu Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa anak raja. -Pada waktu pagi.sewaktu cerita bayan tamat dan Bibi Zainab tidak jadi bertemu dengan anak raja. Latar Masyarakat:-Masyarakat pedagang.Contohnya, Khoja Maimun pergi belayar untuk menjalankan perniagaannya. -Masyarakat yang dipengaruhi oleh budaya Arab.Contohnya, cerita yang diceritakan oleh burung bayan kesemuanya berlatarbelakangkan negeri di Tanah Arab. -Masyarakat isteri yang curang terhadap suami.Contohnya, Bibi Zainab berjanji untuk bertemu dengan anak raja ketika suaminya, Khoja Maimun tiada di rumah. -Masyarakat golongan raja yang menggunakan kuasa dan pangkat untuk memikat perempuan.Contohnya, anak raja itu cuba memikat Bibi Zainab selepas terpandang akan Bibi Zainab di tepi tingkap. -Masyarakat burung petah bercerita.Contohnya, burung bayan pandai bercerita tentang kisah burung bayan dicabut bulunya oleh Isteri saudagar, Hikayat Taif, dan kisah suami yang sangat cemburu.

Binaan Plot:-Pada bahagian pengenalan, digambarkan Khoja Maimun dan isterinya bersiar-siar di pekan.Khoja Maimun merupakan saudagar kaya di negeri Ajam, manakala Isterinya memiliki rupa paras yang cantik dan molek.Mereka bersepakat untuk membeli burung bayan dan burung tiung yang pandai bercakap dan bercerita. -Cerita mula berkembang apabila Khoja Maimun menyuarakan hasratnya untuk berlayar.Tujuan pelayarannya kali ini adalah untuk menambah kekayaan. -Seterusnya, bermulalah konf lik yang berlaku dalam diri Bibi Zainab.Padasuatu hari, Bibi Zainab yang terlalu rindu akan suaminya duduk di tingkap memerhatikan keadaan sekeliling.Bibi Zainab terpandang akan anak raja lalu di situ.Anak raja yang kebetulan lalu di situ.Anak raja itu juga terpikat akan kecantikan Bibi Zainab. -Konf lik bertambah rumit apabila Bibi Zainab juga jatuh hati kepada anak raja.Anak raja itu meminta pertolongan seorang perempuan tua untuk menyampaikan hasrat hatinya kepada Bibi Zainab.Bibi Zainab berjanji akan bertemu dengan anak raja itu pada malam hari.

-Klimaks ceritanya adalah ketika Bibi Zainab bersiapsiap hendak pergi ke istana anak raja itu, burng tiung telah menegur perbuatan Bibi Zainab.Kata-kata burung tiung itu telah membuatkan Bibi Zainab naik berang lalu menghempas burung tiung itu ke lantai.Perbuatan Bibi Zainab itu dilihat oleh burung bayan, tetapi burung bayan itu berpura-pura tidur kerana bimbang akan menerima nasib yang sama. -Pada peringkat pengakhiran cerita, bayan cuba melalaikan Bibi Zainab daripada bertemu dengan anak raja itu.Bayan pun menceritakan kisah burung bayan dicabut buluoleh isteri saudagar, Hikayat Taif, dan kisah suami yang terlalu cemburu akan isterinya.Akhirnya, Bibi Zainab terhindar daripada perbuatan menduakan suaminya.

Teknik Plot:-Teknik pemerian Pengarang memerihalkan saat Khoja Maimun hendak pergi belayar dan meninggalkan Bibi Zainab.contohnya: Setelah sudah maka Khoja Maimun pun bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk diciumnnya akan isterinya yang cantik molek itu, muda molek dengan kelakuannya yang baik dengan tiada yang tidak baiknya itulah adanya, antara keduanya itu bertangisan dengan air matanya serta menaruh akan dua ekor burung.Maka Khoja Maimun pun pergilah belayar. (hal.72) -Teknik dialog (a)Dialog antara Khoja Maimun dengan penjual bayan.Contohnya: Maka sahut Khoja Maimun , Berapa harganya ? Maka kata orang itu , Seribu dinar Bayan hamba ini harganya . Maka tersenyum Khoja Maimun, katanya , Adakah orang yang mahu membeli burung yang sengenggam ini seribu dinar? Layakkah unggas ini makanan kucing juga . (hal.69)

(b)Dialog antara burung bayan dengan Bibi Zainab.Contohnya: Maka bayan itu berpura-pura terkejut seraya berkata, Apakah pekerjaan tuan hamba membangunkan hamba ini dan hendak ke mana tuan malam-malam buta ini ? Maka datang ujar Bibi Zainab , Hai bayan,berilah aku izin supaya aku pergi mendapatkan anak raja itu, kerana aku berahi akan dia.Betapakah bicaramu ? (hal.75) -Teknik monolog dalaman Setelah sudah maka Raja Tabristan pun kembalilah ke istananya,Taif pun fikir di dalam hatinya , Jikalau aku katakan yang sebenarnya pada raja bahawa sekali-kali raja t iada percaya seperti kataku.Jikalau demikian baik aku katakan yang lainlah . (hal.83)

-Bahasa klasik.Contohnya: (a) Hatta berapa lamanya Khoja Maimun belayar itu (hal.73) (b) Adapun hamba dengan tuan seperti mangga dengan pintu (hal.72) (c) Sebermula akan Raja Tabristan pun, setelah sudah menyuruhkan Taif (hal.83) -Bahasa ArabContohnya: Allah azzawajalla (hal.69), insya-Allah (hal.70) , Syeikh (hal.78) ,Rabbul alamin. (hal.88) -Bahasa istana.Contohnya: murkalah. (hal.76) -Simile.Contohnya: (a) kita adalah seperti gusi dengan gigi adanya. (hal.71) (b) ia seumpama air yang manis. (hal.71) (c) Adapun hamba dengan tuan itu adalah seperti mangga dengan pintu. (hal.72)

-Hiperbola.Contohnya: (a) Raja Tabristan pun memberi negeri akan Taif sebuah negeri dengan hartanya pun terlalu sangat banyak, tiadalah terkira-kira (hal.83) (b) mana segala sanbal di dalam negeri Ajam itu habislah dibelinya. (hal.71) (c) Dengan berkat doa syeikh itulah maka hamba dihidupkan Allah Taala bagi mengatakan kebenaran isteri tuan hamba ! (hal.79) -Penggunaan ayat panjang dan meleret.Contohnya: (a) Maka ia pun pergilah duduk di tepi tingkap mahligainya beranganangan serta memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada anak raja di dalam negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun. (hal 72) (b) Setelah hari siang maka Raja Tabristan pun memberi negeri akan Taif sebuah negeri dengan hartanya pun terlalu sangat banyak, tiadalah terkira-kira lagi dan diberi kerajaan dia selama-lama hidupnya, datang kepada anak cucunya serta diaku saudaranya akan dia. (hal.83)

-Nilai berani.Setiap orang mesti berani menyatakan bahawa sesuatu perbuatan atau tindakkan itu salah.Contohnya, burung tiung berani menyatakan bahawa perbuatan Bibi Zainb itu salah. -Nilai kasih sayang.Seorang suami mesti menyayangi isterinya sepenuh hati.Contohnya, Khoja Maimun amat menyayangi isterinya dan berasa berat hati untuk pergi belayar. -Nilai bijaksana.Kebijaksanaan penting dalam melakuka sesuatu tindakan.Contohnya, burung bayan telah bertindak dengan bijak dalam menyelamatkan Bibi Zainab daripada melakukan perbuatan yang salah. -Nilai setia.Setia antara satu dengan yang lain merupakan sikap yang terpuji.Contohnya, isteri saudagar yang amat cemburu sungguh setia kepada suaminya yang pergi belayar dan berniaga. -Nilai jujur.Sikap jujur penting dalam menjamin keharmonian sesebuah rumah tangga.Contohnya, burung tiung bersikap jujur dengan menyatakan bahawa perbuatan Bibi Zainab adalah salah.

-Setiap isteri mesti jujur dengan suami supaya tidak berlaku perpecahan dalam keluarga. -Setiap setia antara suami dengan isteri mesti diperkukuh demi kebaikan bersama. -Perbuatan menduakan suami mesti dijauhi supaya diri tidak dimurkai Allah dan dihina masyarakat. -Setiap masalah mesti ditangani dengan bijak supaya tidak mendatangkan kesan kepada diri. -Kehidupan di dunia ini mempunyai godaan yang mesti dihadapi dengan kekuatan iman bagi memastikan diri tidak terjerumus ke lembah kehinaan.

Anda mungkin juga menyukai