Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

Nama : ALIYAA AMIIRAH BINTI AZMI


Angka Giliran : 2022182310029
No.K/P : 041123-14-0080
Unit/Program/Ambilan : BAHASA MELAYU 2 / PPISMP / JUN 2022
Kod & Nama Kursus : GWCP1042 PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasn : PEMBENTANGAN KUMPULAN
Nama Pensyarah : DR NOORZILA BINTI MD YUSUF
Tarikh Hantar : 4 Oktober 2022

Nama : NURSYAKIRAH BINTI SABLI


Angka Giliran : 2022182310047
No.K/P : 040625-08-0626
Nama : AINAA HAZWANI BINTI MOHD RIDZUAN
Angka Giliran : 2022182310027
No.K/P : 041206-07-0102
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: _______________________ Tarikh: 27 September 2022

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar: _________________________ Tarikh:


1.0 Pengenalan

Penulisan ini ditulis untuk menganalisi jurnal yang bertajuk ‘Penerapan pendekatan
pendidikan berasaskan qalbu dalam pembelajaran abad ke-21: cabaran dan harapan.’
Jurnal ini terdiri daripada dua orang penulis, iaitu Amir Mohd Nason dari Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Abdul Halim dan Mohd Shukri Hanapi dari Universiti Sains Malaysia.
Kemudian, jurnal ini diterbitkan pada September 2019 dalam Journal of Islamic Sosial
Sciences and Humanities volume 2. Seterusnya, kami akan menganalisis jurnal ini dari
aspek keutuhan wacana, kejelasan penulisan dan sumber rujukan yang digunakan.

2.0 Analisis Keutuhan Wacana

Keutuhan wacana amatlah penting dalam sebuah penulisan kerana dapat mengukur
kualiti sesuatu penulisan itu. Berdasarkan jurnal yang dianalisis, terdapat keutuhan wacana
yang telah dikenal pasti dalam penulisan ini. Keutuhan wacana dapat dikenal pasti melalui
empat kompenen iaitu, keutuhan semantik, leksikal, gramatikal dan fonologi.

Pertama, keutuhan semantik, iaitu hubungan dari segi sudut perkaitan maksud antara
ayat dengan ayat yang lain atau perenggan-perenggan yang lain. Terdapat beberapa
keutuhan semantik yang dapat dikesan dalam penulisan ini. Antaranya:

a) Hubungan sebab dan akibat


Bukti: “Institusi pendidikan hari ini lebih menumpukan soal pemasaran pendidikan.
Akibatnya, pendidikan menjadi bebas nilai (value free) dan hanya berorientasikan
keduniaan semata-mata.”
b) Hubungan sebab dan hasil.
Bukti: “Bagi Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki (2016:94), seseorang guru yang
menggunakan hati sebagai pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajarnya, maka ilmu yang disampaikan itu
akan masuk ke hati.”
c) Hubungan sebab dan tujuan
Bukti: “Dari keempat-empat kaedah ini, pendidikan berasaskan qalbu menjadi
keutamaan untuk diketengahkan. Hal ini kerana kaedah akal ke akal, hati ke akal
dan akal ke hati hanya memberi tumpuan kepada ilmu tanpa amal.”
d) Hubungan memperkuat isi
Bukti: “Pemikiran kritis pula, akan berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai
sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar
dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.”
e) Hubungan ibarat

1
Bukti: “Ilmu mendidik hati, kemudian hatilah yang mendidik akal. Ilmu itu umpama
pembimbing dan amal itu umpama pengikut.”

f) Hubungan perbandingan
Bukti: “Islam menetapkan tujuan dalam pendidikan adalah untuk menghasilkan seorang
yang baik. Hal ini amat berbeza dengan tujuan Pendidikan Barat yang hanya ingin
melahirkan warganegara yang berkhidmat untuk kebaikan manusia, masyarakat dan
negara.”

Yang kedua, keutuhan leksikal iaitu penggunaan perkataan yang sesuai dengan maksud yang
ingin disampaikan. Antara keutuhan leksikal yang dapat dikenal pasti dalam penulisan ini ialah
penggunaan sinonim iaitu, perkataan qalbu dengan hati Menurut kamus dewan edisi keempat
kedua-dua perkataan ini mempunyai sama makna. Contohny, “Pendidikan berasaskan qalbu
menganjurkan pembersihan hati yang berterusan dan berkekalan.” Selain itu, penggunaan antonim
iaitu perkataan memberi yang berlawanan makna dengan menerima.

Yang ketiga, keutuhan gramatikal iaitu, memperlihatkan hubungan binaan tatabahasa dalam
sebuah penulisan. Berikut keutuhan gramatikal yang dapat dikenal pasti:

a) Berfungsi sebagai penghuraian


Bukti: “Seterusnya ialah cabaran berkaitan landasan teori dan psikologi pendidikan seperti
kaedah dan pendekatan dalam pedagogi yang dicadangkan dan yang diterima pakai
dalam pendidikan masa kini.”
b) Berfungsi sebagai pengembangan idea
Bukti: “Hati perlu dirawat dengan membuang sifat mazmumah seperti ego, 'ujub dan
takabbur.”
c) Berfungsi sebagai penambahan
Bukti: “Ilmu mendidik hati, kemudian hatilah yang mendidik akal. Pembimbing.”
d) Kata rujukan: kata yang boleh menggantikan sesuatu sama ada benda atau
manusia. (kata ganti nama)
Bukti: “…kecemerlangan dalam mencapai matlamat pendidikan itu sendiri iaitu
melahirkan pelajar yang baik.”
e) Peleburan dan penggantian
Bukti: “Pengikut tanpa pembimbing boleh menyesatkan, manakala pembimbing
tanpa pengikut adalah sia-sia.”

Yang keempat, keutuhan fonologi iaitu keutuhan dari segi jeda, nada suara dan intonasi
suara manakala dalam penulisan tanda baca merupakan simbol aspek fonologi. Keutuhan
fonologi penting dalam penulisan sebagai penanda. Sebagaai contoh, “Kementerian
Pendidikan Malaysia juga telah menggariskan enam ciri guru abad ke-2.” (ayat penyata /

2
tanda titik) dan “Pembelajaran abad ke-21 ialah proses pembelajaran berpusatkan murid
berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai
murni dan etika.” (penggunaan tanda koma)

4.0 Analisis Kejelasan Penulisan

Kejelasan ayat sangat penting untuk memberikan perhatian dalam sesuatu ayat tersebut
agar lebih difahami oleh pembaca. Selain itu, pembaca dapat memahami kejelasan isi untuk
menyemak semula panjang-pendek ayat. Hal ini, terdapat beberapa perkara penting untuk
menghasilkan penulisan yang jelas iaitu, penulisan perlu bersifat kekal dan fokus pada isi,
menjadikan sesuatu penulisan itu menarik, dan menghasilkan susunan dan organisasi
secara kasar.

Dalam jurnal ini, penulis mengikut struktur penulisan dengan mengikut susunan yang
teratur. Hal ini dikatakan demikian kerana, penyusunan ayat dalam sesuatu penulisan dapat
memudahkan pembaca untuk mengetahui dan memahami isi-isi yang ada dalam maklumat
penulisan tersebut. Contohnya, susunan berperenggan seperti perenggan pendahuluan, isi
pertama, isi kedua, isi ketiga, isi keempat, penutup dan rujukan. Seperti dalam jurnal ini,
terdapat ke semua perkara tersebut seperti dalam petikan:

-Pendahuluan

-Pembelajaran Abad Ke-21

-Pendidikan Berasaskan Qalbu

-Cabaran Pendidikan Berasaskan Qalbu dalam Pembelajaran Abad Ke-21

-Harapan Pendidikan Berasaskan Qalbu dalam Pembelajaran Abad Ke-21

-Kesimpulan

-Rujukan

Selain itu, penulisan jurnal ini mengamalkan kohesi dan koheren. Kohesi merupakan
hubungan bentuk iaitu, unsur-unsur wacana yang digunakan untuk menyusun suatu wacana
memiliki kesepaduan secara padu dan utuh, manakala koheren pula merupakan
kesepaduan antara satu bahagian dengan bahagian yang lainnya sehingga ayat-ayat
memiliki kesatuan yang utuh dan idea-idea yang dihuraikan jelas serta mengikut urutan logik
yang disokong oleh contoh dan bukti. Sebagai contoh, penggunaan kohesi dalam penulisan
jurnal ini,

“Secara umumnya, pembelajaran abad ke-21 merupakan satu dimensi baru dalam dunia
pendidikan. Sistem pendidikan sentiasa bersifat dinamik. Ia terdedah kepada
penambahbaikan dan perubahan ke arah yang positif.”

3
Dalam contoh ini, dapat dilihat bahawa setiap ayat mempunyai hubungan iaitu sistem
pendidikan bersifat dinamik merujuk kepada dimensi dalam dunia pendidikan tersebut.
Seterusnya, contoh penggunaan koheren:

“Proses Pendidikan bermatlamat untuk membentuk insan luhur yang berguna kepada
masyarakat dan negara (Ghazali Basri, 2017:116). Ia tidak hanya untuk membentuk sifat
kewarganegaraan yang baik tetapi lebih memberi tumpuan ke arah melahirkan warganegara
global yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan motivasi untuk menangani isu-isu
kemanusiaan dan persekitaran (Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin, 2017:2).”

Di samping itu, jurnal ini juga menampilkan penulisan ayat yang jelas agar pembaca
mudah difahami dan ayat yang ditulis tidak terlalu pendek tetapi tepat dan padat.
Contohnya, ‘Pendidikan berasaskan qalbu menganjurkan pembersihan hati (tazkiyah al-
nafs) yang berterusan dan berkekalan (Mohd Syakir Mohd Rosdi, 2015:48). Menurut
Muhammad Syukri Salleh (2001b:19), hati perlu dirawat dengan membuang sifat
mazmumah seperti ego, 'ujub dan takabbur.” Oleh itu, petikan ayat ini dapat difahami oleh
pembaca bahawa pendidikan yang berasaskan qalbu ini dapat membersihkan hati secara
berterusan dan terdapat pendapat daripada rujukan penulis sendiri mengenai membuang
sifat mazmumah untuk merawat hati, lalu dapat melahirkan sifat terpuji dalam diri.

Dalam pada itu, penulis jurnal ini menggunakan penulisan secara objektif. Di mana,
penulisan disampaikan dengan kebenaran objektif, penulisan tidak mengandungi unsur-
unsur emotif dan idea yang dikemukakan disokong dengan bukti yang tepat. Sebagai
contoh, “Salah satu usahanya adalah melalui proses penerapan pendekatan pendidikan
berasaskan qalbu. Melalui pendekatan ini, hati yang telah terdidik dan terasuh dengan ilmu
telah menjadi bersih melalui proses tazkiyah al-nafs yang menatijahkan hubungan yang baik
dengan Allah SWT dan manusia (Said Hawwa, 1995:2).”

4.0 Analisis Rujukan Yang Digunakan

Sistem rujukan yang digunakan di dalam jurnal ini mengikut format APA iaitu American
Psychological Association edisi ke-7. Format ini merupakan format terkini yang digunakan
dalam penulisan artikel dan seumpamanya secara rasmi. Antara perkara asas yang
terkandung di dalam rujukan ini ialah nama penulis, tahun terbitan, nama pengarang, tempat
terbitan, nama penerbit dan jenis jurnal yang dirujuk.

Contoh perkara yang dipatuhi oleh penulis dalam menghasilkan penulisan ini adalah
dengan memastikan rujukan ditulis secara indent pada barisan kedua dan baris seterusnya
pada setiap rujukan. Selain itu, Rujukan yang ditulis juga disusun mengikut abjad dengan
betul dari A hingga Z.

4
Terdapat beberapa aspek yang tidak dipatuhi dalam rujukan yang ditulis contohnya
apabila penulis merujuk kepada tokoh yang ditulis di dalam petikan tetapi tidak dinyatakan di
dalam rujukan. Buktinya:

Keempat, memahami psikologi pembelajaran. Kelima, memiliki kemahiran kaunseling, dan


keenam, menggunakan teknologi terkini (Buletin Anjakan, 2015).

Islam menjelaskan bahawa, qalbu atau hati memainkan peranan penting kepada seseorang
manusia kerana ia bukan hanya sekadar organ fizikal yang tiada roh, bahkan hati berfungsi
dalam membezakan seseorang manusia dengan haiwan (Mohd Norzi Nasir & Ahmad Yani
Ismail, 2015).

Selain itu, ada juga rujukan yang tidak ditulis nama penuh bahan rujuk pada suntingan
pertama. Buktinya:

Guru yang berkualiti pula dan bersedia menghadapi cabaran menjadi sandaran
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara
seperti dihasrat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (KPM,
2015).

Dalam pada itu, perkataan rujukan juga tidak ditulis pada bahagian atas ditengah-
tengah halaman rujukan yang menjadikan penulis tidak mematuhi sistem rujukan APA. Akhir
sekali, penulis juga tidak membuat jarak atau dipanggil “double spacing” antara setiap
rujukan. Buktinya:

5.0 Penutup

Kesimpulannya, wacana yang dirujuk merupakan wacana tentang pendidikan


berasaskan qalbu dalam pembelajaran abad ke-21. Wacana ini mengemukakan pandangan
tentang usaha penerapan pendidikan dalam abad ni supaya orang ramai dapat menerapkan
kesemua elemen-elemen dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini agar kejayaan
tidak hanya diukur pada pencapaian akademik semata-mata. Jurnal ini sesuai dijadikan
rujukan dalam penulisan kerana mengandungi isi-isi yang ilmiah dan bermanfaat. Penulis
juga menyelitkan pelbagai bukti selepas mengemukakan pendapatnya. Jurnal ini juga
berkualiti kerana penjelasannya yang jelas dan mempunyai tokoh-tokoh yang berautoriti dan
sahih buktinya.

Anda mungkin juga menyukai