Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

Nama : NURSYAKIRAH BINTI SABLI


Angka Giliran : 2022182310047
No. K/P : 040625-08-0626
Unit/ Program/ Ambilan : BAHASA MELAYU 2 /PPISMP/ JUN 2022
Kod & Nama Kursus : GPIM1022 PENDIDIKAN ISLAM
Tajuk Tugasan : PENULISAN ESEI
Nama Pensyarah : PUAN NOOR ASHIKIN BINTI AHMAD
Tarikh Hantar : 21 SEPTEMBER 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: _______________________ Tarikh: 21 September 2022

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: _________________________ Tarikh:


Penghargaan

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-
Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada
semua individu yang telah membantu saya menyiapkan kerja ini secara langsung atau tidak
langsung. Tidak lupa juga untuk saya berterima kasih kepada pensyarah saya, Puan Noor
Ashikin yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar semasa proses tugasan ini
dilaksanakan.

Seterusnya, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan sekiranya


terdapat kesalahan kata dan tingkah laku semasa saya melakukan tugasan ini. Akhir kata,
sesunggguhnya yang baik tu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada
kekurangan diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

i
ISI KANDUNGAN

Penghargaan ......................................................................................................................... i

1.0.Pengenalan ..................................................................................................................... 1

2.0.Faktor yang menyebabkan homoseksual ........................................................................ 2

3.0. Impak daripada homoseksual...................................................................................... 3-4

4.0.Cadangan Mengatasi Masalah Homoseksual ................................................................. 5

5.0.Penutup .......................................................................................................................... 6

RUJUKAN .......................................................................................................................... 7-8


Masalah Hubungan Sejantina di Malaysia

1.0. Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Kempat (2004), homoseksual ialah orang yang tertarik
nafsu syahwatnya kepada orang yang sejenis dengannya. Perbuatan ini merujuk kepada
pasangan perempuan dengan perempuan (lesbian) dan juga pasangan lelaki dengan lelaki
(gay). Dalam agama Islam, Islam melarang keras perilaku seperti kaum Nabi Luth A.S, iaitu
hubungan sesama jantina. Buktinya, Allah telah memperingatkan manusia dalam al-quran
janganlah berperilaku seperti kaum Nabi Lut A.S. Allah S.W.T telah berfirman:

ِ ‫أَت َأْتُونَ الذُّ ْك َرانَ ِمنَ ْال َعالَ ِمينَ * َوتَذَ ُرونَ َما َخلَقَ لَ ُك ْم َربُّ ُكم ِ ِّم ْن أ َ ْز َو‬
‫اج ُكم ۚ َب ْل‬
َ‫عادُون‬ َ ‫أَنت ُ ْم قَ ْوم‬
(surah al-Syu’ara: 156-166)

Bermaksud:“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan


manusia, Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu
(melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang
bersalah) bahkan adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan).”

Selain itu, hadith riwayat Ibn Abbas r.a daripada Nabi S.A.W, baginda telah bersabda:

“Sesiapa sahaja yang engkau dapati mengerjakan perbuatan homoseksual maka bunuhlah
kedua pelakunya.”

(HR. Ahmad).

Hadith ini menyatakan bahawa rasulullah melarang perbuatan seks sesama jantina dan
hukuman berat iaitu hukuman bunuh akan dikenakan kepada pelaku. Namun kini, hubungan
sejantina semakin dianggap normal dalam masyarakat. Persoalanya, apakah faktor yang
menyebabkan ia semakin menular?

1
2.0. Faktor yang menyebabkan homoseksual
Hubungan homoseksual pada zaman kini semakin membimbangkan. Jakim telah
mengeluarkan statistik tentang populasi golongan ini pada tahun 2018 di Malaysia,
direkodkan seramai 310,000 orang yang terlibat. Ini menunjukan peningkatan hampir 100%
berbanding tahun 2013 iaitu seramai 173,000. Dari sini, dapat kita lihat terdapat pelbagai
faktor yang menyebabkan masyarakat terpengaruh dengan gejala homoseksual. Faktor
utamanya kerana kemajuan teknologi digital. Menurut Amran dan Sallleh (diambil dalam
Azlina Mohd Khir dan Che W Hasimi, 2018), munculnya budaya homoseksual di dunia dan
di Malaysia berpunca daripada keadaan sosial dan peranan media massa. Hal ini dikatakan
demikian kerana, media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter merupakan akses
terbuka tanpa sekatan. Sebagai contoh, lelaki dan lelaki tidak lagi malu menunjukkan
kemesraan mereka sebagai pasangan di media sosial. Perbuatan ini sudah jelas perkara
yang dilarang oleh Allah S.W.T. Buktinya, Allah S.W.T telah berfirman dalam al-quran:

٥٥ َ‫سا ٓ ِء ۚ َب ْل أَنت ُ ْم قَ ْو ًۭم تَجْ َهلُون‬


َ ِّ‫ُون ٱل ِن‬
ِ ‫ش ْه َو ًۭة ِ ِّمن د‬ ِّ ِ ‫أَئِنَّ ُك ْم لَت َأْتُونَ ٱ‬
َ ‫لر َجا َل‬
(surah Al-Naml:55)

Maksudnya:“Mengapa kamu mendatangni laki-laki (memenuhi) syahwat(mu), bukan


(mendatangi) perempuan? Sungguh, kamu adalah kaum yang tidak mengetaui (akibat
perbuatanmu).”

Kesanya, kebebasan media sosial membuka ruang utama untuk menjadikan hubungan
sejenis semakin diterima dalam masyarakat.

Selain itu, seseorang itu terdorong untuk melakukan hubungan homoseksual kerana
mempunyai perasaan ingin mencuba yang tinggi. Perkara ini sering berlaku terhadap
golongan remaja yang sentiasa mencari sesuatu perkara yang baharu. Perasaan ini wujud
apabila mereka terpengaruh daripada filem dan video yang mempunyai unsur homoseksual
disiarkan di televisyen dan youtube. Kini, penerbitan cerita yang mengandungi unsur-unsur
homoseksual sudah dianggap perkara biasa. Impaknya, perkara ini akan mempengaruhi
cara pemikiran masyarakat untuk berfikiran terbuka dan mewujudkan pandangan hubungan
sejenis lebih mudah berbanding hubungan berlainan jantina. Walaupun perkara ini jelas
dilarang, namun mereka tetap ingin melakukannya kerana lebih mengikut hawa nafsu
sendiri. Menurut Mustafa (2000) mendahului hawa nafsu menyebabkan rosaknya iman dan
kesejahteraan hidup. Allah S.W.T telah berfirman:

2
‫ض َو َم ْن فِ ْي ِه َّۗ َّن بَ ْل اَتَي ْٰن ُه ْم‬
ُ ‫ت السَّمٰ ٰوتُ َو ْاْلَ ْر‬ ِ ‫س َد‬ َ َ‫َولَ ِو اتَّبَ َع ْال َح ُّق ا َ ْه َو ۤا َء ُه ْم لَف‬
َ‫ض ْون‬ُ ‫ع ْن ِذ ْك ِر ِه ْم ُّم ْع ِر‬
َ ‫بِ ِذ ْك ِر ِه ْم فَ ُه ْم‬
(surah al mukminun:71)

Maksudnya: “Dan seandainya kebenaran itu menuruti keinginan mereka, pasti binasalah
langit dan bumi, dan semua yang ada di dalamnya. Bahkan kami telah memberikan
peringatan kepada mereka, tetapi mereka berpaling dari peringatan itu.”

3.0 Impak daripada homoseksual


Apabila komuniti ini semakin ramai, mereka akan semakin berani menuntut
pengiktirafan di Malaysia. Penuntutan ini jelas salah dalam Islam dan memberi impak
negetif kepada masyarakat. Menurut Nor Hafizah (2016), komuniti ini menuntut 8 perkara
utama di seluruh dunia iaitu pengiktirafan hubungan sejenis, aktiviti seks sesama jantina,
pengambilan anak angkat, gay dibenarkan dalam tentera, anti diskriminasi orentasi seksual
dan undang-undang terhadap identiti gender. Penuntutan ini akan menimbulkan kekacauan
dalam kehidupan sosial umat islam. Antaranya, tuntutan pengambilan anak angkat dalam
pasangan gay dan lesbian akan menyebabkan kecelaruan dalam pemikiran kanak-kanak.
Kanak-kanak akan menganggap mempunyai ibu bapa sejantina merupakan perkara yang
normal. Azizi Hj. Yahya (2008), menyatakan cara didikan anak semasa mereka membesar
akan mempengaruhi personaliti dan pemikiran mereka ketika dewasa. Oleh itu, para
pemimpin Malaysia bertegas untuk tidak menerima tuntuan daripada golongan ini. Tun Dr.
Mahathir Mohammad menegaskan dalam kenyataan beliau (diambil daripada Siti A’isyah,
2019) bahawa Malaysia bertegas tidak akan menerima sebarang tekanan untuk menerima
amalan songsang dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, termaktub dalam undang-
undang negara (Akta 574) yang mana pengharaman liwat dan seks songsang luar tabi’i.
Undang-undang ini bertempatan dengan hukum Allah yang mengharamkan hubungan
songsang. Buktinya, riwayat hadith daripada Abu Musa al-Ash’ari r.a berkata, Nabi s.a.w
bersabda:

“Tidaklah seorang Wanita itu bersedap-sedapan dengan seorang wanita itu


melainkan mereka berzina dan tidaklah seorang lelaki itu bersedap-sedapan dengan
seorang lelaki itu melainkan mereka juga (sedang) berzina”.

(HR. al-Tabrani).

3
Seterusnya, hubungan sejenis juga membawa masalah kepada kesihatan
masyarakat dalam negara. Antara penyakit yang disebabkan oleh hubungan sejenis ialah
penyakit HIV dan AIDS. Hal ini berpunca daripada berganti pasangan hubungan seks.
Namun menurut statistik yang dikeluarkan, hubungan seks sejenis menunjukkan peratusan
tertinggi. Buktinya, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah mengeluarkan laporan pada
tahun 2018 tentang pesakit yang mengidap penyakit AIDS dan HIV. Sebanyak 57 peratus
berpunca daripada seks sejantina.

Statistik Pesakit HIV dan AIDS

3%3%

37%
57%

hubungan sejenis hubunngan berlainan jantina suntikan dadah lain-lain

Rajah 1.Statistik Pesakit HIV dan AIDS di Malaysia

Penyakit AIDS dan HIV merupakan penyakit yang berbahaya dan tiada kaedah
penyembuhan. Oleh sebab itu, Allah telah menjadikan lelaki dan wanita itu berpasangan
kerana Allah mengetahui segala perkara yang membawa kebaikan dan kemudaratan
kepada manusia. Allah telah berfirman dalam al-quran:

‫الز ْو َجي ِْن الذَّ َك َر َو ْاْلُ ْن ٰثى‬


َّ َ‫َواَنَّهٗ َخلَق‬
(Surah An-Najm:45)

Maksudnya:“Dan sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan


perempuan.”

Di samping itu, jelaslah bahawa hubungan sejenis dapat mendekatkan diri dengan perkara
yang memudaratkan. Sesungguhnya, Allah S.W.T melarang hambanya melakukan perkara
yang memudaratkan. Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 56:

Maksudnya:“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan


segala yang membawa kebaikan padanya.”.

4
4.0.Cadangan Mengatasi Masalah Homoseksual
Untuk mengatasi masalah homoseksual, tindakan perlulah dilakukan. Hal ini
demikian kerana mencegah kemungkaran merupakan kewajiban setiap muslim. Firman
Allah dalam surah ali-Imran ayat 104:

ِ ‫َو ْلت َ ُكن ِ ِّمن ُك ْم أ ُ َّمة يَ ْدعُونَ إِلَى ْال َخي ِْر َويَأ ْ ُم ُرونَ بِ ْال َم ْع ُر‬
َ َ‫وف َويَ ْن َه ْون‬
‫ع ِن‬
َ‫ْال ُمن َك ِر ۚ َوأُولَ ٰـ ِئ َك ُه ُم ْال ُم ْف ِل ُحون‬
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajiakan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka
yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”

Dalam hal ini, pihak kerajaan perlulah memainkan peranan penting supaya perkara ini
dapat ditangani. Misalnya, pihak kerajaan perlulah melaksanakan penyekatan secara
menyeluruh terhadap filem, drama, iklan, pesta dan festival yang mempunyai unsur
homoseksual. Ini, merupakan langkah yang paling efisien untuk membendung penularan
homoseksual dalam masyarakat. Kerajaan mempunyai hak untuk mengenakan tindakan
terhadap individu yang menyalahgunakan peranti elektronik untuk mempromosikan
perbuatan homoseksual mengikut Seksyen 233(2)(a) dan Seksyen 233(3) yang termaktub
dalam Akta Komunikasi dan Mulltimedia 1988 (Akta 588). Mereka juga boleh dikenakan
Seksyen 35. Akta ini diguna pakai terhadap individu yang menggalakkan dan mendorong
seseorang melakukan maksiat. Pelaku akan didenda tidak melebihi RM5,000 ringgit,
dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau keduanya. Jika kerajaan bertindak tegas dengan
mengenakan undang-undang terhadap golongan ini, nescaya masalah homoseksual dalam
masyarakat semakin berkurang. Oleh sebab itu, undang-undang amatlah penting dalam
sesebuah negara. Siti Zubaidah (2008), menyatakan undang-undang diwujudkan bertujuan
untuk menjaga peraturan dan ketertiban dalam masyarakat. Mohd Sabree dan Mohd Sopiee
(2016), menyatakan bahawa perlu diakui bahawa kebebasan yang tidak selaras dengan
ajaran agama akan mengancam kepentingan umum dan berpotensi merosakan sosial dan
nilai dalam masyarakat. Maka, penuntutan hak kebebasan daripada golongan ini dapat
diatasi.

5
5.0. Rumusan
Masalah perilaku homoseskual ini perlu diatasi dengan agresif kerana penularanya
dapat memberikan impak negetif kepada masyarakat, agama dan negara. Pada era
kemajuan digital kini, masyarakat sangat mudah terpengaruh dengan apa yang
dipertontonkan di media sosial. Pihak-pihak yang bertanggungjawab haruslah mengambil
tindakan segera terhadap tingkah laku golongan ini. Masalah ini harusalah diatasi dengan
bijak meskipun terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi. Perilaku ini haruslah
ditentang secara habis-habisan agar kita tidak termasuk dalam golongan yang dilaknat dan
dijauhkan daripada kemurkaan Allah S.W.T. Allah telah berfirman:

َ َ ‫ِْل ا َ ْن قَالُ ْٓوا ا َ ْخ ِر ُج ْو ُه ْم ِ ِّم ْن قَ ْر َي ِت ُك ۚ ْم اِنَّ ُه ْم اُنَاس يَّت‬


* َ‫ط َّه ُر ْون‬ ٓ َّ ‫اب قَ ْو ِم ٓه ا‬َ ‫َو َما َكانَ َج َو‬
َ ‫ظ ْر َكي‬
‫ْف‬ ُ ‫طر َّۗا فَا ْن‬
َ ‫ع َل ْي ِه ْم َّم‬
َ ‫ط ْرنَا‬ َ ‫َت ِمنَ ْال ٰغ ِب ِريْنَ * َوا َ ْم‬ ْ ‫ام َراَت َهٗ َكان‬ ْ ‫فَا َ ْن َجي ْٰنهُ َوا َ ْه َلهٗ ٓ ا َِّْل‬
َ‫عاقِبَةُ ْال ُمجْ ِر ِميْن‬
َ َ‫َكان‬
(Surah al-A’raf :82,83,84)

Maksudnya: “Dan tiada jawapan oleh kaumnya melainkan mereka berkata, ‘Usirlah mereka
(Nabi Lut dan pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini sesungguhnya mereka adalah
orang yang (mendakwa) mensucikan diri. Maka, Kami selamatkan dia dan ahlinya
(keluarganya dan pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia tergolong dalam orang yang
dibinasakan. Dan Kami menhujai mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh
itu, lihatlah bagaimana akibat orang yang melakuan kesalahan”.

Natijahnya, kehidupan berlandaskan al-quran dan as-sunnah ialah jalan yang benar.
Sesungguhnya, semua ketetapan yang Allah tentukan semuanya membawa manusia
kepada kebaikan dan tidak memudaratkan.

6
RUJUKAN

Audery Dermawan. (2018, Oktober 29). Bilangan gay, transgender semakin meningkat:
JAKIM. Berita Harian. Diambil daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional

Aziz Hj. Yahya. (2008, Januari 1). Pembentukan Personaliti Remaja. Universiti Teknologi
Malaysia Institutional Respoitory.Diambil daripada https://core.ac.uk/outputs/11782142

Azlina Mohad Khair & Che W Hashimi Rafsanjani Che W Raksan. (2018). Faktor
keterlibatan belia dalam isu gay di kuala lumpur. Malaysia Journal of Youth Studies,
18, 145-159. Diambil daripada https://iyres.gov.my/index.php/en/malaysian-journal-of-
youth-studies-2019/2018/207-vol-18-jun/1737-faktor-keterlibatan-belia-dalam-isu-gay-
di-kuala-lumpur

Azman Ab.Raham, Mohamad Anwar Zakaria, Mursyid Junaidi Mohd Faisal Yeap & Nur
Fatihah Amlin Ab. Ghani. (2020). Lesbian, gay, biseksual dan transgender (lgbt)
menurut perspektif undang-undang syariah dan undang-undang sivil di Malaysia: suatu
perbandingan. Perdana: International Journal or Academic Researach, 8(1), 32-45.
Diambil daripada https://perdanajournal.com/index.php/perdanajournal/article/view/54

Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mustafa ‘Abdul Rahman. (2000). Hadith 40 (terjemahan dan syarahnya). Selangor: Dewan
Pustaka Fajar

Mohd Sabree & Mohd Sopiee Shiddeq. (2016). Murtad: antara hak kebebasan beragama
dan kesalahan jenayah syariah di Malaysia. Jurnal ‘Ulwan, 1(1), 132-146. Diambil
daripada https://kuim.edu.my/journal/index.php/JULWAN/article/view/71/63

Noor Hafizah Haridi, Kamal Azmi Abd. Rahman & Rosni Wazir. (2016). Metodologi dakwah
terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (lgbt). Jurnal Pengajian
Islam Fakuliti Pengajian Islam Peradaban Islam, 8, 103-119. Diambil daripada
https://www.researchgate.net/publication/340574802_Metodologi_Dakwah_Terhadap_
Golongan_Lesbian_GAY_Biseksual_Dan_Transgender_LGBT

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2018). Perubahan lanskap hiv di Malaysia (1990-2018).


Diambil daripada https://www.moh.gov.my/index.php/edirectory/member_list/3/1

Siti Zubaidah Ismail. (2008). Dasar penguatkuasaan dan pendakwaan jenayah syariah di
Malaysia: satu analisis. Jurnal Syariah (Keluaran Khas), 16, 537-544. Diambil darpada
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22756/11301

7
Siti A’isyah Suhakimi. (2019, Jun 3). Tidak patut diteruskan-Jakim. Harian Metro. Diambil
daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/462281/tidak-perlu-diteruskan-
jakim

Terjemahan Al-Quran Al-Karim Rasm Uthmani (2012). Selangor: Al-Hidayah House of


Qur’an sdn.bhd.

Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2017, Mei 17). Bayan linnas siri ke-92 : perlakuan homoseksual
dalam islam. Diambil daripada https://muftiwp.gov.my/perkhidmatan/artikel-soal-
jawab/847-bayan-linnas-siri-ke-92-perlakuan-homoseksualiti-dalam-islam

Anda mungkin juga menyukai