Anda di halaman 1dari 6

SKOP KAJIAN UNSUR GAYA BAHASA

Keindahan Bahasa/Unsur Gaya Bahasa dalam Genre Sastera


1. Personifikasi
Gaya bahasa 'perorangan' iaitu pemberian sifat manusia kepada objek,
benda atau konsep tertentu untuk menggambarkan kedaan tertentu
Contoh :
sawah telah uzur

maksud: keadaan sawah padi yang terbiar tidak


diusahakan

daun kelapa melambai-lambai

maksud: daun pokok kelapa bergoyanggoyang ditiup angin

kata-katanya telah menikam-nikam hatiku

kedinginan memeluk tubuhku

matahari tersenyum

1.

maksud: kata-kata nya telah


menyebabkan hatiku berasa
sedih

maksud: badan/tubuhku berasa sangat


dingin/ sangat sejuk

- maksud: cuaca cerah/panas

Metafora:
Perbandingan terus atau secara langsung yang menggabungkan satu
perkataan konkrit dengan perkataan abstrak.
Contoh
- lautan fikiran - berfikir secara terbuka
- rimba kehidupan - kehidupan yang penuh cabaran
- api kemarahan - berasa sangat marah

2. Simile : Perbandingan secara tidak langsung antara satu benda yang


sama dengan menggunakan kata bandingan ' 'seperti, bagai,
umpama, bak'
contoh:
-

suara yang bagaikan halilintar.


wajahnya manis umpama bulan purnama

kasihku kepadanya bak lautan tak bertepi


hatinya bancur bak kaca terhempas ke batu

3. Hiperbola: Perbandingan yang dibuat untuk sesuatu sesuatu


keadaan/peristiwa yang keterlaluan atau melampau. ( menyatakan
sesuatu secara berlebih-lebihan)
Contoh:
- Cita-citanya menggunung tinggi.
- keyakinanku menggegar dunia
- hatiku dilambung gembira

4.

Perlambangan/ Simbolik:
Kata-kata yang membawa maksud tersirat bukan yang tersurat untuk
digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan atau peristiwa.
Contoh
-

ibu/bonda - tanah air/negara


merpati putih - kedamaian/keamanan/kemerdekaan
piala - kejayaan

fajar - harapan baru

5. Pengulangan:
Unsur pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, barisan atau
rangkap. Terdapat 4 jenis gaya bahasa pengulangan:

a)

.Anafora:
Contoh:

Pengulangan kata pada awal baris pantun/sajak.

- Kawan ketawa ramai selalu,


Kawan menangis seorang diri.

b)

Epifora : Pengulangan perkataan ataufrasa di akhir baris pantun/


sajak.
Contoh:

Dewa berjalan dihampirinya,


Naga yang besar didekatinya,
Setelah naga mencium baunya,
Kepala diangkat ternganga mulutnya.

c) Repitasi : Pengulangan kata dalam baris/ ayat tertentu.


Contoh:
- Muka mesti manis, mulut mesti ramah, hati mesti baik.

d) Responsi : Pengulangan kata di tengah baris.


Contoh:
Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.

6.

Sinkof / Sinkope : Singkatan perkataan.


Contoh:
- Eiii,! Kenapa mata kau tu?
( kau engkau, tu itu )
(sinkof yang lain ialah - tak (tidak), nak (hendak), ni (ini)

7.

Hybrid :
Penggabungan kata.( daripada dua perkataan menjadi satu
perkataan )
Contoh:
Takkan awak tak boleh jawab soalan ini? kata cikgu kepada Ramli.
takkan daripada perkataan tidak akan

8.

Inversi: Pembalikan susunan perkataan dalam ayat.


Contoh:
- Terdiam Zulkifli memikirlan jawapan.
( sepatutnya Zulkifli terdiam memikirkan jawapan.)
- hujan pagi ini

(sepatutnya 'pagi ini hujan)

- sihat badan wajah berseri - (sepatutnya ' badan sihat wajah


berseri)

9.

Jeda: Hentian sejenak pada tengah baris semasa mendeklamasikan


sajak.
Tanda (/) membawa tanda jeda/pemenggalan.

10.

Pardoks :
bahasa yang menunjukkan unsur yang bertentangan dalam
sebaris ayat.
Contoh:
- aku senyum dalam tangisan
- dalam kesepian di tengah keriuhan
- kaya harta namun miskin budi pekerti

11.

Imejan : Perkataan yang membawa imej sesuatu benda:


Contoh:
imej alam - bulan, bintang, sungai, air, embun)

12.

Diksi : Penggunaan kata yang mengikut jenis-jenis tertentu


a) penggunaan kata ganda - Contoh: marah-marah, bintangbintang
b) kata pinjaman bahasa arab - Contoh : solat, subuh, berkat, fajar
c) kata pinjaman bahasa Inggeris - Contoh : suspen, artis,ego
d) kata pinjaman bahasa Istana - Contoh: baginda, titah, santap
e) kata pinjaman bahasa klasik - Contoh: arakian, lasykar
f) kata pinjaman bahasa jawa - Contoh : manira, pakanira
g) kata Dialek - Contoh seligi, penggodam
h) peribahasa/simpulan bahasa/kiasan - Contoh : masa itu emas
hati batu, anak emas

Unsur Bunyi
13. Rima Akhir:
Pengulangan bunyi yang sama atau keselarasan bunyi pada kata/suku
terakhir sesuatu ayat/baris puisi.
Contoh rima akhir ialah abab,aaaa abcdabcd dan sebagainya.

14. Asonansi: Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam puisi.


Huruf vokal ialah a,e,i,o, dan u.
Contoh:
- Pandai melompat pandai berlari
( pengulangan vokal a)

15. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris


pantun/sajak.
Contoh
- Kalau ada silap dan salah
( pengulangan konsonan l)

16. Onomatope: Mengekalkan bunyi asal sesuatu benda.

Cikgu Kalsom (2013). Aspek Kajian Gaya Bahasa (Komsas) dipetik daripada
http://cikguchom.blogspot.my/2013/06/aspek-kajian-gaya-bahasa-komsas.html
pada 25 Ogos 2015.

Immawati Fitri Lestari (2013). Kajian Stilistika Cerpen Emha Ainun Nadjib, Padang
Kurusetra (Bag. 1) dipetik daripada http://semayami.blogspot.my/2013/04/kajian-stilistika-cerpen-emha-ainun.html pada 1
September 2015.

Azlin (2009). Pendekatan dan Kaedah Mengajar Sastera dipetik daripada


http://kencanamerana.blogspot.my/2009/08/pendekatan-dan-kaedah-mengajarsastera.html

Anda mungkin juga menyukai