Anda di halaman 1dari 20

Gaya Bahasa

Gaya bahasa ialah penggunaan bahasa yang dipilih


dan digunakan untuk menyampaikan sesuatu
maksud
JENIS-JENIS GAYA
BAHASA
Terdapat beberapa jenis gaya bahasa yang anda perlu
sematkan di dalam minda
Gaya Bahasa Pengulangan
(Unsur Bunyi)
ASONANSI

Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam satu


baris (a/e/i/o/u)
Contoh: Pulau Pandan jauh ke tengah.
Bila bergesel berapi-api.
Gaya Bahasa Pengulangan
(Unsur Bunyi)
ALITERASI

Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam


satu baris
Contoh: Gunung Daik bercabang tiga.
Hadapi dengan hati yang tabah.
Gaya Bahasa Pengulangan
(Kata)
ANAFORA
Pengulangan kata pada awal baris

Contoh: Orang malas jatuh sengsara,


Orang rajin banyak saudara.

Sudah didatangkan mimpi buruk dalam tidurnya.


Sudah bersedia untuk menerima khabar, walau
senegeri mana pun.
RESPONSI
Pengulangan kata pada tengah baris.

Contoh: Kasih tidak berbelah bahagi.


Jauh tidak ada halangan.

menggoda hati tergugah


mengusik hati tergugah
EPIFORA
Pengulangan kata pada akhir baris

Contoh: Bumi kering. Langit kering. Angin kering.

Daun-daun pokok kelapa dan taro kelabu.


Bumbung-bumbung rumah kelabu. Lorong dan
daratan kelabu. Perahu-perahu kelabu. Pantai
kelabu.
REPITISI
Pengulangan kata dalam baris yang sama. Repitisi merupakan
gaya bahasa pengulangan.

Contoh: Selama berbulan-bulan pula pedamping itu cuba


mencantumkan serpihan pelbagai warna, pelbagai makna.

Kelak, entah esok, entah lusa, entah tulat, entah tubin, apabila
dia bertentang mata dengan ‘Papa’, apakah yang akan
terpancar dari batin masing-masing lewat pandangan mata?
Gaya Bahasa Perbandingan
PERSONIFIKASI

Personifikasi merujuk kepada pemberian sifat manusia kepada


benda/binatang (bukan hidup).

Contohnya: kapal menjerit


Sawah uzur
Daun kelapa melambai-lambai
Kedinginan memeluk tubuhku
Gaya Bahasa Perbandingan
METAFORA

Metafora merujuk kepada gabungan abstrak dan konkrit.

Contohnya:
Lautan fikiran
Api kemarahan
Rimba kehidupan
Gaya Bahasa Perbandingan
HIPERBOLA

Hiperbola merujuk kepada pernyataan yang dibuat secara berlbih-


lebihan

Contohnya:
Hatiku dilambung gembira
Cita-citanya menggunung tinggi
Keyakinanku menggegar dunia
Gaya Bahasa Perbandingan
SIMILE
Simile merujuk kepada perbandingan secara tidak langsung antara
satu benda yang sama menggunakan kata bandingan ‘seperti, bagai,
umpama, bak’.

Contohnya:
Suara yang bagaikan halilintar
Wajahnya manis umpama bulan purnama
Kasihku kepadanya bak lautan tak bertepi
SINKOPE

Sinkope merujuk kepada penyingkatan perkataan.

Contohnya:
Tetapi, kebenaran itu akan tiba jua.
Mengapa tak berazam untuk berbuat yang lain?
ku (aku)
mu (kamu)
kau (engkau)
PENGGUNAAN PERIBAHASA
Contohnya:
Dia panas baran, seperti mendiang bapanya, tapi boleh
juga diajak berunding.

Minuman itu terkenal di seluruh Ogonshoto walaupun kaki


botol sering menyebut sake Gora-Gora lebih menendang.
PENGGUNAAN BAHASA ASING

Contohnya:
Penggunaan bahasa Jepun (Kawai Maru, Hosho-sen,
shashimi, Nooru-san)

Penggunaan bahasa Inggeris (stop press, green, wave


motion, airport)
PENGGUNAAN KATA GANDA

Contohnya:
Kaya-raya, senang-lenang, besar-besaran, anak-anak
kapalnya
AYAT

1. Ayat Tanya
2. Ayat Penyata
3. Ayat Perintah atau permintaan
4. Ayat Seruan
5. Ayat Pasif
6. Ayat Aktif
7. Ayat Majmuk
8. Ayat Songsang
Terima Kasih!
Ada sebarang soalan?

Anda mungkin juga menyukai