Anda di halaman 1dari 3

Glosari Istilah Gaya Bahasa 1. Anafora -pengulangan kata pada awal baris.

Contoh: Tiap insan mengecap nikmat merdeka, Tiap saat menghirup segar uadara kebebasan, 2. Epifora -pengulangan perkataan pada akhir baris. Contoh: Fajar hilang ditelan sibuk kota, Tawaku kemarau di dada kota. 3. Responsif -pengulangan kata pada tengah baris. Contoh: Kemerdekaan adalah milik kami, Kebebasan adalah impian semua, 4. Hiperbola -gaya bahasa perbandingan yang menggambarkan sesuatu secara berlebihan-lebihan. Contoh: Darah mengalir menganak sungai, Dia berendam air mata.

5. Hybrid -penggabungan dua patah kata. Contoh: menyinarresap, sedihpilu. 6. Inversi -pembalikan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu. Contoh:terasa sekali dingin angin. 7. Metafora -gabungan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna asal. Pada kebiasaannya, mengandungi 2 patah perkataan gabungan kata konkrit dan abstrak. Contoh: jentera ingatan, gunung harapan,fajar cemerlang. 8. Personifikasi - gaya bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia kepada benda,haiwan dan tumbuhan. Contoh: hatiku dimamah sepi, mentari tersenyum riang. 9. Simbolik -juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan menggunakan benda lain sebagai lambang. Contoh:merpati melambangkan kebebasan dan gunung melambangkan cita-cita.

10. Simile - gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan iaitu umpama,bak,bagai,macam,laksana. Contoh: ibuku bagaikan pelita, dia berjalan laju seperti angin 11. Perbandingan terus Gaya bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata bak, seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana. Contoh: tanahair adalah ibundaku, guruku mentari bersinar. 12. Sinkof -kata singkatan seperti nak, saja, kau, tak, dah. 13. Kata ganda - kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warnawarni, daun-daun. 14. Alusi - penggunaan nama tokoh manusia dengan membawa maksud tertentu. Contoh: Dengan langkah Hang Tuah, dia melonjakkan nama negara. 15. Asonansi pengulangan bunyi vokal dalam baris. Contoh: [asonansi a] mereka mencipta jaya. 16. Aliterasi pengulangan bunyi konsonan dalam baris. Contohnya, aliterasi k, akan kukendong impian keluarga.

Anda mungkin juga menyukai