Anda di halaman 1dari 8

BENTUK SAJAK

GAYA BAHASA
Apa itu gaya bahasa?

Gaya bahasa – susunan kata yang digunakan oleh


pengarang dalam usahamengungkapkan tema dan
persoalan dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis –
jenis gaya bahasa bersama istilah – istilah yang
berkaitan dengannya bagi memudahkan pelajar
memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh.
• 1.Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan yang sama
pada awal kata – kata yang berturutan
Contoh : negeri cinta, negeri budaya, negeri
perpaduan (pengulangan g)
• 2. Asonansi – pengulangan bunyi vokal yang sama
dalam deretan kata
Contoh :ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan
(pegulangan u)
• 3.Anafora – pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang
biasanya secara berturutan agar memperoleh kesan tertentu
Contoh : Sekalipun sehelai kertas kumal
Sekalipun isinya hanya berita kecil
• 4.Epifora – pengulangan kata – kata di akhir baris puisi untuk penegasan
• 5. Metafora – pemakaian kata – kata untuk menyatakan erti yang
berbeza daripada yang sebenarnya (sebagai kiasan) dengan
menggunakan dua kata berunsur konkrit dan abstrak
Contoh : syurga bumi
syurga (unsur abstrak)
bumi (unsur konkrit)
• 6. Hiperbola – gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu
secara berlebih –lebihan
Contoh : cinta kepadanya cinta jutaan bunga – bunga
• 7. Personifikasi – pemberian sifat – sifat manusia kepada
sesuatu benda, binatang, tumbuh – tumbuhan, keadaan atau
peristiwa
Contoh : kebosanan menggigit pangkal rasa
• 8. Simile – perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan
menggunakan kata ‘seperti’, “bagai”, “umpama”, dan
“macam”.
Contoh : bagaikan mahu diusung keliling kampung
• 9. Sinkope / sinkof – penggunaan singkatan kata (biasanya dalam
cerpen dan novel)
Contoh :tak, nak, ni, dan dah
• 10. Repitisi / repitasi – pengulangan kata pada baris yang sama bagi
menunjukkan penegasan yang dikehendaki.
Contoh : Muka mesti manis, mulut mesti ramah, hati mesti baik
• 11. Responsi – pengulangan kata di tengah baris
Contoh : mencipta rumah tempat berlindung, membina bilik tempat
berteduh
• 12. Inversi – pembalikan kata – kata yang berbeza daripada
susunannya yang lazim
Contoh : kini rambut memutih kepala

Anda mungkin juga menyukai