Anda di halaman 1dari 4

BAHASA MELAYU

STANDARD
Alih Bahasa Prosa Melayu Klasik kepada
Prosa Moden.

*Nota dan Panduan:*

1. Jawaban mesti ditulis dalam bahasa


Melayu moden.

2. Gariskan perkataan bahasa klasik yang


perlu ditukarkan.

3. Jangan pindahkan atau tukarkan ayat


demi ayat secara terus. Sepatutnya baca
dan fahami maksud ayat dan keseluruhan
petikan, kemudian ceritakan semula
dalam bahasa Melayu moden/bahasa
standard.

4. Jangan menokok tambah butiran dan


fakta yang tiada dalam petikan asal.
5. Jangan mengurangkan atau membuang
butiran atau fakta yang ada dalam petikan
asal.

6. Nama khas seperti nama watak,


tempat, peralatan mesti dikekalkan.

7. Partikel "pun" dan "lah" mesti


dibuang/ditinggalkan.

8. Penggunaan perkataan lama seperti


'arakian', hatta', sebermula', 'alkisah',
'syahdan', 'maka' hendaklah dielakkan.
9. Bahasa istana mesti dikekalkan.
10. Ayat pasif dan ayat susunan songsang
dalam petikan bahasa Melayu klasik mesti
ditukar kepada ayat aktif dan ayat susunan
biasa.
*Bahasa Prosa Melayu Klasik:*

"Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri


Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada
dan peri mengatakan penjurit ketujuh
bercakap kepada Seri Betara dan Patih
Gajah Mada hendak mengalahkan negeri
Melaka itu dengan seorang dirinya, peri
mengatakan tatkala Laksamana
membunuh penjurit tujuh bersaudara di
Bukit Cina itu. Berapa lamanya didengar
oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh
bersaudara yang dititahkan Seri Betara
pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih
pun hairan. Maka Patih Gajah Mada pun
fikir dalam hatinya.
*Bahasa Standard:*

"Seri Betara Majapahit, Patih Gajah Mada


dan peri dimaklumkan bahawa penjurit
ketujuh memberitahu mereka bahawa dia
hendak mengalahkan negeri Melaka itu
seorang diri. Walau bagaimanapun,
Laksama telah membunuh penjurit tujuh
bersaudara di Bukit Cina. Setelah
beberapa lama baru Patih Gajah Mada
menerima berita bahawa penjurit tujuh
bersaudara yang dititahkan oleh Seri
Betara ke Melaka itu sudah mati. Patih
Gajah Mada berasa hairan dan berfikir
dalam hatinya".

Anda mungkin juga menyukai