Anda di halaman 1dari 18

1. TEORI DAN AMALAN KAUNSELING 1.1. KAUNSELING..Proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.

Mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.(Aziz Salleh,1996) 1.2.APAKAH DEFINISI KAUNSELING ? DEFINISI KAUNSELING Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" ,tetapi pengertian bagi kaunseling itu sangat meluas Burks & Stefflre (George & Cristiani, 1990) Kaunseling ialah lambangan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. Krumboltz (George & Cristiani, 1990)Kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien menghasilkan penyelesaian Aziz Salleh , 1996 .Konsep atau definasi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas dan lebih komprehensif (Aziz Salleh, 1996) kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. 1.3.RASIONAL KAUNSELING Kewujudan ketegangan dan ketidakpuasan Kekosongan jiwa dan rohani Ketidak seimbangan emosi Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan Masalah peribadi dan keluarga Kebosanan belajar dan kekurangan pencapaian pelajaran Keperluan pertolongan untuk mengembangkan tingkah laku Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.(Munir, 2003)

2.0.KONSEP

KAUNSELING,

MATLAMAT,

OBJEKTIF

PRINSIP

KEPENTINGAN DAN TUJUAN KAUNSELING. 2.1.KONSEP KAUNSELING Sebagai perhubungan bersemuka Perhubungan yang disifatkan sebagai hormat- menghormat, komunikasi yang berkesan, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor Perhubungan terbuka di mana tanggungjawab hasil prosesnya adalah bergantung pada klien, bukan, pada kaunselor Perhubungan yang mengalakkan perkembangan dan perubahan pada diri klien yang menyebabkan prosesnya lebih berkesan lagi Bukannya semata-mata memberi nasihat. (Fadhlulah,1996) 2.2.TUJUAN KAUNSELING Mengubah tingkah laku klien Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya, tanpa rasa ragu-ragu Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan Membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya Meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain.(Fadhlulah,1996)

2.3.OBJEKTIF KAUNSELING Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya Menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain.(fadhlulah,1996) 2.4.OBJEKTIF KAUNSELING, Asmawati Baharudin (2001) telah menyenaraikan lima objektif utama kaunseling: a. Menolong mengubah tingkah laku klien. Melalui kaunseling, klien dapat berfikiran lebih rasional dan dapat membentuk personaliti yang positif. b. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri. c. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. d. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya.

e. Membantu perkembangan bakat klien. 2.5.PRINSIP KAUNSELING Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.(Abdullah Hassan, 2007) 2.6.KEPENTINGAN KAUNSELING Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran) Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien belajar dengan berkesan.(Abdullah Hassan, 2007) Tiada seorang manusia normal di dunia ini yang tidak mempunyai masalah. Tidak kira masalah yang dihadapi besar atau kecil, ia akan tetap mengambil ruang kepada kestabilan mental individu dalam usaha mencari jalan penyelesaian. Ada yang menerima masalah dan tekanan tersebut sebagai ujian dan dugaan daripada Ilahi, malah tidak kurang juga yang menyalahkan takdir Tuhan. Tekanan dalam menghadapi permasalahan ini pula berbagai dan bergantung kepada kekuatan mental individu tersebut. Antara langkah yang boleh digunakan dalam meredakan tekanan tersebut adalah melalui kaedah kaunseling. (Aziz Salleh,1996) Tanggungjawab menolong dan menasihat adalah tanggungjawab bersama kerana setiap orang berperanan nasihat-menasihati bagi mencapai kebahagian dan keharmonian dalam hidup. Kaunseling merupakan suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yang harmoni, penuh kesedaran dan saling memahami. Apabila proses ini

dikembangkan , sudah tentunya berlaku juga proses kesedaran diri bagi orang yang menerima pertolongan. (Othman Mohammad,2005). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Manakala Corey (1991) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya. James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. (Abd. Ghafar Don ,2006) Tidak dapat disangkal, membicarakan mengenai kaunseling, lazimnya tidak dapat lari daripada teori, kaedah dan teknik kaunseling yang dibawa dari Barat. Nama-nama seperti Sigmund Freud, Carl Rogers, Albert Ellis sangat sinonim dengan ilmu kaunseling sehinggakan terdapat pandangan negatif yang melihat kaunseling seringkali mengabaikan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia, iaitu elemen mahupun kerohanian (sapora Sipon: 2005). Sigmund Freud sendiri menganggap bahawa agama sebagai satu ilusi dan boleh agama

mengherotkan pandangan manusia terhadap kehidupan. Ahli-ahli psikologi sezaman dengan Freud menganut aliran relativism ethical dan ethical hedonism. Pengaruh teori evolusi Darwin menyebabkan Freud dan ahli-ahli psikologi lain pada waktu itu berpandangan bahawa kejadian manusia secara semula jadinya adalah hampir sama dengan kejadian binatang. (Ludin, 1985). Mereka berpendapat bahawa manusia pada asasnya adalah bersifat hedonistik dan menolak sama sekali unsur moral dan etika yang boleh dioptimakan dalam diri manusia. Pemisahan agama dalam bidang kaunseling juga mungkin ada kaitannya dengan usaha Barat untuk mengasingkan ilmu agama dengan ilmu sekular yang lahir daripada konsep the separation of state dan church (Sapora:ibid).

3.0.KEPENTINGAN KAUNSELING ISLAM. Di dalam Islam, kaunseling mempunyai pengertian dan kedudukan yang tersendiri. Ini selaras dengan tuntutan Islam itu sendiri yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kebanyakan sentuhan kaunseling barat lebih bertumpu kepada perubahan tingkah laku klien ke arah lebih rasional dan mengikut garis normal hidup sebagai manusia. Kaunseling Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat, dosa, pahala, neraka hari kiamat dan sebagainya.(Aziz Salleh,1996) Ahli-ahli Psikologi Barat kini sendiri telah memperakui sekaligus menidakkan teori Freud dan rakan-rakan sezamannya mengenai perkaitan antara agama dan masalah psikologikal ini. Keperluan agama dalam merawat masalah psikologikal diakui oleh West (2002) yang berpendapat kerohanian atau keagamaan menjadi sebahagian daripada kehidupan dan dilihat serta diakui sebagai sesuatu yang sangat berharga.

Kajian oleh Yasien Mohamed, (1996) mendapati kerohanian yang positif adalah sangat perlu untuk perkembangan diri yang sihat dan keberfungsian. Individu yang mempunyai identiti kerohanian yang positif berfungsi lebih baik dari segi interpersonal dan emosi individu. Berkesannya kaunseling berpendekatan Islam ini adalah kerana matlamat akhir yang berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain. Matlamat akhir bagi sesi kaunseling ini adalah mengkehendaki klien memahami hubungan dengan Allah s.w.t., hubungan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah, tujuan hidup dunia dan matlamat akhir hidup ini. Kaunseling berpendekatan Islam ini menekankan empat perkara penting iaitu pembangunan roh, akal, hati dan pengimbangan nafsu (www.pkpim.net).

3.1. Pembangunan Roh. Menurut Hassan (1998), Pembangunan roh merupakan aspek paling penting dalam kaunseling Islam. Bilamana roh itu sudah mula mengenali Allah, mencintai Allah, mula takut pada Allah, yakin pada Allah dan akur pada segala suruhan dan larangan Allah, maka manusia mula mengetahui apa tujuan hidupnya. 3.2. Pembangunan Akal. Membangunkan akal atau dalam kata lain, pencerahan akal (celik akal) dapat membimbing manusia kepada kemuliaan dan ketinggian darjat sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Akal fikiran adalah amanah dan tanggungjawab daripada Allah yang tidak dilibatkan kepada makhluk lain dimuka bumi. Akal fikiran dapat membezakan kebenaran dan kebatilan, juga antara petunjuk (hidayah) dan kesesatan. (Hassan, 1998) 3.3. Pembangunan Hati. Pembangunan hati bukan sahaja sekadar menumpukan zikir pembaikan hati dan sebagainya, tetapi yang lebih utama adalah membuang dahulu segala kekotoran yang lahir dari dosa dan maksiat yang dilakukan. Hati manusia ibarat bebola kaca yang jernih dan bersinar. Andai ia dikilau dengan cahaya yang benar-benar terang, maka pancarannya akan menjadi semakin menyerlah dan menarik orang lain untuk melihatnya. Hati yang elok berupaya memberi ilham kepada manusia tentang hakikat dirinya dan juga PenciptaNya iatu Allah s.w.t. (Munir,2003) 3.4. Pengimbangan Nafsu. Menurut Munir (2003), Mengapa tidak dikatakan penghapusan atau perlupusan nafsu? Ini kerana manusia juga memerlukan nafsu dalam kehidupannya. Nafsu yang diimbang dengan hati yang jernih, ruh yang dibangunkan dan akal yang terpimpin akan mampu membawa manusia kearah kesejahteraan lahiriah dan batinniah. Contohnya, makan adalah satu aktiviti dalam kehidupan. Andai nafsu jahat yang menguasai nafsu makan, maka kita akan makan secara berlebihan sehingga lahiriah menjadi malas, dan impak yang lebih buruk akan menimpa batinniah sehingga menyebabkan rosaknya hati dan jiwa.

Telah dibuktikan bahawa sebahagian besar ahli profesional mempercayai nilai manusia dan gaya hidup mempunyai kesan yang mendalam ke atas kesihatan mental dan keberfungsian emosi dan sesetengah nilai lebih mengikut kesejahteraan mental daripada yang lain (Jensen & Bergin,1988). Agama juga berperanan sebagai satu mekanism untuk membantu menghadapi kesukaran kehidupan. Ini kerana institusi keagamaan dan sistem kepercayaan berfungsi sebagai satu mekanism yang bersifat pencegahan. Banyak bukti empirikal mencadangkan kepercayaan agama, latihan dan institusi menjadi berkesan dengan peranan pencegahannya. Penglibatan agama yang diukur melalui pelbagai cara dilihat mengurangkan kejadian membunuh diri, penggunaan dan penyalahgunaan dadah dan alkohol serta perpecahan keluarga (Payne, Bergin, Bielema & Jenkins, 1992). 4.0.PROSES KAUNSELING 4.1.PERINGKAT PERTAMA: Adalah peringkat perhubungan antara kaunselor dan klien, Peringkat yang penting dalam memastikan keperluan perhubungan kaunseling ke arah untuk memenuhi kehendak klien dan bukan kehendak peribadi kaunselor. 4.2. PERINGKAT KEDUA: Peringkat proses yang paling penting ialah matlamat kaunselor pada peringkat ini adalah membantu klien membina kefahaman-kendiri klien. 4.3.PERINGKAT KETIGA: Peringkat merancang penyelesaian masalah bagi membantu klien mencari pilihan untuk membuat keputusan. 4.4. PERINGKAT KEEMPAT: peringkat akhir dalam proses ini ialah menolong klien bagi penyelesaian yang telah dipersetujui antara klien dengan kaunselor. FASA I: PROSES TEMU BUAL KAUNSELING KALI PERTAMA. FASA 2: TEMUBUAL DIMULAKAN. FASA 3: MEMBUAT DAN MEMULAKAN KEPUTUSAN SESI. 7

FASA 4:: MATLAMAT SESI PERTAMA. FASA 5: MENSTRUKTUR MENAMATKAN SESI PERTAMA. 5.0 CIRI-CIRI KAUNSELING Ciri-ciri dalam kaunseling dijadikan asas kepada kaunselor untuk dijadikan panduan dalam menangani klien tertentu. Kaunseling harus berasaskan ciri-ciri berikut: Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri. Objektifobjektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor. Scmidt & Kitchener McCowan,Mementingkan harga diri individu. 1. Kuasa memilih haknya untuk mendapat pertolongan hak klien untuk memilih setiap tindakan yang pada masa yang diperlukan ingin dilakukan, dan kaunselor harusMementingkan individu dan prihatin menghormatinya pada perkembangan optimumnya. 2. KebaikanKaunseling mempunyai tanggungjawab Kaunselor haruslah jujur dalam menyelesaikan pada masyarakat dan individu masalah yang dihadapi oleh seseorang jika tidakKaunseling mesti menghormati hak profesion kaunselor akan terjejas. 3. Tidak mencederakanKaunseling adalah sesuatu yang Kaunselor boleh

dipertanggungjawabkan di atas berterusan, dan mempunyai urutan tindakan yang diambil oleh klien Kaunseling berkisar kerjasama dan tidak mencederakan orang lain serta bukan paksaan. 4. KeadilanMemerlukan kajian yang menyeluruh Kaunselor harus adil, ia tidak boleh dipengaruhi tentang individu dalam latar budayanya dengan sentimen-sentimen negatifKaunseling mesti sentiasa dinilai.

5. Ketaatan keberkesanannya secara saintifik kaunselor haruslah taat, setia dan sentiasa memegang janji yang telah dibuat antara kaunselor dan klien dalam menjaga kerahsiaan kilennya. 6.0.PERINGKAT-PERINGKAT KAUNSELING PERINGKAT PERTAMA /PERMULAAN Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu. PERINGKAT PERINGKAT KEDUA/PERTENGAHANKETIGA/AKHIR Peringkat penentuan masalahKlien telah selesai PERINGKAT-PERINGKAT Bersama mengenal pasti melakukan tindakan KAUNSELING masalah-masalah yang dipersetujui dihadapi oleh klien dengan jayanya Bersama mengenal pasti Kaunselor akan tindakan-tindakan yang perlu membincangkan diambil oleh klien untuk tindakan yang diambil menangani masalah oleh klien. AKTIVITI KAUNSELING PEMULIHAN memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari masa ke semasa PENCEGAHAN KRISIS BerasaskanMengendalikan kes andaian bahawa krisis yang timbul AKTIVITI KAUNSELING satu-satu secara mendadak masalah itu dan memerlukan mungkin timbul perhatian serta tindakan segera. PERKEMBANGAN usaha mengenal pasti keperluan pelajar di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran pengalaman serta akhlak yang mulia. PENDEKATANKAUNSELING2 JENIS PENDEKATAN- PENDEKATAN INDIVIDU- PENDEKATAN KUMPULAN PENDEKATAN INDIVIDU Kaunseling individu adalah satu bentuk perhubungan menolong yang unik di antara satu kaunselor dengan seorang individu Kaunseling individu ialah hubungan tolong- menolong yang unik iaitu klien akan diberikan peluangpeluang belajar, menghayati, berfikir, dan merubahnya mengikut apa yang difikirkan

bermanfaat bagi dirinya. Keberkesanan kaunseling itu pada kaunselor dan klien sendiri dalam mengemukakan sikap mereka semasa sesi kaunseling. PENDEKATAN KELOMPOK Apabila seorang kaunselor mendapati terdapat ramai klien yang mempunyai masalah yang hampir sama, maka terdapat beberapa kebaikan jika semua klien ini dipanggil dalam bentuk kumpulan. Isi kandungan kaunseling kelompok meliputi keperluan dan minat bersama kebanyakan ahli kelompok . Merupakan orientasi permasalahan dan proses pemulihan di mana kaunseli-kaunseli atau klien-klien dirasionalkan kembali mengikut persetujuan orang ramai. TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING Teori Pemusatan Klien Teori Psikoanalisis / Psikodinamik -Dikenali sebagai terapi kemanusiaan -kaedah bagi merawat individu berkaitan -Menumpukan kepentingan hubungan erat dengan masalah emosinya antara kaunselor dengan kliennya -merawat gangguan histeria, narcissism, -Menggunakan kaedah pendengaran yang kecelaruan peribadi, ketakutan, fobia dan aktif di mana kaunselor memberi perhatian kecelaruan seksual terhadap perbincangan di antara klien TEKNIK KAUNSELING Terapi Adlerian / IndividuTeori Terapi Perlakuan Teori Terapi Gestalt - Individu tidak dianggap-Teknik yang boleh diguna -Membantu individu untuk mempunyai masalah cuma dalam terapi perlakuan adalah bertanggungjawab pada kurang galakkan & penilaian; mainan peranan; kehidupan sendiri dan maklumat untuk gambaran imej; desensitisasi perkembangan kendiri. menyelesaikan masalah bersistem. -Teknik popular: Empty chair ETIKA KAUNSELING Pengenalan Etika Kaunseling, Jenis-Jenis Etika Kaunseling, Ciri- ciri Perwatakan Kaunselor Pengenalan Etika Kaunseling melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia dan interaksi mereka. menyentuh persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan.

10

6.0.SESI KAUNSELING. 6.1.KAUNSELING JANGKA JANGKA PENDEK PANJANG Kaunseling jangka pendek selama enam hingga dua belas sesi. namun perjanjian boleh dilanjutkan jika kaunseling terakhir tidak dapat menyelesaikan masalah. ini juga bergantung pada perjanjian baru.Kaunseling jangka panjang yang melibatkan sesi kaunseling selama setahun ataupun lebih Penerimaan Tanpa Maklumat Syarat Pramatang JENIS-JENIS ETIKA KAUNSELING Batasan Seksual Kerahsiaan Batasan Profesional Penerimaan Tanpa Syarat Seorang kaunselor yang bertauliah akan menerima klien dengan seadanya. Tidak akan wujud diskriminasi atau double- standard. Kaunselor perlu menunjukkan sikap menerima terhadap mana-mana klien yang datang meminta khidmatnya. Kaunselor mesti menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskriminasikan klien atas sebab-sebab seperti umur, warna kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina, bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau status sosioekonomi. Maklumat Pramatang Ada sesetengah organisasi mengehendaki kaunselor mengisi borang berkaitan dengan data peribadi klien, maklumat-maklumat tujuan menghadiri kaunseling iaitu umur, latar belakang, keluarga dan sejarah keluarga. Di awal perbincangan kaunselor digalakkan untuk memulakan sesi kaunseling dengan temu bual awal. Temu bual awal hanyalah membincangkan masalah secara umum dan juga matlamat kaunseling. Bertujuan untuk menenangkan klien. Bagi klien yang pertama kali menghadapi sesi kaunseling, tentunya mereka merasa tidak selesa.

11

Kerahsiaan Orang yang penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang. Harus memastikan setiap perbualan yang dilakukan dengan klien tidak diketahui oleh sesiapa dan menjaga kerahsiaan sesuatu maklumat yang diceritakan oleh klien kepadanya. Ada sesetengah perkara yang tidak dapat untuk dijadikan kerahsiaan antaranya jika ia boleh mencederakan klien ataupun pada orang lain. Contohnya penderaan kanak-kanak, jika kaunselor mendapati klien itu terlibat dalam penderaan kanak- kanak maka masalah itu perlu dirujuk kepada pihak berkuasa. Batasan Profesional Membatasi profesionnya walaupun mengenali klien. Sedar tahap kemampuan dalam mengendalikan sesi kaunseling. Setiap kaunselor mempunyai kepakaran masing-masing di bidang yang berbeza. Sedar akan bentuk perhubungan yang dijalin, menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang memenuhi kehendak peribadi ahli dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien. Sedar dan mengawasi agar hubungan itu tidak melanggar adat dan agama, dan harus menjaga hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini. Batasan Seksual Bukan hanya melibatkan fizikal tetapi juga melibatkan pertuturan contohnya kaunselor dilarang menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah. Hubungan tertentu seperti saudara mara, kawan baik, atau hubungan emosi/ seks dengan klien akan menjejaskan pertimbangan ahli secara profesional dan objektif. Keadaan ini mestilah dijauhi atau hubungan kaunseling itu hendaklah diputuskan dan klien dirujuk kepada profesional lain yang layak Ciri- ciri Perwatakan Kaunselor Kejujuran Berkongsi Amanah Mengambil Kerahsiaan Berat/Perhatian Tulen Keterbukaan Tidak Menghukum Menerima Spontan Mesra Bertanggungjawab 7.0.KEMAHIRAN DALAM KAUNSELING

12

Memberi perhatian Menamat Proses Kaunseling Memerhatikan klien Meneroka KEMAHIRAN Masalah DALAM KAUNSELING Mendengar Merumus Menerang Semula Kemahiran Parafrasa Kemahiran memberi perhatian Memberi tumpuan pada masalah klien 4 cara Postur Pandangan mata Riak muka Cara duduk Postur Cara duduk kaunselor ketika menghadapi sesi kaunseling dapat mencerminkan bahawa kaunselor berfikiran terbuka dan bersedia untuk berhubung dengan klien. Keadaan duduk perlulah selesa, sentiasa menghadap muka klien, duduk di tengah- tengah dan relak. Kaunselor perlu menunjukkan suasana yang natural dan tenang. Hah, ceritalah...saya dengar Cara duduk yang salah bagi kaunselor Pandangan mata Sentiasa memerhatikan klien. Apabila klien tiba-tiba memandang kita, maka dia akan mendapati kita sentiasa memandangnya. Membuat klien berasa terjamin dan masalah yang disampai sudah difahami oleh kaunselor.Riak muka Ketika kita memberi perhatian kepada klien, adalah penting untuk kaunselor untuk menyatakan perasaan melalui riak muka. Jika kita mendengar kejayaan yang diperolehi oleh klien maka kita hendaklah memaparkan wajah yang ceria, dan juga sebaliknya. Membayangkan segala masalah yang dihadapi oleh klien dapat membantu kaunselor dalam memahami masalah klien. Jika kaunselor meletakkan dirinya di dalam masalah klien maka ini dapat memberikan panduan kepada kaunselor dalam menyelesaikan masalah. Cara duduk Kaunselor perlu memastikan jarak duduk bersesuaian di antara klien dan kaunselor (3 4 kaki). Kerusi harus sama ketinggian dengan klien. Kemahiran memerhatikan klien.Penampilan klien sudah dapat memberikangambaran sebenar perasaan yang sedangdialaminya.Dapat menilai masalah sebenar yang dihadapi olehklien.Masalah klien tidak hanya dapat disampaikanmelalui komunikasi lisan (verbal) tetapi jugamelalui komunikasi bukan lisan (non-verbal).Masalah dapat dianalisis dengan tepat dan jelasmaka ia dapat diselesaikan dengan mudah.

13

Komunikasi Bukan Lisan Ekspresi Wajah Peka dengan perubahan wajah klien. Perubahan wajah adalah gambaran sebenar perasaan seseorang kerana wajah akan mempamerkan apa yang terpendam di lubuk hati. Antara situasi yang memberi gambaran diri klien : Tidak bermaya Lemah Muram Takut-takut Sedih Kualiti suara Intonasi yang digunakan oleh klien Ukuran keyakinan dan pegangan klien terhadap sesuatu. Antaranya: Suara yang tersekat-sekat mungkin tanda was-was atau menyorokkan sesuatu. Nada yang tinggi tanda marah, geram atau tidak puas hati. Terlalu perlahan tanda sayu, takut, sedih atau malu Pergerakan badan Tergaru-garu kepala klien ragu-ragu, tidak pasti atau gelisah Menggigit jari klien tertekan, ragu-ragu, cemas dan risau Menggenggam erat atau mematahkan jari klien geram atau marah Menggelengkan kepala klien tertekan dan buntu.Keadaan diri klien Cara klien memperlihatkan diri juga menunjukkan keadaan sebenar klien. Ia memberi mesej kepada kaunselor apakah situasi yang sedang dihapainya. Rambut yang kusut-masai Bibir yang bengkak Tidak bermaya dan lesu Badan yang lebam-lebam. Kemahiran mendengar Aktiviti yang kompleks dan ia memerlukan kaunselor memberi tumpuan yang sepenuhnya sepanjang sesi dijalankan. Melibatkan perhatian, menerima dan memahami maklumat yang disampaikan oleh klien. Tujuan kaunselor mendengar adalah untuk memahami dengan jelas tentang masalah yang dihadapi, di samping mencapai persetujuan bagaimana masalah tersebut boleh ditangani. Dengan maklumat yang diperoleh dapat membantu menyelesaikan masalah klien berdasarkan klu dan isyarat. Menghadapi Kesenyapan Ada kalanya dalam sesi kaunseling, berlaku kesenyapan iaitu tiba tiba klien terhenti berkata kata atau klien dan kaunselor sama sama serentak tidak berkata kata. Kesenyapan juga kadang kala diiringi dengan klien sebak, mengalirkan air mata dan tersedu sedu jika tidak dapat membendung perasaan. Seseorang kaunselor harus bijak menangani kesenyapan yang tiba-tiba dialami oleh klien. Inilah pentingnya perhatian yang berterusan semasa sesi kaunseling berjalan

14

kerana kaunselor boleh mendapat bayangan apakah yang sebenarnya difikirkan oleh klien. Cara terbaik untuk menangani kesenyapan ialah dengan menggalakkan klien berbual. Bijak dalam mengemukakan soalan kerana ia mudah mempengaruhi emosi klien. Tidak tergopoh gapah bertanya soalan kepada klien. Pandai membahagikan masa kepada klien supaya mereka kembali tenang dan sekiranya klien menangis, kaunselor mestilah membiarkannya sehingga klien berasa lega dan selesa untuk kembali bercerita. Mengambil inisiatif untuk memulakan dahulu perbualan tersebut. Menghadapi situasi ini dengan tenang dan jangan panik. Biarkan hingga klien lega dan kembali selesa bercerita. Mencelah Kesunyian Menanyakan beberapa soalan Proses menanyakan beberapa soalan, membantu kaunselor lebih fokus kepada klien. Kemahiran Menerang Semula Kemahiran ini memerlukan kaunselor untuk mengulang semula perkataan yang telah disebut oleh klien semasa sesi kaunseling berjalan. Proses mengulang biasanya dengan menggunakan frasa atau perkataan yang pendek Kaedah ini merupakan kaedah pantas untuk menggalakkan komunikasi antara klien dan kaunselor. Selain itu, menerang semula amat berguna supaya kaunselor tidak terpesong pemahamannya. Ia juga dapat menggalakkan respone antara klien dan kaunselor selain kaunselor juga fokus kepada sesi kaunseling. Kemahiran Parafrasa Kemahiran kaunselor dalam menyatakan pemahaman masalah dalam bentuk ayat yang tersendiri. Ia berdasarkan pemahaman sedia ada dan dibentuk menggunakan ayat tersendiri. Perkara penting semasa membuat parafrasa ialah mengulang dengan ayat yang tepat kerana ini akan menggambarkan pemahaman kaunselor terhadap masalah klien Kemahiran merumus Menghubung kait semua maklumat yang disampaikan oleh klien berkaitan dengan masalah yang dihadapi. Kaunselor perlu membuat rumusan supaya

15

pemahaman kaunselor dengan klien adalah selari. 2 bentuk rumusan: rumusan kecil rumusan besar Kemahiran Meneroka Masalah Membantu kaunselor untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh klien. Penerokaan masalah akan membantu klien untuk menerangkan masalah dengan lebih jelas lagi. Bertanyakan soalan 3 kaedah soalan: terbuka, tertutup andaian Kemahiran Menamat Proses Kaunseling Peringkat akhir iaitu selepas kaunselor dan klien berpuas hati dengan langkah penyelesaian yang membawa perubahan dalam diri klien ataupun selepas klien merasa yakin masalah sudah selesai dan tidak memerlukan bantuan. Berlaku pada sesi pertemuan pertama, kedua, ketiga malah mungkin sesi yang kedua belas bergantung kepada masalah dan jangka masa pertemuan. Bimbingan yang berjaya dapat memberi kepuasan kepada kaunselor dan klien. 8.0. KESIMPULAN Kaunseling merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan kita. Kaunseling merupakan aktiviti nasihat dan perundingan di antara klien dan kaunselor dengan menggalakkan interaksi dalam menolong klien untuk mencapai kesejahteraan hidup. Kaunseling juga penting untuk diamalkan kerana ia akan memberi sokongan, menyelesaikan konflik yang timbul di dalam diri klien dan sekaligus membantu klien dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah yang dialaminya. Penyelesaian dalam kelompok sangatlah penting bagi menolong satu sama lain. Sambil menghubungkan hubungan silatur rahim sebagai asas di dalam Islam.

16

9.0.Bibliografi Aziz Salleh, (1996). Kaunseling Islam: Asas. Kuala Lumpur: Utusan Publications Dis Abdullah Hassan, (2007). Berdakwah dengan Efectif . PTS Publication Batu Caves Abd. Ghafar Don,Tarbiyah Dalam Kaunseling Islam Bangi. Penerbit UKM al-Albani, Muhammad Nasiruddin, Silsilah Hadits Shahih, Jilid I, Jakarta: Qisthi Press, 2005, Hadits No 1-250 Corey, G. (1991). Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy, California: Brooks/Cole Publishing Company. Fadhlullah, Muhamad Husain, Uslub ad-Dawah fi al Qur'an, (Beirut: Dar az-Zahra, 1986), terj. Tarman Ahmad Qosim, Metode Dakwah dalm al Qur'an, Jakarta: Lentera, 1997 Hassan Langgulung, (1998). Aplikasi beberapa Kaedah Kaunseling Dalam Dakwah , Bangi; Penerbit UKM. Hamka, Tafsir Al-Azhar, Juz 13-14, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1987 Munir, M., Metode Dakwah, Jakarta: Prenada Media, 2003 Qutb, Sayyid, Fiqh ad Dawah, Beirut: Muassasah ar Risalah, 1970 Salmadanis, Filsafat Dakwah, Jakarta: Surau, 2003 Shihab, M. Quraish, Tafsir al- Misbah: Pesan, Kesan dan Keserasian al Qur'an , Jakarta: Lentera Hati, 2005, Cet.IV Suparta, Munzier dan Harjani Hefni, Metode Dakwah, edisi revisi, Jakarta: Kencan Prenada Media, 2009, cet. Ke-3 Rogers, C.R, (1961). On Becoming a Person. Boston: Houghton Mifflin Company. Thanthawi, Muhammad Sayyid, Adab al-Khiwar fil Islam, (Mesir: Dar al Nahdhah), terj. Zuheiri Misrawai dan Zamroni Kamal, Jakarta: Azan, 2001, cet. Ke-1

17

Utusan Malaysia (2 januari 2000). Perdebatan dan Perbincangan Dalam Islam. Kuala Lumpur. Tim Dosen Fakultas Dakwah IAIN Imam Bonjol Padang, Kapita Selekta Ilmu Dakwah I, Jakara: Kartika Insan Lestari, 2003 Yasien Mohamed, (1996). Fitra: The Islamic Concept of human Nature: . London Ta-ha Publishers Ltd Yacub, Ali Mustafa, Sejarah dan Metode Nabi, Pustaka Firdaus, 2000, cet. Ke-2

18

Anda mungkin juga menyukai