Anda di halaman 1dari 7

KSL 6063 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN KANAK-

KANAK & REMAJA

KUMPULAN 2
TAJUK : ULASAN JURNAL

NAMA NO MATRIK

NUR FADHILAH BINTI MUHAMAD NASRI I19103554


ULASAN 1
Melalui hasil bacaan terhadap jurnal yang pertama ini, penulisan ini menerangkan tentang
pendekatan psikologi dakwah dalam menangani permasalahan remaja berisiko dengan
mengfokuskan kepada kaedah bimbingan jiwa. Berdasarkan penulisan ini, jurnal ini dijayakan
oleh Fariza Md Sham serta Azyyati Mohd Nazim yang merupakan penuntut di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Jurnal ini mula diterbitkan pada tahun 2015. Berdasarkan kepada
penulisan ini, terdapat pelbagai penjelasan yang dikemukakan mengenai pengertian dari segi
psikologi, dakwah dilihat sebagai pembawa perubahan atau suatu hasil yang dapat membentuk
akhlak seseorang individu tersebut. Manakala psikologi pula banyak memberikan jalan kepada
perumusan dakwah, pemilihan medium dakwah, pemahaman jiwa sasaran dakwah (manusia) dan
penentuan metodenya. Melalui kajian ini, pendekatan ini mengetengahkan kaedah bimbingan
jiwa dalam menangani remaja yang bermasalah, terdapat tiga kaedah bimbingan jiwa iaitu
kaunseling secara lansung, bimbingan secara berkelompok, bimbingan keluarga dan
perkahwinan. Bimbingan yang pertama adalah bimbingan secara lansung, kaedah ini untuk
mengkaji individu, mengetahui tahap kemampuannya dan maklumat lazim seperti pekerjaan,
pembelajaran atau pengkhususan bagi memudahkan pembimbing membantu individu
menyelesaikan masalah. Pada pendapat saya, bimbingan secara lansung ini amat membantu
dalam menangani remaja yang bermasalah disebabkan pembimbing dapat menjalankan temu
bual remaja tersebut secara bersemuka serta dapat menganalisis masalah dan menanganinya
dengan lebih mudah. Selain itu, rawatan jiwa secara berkelompok. Melalui rawatan ini, ia
dijalankan menerusi perbincangan dan analisis permasalahan individu mengikut pandangan
kumpulan. Kaedah ini merawat permasalahan remaja dan golongan muda yang tidak ada
hubungan kemasyarakatan, mudah terpengaruh dari segi perasaan, emosi, simpati dan suka
menyendiri. Pada pendapat saya, rawatan ini amat membantu remaja untuk membuat pilihan
yang tepat dalam kehidupannya berdasarkan hasil perbincangan yang dilakukan semasa
bimbingan jiwa itu dijalankan. Bimbingan yang ketiga adalah rawatan keluarga dan
perkahwinan. Melalui rawatan ini, bimbingan akan diberikan kepada remaja yang dan golongan
muda yang mengalami permasalahan dari sudut keluarga. Kaedah rawatan ini bertujuan
mengukuhkan kekeluargaan, dan menguatkan ikatan perkahwinan. Sekiranya ahli keluarga
enggan jalani rawatan, maka hendaklah diadakan alternatif lain seperti temu bual perseorangan,
pemerhatian dan proses interaksi bersama ahli keluarga remaja yang bermasalah
ULASAN 2
Jurnal ini mengfokuskan kepada sokongan persekitaran sosial di pelbagai jenis sekolah
menengah dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. Penulisan ini telah dijayakan oleh
Irwan Fariza Sidik, Mohd Mahzan Awang dan Abdul Razaq Ahmad. Jurnal ini mula diterbitkan
pada tahun 2018. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan hubungan sokongan
persekitaran dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar . Sokongan ini meliputi elemen-
elemen kemanusiaan seperti sokongan guru, ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat. Kemahiran
insaniah pelajar terdiri daripada, kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran sosial dan
interpersonal, kemahiran memimpin dan kemahiran menyelesaikan masalah. Teori yang dapat
dikaitkan dengan sokongan persekitaran dan kemahiran insaniah pelajar adalah teori sistem
ekologi, ia berfungsi dalam perkembangan manusia yang mempunyai perkaitan antara manusia
dan persekitaran. Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan melalui soal selidik, ia melibatkan
seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 dari empat jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) dan sekolah berasrama penuh (SBP). Berdasarkan hasil kajian
melalui tahap sokongan persekitaran daripada empat jenis sekolah tersebut, secara
keseluruhannya tahap sokongan persekitaran berada pada tahap sederhana tinggi. Sokongan guru
mencatat skor sederhana tinggi iaitu sebanyak 3.92% manakala rakan sebaya turut berada pada
tahap sederhana tinggi iaitu sebanyak 3.87%, dan yang terakhir iaitu sokongan ibu bapa mencatat
tahap interpertasi yang tertinggi iaitu sebanyak 4.07%.. Seterusnya, hasil kajian mengenai tahap
kemahiran insaniah pelajar. Secara keseluruhannya, tahap kemahiran insaniah pelajar berada
pada tahap sederhana tinggi. Menerusi kajian menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi
mencapai tahap sebanyak 3.77%, selain itu, kemahiran sosial interpersonal dan kemahiran
memimpin mencapai peratusan yang sama iaitu sebanyak 3.83%,dan yang terakhir adalah
kemahiran menyelesaikan masalah mencapai peratusan sebanyak 3.82%. Menurut dapatan
kajian Baharudin Aris menunjukkan bahawa pelajar menguasai kandungan pelajaran, dapat
mempelbagaikan kaedah untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah dengan kehendak
kemahiran berfikir aras tinggi. Kesimpulannya, sokongan persekitaran ini memberi kesan yang
mendalam dalam kehidupan seorang pelajar kerana ia melibatkan sokongan harian yang diterima
oleh masyarakat di sekeliling pelajar tersebut. Malah ia dapat meningkatkan prestasi pelajar dari
segi sosial dan akademik.

ULASAN 3
Jurnal ini mengfokuskan kepada perkembangan main dalam kalangan kanak-kanak awal.
Penulisan ini telah dijayakan oleh Zaleha Damanhuri yang merupakan seorang penuntut di Kolej
Universiti Islam Melaka. Jurnal ini mulai diterbitkan pada tahun 2017. Penulisan ini diterbitkkan
bertujuan untuk membantu kanak-kanak melalui kaedah bermain agar kanak-kanak dapat belajar
dalam meneroka dunia persekitaran mereka. Selain itu, main juga dapat membantu kanak-kanak
beradaptasi dalam persekitaran budaya, masyarakat, agama dan adat resam mereka. Menurut
hasil kajian yang dilakukan oleh Zaleha Damnhuri, berdasarkan Persatuan Antarabangsa
Pedidikan Awal Kanak-Kanak (ACEI), main dapat membantu perkembangan holistik kanak-
kanak. Main dikategorikan kepada dua perspektif utama iaitu main kognitif dan main sosial.
Perspektif permainan kognitif terbahagi kepada lima bahagian, iaitu main fungsi (kaedah
pengulangan tingkah laku), ia berlaku dalam lingkungan usia lahir hingga dua tahun, main
simbolik (keupayaan mental untuk menjadikan sesuatu objek melalui isyarat), ia berlaku dalam
lingkungan dua hingga tujuh tahun, main drama sosiodramatik (bertukar maklumat apabila
bekerjasama mengikut tema main), main konstruktif (memanipulasikan objek kepada sesuatu
yang baru dengan menggabungkan main fungsi dan main simbolik), melalui permainan ini ia
dapat meningkatkan perkembangan bahasa, sosial dan fizikal mereka. Seterusnya adalah kategori
dalam main sosial iaitu, tingkah laku (Unoccupied). Kaedah ini lebih mengfokuskan tingkah laku
bayi, selain itu tingkah laku (Onlooker), ia lebih mengfokuskan kepada pemerhatian dan
interaksi kanak-kanak terhadap sesuatu permainan tersebut tetapi tidak melibatkan diri secara
aktif, seterusnya tingkah laku solitari (solitari play), tingkah laku ini berlaku dari segi
pemerhatian dan interaksi yang rendah dikalangan kanak-kanak, ia merupakan situasi kanak-
kanak bermain secara individu dengan menggunakan alatan permainan yang berbeza, main selari
(Parallel Play) ia berlaku dalam lingkungan umur dua tahun setengah hingga tiga tahun setengah,
permainan ini bersifat individu, ia merupakan situasi di mana kanak-kanak bermain permainan
yang sama tetapi tidak bermain bersama. Seterusnya main asosiatif (Associative Play) berlaku
dalam lingkungan tiga tahun setengah, situasi ini kanak-kanak bermain di dalam kumpulan serta
di tempat kawasan yang sama, permainan ini menunjukkan interaksi dalam kalangan kanak-
kanak berada pada tahap yang tinggi, ia dapat meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak
berbanding secara individu. Yang terakhir adalah, main koperatif (Cooperative Play) ia berlaku
dalam lingkungan usia empat tahun setengah, di mana aktiviti ini bermain adalah dalam satu
kumpulan yang sama pada kawasan yang sama.

ULASAN 4

Jurnal ini mengfokuskan kepada remaja dan masalahnya mengikut MPCL. Penulisan ini telah
dilakukan oleh Siti Rohayu Ahmadan dan Khaidzir Hj Ismail yang merupakan seorang penuntut
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulisan ini telah diterbitkan pada tahun 2008. Kajian ini
dilaksanakan untuk mengenalpasti permasalahan remaja mengikut MPCL di kalangan pelajar
tahun 1 UKM dan pelajar tingkatan enam. Alat pengukuran MPCL digunakan yang merangkumi
senarai permasalahan remaja daripada pelbagai aspek iaitu kesihatan dan perkembangan fizikal,
kewangan, kehidupan dan pekerjaan, aktiviti sosial, hubungan sosial dan psikologikal, hubungan
personal-psikologikal, pergaulan dan seks, keadaan keluarga, pelajaran dan kerjaya masa depan,
penyesuaian terhadap kuliah/sekolah dan aktiviti moral dan keagamaan. Kajian lapangan ini
menggunakan soal selidik dari MPCL yang mengandungi maklumat diri dan alat kajian bagi
mengukur permasalahan antara mahasiswa tahun satu dengan pelajar-pelajar tingkatan enam.
Berdasarkan kajian yang di lampirkan dalam penulisan ini,terdapat beberapa kajian yang
dilaksanakan, iaitu berdasarkan kajian Norulhuda Sarnon dan Khaidzir bin Hj. Ismail telah
menjalankan kajian tentang permasalahan remaja iaitu ponteng sekolah dan Profail EQ Remaja.
Ia bertujuan untuk melihat profail EQ di kalangan pelajar yang ponteng sekolah. Berdasarkan
kajian ini, tidak terdapat perbezaan profail EQ yang signifikan di antara pelajar yang ponteng
sekolah. Seterusnya, kajian lain yang dijalankan oleh Khaidzir Hj. Ismail adalah berkenaan
masalah remaja iaitu kajian profil remaja perempuan yang berisiko tinggi. Seramai 20 orang
pelajar yang berisiko tinggi yang dipilih sebagai responden. Mereka juga mengaku pernah
melakukan hubungan seks. Kajian yang terakhir adalah mengenai kajian jenayah remaja. Kajian
ini adalah bertujuan untuk melihat fenomena personaliti dikalangan remaja banduan dengan
menggunakan alat pengukur 16PF dan disertai juga dengan mengukur personaliti remaja pondok.
Ia adalah untuk melihat tret personaliti remaja banduan dan perbandingannya dengan personaliti
remaja pondok. Berdasarkan hasil perbincangan mengenai permasalahan remaja dari pelbagai
aspek tersebut didapati bahawa, masalah penyesuaian terhadap kerja sekolah merupakan masalah
yang paling banyak, masalah kedua tertinggi adalah masalah aktiviti sosial, skor min yang ketiga
tertinggi adalah diikuti dengan masalah pelajaran dan kerjaya masa depan, seterusnya masalah
yang mendapat skor min terendah ialah dari segi kewangan, hal ini kerana sumber kewangan
pelajar lebih banyak bergantung kepada ibu bapa. Implikasi dari hasil kajian ini adalah, kajian ini
memberikan gambaran yang jelas bahawa memang wujud masalah-masalah yang merunsingkan
remaja.

ULASAN 5

Jurnal ini mengfokuskan kepada pembentukan emosi kanak-kanak melalui bahan bacaan sastera.
Penulisan ini telah dijayakan oleh Arba’ie Sujud dan Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi.
Penulisan ini mula diterbitkan pada tahun 2011. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar berumur 7-
12 tahun yang dijadikan sebagai sampel. Responden akan dipilih secara rawak dan akan ditemu
bual. Kaedah pemerhatian turut digunakan dalam kajian ini bagi memperolehi data untuk
mencapai objektif yang ditetapkan. Antara objekif kajian dalam kajian ini, untuk mengenal pasti
emosi kanak-kanak sewaktu membaca bahan bacaan sastera, untuk mengenal pasti dan
menganalisis bahan bacaan sastera yang dapat merangsang emosi kanak-kanak, yang terakhir
adalah untuk menyenarai bahan bacaan sastera yang menjadi tumpuan kanak-kanak. Melalui
kajian ini pendekatan teori emosi juga digunakan untuk memantapkan lagi kajian. Berdasarkan
kepada teori ini, penulis dapat mengesan reaksi kanak-kanak hasil daripada pembacaan. Menurut
analisis kajian dalam penulisan ini, terdapat tiga jenis penceritaan yang berbeza melalui bahan
bacaan sastera iaitu, buku cerita besar bergambar, cerita binatang dan cerita rakyat. Melalui hasil
penceritaan dari buku cerita bergambar, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berusia
7-8 tahun berminat untuk membaca buku-buku cerita tersebut. Ini dapat dilihat melalui reaksi
verbal yang ditonjolkan seperti bercakap dengan kawan dan bersendirian, kanak-kanak turut
merasa girang, bersungguh-sungguh, ingin tahu untuk membaca buku cerita tersebut. Menurut
hasil temu bual yang dijalankan, kelakuan ini ditonjolkan atas sebab-sebab adanya unsur hiburan
dan pengajaran, adanya unsur keindahan, iaitu gambaran watak yang menarik perhatian mereka,
gambar yang menarik kerana berwarna warni serta watak yang menarik. Berdasarkan
pemerhatian, terdapat beberapa peristiwa yang memberikan kesan emosi kepada kanak-kanak.
Selain itu, menurut hasil kajian melalui cerita binatang pula, kanak-kanak turut menunjukkan
keinginan serta merasa girang untuk mengetahui kisah ini dengan lebih mendalam. Banyak
unsur-unsur yang positif dan teladan yang boleh dicontohi melalui penceritaan ini. Secara
keseluruhannya kanak-kanak tertarik untuk membaca buku cerita binatang. Dan yang terakhir
adalah, mengenai cerita rakyat. Hasil daripada kajian menunjukkan tahap minat kanak-kanak
terhadap cerita rakyat tidak konsisten, sungguhpun begitu emosi positif kanak-kanak dapat
dilihat melalui reaksi mereka yang jelas melalui ekspresi muka, mata dan gerak badan. Pada usia
11 hingga 12 tahun, kanak-kanak mula memahami makna yang tersirat dalam cerita. Hasil
pemahaman ini melahirkan pelbagai emosi dalam diri mereka. Kesimpulannya, keupayaan
sastera meninggalkan kesan emosi yang penting kepada kanak-kanak.

RUJUKAN

Arba’ie Sujud dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi (2011), Pembentukan Emosi Kanak-
Kanak Melalui Bahan Bacaan Sastera, Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22,( 2011) : 66-89.

Fariza Md Sham dan Azyyati Mohd Nazim (2015), Pendekatan Psikologi Dakwah Dalam
Menangani Remaja Berisiko : Fokus Pendekatan Bimbingan Jiwa, Jurnal Hadhari Volume 7 (2)
(2015): 63-73.

Irwan Fariza Sidik, Mohd Mahzan Awang dan Abdul Razaq Ahmad (2018), Sokongan
Persekitaran Sosial di Pelbagai Jenis Sekolah Menengah dalam Meningkatkan Kemahiran
Insaniah Pelajar, Jurnal Pendidikan Malaysia SI I(1)(2018) : 67-76.

Siti Rohayu Ahmadan dan Khaidzir Hj Ismail (2008), Remaja dan Masalahnya Mengikut MPCL,
Jurnal Personalia Pelajar Bil. 11 Jun/June (2008) : 155-177

Zaleha Damanhuri (2017), Perkembangan Main dalam Kalangan Kanak-Kanak Awal, Jurnal
Sains Sosial Jilid 2 (2017) : 144-155.

Anda mungkin juga menyukai