Anda di halaman 1dari 1

Isu yang menjadi permasalahan.

Mengisahkan tentang perbezaan latar belakang yang telah menghalang hubungan


cinta sepasang kekasih yang akhirnya terhenti dengan kematian dan kerana tidak di
sukai oleh kedua orang tuanya. Masalah ini telah membuatkan zainuddin berasa
tertekan dan akan berusaha untuk mendapatkan hayati semula. Selain itu, perbezaan
latar belakang juga menjadi salah satu sebab mengapa percintaan ini tidak direstui
oleh kedua ibu bapa hayati. Hal ini kerana zainuddin merupakan bukanlah seorang
bangsawan disebabkan hal itu cinta tulusnya kepada hayati ditolak oleh kedua ibu
bapanya.

Selain itu, pengakhirannya yang sungguh mengecewakan apabila lamaran


perkahwinan ditolak oleh keluarga belah perempuan kerana lebih menyukai lelaki
yang kaya. Hal ini kerana, ibu bapa hayati lebih menyukai aziz berbanding zainuddin
kerana aziz merupakan orang kaya yang terkenal di padang panjang. Seterusnya,
zainuddin juga merupakan seorang lelaki biasa yang datang ke situ hanya untuk
menuntut ilmu serta ingin melihat tempat nenek moyangnya. Perhiasan agama tidak
bermakna apa-apa jika tidak bersatu pula dengan hidup yang dilambangkan pada
watak hayati. Aziz merupakan seorang yang berdarjat, berkuasa dan kemewahan
dengan cara hidup belanda.

Seterusnya, zainuddin merupakan seorang lelaki yang tidak punya apa-apa. Tidak
mempunyai harta, tidak mempunyai rupa. Ketika bertemu dengan hayati, zainuddin
mula sedar yang harta boleh dicari, rupa itu boleh diterima seadanya, dan cinta adalah
satu anugerah tuhan. Haryati terpaksa menikah dengan bukan pilihan hatinya kerana
ibu bapanya lebih mementingkan adat. Hal ini kerana orang tidak menerima zainuddin
kerana dia mempunyai keturunan yang tidak jelas. Zainuddin sering diperkecilkan
kerana mempunyai adat yang berbeza dengan orang kampungnya. Sehinggalah dia
bertemu dengan hayati. Gadis yang digelar bunga biputih. Hanya hayati sahaja yang
sudi berkawan dengan dia. Dari situlah perasaan kawan bertukar menjadi cinta.

Anda mungkin juga menyukai