Anda di halaman 1dari 87

Monday, May 15, 2006 Bila Cinta Didusta... Mata Hadi liar memerhati sekeliling .

Namun kesemua pokok-pokok dan semak-samun di dalam hutan itu kelihatan sama sahaja . " Sah aku sesat!! Gampang betul ," bentaknya sendiri . Hadi adalah seorang pengkaji dunia hijau yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti tempatan bulan lepas . Niat hati pada mulanya ingin mencari beberapa jenis akar kayu untuk dijadikan sebagai bahan kajian . Namun setelah berjalan merentasi belantara selama hampir satu jam , dia akhirnya mendapati bahawa dirinya telah sesat dengan jayanya . Lebih seronok lagi dia pergi ke hutan bersendirian . Dan kesesatannya itu tidak dapat dikesan oleh saudara-mara mahupun jiran yang terdekat . Hadi mula mati akal mengenangkan akan situasinya itu . Sedang dia asyik menyumpah seranah akan kebodohan dirinya sendiri di bawah sebatang pokok yang besar , dengan tiba-tiba kedengaran

satu suara yang merdu menyapanya dari tepi . Walaupun suara tersebut lemah dan perlahan , tetapi ianya cukup gemersik pada pendengaran Hadi . Dia mendapat satu lagi kejutan apabila dia mendapati bahawa yang empunya suara itu adalah seorang gadis yang cantik dan ayu . " Abang nie sesat ke?" tanya si gadis . " Eh?! Takde la , abang cuma terlupa jalan keluar je ," " Abang nieboleh buat lawak bodo lak kat dalam hutan nie , marilah ikut saya . Biar saya tunjukkan abang jalan keluar ," Mata Hadi bersinar mendengar kata-kata gadis itu . Tanpa berlengah dia lantas berdiri dan mengekori gadis tersebut dari belakang . Matanya sempat melihat potongan badan gadis ayu itu . Ianya cukup hebat untuk menimbulkan rasa buas di dalam sanubarinya . Kalau diikutkan hati , mahu saja dia menerkam gadis mungil itu biar puas nafsu serakahnya . Tapi berkat iman tipis yang tenggelam timbul dia mampu mengawal dirinya . Sepanjang perjalanan , mereka berbual mesra . Sedar tak sedar akhirnya Hadi ditakdirkan jatuh

cinta pada pandangan pertamanya kepada si gadis yang masih belum dia ketahui akan namanya . Baginya menemui jalan keluar bukanlah soal utama lagi . Dia kini sudah cukup bahagia bersama gadis idamannya itu . " Dah lama kita berbual . Tapi abang masih tak tau lagi siapa nama awak ," " Nama saya , Wati ," " Nama abang pulak Hadi . Macam secocok lak nama kita nie kan ? Wati..HadiWati tinggal kat mana ?" " Saya rasa abang tak perlu tahu di mana saya tinggal . Cukuplah saja abang tahu nama saya ," Hadi terasa sedikit kecewa dengan jawapan Wati itu tadi . Dia mula merasakan bahawa usaha mengayatnya selama ini bagaikan embun pagi yang menghilang di tengahari . Dia mula mendiamkan diri . Mungkin kerana rasa malu mula bertandang di hati . " Kenapa abang diam ? Maafkan saya kalau kata-kata saya tadi menyinggung perasaan abang . Saya takut sekiranya saya beritahu abang di mana saya tinggal , abang akan anggap saya seorang penipu ," Wati bersuara .

Hati Hadi sedikit terubat mendengar penjelasan Wati itu . Dia mula kembali merasakan sinar harapan untuk memenangi hati dan cinta Wati . " Watikalau abang anggap Wati nie penipu , takdenya abang nak ikut Wati cari jalan keluar nie tau tak ? Wati cakap je la . Abang percaya cakap Wati ," balas Hadi dengan lembut sambil memasang harapan ianya dapat mencairkan hati Wati . " Begini bang , sebenarnya Wati berasal dari alam bunian . Wati bukanlah orang biasa . Wati merupakan salah seorang daripada penghuni alam bunian ," Hadi tersentak mendengar semua itu . Dia mula sangsi . Keraguan yang berbaur percaya memenuhi ruangan hatinya . Jika difikirkan secara logik , memang tidak mustahil Wati adalah seorang gadis bunian kerana kehadirannya yang secara mengejut di dalam hutan belantara yang luas itu . " Jadi , maknanya abang tak bolehlah berkawan dengan Wati? Hanya kerana dunia kita berbeza? Terus terang abang katakan bahawa abang mempunyai hati dengan Wati seawal

pertemuan kita tadi lagi ," balas Hadi dengan lemah . Dia sudah tidak dapat membendung rasa hatinya lagi . Biarlah Wati tahu bahawa dia mempunyai keinginan untuk berkawan dan sekaligus menjadi teman hidup Wati . " Abangkalau Wati tak nak berkawan dengan abang , Wati tak tolong abang cari jalan keluar . Ersebenarnya Wati pun ada hati dengan abang juga ," Mahu sahaja Hadi terlonjak gembira mendengar kata-kata Wati sebentar tadi . Namun demi mengontrol kehensemannya yang tidak seberapa itu , dia membatalkan niatnya . Mereka mula berpandangan mata . Senyuman manis mula terukir diwajah masing-masing . Pucuk-pucuk cinta mula bersemi di dalam hati mereka . " Tapi bang..sanggupkah abang meninggalkan dunia abang demi untuk bersama dengan Wati bang ?" " Watiapalah gunanya dunia abang tanpa Wati berada di sisi abang ? Demi kebahagian kita berdua , abang sanggup buat apa saja ,"

Sekali lagi mereka bertentang mata . Tangan kasar Hadi mula memegang tangan halus Wati. Manakala Wati hanya tersipu malu apabila menyedari tangannya kini sedang digenggam mesra oleh Hadi . " Abang dapat merasakan kini akan keindahan sebenar dunia fana ini Wati . Biarlah hutan belantara ini menjadi saksi dua insan dari dua dunia yang berbeza bersatu atas dasar kata cinta yang sejati . Cinta yang tiada tolok tandingnya . Cinta bagaikan Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang . Cinta yang tidak berbelah bagi dan" Belum sempat Hadi menghabiskan kata-kata manisnya , tiba-tiba kedengaran satu suara garau yang memotong stimnya dengan Wati . " Cinta kepala hotak hang ," kata seorang lelaki tua dengan selamba ditemani oleh seorang wanita tua dan beberapa orang lain . " Watimari balik dengan mak nak ," kata si wanita tua itu pula . " Wati jangan tinggalkan abang Wati ! Hoi penghuni bunian semua ! Tidakkah kamu mempunyai hati dan perasaan ? Haruskah kamu

berlaku kejam dengan kami insan yang sedang bercinta ? Janganlah kamu merampas Wati dariku!!" bentak Hadi dengan penuh bersemangat . " Oii..mangkuk , kamu nie nama je orang bandar . Sekolah tinggi . Tapi kepala hotak tu bubuh kat lutut . Apa yang kamu merepek nie ? Ada ke panggil kami semua nie orang bunian ? Gilo ko ?" balas si lelaki tua masih dengan muka yang selamba . " Ah!! Sudahlah , jangan la kamu cuba untuk mengaburi hati dan perasaan ku . Walau apa pun terjadi , aku tetap tidak mahu tinggalkan Wati ," bentak Hadi lagi dengan penuh nekad . " Apa ke bodo gile sangat la budak nie ? Kau dengar sini baik-baik . Wati nie anak aku . Kepala hotak dia nie mereng sikit . Hati bapak mana yang tak tersentuh bila anak lelaki dia jadi macam nie ?" jawap si lelaki tua namun kali ini dengan wajah yang pilu sehingga beliau menitiskan air matanya . " Apa?! Kepala hotak mereng ?! Anak lelaki ?! Apa ke jadahnya semua ini?" tanya Hadi dengan penuh hairan .

" Begini nakanak mak cik nie sebenar baru saja keluar dari hospital bahagia kerana dia tertekan akibat penyertaannya sebagai peserta Miss Malaysia ditolak . Mana tidaknya ditolak kalau anak mak cik nie lelaki . Anak jangan tertipu dengan penampilan anggun anak mak cik nie sebab dia nie memang pandai berfesyen . kalau anak tak percaya dia nie lelaki , nie hah kad pengenalan beliau ," terang si wanita tua sambil menghulurkan sekeping kad pengenalan kepada Hadi . Di dalam kad pengenalan tersebut terpampang gambar seorang lelaki yang iras dengan Wati dengan nama Deman Syahwati Bin Soot Piau . Sejurus itu tanpa kompromi Hadi jatuh pengsan dengan mulutnya berbuih dan hidungnya mengalirkan darah merah dengan lancar . Orang kampung yang kebetulan berada di situ bergegas membawa beliau ke klinik desa yang berhampiran . Rupanya Hadi hanya sesat di dalam hutan kecil di Kampung Sedawai Keras dan cinta sejatinya telah didustai dengan penuh kejam . Sekian adanya

Wednesday, May 03, 2006 Penunggu Villa Usang... Di dalam kegelapan dan keheningan malam , kelihatan dua susuk tubuh sedang berjalan menuju ke sebuah villa usang yang terletak di puncak bukit . Salah seorang daripada mereka membawa sebuah perakam video dan salah seorang lagi hanya membawa sebuah buku nota dan sebatang pen . Dengan berpandukan sorotan lampu suluh , mereka berdua menggagahkan diri untuk terus berjalan menuju ke arah villa yang dikatakan berpenunggu itu . Din , kau yakin ke villa nie ada drakula ? tanya Meon kepada Sudin , wartawan kisah misteri yang sungguh tidak terkenal . Sudin dapat tahu tentang villa tersebut dari seorang pemanggil misteri beberapa hari yang lepas . Pemanggil yang hanya mahu dikenali sebagai Y itu menyatakan bahawa dia sering terlihat lembaga sedang berkeliaran di dalam villa tersebut dan

diikuti dengan sorotan cahaya lilin menerangi segenap tingkat atas villa tersebut . Kalau bukan Drakula apa lagi ? Dah lakau ikut je aku . Nanti kalau kita dapat menemuramah Drakula tu tak ke glamour gila kita lepas tu ? kata Sudin cuba untuk membakar semangat rakan setugasnya . Setelah hampir lima minit meredah semaksamun tebal , akhirnya mereka kini berdiri betulbetul di hadapan pintu masuk villa tersebut . Dengan keberanian yang tenggelam timbul , Sudin membuka pintu hadapan dan kemudiannya masuk ke dalam diikuti oleh Meon di belakang . Suasana di dalam villa tersebut amat menyeramkan macam dalam filem-filem Drakula barat yang sedang ditayangkan dipanggung-panggung tempatan yang berhampiran . Din!! Tengok kat atas tu DinAda cahaya lilin..Mati la Din , Drakula tu dah tau kita nak datang . Jom la kita blah Din , kata Meon dengan nada suara takut yang teramat sangat sehingga beliau gagal untuk mengawal diri dan mula mempersembahkan tarian zapin seketika .

Sudin yang bengang melihat aksi rakannya itu lalu turut mempersembahkan tarian joget sebagai tanda dengki beliau . Ah..sudah!! Kang ada yang kena pelempang dengan aku kang . Jom kita naik atas tu dan jumpa dengan Drakula tu . Kalau boleh kita interview dia sekali macam dalam filem Interview With The Vampire tu . Lepas nie , kau caya la cakap aku Meon . Muka kita nie mesti kena tengok satu Malaysia punya la , kata Sudin dengan penuh retorik . Termakan dengan kata-kata manis Sudin itu , Meon lalu memberanikan dirinya untuk naik ke tingkat atas villa tersebut . Setiba mereka di tingkat atas , kelihatan seorang lelaki berambut panjang dan berbadan kurus sedang duduk di hadapan sebatang lilin yang sedang menyala . Meon dan Sudin kini berada di sebuah ruang yang sangat luas . Mungkin ianya adalah ruang tamu . Aku sudah tahu tujuan kamu datang ke mari wahai manusia . Duduklah di hadapan sana . Jangan datang terlalu dekat dengan ku . Kerana kamu pasti tidak akan mahu melihat wajahku

yang sangat mengerikan ini , kata lelaki tersebut . Meon dan Sudin hanya menurut arahan lelaki tersebut . Mereka duduk di atas kerusi-kerusi kayu yang terletak beberapa meter jauh dari di mana kedudukan lelaki misteri itu berada . Mereka berdua hanya mampu melihat bayangan badan lelaki tersebut kerana jarak yang agak jauh . Namun bagi Sudin ianya sudah memadai kerana apa yang lebih penting ialah sesi temubual mereka bersama lembaga tersebut . Korang dah sedia ke belum ? Gua dah nak start cerita tang kisah hidup gua dah nie , kata lelaki itu lagi . Sudah wahai encik Drakula , jawap Sudin dengan penuh sopan santun . Gua dulu masa kat sekolah selalu kena marah dengan cikgu gua . Dia marah sebab gua selalu tak siap kerja rumah . Ada ke patut?Danbila gua meningkat dewasa , gua susah sangat nak dapat kerja . Mak dengan bapak gua pulak asyik sibuk dengan kakak gua yang belajar kat Universiti tu . Hidup gua menderita dan terbiar wa cakap sama lu ,

Din apasal aku rasa macam tak sedap hati bila dengar slang Drakula tu ? Macam bisik Meon . Hisk!!Kau diam la . Biasa la tu , hantu pun pandai tiru slang manusia la ngokDah la kau diam dan rakam je boleh tak ? balas Sudin dengan nada penuh benci . Hoi mangkuk!! Korang nak dengar cerita aku ke tak nie ? Kalau tak baik korang blah je , jerit lelaki tersebut . Maaf encik Drakula , sila la teruskan , jawap Sudin . Hidup gua sangat terdesak pada ketika itu . Sehinggalah pada suatu hari gua berjumpa dengan seorang lelaki misteri di sebuah lorong gelap . Dia kata dia boleh buat gua tak takut mati dan hidup selama-lamanya . Pada malam itu la gua telah bertukar menjadi seorang Vampire yang terganas di Malaysia nie . Hahahahahagelak ganas , sambung lelaki tersebut sambil ketawa tahap tak sedar diri . Lu ada bawak air tak beb ? Haus pulak lepas gelak sakan nie , tanya lelaki itu .

Maaf la encik Drakulaeh , encik Vampire kami tak bawak air la , jawap Sudin . Lalok la lutapi takpe . Selambe.. Erencik vampire , apa rasanya menjadi seorang vampire nie ? Boleh tak encik menjelaskannya kepada kami ? tanya Sudin pula . Jadi vampire niewa cakap sama lu beb . Dunia nie macam lu yang punya . Bila gua boring je , gua akan terbang ke bulan . Pastu kekadang gua akan terbang ke Amerika untuk jumpa vampire-vampire yang lain , Sudin mendengar kata-kata lelaki tersebut dengan penuh kagum . Di dalam benak fikirannya sudah mula membayangkan dirinya menerima anugerah wartawan terbaik di Malaysia . Dia yakin yang semua itu akan tercapai setelah dia mempamerkan hasil temubualnya ini kepada umum . Baiklah encik vampire . Rerasanya kami sudah selesai . Bolehlah kiranya kami beredar , kata Sudin kepada lelaki tersebut . Lelaki itu kemudiannya membenarkan mereka berdua meninggalkan villa tersebut .

Lepas nie mesti muka kita akan dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia sama ada melalui corong radio atau kaca televisyen serta muka suratkhabar . Glamour kita Meon..hehehehe.. bisik Sudin semasa mereka baru sahaja hendak memulakan langkah untuk meninggalkan villa tersebut . Belum sempat mereka berjalan keluar , tiba-tiba villa tersebut menjadi terang-benerang . Sejurus itu kedengaran suara jeritan yang bertalu-talu . Malah suara jeritan lelaki misteri tersebut juga turut bergema . Sudin dan Meon mula berasa hairan dan panik . Mereka masih tidak faham dengan apa yang sedang terjadi . Dengan tibatiba mereka berdua disentap keras dari belakang Berita jam lapanPihak polis telah menangkap sekumpulan penagih di dalam sebuah villa yang telah ditinggalkan di Kampung Dompok malam semalam . Kumpulan penagih ini dikatakan baru sahaja ingin memulakan aktiviti mereka dengan satu gaya baru yang mana salah seorang daripada mereka akan merakam aktiviti durjana mereka itu . Namun

dua daripada penagih tersebut enggan mengaku bersalah . Dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut . Dua suspek yang enggan mengaku salah tersebut dikenali sebagai Meon dan Sudin Sejurus itu wajah Meon dan Sudin terpampang di kaca televisyen . Sekian

Wednesday, May 03, 2006 Wanita Berbaju Putih Membawa Batu Nisan... Mana la aku nak cari benda tu , besok dah nak pakai dah , Pak Rahmat berkata sendiri . Sejak dua hari yang lepas lagi hatinya tidak tenang kerana memikirkan permasalahan yang sedang bertandang di dalam kehidupannya . Semenjak dua hari lepas jugalah tidurnya tidak pernah lena seperti selalunya . Pada malam itu dia mengambil keputusan untuk pergi ke warung Wak Deman dengan harapan dapat melekakan fikirannya dari terus memikirkan masalahnya itu buat sementara waktu .

Setibanya dia di sana , kelihatan suasana di warung sudah semakin lenggang dengan hanya beberapa orang pelanggan tetap sahaja yang masih setia bertenggek di dalamnya . Warung Wak Deman ini sememang sudah menjadi tempat rasmi buat kaum-kaum Adam menjalankan aktiviti-aktiviti mereka yang boleh dikatakan kurang berfaedah seperti berborak kosong , membincangkan isu-isu politik semasa dan kekadang menyebarkan gosip-gosip panas di sekitar Kampung Pening Selamba ini sendiri . Hai , Mat ? Apa ke jadahnya kamu pergi warung ni malam-malam buta ni ? Biasanya kamu ni kalau dah nak masuk maghrib je dah tak nampak batang hidung tu , tegur Pak Lebai yang duduk semeja dengan Meon Kerbau dan Salim Getah . Pak Rahmat sememangnya sudah cukup kenal lama dengan mereka bertiga ini . Boleh dikatakan sejak dia masih muda lagi . Yela , Mat . Kau dah buang tabiat ke ? Tak pun kau gaduh dengan bini kau ? sampuk Meon Kerbau pula . Pak Rahmat hanya tersenyum lemah dan duduk bersama mereka . Dia lalu memesan secawan kopi panas .

Takde la Meon . Aku saja je nak tukar angin malam ni . Hah , korang tengah cerita pasal apa ni ? Boleh aku join sekaki ? tanya Pak Rahmat cuba untuk menukar topik . Dia tahu sekiranya dia tidak berbuat demikian , nescaya tiga orang sahabatnya itu akan tidak henti-henti menanyakan soalan kepadanya . Ni hah , anak Imam Kassim tu . Katanya kena tumpang dek pontianak dekat jalan baru tu semalam , kata Salim Getah memulakan semula perbualan hangat mereka yang tergendala sebentar tadi . Anak Imam Kassim , si Sarip Kutu Embun tu ? Padan sangat la dengan muka dia . Selalu sangat pulang jauh malam , balas Pak Rahmat sambil ketawa kecil . Hish , kau ni Mat . Tak baik kamu cakap macam tu . Aku dengar masuk hari ni dah empat hari dia demam sejuk , Pak Lebai bersuara . Macam mana dia boleh kena tumpang tu ? tanya Pak Rahmat dengan penuh minat . Begini , semalam masa budak Sarip tu tengah dalam perjalanan nak pulang , tiba-tiba ada awek cun tahan motor dia . Biasalah anak muda

, pantang tengok dahi licin sikit dah naik bulu . Kata awek tu dia nak tumpang sampai ke hujung jalan . Jadi si Sarip tu apa lagi , tak tolak peluang le dia . Kena lagi awek tu cun gila . Sampai je mereka di tempat yang awek tu katakan , dengan tiba-tiba awek tu hilang dan lepas si Sarip dengar suara perempuan tengah mengilai , jelas Salim Getah . Ala , mungkin si Sarip tengah berkhayal masa tu . Ni la orang kita ni , cepat sangat nak percaya dengan benda karut-marut macam tu . Dah la , kita cerita pasal benda lain la . Bosan aku dengar cerita karut tu , bentak Pak Rahmat . Kawan-kawannya memang sudah mengagak yang dia akan berkata demikian . Ini kerana Pak Rahmat ni memang payah nak percaya tentang sesuatu benda kalau dia tak nampak dengan mata kepala dia sendiri . Mahu tak mahu , akhirnya mereka terpaksa menukar topik perbualan mereka . Sedar tak sedar , hari sudah lewat malam . Semua pelanggan warung Wak Deman sudah mulai meninggalkan kerusi dan meja mereka . Hanya tinggal mereka berempat sahaja yang

belum berganjak . Namun setelah Wak Deman membuat beberapa signal , akhirnya mereka terasa dan mula mengorak langkah untuk pulang ke rumah . Kau ingat sikit Mat . Budak Sarip tu kena ganggu dek pontianak tu dekat jalan menuju ke rumah kamu , pesan Pak Lebai . Ala , kalau aku jumpa dengan pontianak tu nanti , aku sampaikan salam rindu kau kat dia , balas Pak Rahmat sambil ketawa besar . Kawan-kawannya yang lain hanya mampu untuk menggelengkan kepala mereka . Pak Rahmat lalu menghidupkan enjin kereta kancilnya dan mula bergerak pulang ke rumahnya . Suasana di jalan ketika itu sangat sunyi dengan tanpa sebuah kenderaan pun yang berada sama ada di depan atau di belakang kereta Pak Rahmat . Rasa bosan mula menyelubungi hati kecilnya . Lebih mengecewakan lagi radio keretanya telah rosak hasil dari kerajinan anak sulungnya Jaya yang sering menukang speaker radio tersebut . Bila mengenangkan sahaja tentang anak sulungnya itu , hatinya bertukar risau kembali seperti sebelum ini . Titik

permasalahan mula memenuhi fikirannya . Baginya semua permasalahan ini adalah disebabkan oleh kebodohan anak lelakinya itu . Ini la kau Jaya . Bapak suruh kamu tempah awal-awal benda tu , kau boleh kata terlupa . Sekarang bapak juga yang susah . Tak boleh diharap punya anak , sumpah Pak Rahmat sendiri . Di dalam kerancakkan Pak Rahmat menyumpah seranah anaknya itu , tiba-tiba matanya menangkap kelibat seorang gadis yang berpakaian serba putih sedang memberhentikan keretanya . Perlahan-lahan Pak Rahmat memberhentikan kenderaan ke tepi jalan . Ternyata gadis itu berada lingkungan usia 20an . Di tangan kanan gadis tersebut sedang mengendong sesuatu yang ditutupi oleh kain putih . Anak tunggu siapa malam-malam buta begini ? tanya Pak Rahmat kepada gadis itu . Dia cuba untuk melihat raut wajah sebenar gadis tersebut . Namun tidak berhasil kerana rambut panjang gadis tersebut menutupi keseluruhan bahagian atas mukanya . Yang kelihatan hanya hidung mancung dan bibir

gebunya . Ianya sudah cukup menunjukkan bahawa gadis itu adalah seorang yang cantik . Saya nak pergi ke hujung sana tu pak cik , jawap gadis itu . Kalau macam tu , jom ikut pak cik . Tak baik tau anak duduk sini seorang-seorang , nanti terjadi perkara tak diingini . Lagipun kebetulan , pak cik pun lalu jalan tu , pelawa Pak Rahmat dengan sopan . Gadis itu lalu membuka pintu kereta Pak Rahmat dan duduk di bahagian belakang. Pak Rahmat tersenyum . Di dalam buah fikirannya , alangkah eloknya jikalau gadis itu boleh dijadikan colan menantunya . Lagipun anaknya Jaya tu sudah lama membujang . Dia pun sudah lama mengidam hendak bercucu . Gambarannya menimang seorang cucu yang comel mula bermain di fikirannya . Sepanjang perjalanan gadis itu langsung tidak berkata-kata . Pak Rahmat mula merasa bosan kembali . Bagi mengelakkan dari perkara itu berlaku , dia lalu cuba untuk membawa gadis tersebut berbicara .

Anak ni datang dari bandar ye ? Sebab pak cik tak pernah nampak anak sebelum ni ? katanya kepada gadis itu . Pak cik nak tau tak ? Dulu saya berkerja di kilang keropok kat kampung sebelah tu . Masa tu saya hidup dengan bahagia sekali . Sehinggalah , saya berjumpa dengan seorang lelaki yang selalu usik saya kalau saya balik kerja . Ditakdirkan pula saya telah jatuh cinta dengannya . Kami menjalinkan hubungan selama hampir enam bulan lamanya . Kerana terlalu percayakan dia , saya telah menyerahkan harga diri saya kepadanya . Malang bagi saya kerana seminggu lepas tu saya disahkan mengandung . Lebih malang lagi apabila dia tidak mahu bertanggungjawap dengan perbuatannya malah selepas itu saya diberitahu bahawa dia telah berhijrah ke Kuala Lumpur . Sepanjang saya mengandung tu , saya sering dicaci dan dimaki oleh orang-orang kampung dan keluarga saya sendiri . Sehinggalah akhirnya saya mengambil jalan mudah untuk menamatkan penderitaan saya . Saya membunuh diri dengan meminum racun tikus .

Dan sejak tu la saya dipindahkan ke kampung ni pak cik . Hah ! kat simpang tu je pak cik , kata gadis itu . Di dalam keadaan yang semakin panik , Pak Rahmat masih mampu mengawal dirinya . Perlahan-lahan dia memberhentikan kenderaannya betul-betul di satu simpang yang mempunyai papan tanda yang bertulisan jawi . Apabila dia mengamati tulisan tersebut , ianya bermaksud Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Pening Selamba !!! Mesti pak cik tertanya-tanya apakah benda yang saya sedang bawa ni kan ? Hah ! Inilah bendanya tu . Heiheiheiheihei.. kata gadis itu lagi setelah dia sudah keluar dari kereta sambil menunjukkan sebuah batu nisan kepada Pak Rahmat ! Mata Pak Rahmat terbeliak besar melihat semua kejadian ini . Hatinya berdebar kencang ! Lebih-lebih lagi apabila dia melihat batu nisan tersebut . Ini sudah bagus ! Bak sini batu nisan tu ! kata Pak Rahmat lantas meragut batu nisan tersebut dari tangan gadis puaka itu . Dia lalu memecut kenderaannya sepantas dan sejauh yang boleh

dari gadis puaka tersebut . Hahahaha..akhirnya dapat juga aku nak cari batu nisan untuk kubur laki si Tijah tu . Selesai masalah aku . Boleh la aku pasang Astro bila si Tijah bayar aku nanti . Jadi tak payah la lagi aku susah-susah nak pergi ke warung Wak Deman yang jauh tu semata-mata nak tengok gusti . Hahaha.. kata Pak Rahmat Si Pengali Kubur dengan riang dan gembira . Sementara itu , jauh di belakang kelihatan gadis puaka itu tadi masih lagi termanggu di bahu jalan kerana tidak memahami respon hampeh yang diberikan oleh Pak Rahmat Manusia Dan Bunian Posted on Isnin, 2009 Februari 23 by mila Di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa. Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan

berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.

Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia. Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna, kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik. Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia. Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat

melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad), katanya. Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian. Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin. Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini, katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki

rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin. Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan. Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu, katanya. Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.

Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya. Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal, katanya. Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu. Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.

Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam. Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga. Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri, katanya. Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.

Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya. Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian. Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah. Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada

pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu. Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar, katanya. Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri. Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga

menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan. Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu. FAKTA - Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar. - Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah. - Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.

- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal. - Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan. - Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan. - Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir. - kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.

[Cerpen] Takdir Cinta Sumayyah 1 of 26

mutiara hati Posts: 65 Location: Malaysia Joined: 11.03.09 Status: Offline Posted on 23.03.2009 09:04 Peraturan & Etika Forum "Tuk..tuk..tuk",pintu bilik bewarna coklat itu diketuk perlahan. "Assalamualaikum,doktor taknak balik lagi ke,dah pukul 11 nie",soal Anisah sebaik pintu bilik itu dikuaknya.Tiada sebarang jawapan yang diterimanya."Iskhh,pekak ke ape doktor Hariz ni?',monolog Anisah."Doktor...doktor

Hariz",pekik Anisah tapi masih dalam nada perlahan. Hariz tersedar dari lamunannya."Oh,awak Anis,maafla saya takperasan awak ada dalam ni,ada apa?",tanya Hariz pada jururawatnya yang dipanggilnya Anis. "Dah pukul 11 nie,doktor tak nak balik lagi ke?,saya nak balik ni",tingkas Anisah.Jam sudah menginjak ke jam 11,dan dia pasti suaminya sedang menunggu di lobi. 'Pukul 11?,agaknya keluarga datin tu dah balik ke belum?",soal Hariz pada dirinya sendiri tetapi masih mampu didengari oleh Anisah. "Apa doktor cakap tadi",Anisah bertanya kerana dirasakan perangai doktor Hariz agak pelik pada hari itu. "Oh,tak ada apa la,awak boleh balik sekarang,saya masih ada hal ni.",jawab Hariz sepantas mungkin.Sebaiknya dia cuba mengelak daripada diasak dengan pelbagai soalan daripada jururawatnya itu.Anisah keluar dari bilik itu sejurus selepas memberikan salam."Apa agaknya yang tak kena dengan doktor Hariz hari ni?,dari pagi tadi asyik

termenung aje,satu kerja pun tak jalan,nasib baikla takde pembedahan hari ni,kalau tak alamatnya memang ke kuburla pesakit tu",ngomel Anisah sendirian sambil tangannya ligat mengemas tas tangannya. --------------------------------------------Di dalam bilik,Hariz masih lagi termenung.Dia teringat akan kata-kata ibunya tadi sebelum keberangkatannya ke hospital."Hariz,malam nanti keluarga Datin Aliza nak datang,dia nak kenalkan anak perempuan dia yang baru balik luar nagara tu pada Hariz,manalah tau,kot kot Hariz berkenan ke denagn dia,nanti balik awal ye sayang",kata-kata itu masih terngiang dimindanya."Maafkan Hariz,mama.Hariz pasti sudah mengecewakan mama",keluh Hariz di dalam hati.Briefcasenya dikemas.Dia harus pulang

Perlahan-lahan kereta mewah itu menyusuri masuk ke laman parkir rumah banglo dua

tingkat.Jam di tangan sudah menunjukkan angka12.Hariz pasti kedua orang tuanya sudah tidur.Pintu kayu berukir Jawa itu dikuaknya perlahan.Ruang tamu gelap gelita,memang betul sangkaan Hariz.Langkahnya diatur satu persatu.Klik!.Kedengaran suis dipetik dan terpancarlah cahaya kesegenap ruang tamu moden itu.Datin Sufiah berdiri disatu sudut sambil bercekak pinggang."Hariz kemana?",soal mamanya."Hariz tau tak yang malam tadi kita ada tetamu,kenapa sengaja balik lambat?,Datin Sufiah melepaskan amarahnya.Belum sempat Hariz menjawab,mamanya terlebih dahulu memotong."Hariz tau tak bertapa malunya mama pada keluarga Datin Aliza tu?,mama yang beria-ia suruh mereka datang sebab nak kenalkan Hariz dengan Juita,tapi Hariz sengaja tak nak balik,mama malu,,malu tau tak??.Kali ini Datin Sufiah betul-betul naik angin.Rasanya ingin sahaja ditampar pipi anak lelaki tunggalnya itu. "Maafkan Hariz,mama.Hariz bukan sengaja taknak balik,tapi hari ni ramai sangat pesakit,takkan Hariz nak biarkan mereka

macam tu,sedangkan Hariz boleh senang lenang duduk kat rumah ni",Hariz terpaksa berbohong. "Sudah la tu,awak ni tak malu ke,bergaduh dengan anak sendiri malam-malam buta macam ni?,soal Datuk Hashim,papanya,yang dari tadi asyik memerhatikan kelakuan dua beranak itu."Hariz,sudah pergi masuk bilik kamu,mandi,solat dan tidur!",arah Datuk Hashim.Bagaikan lembu dicucuk hidung,Hariz terus berlalu ke biliknya. "Awak ni terlalu manjakan budak tu!.Cakap saya pun dia tak nak dengar dah,apa nak jadi dengan budak tu pun saya tak tau!",Datin Sufiah menempelak suaminya.Langkah kaki dihayun menuju kearah tangga kayu lalu terus naik ketingkat atas.Kedengaran pintu terhempas kuat.Datuk Hashim memang sudah masak dengan perangai isterinya itu.Memang pantang benar baginya jika ada yang tidak mahu mendengar arahannya. Di dalam bilik yang berhawa dingin itu,kelihatan seorang pemuda yang sedang menghambakan dirinya pada ALLAH S.W.T.Tangannya diangkat

lalu bibirnya pantas menuturkan bicara pada Yang Esa."Ya Allah,ampunilah dosa kedua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi hamba sewaktu hamba kecil,lindungilah mereka daripada ditimpa bala bencana dan murahkanlah rezeki ke atas mereka.Ampunilah juga dosa hamba kerna sudah berbohong pada mama,jauhkanlah hamba daripada seksaan api neraka.amin".. ----------------------------------------------------------lengkap dengan tajwid yang hak dan sebutan yang jelas.Suara itu telah mengejutkan sang ibu lantas kaki dihayun menuju kebilik anak daranya.Pintu di kuak dan "eh,mak tak tidur lagi",ucap gadis itu.Terganggu sedikit bacaannya."Mak tak boleh tidur la,mak terdengar Maya baca Qur'an,tu yang mak keluar ni",jawab si ibu."Maya teruskan la,mak nak ambil wuduk,nak solat sunat sekejap".Maya tidak menjawab tetapi hanya tersenyum pada ibunya.Begitulah rutin ibunya semenjak kematian ayah.Sudah hampir dua bulan ayah 'pergi'.Bermula disaat itu semua dirasakan

kosong.Ibu pula hampir setiap malam tidak boleh tidur,rindukan ayah katanya.Haffif pula sudah hampir seminggu tidak kesekolah,sekejap pergi,sekejap tidak,sekolah itu bagaikan hotel baginya.Maya hanya tersenyum kecil apabila mengenangkan kelakuan adik bongsunya yang dipanggil Fif itu.Sedang asyik mengelamun,dari jauh kedengaran sayup-sayup suara azan dilaungkan.Maya bingkas bangun dan bersiap untuk menunaikan solat subuhnya..lantas telekung dirapikan sedikit dan sejurus takbir dilafaz.... -----------------------------------berwarna hitam putih.Lantas sarung kakinya disarung.Sebelum beredar Hariz sempat melihat cermin sekali lagi,"Uhh,hensem jugak aku ni",monolognya sendiri.Pabila pintu bilik dikuak wajah ayahnya yang muncul."Ha,anak papa dah siap,cepat turun bawah lepas tu sarapan",arah Datuk Hashim.Belum pun sempat anak tangga dipijak,tangan Hariz ditarik perlahan."Lupe pulak papa nak cakap,mama kamu tu masih merajuk denagn kamu,nanti masa kat meja makan,kamu pujukla dia..kesiankanla papa ni..tak pasal-pasal

malam tadi papa kena tidur kat sofa dalam bilik tu tau,ni semua Hariz punya pasal la".adu Datuk Hashim."La,yeke papa kena tidur kat sofa?,kesiannya papa Hariz ni."Hariz hanya tersengih.Sampai sahaja ke ruang makan,kelihatan Datin Sufiah sedang menuang air kopi ke dalam cawan."Selamat pagi mama",ucap Hariz,namun tiada jawapan diterima."Mama,janganla macam ni.Okey Hariz mengaku memang Hariz sengaja tak balik malam tadi sebab Hariz malas nak jumpe keluarga datin tu.Hariz tak bersedia lagi nak kenal dengan mana-mana perempuan,lagipun..."lagipun apa?",belum sempat Hariz menyudahkan ayatnya,Datin Sufiah menyampuk."Lagipun apa Hariz",Datin Sufiah mengulangi ayatnya."Hariz tau tak yang umur Hariz tu dak nak masuk 28,sepatutnya dalam umur yang macam ni mama dah dapat timang cucu tau,kalau la betul Hariz tak suka mama carikan jodoh untuk Hariz,kenapa Hariz tak bawa sendiri calon isteri tu dan jumpa mama.Awak tu kan kacak,segak,takkan satu pun takde yang sangkut kat tempat kerja tu..si

budak Anisah tu kamu yak mau?",leter Datin Sufiah panjang lebar."Eh,mama mana boleh,Anisah tu dah kahwin la mama.Nanti la kita bincang pasal ni ya mama,Hariz dah lambat ni",ucap Hariz lalu pergi tanpa sempat menjamah sarapan paginya. "Hmmm,itulah awak.Pagi-pagi lagi dah nak bertekak dengan anak,tengok la tu dia pergi kerja pun tak sempat nak sarapan,kalau pengsan budak tu macam mana?",kali ini Datuk Hashim pula yang menempelak isterinya."Takkannya pengsan budak tu bang,macam la kat hospital tu tak de kafe,dia boleh makan kat situ nanti.Datuk Hashim mati akal,tiada idea untuk membidas kata-kata isterinya."Suka hati awakla,saya nak pergi kerja ni,jaga rumah baik-baik",lantas briefcasenya dicapai dan dengan laju dia menuju ke arah pintu.

Pintu pagar besi itu ditarik perlahan oleh Pak Ali apabila kereta Doktor Hariz semakin menghampiri. "Selamat pagi,Doktor Hariz",ucap Pak Ali,pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.Memang sudah menjadi kebiasaan bagi lelaki yang berumur 53 tahun itu membukakan pintu pagar untuk setiap kakitangan di hospital itu. "Selamat pagi Pak Ali,terima kasih ya",ucap Hariz lalu masuk ke tempat parkir. Jam baru menunjukkan angka 8 tetapi hospital itu sudah mula dikerumuni oleh manusia.Keadaan yang sesak itu membuatkan Hariz berasa rimas,tambahan lagi apabila memikirkan perihal mamanya yang masih tidak mahu memaafkannya.Tiba-tiba bahunya ditepuk kuat dari belakang.

"Hello,my friend,apasal muka kau monyok je ni",sergah Fakhrul dari belakang.Hariz yang pada mulanya berasa bengang apabila disergah begitu kembali tersenyum apabila dia melihat Fakhrul dibelakangnya. "Kau ni lain kali jangan la buat macam tu,boleh mati tau tak,aku dah la belum kawin lagi,kang tak sempat nak merasa ada bini tau",rajuk Hariz.Hariz memang sudah masak dengan perangai Fakhrul yang juga merupakan seorang doktor di hospital ini. "Hek eleh sejak bila kawan aku ni pandai merajuk macam perempuan ni,dah la bro..aku lapar ni,jom teman aku gi kafe",Fakhrul malas melayan kerenah Hariz lalu terus menuju ke arah pintu masuk kafe hospital..Begitulah perangai Fakhrul,sentiasa ceria bagaikan tiada langsung duka yang menyinggah hidupnya.Walhal baru minggu lepas Hariz dikhabarkan bahawa Fakhrul putus cinta dengan kekasihnya yang bernama Intan itu.Tetapi lihat sahaja pada si empunya diri,kehilangan kekasih

baginya bagai hanya kehilangan duit bernilai seringgit.Terlalu ringkas.. "Woi,Hariz..buat apa lagi terpacak kat situ,aku dah order makanan kau ni,cepatlah",laung Fakhrul apabila melihat Hariz masih lagi berdiri di tempat yang sama. "Astaghfirullah,mengelamun rupanya aku ni",Hariz tersedar lalu terus bergerak ke arah kafe. ---------------------------------------------------------------------------------------"Assalamualaium mak",ucap Maya perlahan pada ibu yang sangat dikasihinya itu."Mak nak masak apa untuk sarapan pagi ni?",sambung Maya. "Macam biasa la Maya,nasi malam tadi banyak lebihnya,mak buat nasi goreng ajela",jawab Mak Esah lembut.

"Maya tengok mak macam tak sihat aje hari ni,mak pergila rehat,biar Maya yang masak",ujar Maya lembut.Mak Esah hanya mengangguk,memang dia rasakan tubuhnya agak lemah sebaik selesai menunaikan solat subuh pagi tadi. Tangan yang lembut itu lantas mencapai bawang,cili padi dan kobis yang disimpan dalam para-para.Dengan ligat tangan itu memulakan kerja memasaknya.Tidak sampai 10 minit,segenap ruang dapur itu dipenuhi dengan aroma nasi goreng. "Uuh,siap jugak akhirnya",monolog Maya sendirian.Cerek panas di atas tungku itu diangkat lalu dengan perlahan Maya menuangkan airnya ke dalam teko.Kopi panas itu dibancuh dengan berhati-hati. "Hurmmm,sedapnya bau nasi goreng akak,Afif dah lapar ni",ucap Afif yang baru muncul dari ruang tamu."Akak ni kalau bab masak nasi goreng memang terror,takde sape boleh

lawan..akak sini jap",Afif memanggil kakaknya supaya datang dekat padanya."Nasi goreng yang mak masak pun tak sesedap yang akak masak tau",bisik Afif ditelinga kakaknya itu. "Isyy,tak baik tau Afif cakap macam tu,kalau mak dengar mesti mak kecik hati tau,sudah pergi panggil mak kat dalam bilik,cakap sarapan dah siap",arah Maya pada adik bongsunya itu. "Hehehe,Afif gurau ajelah kak,nasi goreng mak lebih sedap dari nasi goreng akak la.nasi goreng akak macam ni..",ucap Afif sambil menunjukkan ibu jarinya ke bawah tanda nasi gorengnya tidak sedap.Maya cuba mengejar adiknya itu namun dengan pantas Afif lari ke ruang tamu.Maya terhibur dengan gelagat adiknya itu.Semenjak kematian ayah,Afif lah yang menjadi tempatnya untuk bermanja. "Assalamualaikum..assalamualaikum..Kak Maya oo Kak Maya",dari dapur Maya dapat mendengar seseorang sedang memanggil

namanya.Lantas Maya menuju ke arah pintu depan. "Ooh,Hakim rupanya,akak ingatkan sape tadi.Ada apa ni jerit-jerit,sampai kat dapur pun boleh dengar tau",Maya bertanya pada Hakim,anak kepada ketua kampung itu. "Maafla kalau Hakim ganggu Kak Maya,ni ada surat untuk akak",ujar Hakim sambil menghulurkan sampul surat yang bewarna merah jambu itu."Abang Mukhriz yang bagi",sempat Hakim menyakat Maya sambil tersenyum..

Maya hanya tersengih pabila disakat begitu.Dia sudah terbiasa dengan perangai Hakim yang sebaya dengan Afif itu.Lantas langkah kaki diatur dan Maya bergegas menuju ke dalam bilik.Perasaan terujanya untuk membaca surat itu membuak-buak.

"Bismillahirrahmanirrahim",dengan berhati-hati Maya membuka surat itu.. Assalamualaikum... Kehadapan kekasihku yang amat dirindui,Nurul Sumayyah.... Maya apa khabar?.Riz harap semuanya baik sahaja.Apa khabar bakal mak mentua Riz?. Riz mohon ampun kerana lambat membalas surat yang Maya kirimkan bulan lalu.Sejak kebelakangan ini Riz sibuk sedikit,almaklumlah ini tahun terakhir Riz disini,jadi Riz perlu membuat persiapan rapi sebelum peperiksaan menjelang tiba. Maya... Di luar sana salji sedang turun.Riz tahu Maya teringin sangat untuk bermain dengan salji bukan?.Alangkah baiknya jikalau Maya ada bersama Riz sekarang ini.Riz kesejukan. Maya... Nantikan kepulangan Riz ya..InsyaALLAH,jika tiada aral melintang Riz akan pulang sejurus selepas peperiksaan tamat.Sampai disini warkah Riz buat Maya..assalamualaikum

someone from Finland. Surat itu dilipat semula kebentuk asal.Maya hanya mampu tersenyum.Walaupun tidak banyak yang dititipkan untuknya,dia bersyukur kerna akhirnya lelaki itu membalas jua suratnya setelah hampir sebulan menunggu. "Mukhriz"...nama itu disebut perlahan oleh bibir yang comel itu.Mukhriz anak kepada ketua kampung,juga abang kepada Hakim itu telah berjaya menawan hatinya.Hubungan ini sudah menjengah ke usia dua tahun.Walaupun jarang bertemu,namun Maya berasa amat dekat dengan lelaki itu.Mukhriz tidak pernah lupa padanya.Maya terbayang lagi akan rupa lelaki itu.Tinggi,berbadan sasa dan perkara yang membuatkan Maya tertarik padanya adalah lesung pipit yang menghiasi kedua belah pipinya itu.Sungguh manis dipandang apabila lelaki itu tersenyum. "Tuk..tuk..".pintu Maya diketuk.

"Kak Maya,cepatlah..kata nak sarapan,mak dah tunggu kat bawah tu",laung Afif,geram kerana kakaknyanya itu tidak muncul-muncul. "Astagfirullah,ya..ya..Afif turun la dulu,Kak Maya nak keluar la ni",laung Maya pula dari dalam bilik".Hmmm,surat Riz ni buat aku lupa pada semua benda",ngomel Maya. Perlahan pintu bilik dibuka dan Maya terus menuju ke arah dapur.Di meja makan kelihatan Mak Esah sedang menuang air kopi ke dalam cawan. "Haa,turun pun,ingat kan dah dapat surat dari Abang Mukhriz tu terus kenyang,takyah makan 10 hari pun takpe",tempelak Afif perlahan. "Isyy,diamla sibuk aje.Mana Afif tau tu surat dari Abang Mukhriz?",soal Maya,penasaran dari mana adiknya itu tahu surat itu dari Mukhriz.

"Sudah lah tu,depan rezeki jangan nak bertekak macam tu,tak baik",Mak Esah menyampuk."Mak pun tau surat tu dari Mukhriz,kamu ni macam tak biasa pulak dengan si budak Hakim tu.Dia tu kalau dah bercakap,dua batu dari sana pun boleh dengar",sambung Mak Esah sambil tangannya menunjuk ke arah jalan besar. Maya hanya diam.Pagi itu mereka sekeluarga menikmati sarapan pagi dengan suasana yang cukup aman.Masing-masing diam tanpa kata.Itulah yang sering diajar oleh arwah ayah.Jangan berbual semasa sedang makan.Tidak elok katanya. Seusai makan,Maya langsung ke sinki untuk membasuh pinggannya. "Mak,Maya nak bersiap dulu ya,nak pergi sawah sekejap",ucap Maya lembut. "Afif ikut akak ya",pantas Afif menyambung.Mak Esah hanya mengangguk.Setuju dengan permintaan anaknya itu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------Di dalam bilik itu Hariz tekun menyiapkan perskripsi ubat untuk pesakitnya itu. "Nah,encik ini senarai ubat yang anak encik perlukan.Sila ambil di kaunter farmasi ya",ujar Hariz penuh sopan pada lelaki di hadapannya itu. "Terima kasih ya doktor",ringkas jawapan dari lelaki itu.Kerusi ditolak ke belakang dan lantas lelaki itu keluar. Barusan lelaki itu keluar,Fakhrul pula masuk ke bilik sahabatnya itu."Hai bro,sibuk ke?",ujarnya. "Kau ni dahla nak masuk tak ketuk pintu dulu pastu tak reti bagi salam pulak",Hariz merungut."Apahal kau datang ni,ada hal penting ke?''.sambungnya lagi. "Sorry ok,assalamualaikum..haa baru betul kan.Aku memang ada hal nak cakap ngan kau

ni,tapi tak la penting sangat..",jawab Fakhrul pula.

"Macam ni bro,malam tadi mama aku call.Dia suruh aku balik kampung,tengok Tok Wan.Aku pun dah lama tak jenguk nenek aku tu",usul Fakhrul. "So,apa kena mengena ngan aku pulak and apasal Aunty Jane suruh kau yang tengok,kenapa dia tak nak tengok sendiri?",Hariz rancak bertanya. Fakhrul mendengus perlahan."Aku pun tanya jugak mama apasal tak nak tengok sendiri.Jawapannya macam biasa la,tak bersedia lagi nak bersemuka dengan Tok Wan. Hariz hanya menggangguk.Hariz mengerti mengapa Aunty Jane berkata sedemikian.Fakhrul pernah memberitahunya

bahawa Tok Wan tidak merestui perkahwinan antara mama dan papanya.Sebabnya...Fakhrul tidak tidak pula memberitahunya.Sejurus selepas perkahwinan mereka,bapa Fakhrul,Uncle Rizman terus membawa Aunty Jane ke luar nagara.Hingga sekarang mereka tidak pernah pulang ke Malaysia melainkan ketika mereka mahu menemukan anak mereka,Ahmad Fakhrul kepada Tok Wan,28 tahun yang lalu.Ternyata ketika itu,Tok Wan masih tidak dapat menerima Aunty Jane dan Uncle Rizman tetapi tidak Fakhrul.Tok Wan amat menyayangi Fakhrul...sehingga sekarang. "Hariz..Hariz.Woii..kau ni berangan ke ape?,sergah Fakhrul.Hariz kaget.Lamunannya terhenti. "Sorry la..tetiba plak aku teringat kat mama kau.So, kau nak ajak aku ikut kau sekali ke?",tanya Hariz perlahan.Fakhrul hanya mengangguk.

"Hmm,okey gak tu,aku pun dah lama tak gi bercuti ni,set ea",Hariz mengunjukkan ibu jarinya ke arah Fakhrul.Fakhrul juga mencalit ibu jarinya ke ibu jari Hariz,tanda setuju. ------------------------------------------------------------------------------------------Keesokan harinya ketika di bilik pejabat Hariz...... "So,macam mane,dah fikir nak drive sendiri ke nak naik ngan aku?",tanya Fakhrul sebaik sahaja dia melangkah masuk. "Aku malas la nak drive sendiri,kampung Tok Wan kau tu bukannya dekat,kat Alor Star tu,boleh naik lenguh tangan aku ni nak pegang stereng tau",keluh Hariz. "Hek eleh...cakap ajela kau nak jimat minyak kereta kau tu..ni bagi alasan rumah Tok Wan aku tu jauh pulak",bidas Fakhrul.Selepas diam sejenak,Fakhrul menyambung.

"Aku tak kisah,tapi bagi mengelakkan sebarang 'ketidakadilan',hehehe",Fakhrul berhenti lagi sambil menyengih ke arah sahabatnya itu."Kau kena bayar ar duit minyak aku",sambungnya lagi sambil ketawa. "Weii..tak aci la kalau cam tu,lebih baik aku drive sendiri je.Kereta kau tu macam la aku tak tau..kuat makan minyak,mau beratus duit aku terbang tau",Hariz membidas semula kata-kata Fakhrul itu tadi. Fakhrul hanya mampu tersengih.Dia faham sangat dengan sikap Hariz yang satu itu.Kedekut.Eh..bukan kedekut tetapi terlalu berjimat. "Yelah..yelah..aku gurau je tadi.So confirm la kau nak ikut aku ni?",tanya Fakhrul sekali lagi untuk kepastian. "Confirm,bro",jawab Hariz ringkas.

"Kau dah tanya mama ngan papa kau belum?",tanya Fakhrul lagi. "Belum lagi,malam ni aku bagitau la.Kau tak payah risau la..diorang mesti bagi punye",ujar Hariz sambil tersenyum. -----------------------------------------------------------------------------------------Surat permohonan cuti selama seminggu telah pun diluluskan.Kini Hariz lagi sedang mengemas pakaiannya,sambil dibantu oleh mama.Satu persatu t-shirt dilipat kemas dan diletakkan ke dalam beg yang sederhana besar itu. "Hariz,nanti kalau dah sampai sana kirimkan salam mama pada Tok Wan ye.Jangan lupa,Hariz kan pergi seminggu,jadi telefon mama setiap hari tau.Nanti mama kerinduan pulak.Hmm,lagi satu jangan lupa belikan cenderahati buat mama ngan papa tau..dan jangan lupa bawak kamera,mama nak Hariz amik gambar pemandangan sawah padi kat sana.Hariz kan tau,mama suka tengok

pemandangan yang nyaman macam tu...hmm dan lagi satu..", "Chopp..chopp,mama!.Mama dah cakap semua benda ni siang tadi kan?.Hariz ingat lagi.Mama tak payah la nak ulang lagi",belum sempat Datin Sufiah menghabiskan ayatnya,Hariz sudah menyampuk. "Ya..ya,mama tau,mama cuma nak ingatkan sekali lagi,manalah tau Hariz terlupa.Tapi ada satu perkara ni yang mama belum bagitau Hariz petang tadi",ujar Datin Sufiah penuh suspen. "Hmm..apa dia mama?"tanya Hariz..

Kringgg..kringgg Jam loceng di atas meja kecil itu berbunyi girang.Lantas Maya terjaga dari tidurnya lalu jam loceng itu dimatikan.Mulai hari ini,Maya perlu bangun awal kerna musim untuk

membajak dan menabur benih sudah tiba.Walaupun petak sawah yang ditinggalkan oleh arwah ayah tidak banyak,cuma dua petak tetapi itulah sumber pendapatan utama bagi Maya sekeluarga. Maya mengurut bahunya yang lenguh lalu terus bangkit dari katil.Waktu solat subuh telah pun sampai.Maya terus bingkas menuju kebilik air.Kewajipannya sebagai seorang hamba harus ditunaikan segera. "Assalamualaikum warahmatullah....assalamualaikum warahmatullah..",perlahan Maya memberi salam ke kanan dan ke kiri.Selesai sahaja solat subuh,lantas Maya bersiap untuk pergi kesawah.Maya pasti musim membajak dan menabur benih kali ini pasti seronok.Memandangkan sekarang musim cuti sekolah,pasti ramai kanak-kanak yang mahu membantu ibu bapa mereka disawah. "Hmm,tak sabar rasanya",ujar Maya perlahan.

Kabus nipis perlahan menghilang.Di pangkin rumah,Mak Esah,Maya dan Afif sudah bersiap untuk pergi kesawah.Dari kejauhan,sorak-sorai petani menghalau burung,riuh menerpa pendengaran Maya sekeluarga.Sejurus Maya sampai ke bendang,kelihatan ramai warga kampung yang rata-rata adalah petani sedang bersedia untuk membajak. Kerbau-kerbau yang diikat di pohon kelapa dilepaskan satu persatu oleh pemilik masingmasing.Walaupun zaman sudah berubah,penduduk kampung ini masih setia menggunakan khidmat sang kerbau daripada menggunakan jentera.Maya sendiri senang menggunakan khidmat Badang,kerbau jantan milik arwah ayah.Kerbau itu sudah banyak menaburkan jasa pada keluarga Maya dan kerna itu Maya masih setia menggunakan khidmatnya. Maya terlebih dahulu memulakan kerjanya iaitu membajak untuk satu petak,kemudian petak

yang satu lagi disambung oleh Afif.Mak Esah pula akan menabur benih. "Okey..Badang sayang,jom kita mulakan kerja",ucap Maya perlahan sambil mengusap belakang badan Badang. -------------------------------------------------------------------------------------------Di ruang makan rumah itu,Hariz sedang enak menjamu sarapan paginya.Hariz makan dengan begitu selera.Datin Sufiah dan Datuk Hashim hanya memandang sambil tersengih. "Hmm,kat sana Hariz pandai-pandaila bawak diri tu,jangan asyik menyusahkan Tok Wan dengan Fakhrul aje",nasihat Datuk Hashim pada anak terunanya itu.Hariz tidak menjawab,cuma menggangguk tanda faham. "Tinn..tinn..tinnn",bunyi hon kereta yang kuat itu memeranjatkan Hariz sekeluarga.Terbantut seketika suapan Hariz.

"Tu Fakhrul la tu agaknya,cepat habiskan makanan tu",gesa Datin Sufiah agar Hariz segera menyudahkan sarapan paginya itu. Dengan segera Hariz menghabiskan sisa-sisa baki mee gorengnya itu.Tisu diambil lantas mulutnya dikesat.Hariz terus menuju ke ruang tamu dimana begnya diletakkan. "Mama..papa,Hariz pergi dulu tau,nanti kalau dah sampai sana,Hariz call okey.",ujar Hariz lantas menyalam tangan kedua orang tuanya. "Hmm..Hariz",belum sempat Hariz melangkah keluar,Datin Sufiah mencapai tangannya."Hariz jangan lupa,apa yang mama pesan malam tadi ye",sambungnya perlahan ketelinga Hariz. "InsyaALLAH,mama..Hariz tak berani nak janji,tapi Hariz akan cuba ya",jawab Hariz pula. Fakhrul yang dari tadi menunggu di dalam kereta,asyik memerhatikan gelagat si anak dan si ibu."Adoiiyai..anak nak gi bercuti seminggu

je,itupun dalam negara je,tapi lagaknya macam nak gi setahun,memang anak mama betol la Hariz ni,manja",ngomel Fakhrul sendirian. "Hariz pergi dulu ya..assalamualaikum",ujar Hariz lalu melangkah menuju ke kereta Fakhrul yang dari tadi menunggu. Hariz melambai ke arah ibu dan bapanya sebaik sahaja kereta Fakhrul mulai bergerak.Fakhrul hanya tersengih."Memang manja",ujarnya dalam hati. ---------------------------------------------------------------------------------------Perjalanan yang cuma mengambil masa selama lima jam itu dirasakan begitu lama oleh Hariz.Naik lenguh pinggangnya. Setelah agak lama berdiam tanpa kata,Fakhrul memulakan bicara. "Apasal kau ni,bro..diam semacam je..ada masalah ke?",tanya Fakhrul,khuatir melihat

keadaan Hariz yang sememangnya lain benar dari biasa. "Huhh,entahla aku pon tak tau nak cakap macam ne.Mama aku ni memang selalu buat aku pening kepala tau dengan setiap permintaan dia tu",Hariz mendengus. "Hmm,apa pulak yang mama kau cakap kali ni?",tanya Fakhrul lagi. "Cube kau pikir ea,malam tadi masa mama tolong kemaskan baju aku,ade ke patut dia cakap,alang-alang dah sampai kat kampung Tok Wan tu,carila mana-mana perempuan yang sesuai tuk dijadikan isteri,lepas tu bawak balik jumpa ngan mama.tu yang buat aku pening ni",Hariz meluahkan ketidakpuasan hatinya. "Hahahaha...mama kau cakap cam tu ke?.La apa susah,ikut je la cakap mama kau tu,habis citer",jawab Fakhrul sambil ketawa.

"Kau gila ke ape!.Kau ingat nak pilih bakal isteri ni sama ke macam kau nak pilih buah epal kat kedai?",tempelak Hariz tanda tidak setuju dengan pandangan Fakhrul. "Hehehe..entah la aku pon tak tau la nak cakap cam ne ngan kau ni,nantilah bila dah sampai,kita mintak tolong ngan Tok Wan ajela,dia mesti kenal ngan mana-mana anak dara kat kampung tu",usul Fakhrul lagi sambil ketawa. "Hissyy,kau ni cam serius je..aku malas la nak pikir semua benda ni,kalau aku tak bawak balik calon isteri sekalipun,mama takkan 'bunuh' aku la..",ujar Hariz. Fakhrul tidak mambalas.Suasana kembali sepi.Hariz kembali melayan perasaannya.Fakhrul pula terus dengan pemanduannya.....

Hampir lima jam perjalanan,akhirnya mereka sampai juga di rumah Tok Wan.Tok Wan setia menanti di luar rumah.Fakhrul memarkirkan kereta di bawah pohon jambu yang rendang di tepi rumah. "Cucu Tok Wan dah sampai",Tok Wan bergegas menuju ke arah Fakhrul.Belum sempat Fakhrul menyalam tangan tangan neneknya itu,Tok Wan terlebih dahulu memeluk dan mencium kedua belah pipi Fakhrul yang tembam sedikit itu. "Rindunya Tok Wan pada kamu,kenapa dah lama tak datang?",tanya Tok Wan sambil tangannya menepuk bahu Fakhrul. Hariz masih lagi tidak berganjak keluar dari kereta.Biarlah Tok Wan melepaskan rindu pada cucunya yang satu itu sepuas hati sebelum Hariz keluar memperkenalkan diri. "Ehh,jomla kita masuk,Tok Wan buatkan air untuk kamu ye",ujar Tok Wan seraya menarik

tangan Fakhrul untuk masuk ke dalam rumah.Fakhrul menuruti sahaja neneknya itu. Hariz tercengang.Masakan tidak,dirinya ditinggalkan keseorangan di dalam kereta sedangkan Fakhrul sudah masuk ke dalam rumah. "Cehh..ape punya kawan la mamat ni.Ade ke patut aku ditinggalkannya sorang-sorang dalam kereta ni,dah la panas ni",Hariz membebel. Di dalam rumah... Belum sempat Fakhrul melabuhkan punggungnya di atas sofa biru itu,dia teringat akan sesuatu. "Astaghfirullahalazim..,Tok Wan..Fakhrul terlupa pulak,kawan Fakhrul masih dalam kereta tu",Fakhrul menepuk dahinya seraya tangannya ditunjukkan ke arah kereta..

"Lailahaillallah,macam mane kamu boleh terlupa ni..kesian budak tu,dah cepat!,pergi panggil budak tu masuk",tempelak Tok Wan perlahan.Fakhrul tersengih lantas dia keluar semula lalu terus menuju ke arah kereta. "Hehehe..sorry ea bro..aku betul-betul tak ingat yang kau ade dalam kereta ni,ingatkan dah keluar tadi",Fakhrul tersenyum kambing sambil membukakan pintu untuk Hariz. "Banyak la kau punya sorry,aku duduk dalam kereta dah macam ayam panggang tau tak",pekik Hariz.Fakhrul tersengih lagi.Dia tahu Hariz cuma bergurau. "Hek eleh,kau pun satu,apasal masa kita sampai tadi kau tak terus keluar..ni nak tunggu aku jugak bukakkan pintu untuk kau..macam perempuan",jawab Fakhrul.Hariz tidak menjawab.Lantas mereka berdua masuk ke dalam rumah.

"Tok Wan,kenalkan ni Hariz kawan Fakhrul",Fakhrul memperkenalkan Hariz pada Tok Wan.Hariz menuju ke arah Tok Wan lalu menyalam tangan wanita itu.

"Kalau tak salah Tok Wan,kamu ni anak kepada Datin Sufiah dan Datuk Hashim kan?",tanya Tok Wan. "Betul la tu..macam mane Tok Wan tau?",belum sempat Hariz membuka mulut untuk menjawab,Fakhrul terlebih dahulu menyampuk. "Mereka kan pernah datang sini waktu mak dan bapak kamu kawin,kadang-kadang tu ade jugak mereka datang sini,saje nak bercuti..masa tu Hariz kecik lagi",terang Tok Wan panjang lebar. "Hmm,mama kirim salam pada Tok Wan",giliran Hariz pula membuka mulut.

"Waalaikumsalam..eh,kamu berdua pergilah mandi,sekejap lagi dah nak masuk waktu solat zohor,lepas tu kita makan tengah hari samasama ya..",usul Tok Wan lalu terus pergi ke dapur. Fakhrul dan Hariz terus berlalu masuk ke dalam bilik yang telah disediakan Tok Wan. --------------------------------------------------------------------------"Kak Maya tak nak balik lagi ke?.Dah nak dekat pukul 6 ni..hari pon dah nak gelap..jomla kita balik",Afif memujuk kakaknya supaya pulang ke rumah. "Afif balikla dulu,benih ni tinggal sikit aje lagi,alang-alang biarla akak habiskan terus",jawab Maya sambil tangannya ligat menabur benih padi ke dalam petak sawah. Seharian bekerja di sawah padi membuatkan Afif keletihan tetapi tidak Maya.Dari pagi hinggalah sekarang,Maya tekun menghabiskan tugasnya.Mak Esah sudah lama pulang ke

rumah.Maya cuma pulang ke rumah untuk solat zohor,makan tengah hari dan solat asar,lalu terus kembali ke bendang semula.Petani-petani yang lain sudah lama pulang ke rumah masingmasing.Hanya Maya dan Afif sahaja yang masih berada di situ. "Afif pergilah balik dulu..nanti kan Afif nak pergi masjid,karang kalau balik lambat,tak sempat pulak",sambung Maya lagi. "A'ah,lupa pulak Afif..oklah,Afif balik dulu..akak jangan balik lambat sangat tau,bahaya duduk sorang-sorang kat sawah ni..karang kalau ade orang 'kidnap' akak,Afif tak tau la nak jawab ape kat mak nanti",sengaja Afif mengusik kakaknya itu. Maya tersenyum,Afif memang pandai menghiburkan hatinya.Kelebat Afif,semakin jauh semakin menghillang dari pandangan Maya.Dari jauh,Maya melihat Afif melanbaikan tangan ke arahnya.Maya membalas semula.

----------------------------------------------------------------------------Hariz menukar kain pelikat yang dipakainya kepada seluar jeans biru lusuh.Dia baru sahaja selesai menunaikan solat asar.Jam tangan di atas meja diambil lalu disarungkan ke pergelangan tangannya. "Hmm..dah kul 6.30,nasib baik la aku terjaga,kalau tak terlepad la solat asar",Hariz mengomel sendirian. Seusai makan tengah hari bersama Tok Wan dan Fakhrul tadi,Hariz meminta izin untuk masuk ke dalam bilik,ingin berehat jawabnya apabila ditanya.Hariz tertidur dengan nyenyaknya sehingga dia terjaga pada pukul 6.10 petang.Hariz beristighfar panjang apabila teringat bahawa dia belum menunaikan solat asar. "Nasib baik la sempat",ujar Hariz sekali lagi.Dia amat takut jika ketinggalan menunaikan solat asar kerana dosanya amat besar.

Pabila terpandang akan telefon bimbitnya di atas meja kecil itu,Hariz teringat akan pesan mama supaya menelefonnya sebaik tiba dirumah Tok Wan.Lantas telefon bimbit itu dicapainya lalu Hariz mendail nombor telefon mama. "Harap maaf,nilai baki kredit anda tidak mencukupi untuk membuat sebarang panggilan,sila tambah nilai untuk membuat panggilan seterusnya,terima kasih..tut..tutt",tiada bunyi nada yang kedengaran melainkan operator telefon yang bersuara. "Apasal pulak ni..takkan kredit abis kot",Hariz tidak puas hati lalu mendail butang *122# untuk menyemak baki kreditnya. Angka 0.10 yang terpapar diskrin telefon. "Tinggal sepuluh sen rupanya..patutla tak leh nak call,apalah kau ni Hariz,benda kecik gini

pun kau leh tak perasan",Hariz membebel pada dirinya sendiri. Lantas Hariz mengambil beg dompetnya lalu di masukkan ke dalam kocek seluar.Dia harus membeli tpo-up secepat mungkin.Mamanya harus dihubungi segera atau dia terpaksa manadah telinga mandengar setiap bebelab daripada wanita itu.Sejurus Hariz keluar dari bilik,Hariz terpandangkan Fakhrul sedang tidur di ruang tamu. 'Astagfirullahalazim..selekeh betul la cara mamat ni tidur..dahla pakai kain pelikat,terkangkang pulak tu..tak senonoh,nasib baik la kat rumah ni tak de anak dara,kalau tak..memang nahasla kau broo",Hariz membebel sendiri sambil tangannya membetulakn kain pelikat Fakhrul yang terangkat sedikit itu. Hariz lihat Fakhrul sedang enak tidur.Hariz tidak sanggup untuk mengejutkan rakannya itu semata-mata untuk menemankannya pergi ke

kedai.Fakhrul tentu kepenatan,apa tidaknya sepanjang lima jam perjalanan hanya Fakhrul yang memandu.Tapi.. "Tapi..kalau tak kejutkan dia,takkan aku nak gi sendiri pulak?,aku mana la tau kedai kat ne",ujar Hariz sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Tok Wan?.Tok Wan pergi ke masjid,ada kelas fardhu ain.Hariz teringat pesan Tok Wan tengah hari tadi. "Hmm,nampaknya kena cari sendiri la ni",akhirnya Hariz membuat keputusan.

Hariz keluar lantas menyarung sepatu ke kakinya. "Hmm,nak ikut jalan kanan ke kiri ni?",Hariz bertanya pada dirinya sendiri."Sebelah kanan la",Hariz membuat keputusan.

Hariz berjalan seperti orang hilang arah.Sekejap dia menoleh ke kanan,sekejap ke kiri.Pelik,dia tidak menjumpai sesiapa pun.Keadaan disekeliling Hariz amat sepi.Tatkala dia melepasi sebuah padang,tiada seorang kanak-kanak pun disitu.Hariz melihat jam di tangannya. "Baru pukul 6.40 petang,biasanya waktu macam ni budak-budak selalu main bola",ujarnya perlahan seolah berbisik. "Hmm,mungkin diorang tak main bola hari ni,duduk rumah agaknya,tengok tv",sambungnya lagi. "Adoii,susah betul la nak cari kedai ni,nak tanye orang,tak jumpa sesape pulak",Hariz membebel sendirian. Langkahnya tiba-tiba mati.Hariz perasan akan kelibat seorang gadis di tengah sawah bendang yang baru dilepasinya itu.

"Haa,akhirnya jumpe jugak seseorang,tolonglah..engkaula satu-satunya harapan aku..kalau tak boleh sakit jantung aku ni bila kena bebel dengan mem besar kat kl tu",Hariz membebel lalu dia terus menghampiri gadis itu. ----------------------------------------------------------------------------Angin petang menyapa lembut ke pipi mulus milik Sumayyah.Dia masih leka menabur benih padi hingga dia tidak menyedari bahawa ada seseorang datang padanya. "Err..assalamualaikum,maafkan saya..nak tumpang tanya ni,kedai..",belum sempat Hariz menyudahkan ayatnya,gadis itu menjerit dengan lantang. "Arghhhh,errr..awak ni sape,nak ape hah?",dalam keadaan terketar-ketar,Maya bertanya.Kaget apabila dirinya didatangi oleh lelaki yang tidak dikenali. "Saya cuma..",

"Cuma ape?..Oohh,awak cuba nak amik kesempatan ea,baik awak pergi,saya ada parang ni,kalau tak nahas awak nanti",lantas Maya mencapai parang yang disangkut dipinggangnya.Dalam keadaan terketarketar,Maya masih sempat mengeluarkan parang dari sarungnya lalu parang itu ditujukan ke arah lelaki dihadapannya. "Ehh,nanti dulu..saya cuma nak tanya....",Hariz menghampiri gadis itu dan cuba untuk menjelaskan hal yang sebenar tapi... "Jangan datang dekat!.Baik awak kebelakang....kebelakang saya cakap!!",dengan lantang Maya bersuara. Hariz berundur kebelakang.Kaget apabila gadis itu cuba menakut-nakutkannya dengan parang tajam itu. "Kebelakang lagi!,atau awak nak rasa benda ni",arah Maya lagi sambil mulutnya

dimuncungkan ke arah parang yang dipegangnya. Apabila Hariz semakin jauh darinya,dengan secepat kilat Maya melarikan diri.Maya cuba untuk lari sepantas yang mungkin.Sekejapsekejap Maya menoleh kebelakang,khuatir jika lelaki itu mengejarnya. "Ehh,awak..tunggu..jangan lari....",Hariz cuba memanggil gadis itu,namun sayangnya gadis itu sudah jauh dari pandangannya.Hariz cuba mengejar namun penyakit lelah yang dihidapinya sejak kecil itu menghalangnya dari berbuat demikian. "Huhh,apasal la minah ni..pelik semacam,aku cuma nak tanye kedai kat mane,itupun takut",Hariz membebel. "Muka aku ni macam muka orang jahat ke..hmm kalau hensem tu adelah",Hariz membebel lagi,lalu terus keluar dari kawasan sawah padi itu untuk ke jalan utama.

-----------------------------------------------------------------------------Dadanya kelihatan berombak-ombak.Nafas Maya turun naik dengan pantasnya.Maya menoleh kebelakang lagi.Lelaki itu tiada.Maya berhenti di bawah pohon mangga. "Uuhh,nasib baik dia tak kejar aku.Nak tanye sesuatu konon,entah-entah dia tu perogol tak,eeii nasib baik aku sempat lari,kalau tak..."walaupun dalam keadaa termengahmengah dek kepenatan,Maya masih sempat mengomel.Sesekali Maya mengurut dadanya. Hampir sepuluh minit Maya duduk di bawah pohon mangga itu,dia mengambil keputusan umtuk pulang ke rumah.Walaupun benih padi masih lagi bersisa,belum sempat dihabiskan,Maya tidak sanggup untuk kembali semula kesawah,khuatir jika lelaki itu masih berada disana. ----------------------------------------------------------------------------

Sampai dijalan utama,Hariz berhenti seketika.Dia menoleh ke kiri,tiada sesiapa dan apabila dia menoleh kekanan,dilihatnya ada dua orang budak lelaki yang lengkap berkain pelikat,berbaju Melayu dan berkopiah sedang menuju ke arahnya.

Lantas Hariz menuju ke arah dua budak lelaki itu tadi. "Err,assalamualaikum dik..abang nak tumpang tanya ni,kedai runcit kat mane?",soal Hariz tergesa-gesa memandangkan hari sudah semakin gelap. "Kedai runcit..alah dekat je..marilah kami tunjukkan",budak lelaki berbaju biru itu menjawab. Hariz menggangguk lantas mengekori langkah dua orang budak lelaki itu.

"Err..abang ni bukan orang sini kan?,tak pernah tengok pun sebelum ni",tanya budak lelaki berbaju ungu pula. "A'ah,abang dari KL,abang datang sini ikut kawan abang,balik rumah nenek dia.orang panggil dia Tok Wan..adik berdua kenal ke?",tanya Hariz pula setelah menjawab pertanyaan mereka. "Ooh..Tok Wan,siape yang tak kenal,satu kampung kenal dengan Tok Wan.Setahu saya Tok Wan ade sorang je cucu,kalau tak silap Abang Fakhrul kan?",budak lelaki berbaju ungu itu rancak bertanya. "A'ah,betul lah tu,abang ni kawan Abang Fakhrul",Hariz pula menjawab. Sepanjang perjalanan ke kedai,Hariz dan dua orang budak lelaki itu rancak berbual.Macammacam yang ditanya oleh budak lelaki itu pada Hariz.Nama siapa,tinggal kat mane,kerja

ape,dah kawin ke belum.Hariz sedaya mungkin cuba menjawab. "Haa,dah sampai..ni la kedai runcitnyer..",akhirnya mereka bertiga sampai juga dikedai runcit itu. "Terima kasih ya,adik berdua..ni upahnya",Hariz menghulurkan RM10,tanda terima kasihnya pada budak lelaki itu. Dengan muka tak malu,budak lelaki berbaju ungu itu mengambil duit itu. "Hehehe,terima kasih banyak ya Abang Hariz,kami pergi dulu ya,karang tak sempat nak sembahyang jemaah",budak berbaju biru pula menjawab. Hariz cuma menggangguk,lantas masuk ke dalam kedai. ---------------------------------------------------------------------------

Tepat pada waktunya,pabila Hariz sampai dirumah Tok Wan,azan Maghrib berkumandang.Belum sempat sepatunya ditanggalkan,Fakhrul muncul dimuka pintu. "Ehh,kau pergi mane ha,puas aku cari keliling rumah tau,ingatkan kau dah kena culik ngan bunian",Fakhrul bertanya. "Aku gi kedai la,beli benda ni",jawab Hariz seraya menunjukkan kad top-up yang bernilai RM30 itu. Fakhrul tercengang. "Ehh,kau tau ke kedai kat ne?,macam mane kau boleh jumpa pulak?".Fakhrul sibuk bertanya. "Adala dua orang budak lelaki tu tolong aku,dahla kau ni banyak tanye betol la,aku naik dulu,nak mandi..berlekit badan aku ni.."Hariz menjawab lalu masuk ke dalam rumah. Fakhrul masih tidak berganjak.

"Weii,cepatla masuk,dah senja ni,karang kau yang kena culik ngan bunian..cepatla kita solat jemaah sekali",Hariz muncul semula dimuka pintu pabila Fakhrul dilihatnya masih diluar rumah. Fakhrul hanya tersengih lalu masuk ke dalam rumah.

Anda mungkin juga menyukai