Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan pengalaman saya menjalankan sesi kaunseling dengan kaunselor

pelatih, ciri-ciri kaunselor muslim yang saya fikirkan perlu diaplikasikan untuk
membantu perkembangan diri klien ialah berani. Kaunselor perlu berani iaitu
berani kerana Allah. Dalam kata lain, kaunselor perlu bersikap berani dalam
menghadapi pelbagai situasi, risiko, rintangan dan isu yang dihadapi oleh klien
dengan niat untuk membantu. Melalui pengalaman saya menjalankan sesi
kaunseling, kaunselor pelatih berani untuk menerokai isu yang saya hadapi
dengan lebih mendalam. Oleh itu, saya dapat meluahkan atau bercakap tentang
isu yang saya hadapi ataupun perkara yang mungkin terpendam. Pada masa
yang sama juga saya mula dapat memahami diri sendiri dari segi kehendak dan
keperluan apabila saya boleh bercerita atau bercakap melalui keberanian
kaunselor pelatih ketika menerokai isu saya dengan lebih mendalam. Kaunselor
juga berani menyatakan kesalahan yang saya lakukan dan membantu saya untuk
membuat keputusan dengan lebih baik. Seterusnya, adab dan akhlak merupakan
salah satu ciri kaunselor muslim yang penting dalam membantu perkembangan
diri klien. Adab dan akhlak yang baik bagi seseorang kaunselor ialah boleh
memaafkan kesalahan orang lain, memberi salam, menghormati orang lain dan
tidak memalingkan muka ketika bercakap. Melalui sesi kaunseling yang pernah
dilakukan dengan kaunselor pelatih, kaunselor pelatih memberi salam sebelum
memulakan sesi dan memastikan saya sebagai klien berada dalam keadaan
selesa. Semasa sesi diajalankan, kaunselor pelatih memberi perhatian tentang
apa yang disampaikan oleh saya dengan baik. Perkara ini memberi dorongan
kepada saya untuk bercakap tentang isu yang dihadapi. Kaunselor juga
menggalakkan saya untuk berkongsi dengan lebih mendalam dengan tidak
memalingkan wajah ketika bercakap bagi menandakan kaunselor pelatih fokus
dan menunjukkan minat untuk mendengar isu yang dihadapi oleh saya. Selain
itu, ciri kaunselor muslim yang perlu diaplikasikan dalam membantu
perkembangan klien ialah menepati janji. Menepati janji dapat memberi
persepsi yang baik tentang kaunselor sebagai seorang yang amanah dan
bertanggungjawab ketika membuat perjanjian. Menepati janji dari segi masa
seperti temujanji sesi berikutnya. Bagi saya perkara ini ciri ini perlu ditekankan
kerana pengalaman sesi kaunseling yang lepas kaunselor pelatih gagal menepati
janji pada sesi berikutnya untuk menghadiri sesi pada masa yang dipersetujui
oleh kaunselor pelatih dan saya dan terpaksa batalkan sesi. Hal ini dapat
mengubah persepsi klien terhadap kaunselor kerana ciiri-ciri kunselor yang baik
dapat membantu perkembangan klien untuk menjadi lebih baik atau dapat
dijadikan contoh pada diri klien.

Anda mungkin juga menyukai