Anda di halaman 1dari 16

KAUNSELING

PENGENALAN

Kaunseling adalah satu proses pertolongan yang profesional bertujuan membantu individu
untuk memahami diri dan dunia persekitarannya. Kaunselor adalah individu yang akan
mengendalikan proses kaunseling.  Kaunselor ini adalah profesional dan mempunyai kelayakan
dalam bidang kaunseling.  Individu yang bakal dibantu dikenali sebagai klien.  Proses
kaunseling akan menggunakan kaedah perbualan secara bersemuka di antara kaunselor
dengan klien. Perbualan ini mempunyai struktur dan juga bermatlamat. Kaunselor akan
menggunakan kemahiran-kemahiran asas kaunseling akan di dalam perbualan berstruktur ini.
Sesi perbualan ini pada kebiasaannya berlaku lebih daripada sekali atau bersiri. Kekerapan ini
bergantung dengan isu atau masalah yang dikongsi oleh klien bersama dengan kaunselor.
Tahap-tahap tertentu akan dilalui di dalam perbualan ini di dalam proses kaunseling. Masalah
klien dijangka dapat diselesaikan melalui temubual bersiri ini.

Bilangan individu yang terlibat di dalam proses kaunseling adalag bergantung kepada jenis
kaunseling yang dijalankan. Dua orang akan terlibat di dalam kaunseling individu dan lebih
daripada dua orang dalam kaunseling kelompok. Proses penerokaan, mengenalpasti masalah
dan jalan penyelesaiannya akan berlaku di dalam sesi. Proses mengenalpasti masalah dan
penyelesaiannya biasanya ada berkaitan dengan masalah dalam kehidupan harian termasuk
hal-hal keluarga dan pekerjaan klien. Walau bagaimanapun isu yang ditangani di dalam
kaunseling tidak semestinya masalah. Dalam kaunseling pengembangan, klien boleh
berbincang dengan kaunselor untuk meningkatkan konsep kendiri yang rendah, meningkatkan
kemahiran berkomunikasi atau kemahiran-kemahiran yang lain.

Kaunseling adalah satu proses pendidikan kerana klien akan dibimbing untuk memahami dan
menemukan kemampuan diri untuk memperkembangkan potensi dirinya. Proses pembelajaran
akan berlaku di dalam diri klien. Pembelajaran ini pula akan berlaku secara berterusan
sehinggalah klien dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan persekitarannya. Proses
yang dilalui adalah mengikuti tahap dan peringkat yang bersistem. Tahap ini akan menentukan
keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang diterima oleh klien.

1
KAUNSELING

1.0 MAKSUD KAUNSELING

Kaunseling adalah suatu proses pertolongan yang lebih menumpukan perhatian kepada
membantu individu mengatasi kebuntuan, kekusutan fikiran untuk meneruskan kehidupan yang
lebih tenteram. Kaunseling  memberi manfaat dalam semua bidang kehidupan seperti dalam
bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan
kekeluargaan. Ini adalah kerana kaunseling itu sendiri mampu merentasi bidang-bidang yang
mencakup segala aspek kehidupan manusia.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kaunseling didefinisikan sebagai suatu proses
teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan
segala usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat. Sementara
Cormier & Hackney 1987 pula menyatakan bahawa kaunseling merupakan satu perhubungan
menolong di antara seseorang yang terlatih dan mahir dalam teknik menolong secara
pertuturan dan mempunyai pengetahuan mengenai perlakuan manusia, dengan seseorang 
yang meminta bantuan sama ada secara sukarela ataupun paksa.

Dalam Akta Kaunselor 1998 pula mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses sistematik
untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh
kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan,kemajuan,
dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan
dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

Kaunseling adalah satu proses pertolongan yang dibimbing oleh kaunselor. Bimbingan ini akan
memberikan celik akal kepada klien untuk membuat keputusan sendiri. Keputusan tersebut
adalah bermatlamat agar klien dapat memperbaiki diri dari aspek yang lemah ke arah
perubahan yang lebih positif.

2
KAUNSELING

2.0 APAKAH PROSES ATAU PERINGKAT YANG PERLU DI KETAHUI OLEH


SEORANG KAUNSELOR
           
Terdapat banyak pendapat daripada pelbagai ahli kaunseling dan psikologi berkenaan
proses kaunseling seperti Lewis, (1972), membahagikan proses kaunseling kepada lima
peringkat iaitu menentukan matlamat klien mendapatkan perkhidmatan kaunseling,
menerangkan definisi dan proses kaunseling yang akan dilalui, memberi penerangan dan
pemahaman mengenai keperluan klien, kemajuan ke arah mencapai matlamat, dan membuat
kesimpulan serta perancangan  masa depan berdasarkan pengalaman klien mengikuti proses
kaunseling.
Eisenberg & Delaney, (1977), pula membahagikan proses kaunseling kepada enam
peringkat iaitu perjumpaan awal ice-breaking, penerokaan masalah klien dan pembinaan
perhubungan yang menolong, menentukan matlamat, mengenalpasti dan menilai faktor-faktor
yang berhubung dengan mencapai matlamat, membina dan melaksanakan satu pendekatan
untuk mencapai matlamat, menilai pencapaian dan diakhiri dengan penamatan dan susulan.
Menurut Brammer, (1973), proses kaunseling mempunyai lapan peringkat yang perlu
dilalui iaitu penyediaan dan kemasukan, penjelasan perlunya klien kepada kaunseling,
menstruktur proses kaunseling selanjutnya, perhubungan mesra atau membina hubungan,
penerokaan masalah klien, pengukuhan apabila klien mengamalkan kemahiran-kemahiran
baru, perancangan yang rasional dan diakhiri dengan penamatan atau merumus pencapaian.
Menurut islam pula pada pandangan Imam al-Ghazali meletakkan sepuluh tahap dalam
proses kaunseling iaitu Al-ta’arruf (pengenalan), Al-ta’rif (penerokaan masalah), Al-nahy bi al-
wa’zi wa al-nush wa al-takhwif (tegahan melalui peringatan, nasihat dan amaran), Al-wa’zu wa
al-nush (peringatan dan nasihat), Al-sab wa al-ta’nif (celaan dan kutukan), Al-taghyir bi al-yad
(mengubah dengan tangan atau kekuasaan), Al-tahdid bi al-darb (member amaran dengan
deraan pukul), Iqa’ al-darb wa tahqiqihi (melaksanakan deraan pukul), Shahr al-silah
(mengisytiharkan peperangan/angkat senjata) dan Al-istizhar fi a’wan wa jam’i al-junud
(menunjukkan kekuatan dengan mengumpul tentera.

3
KAUNSELING

3.0 PEMBAHAGIAN PERINGKAT MENGIKUT FASA

Secara asasnya proses kaunseling dibahagikan mengikut tiga tahap iaitu fasa satu;
Sebelum proses kaunseling (peringkat pra-persediaan), fasa dua; semasa proses kaunseling
(peringkat penyediaan kemasukan, penetapan/penjelasan, menstruktur perhubungan,
penerokaan, pengukuhan dan perancangan) dan fasa tiga; selepas proses kaunseling
(peringkat penilaian, penyusulan, dan penamatan).

3.1 FASA PERTAMA


Proses kaunseling pada peringkat permulaan memerlukan kaunselor mengkaji
latar belakang klien.  Segala maklumat peribadi klien  perlu dikumpul secara
teratur dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memahami
persoalan sebenar kliennya.  Di tahap ini, kaunselor tersebut perlu membentuk
hubungan dan seterusnya memberikan pertolongan.

Pada awal sesi, seseorang kaunselor  haruslah menjadikan klien lebih selesa.
Kaunselor perlu menyatakan tujuan pertemuan dengan jelas dan tekankan
bahawa dirinya iaitu kaunselor sentiasa prihatin dan bersedia  membantu setakat
yang terdaya.  Pada peringkat permulaan ini terdapat dua aspek utama yang perlu
diberi penekanan oleh seseorang kaunselor iaitu tempat sesi kaunseling dijalankan
dan tahap kemampuan kaunselor dengan klien.

Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah memikirkan dan


menyediakan tempat serta menentukan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa
banyak gangguan.  Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan klien
tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi
tersebut dapat diadakan dengan jayanya. Peranan tempat yang sesuai ini penting
supaya emosi klien tidak terganggu dengan keadaan tempat dimana sesi
kaunseling dijalankan. Aspek ini penting supaya klien dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran tempat sesi berjalan dan memudahkan lagi proses kaunseling
itu sendiri.

4
KAUNSELING

Aspek kedua yang perlu diberi penekanan oleh kaunselor ialah mengambil kira
tahap kemampuan sama ada dirinya sendiri mahupun klien.  Kaunselor yang
kelihatan letih akan menimbulkan rasa kurang yakin dalam kalangan  klien
terhadap kaunselor. Selain dari itu, kaunselor harus peka akan tahap kemampuan
klien. Ada  klien yang mungkin kelihatan letih, lemah dan malas untuk
bekerjasama. Terdapat juga keadaan di mana tahap kemampuan kedua-dua pihak
ini harus dititikberatkan sebelum memulakan sesuatu sesi kaunseling agar proses
kaunseling dapat dijalankan dengan lancar.

Setelah kedua-dua aspek ini diberikan penekanan, kaunselor dan klien masing-
masing bolehlah bersedia untuk memulakan proses kaunseling, persetujuan antara
kedua-dua belah pihak adalah penting dalam proses kaunseling. Brammer (1973)
menganggap persetujuan ini sebagai satu kontrak antara kaunselor dan kliennya
serta sebagai tanda persetujuan tanda permulaan sesuatu proses kaunseling.
Persetujuan antara kontrak ini akan berubah pada bila-bila masa mengikut
kehendak dan keadaan klien itu sendiri.

Seseorang kaunselor juga perlu mengetahui serba sedikit tentang maklumat klien
bagi memudahkan proses kaunseling berlaku. Latar belakang klien amat penting
bagi seseorang kaunselor sebelum memulakan sesi kaunseling kerana kaunselor
perlu terlebih dahulu mengenal serba sedikit tentang profil kliennya. Dengan ini
klien akan merasa bahawa kaunselor benar-benar serius mahu menolong klien
menyelesaikan masalahnya. Namun begitu, kaunselor tidak perlu mengetahui
secara terperinci tentang prolif kliennya kerana dikhuatiri klien tidak selesa dengan
keadaan itu dan akan menimbulkan syak wasangka terhadap kaunselor. Keadaan
ini perlu dielakkan supaya sesi kaunseling dapat berjalan dengan jayanya.

5
KAUNSELING

3.1.1 CONTOH SEMULASI

Contohnya, A merupakan seorang kaunselor dan B merupakan seorang


klien. Kaunselor A perlulah mengenalpasti terlebih dahulu serba sedikit
tentang profil klien B sebelum sesi kaunseling berlaku. Kaunselor A juga
perlu meneliti tempat sesi kaunseling dijalankan supaya klien selesa dengan
persekitaran lokasi sesi kaunseling itu berlaku.

            Setelah fasa satu berjaya, kaunselor boleh meneruskan proses kaunseling
dengan fasa yang seterusnya iaitu fasa kedua. Fasa kedua dalam proses
kaunseling mempunyai beberapa peringkat iaitu peringkat penyediaan
kemasukan, penetapan/penjelasan, menstruktur perhubungan, penerokaan,
pengukuhan dan perancangan. Setelah fasa kedua berjaya, kaunselor
bolehlah meneruskan proses kaunseling ke fasa ketiga iaitu fasa penilaian,
penyusulan dan penamatan.

3.2 FASA KEDUA


Fasa kedua dalam proses kaunseling dimulakan dengan peringkat penyediaan
kemasukan. Peringkat tahap ini, memerlukan kaunselor menemu bual secara
minima klien yang menghadapi masalah.  Sewaktu memulakan temubual,
seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan soalan-soalan yang tidak
menakutkan serta mempamerkan perlakuan yang membantu.  Umpamanya
perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan kaunselor tersebut
hendaklah disesuaikan mengikut situasi.
 
Jarak kedudukan antara kaunselor dan klien juga perlu diberi perhatian bagi
memudahkan proses komunikasi.  Selain dari itu, keadaan tempat juga merupakan
satu perkara yang penting dalam permulaan hubungan antara klien-kaunselor. Ini
amat penting kerana suasana bilik yang tenang akan memberangsangkan dan
menggalakkan klien untuk meluahkan perasaannya.

6
KAUNSELING

Kaunselor juga perlu mempunyai sikap memahami dan menerima iaitu memberi
peluang kepada klien untuk bercakap dan menyatakan apa yang terbuku dalam
dirinya. Proses ini penting bagi membolehkan kaunselor bergerak ke peringkat
yang seterusnya iaitu peringkat penetapan/penjelasan.

Pada peringkat ini, kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas
tentang persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan
matlamat kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya terdapat
dua cara yang boleh dilakukan iaitu jika klien mudah bercakap dan meluahkan
segala isi hatinya, kaunselor akan terus mendorong klien tersebut untuk terus
bercerita dan jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah
bijak mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar menggalakkan klien
tersebut untuk bercerita.

Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan ‘soal-selidik’ kepada klien kerana


ini akan menyebabkan klien tersebut merasa  terancam atau takut. Kaunselor
haruslah mahir menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan
suasana selesa, sayang, hormat dan terbuka. Kaunselor juga hendaklah
menunjukkan sifat-sifat sebagai pendengar yang baik dan kritikal serta membantu
klien jika menghadapi keadaan tersekat-tersekat sewaktu meluahkan pengalaman
dan perasaanya.

Kaunselor juga haruslah dapat menggalakkan klien menghurai dan menentukan


pernyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongan yang dikehendaki.  Pada
tahap ini, kaunselor juga harus mengamati dan menentukan siapa sebenarnya
yang sedang menghadapi permasalahan tersebut iaitu sama ada diri beliau sendiri
atau pun melibatkan orang lain. 

Pengetahuan dan kemahiran ini amat penting bagi membantu merangka alternatif
ke arah penyelesaian. Pada peringkat ini, kaunselor sepatutnya sudah dapat
merangkakan ketetapan untuk melihat matlamat klien.  Kaunselor juga sudah
boleh mencungkil kehendak sebenar klien.

7
KAUNSELING

Peringkat seterusnya ialah peringkat penstukturan, kaunselor dan klien akan


menetapkan sama ada perhubungan mereka itu boleh diteruskan atau tidak. 
Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiran membantu
klien, memenuhi harapan, berasa selesa dengan klien tersebut dan selanjutnya
perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan klien. 

Bagi pihak klien juga sudah dapat menentukan sama ada kaunselor tersebut boleh
dipercayai atau tidak dan bersediakah ia melibatkan diri serta menerima syarat-
syarat yang dikenakan oleh kaunselor itu nanti.

Tahap penstrukturan ini akan menentukan sifat, batasan dan matlamat


perhubungan menolong. Kaunselor boleh memberitahu klien langkah-langkah
yang diambil bagi menyediakannya  arah yang sedang dituju.Kontrak kaunseling
akan dibuat pada peringkat ini iaitu persetujuan antara kaunselor dan klien  bagi
berusaha mencapai matlamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untuk
menepatinya. Dengan adanya kontrak ini klien akan merasa lebih komited
menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat-matlamat yang
ditetapkan. Seseorang kaunselor juga boleh membuat penamatan sesi jika
kaunselor tidak dapat menyelesaikan masalah klien atau merujuknya kepada
kaunselor yang lain sebagai klien yang dirujuk. Jika tidak peringkat seterusnya
dalam proses kaunseling boleh diteruskan.

Kaunselor juga perlu mahir dalam peringkat perhubungan supaya sesi atau proses
kaunseling itu berjalan dengan lancar. Peringkat ini penting supaya menimbulkan
rasa selesa dalam kalangan klien supaya mereka tidak berasa terganggu dan
terancam ketika sesi kaunseling berlaku. Antara perkara yang perlu diambil kira
oleh seorang kaunselor ialah membina suasana alam sekeliling yang kondusif,
jarak antara klien dengan kaunselor termasuk cara duduk dalam sesi kaunseling,
penampilan diri, ekspresi muka atau wajah yang melibatkan emosi seperti marah,
seyum, gembira dan lai-lain, mendengar apa yang dikatakan iaitu banyak
mendengar dan memahami, tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian serta
menjaga nada suara.

8
KAUNSELING

Proses kaunseling juga memerlukan peringkat penerokaan iaitu kaunselor akan


semakin mengenali klien terutamanya dari segi pendirian, matlamat dan juga
strategi yang bakal diambil untuk membantu kliennya. Antara langkah-langkah
yang boleh diambil oleh kaunselor  di peringkat ini ialah terus mewujud dan
mengeratkan hubungan agar wujud perasaan yakin, percaya dan selamat di pihak
klien terhadap kaunselor, klien di waktu ini digalakkan untuk meneroka masalah
dan perasaannya bagi mencapai kesedaran kendiri, kaunselor juga boleh
memutuskan sama ada akan meneruskan hubungan sesi kaunseling ini atau
menghentikannya atas sebab-sebab tertentu, dan kaunselor boleh memberi
panduan kepada klien tentang kemahiran-kemahiran yang perlu bagi mencapai
matlamatnya.

Kaunselor boleh memberikan aktiviti “kerja rumah” untuk klien bagi


membolehkannya mencapai matlamat. Pada tahap ini, kaunselor harus lebih
bersifat aktif, tegas dan cergas dalam tindakannya.  Kaunselor seharusnya
semakin jelas tentang apa yang diperlukan oleh kliennya. Kaunselor juga perlu
menggunakan segala kemahirannya untuk meneroka persoalan klien. Menurut
Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat ini merupakan proses  berlakunya
komunikasi yang didorong oleh keikhlasan dan kejujuran serta berterus-terang
terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara kedua-dua pihak. 

Segala perasaan tidak logik, tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor atau
klien mestilah dikikis dan dihindari segera supaya tidak mengganggu pencapaian
matlamat sebenarnya.  Perhubungan yang erat sangat penting untuk menimbulkan
keyakinan sehingga klien dapat berasa bebas, selamat dan selesa serta terbuka
dan sedia berkongsi perasaan dan masalah dengan kaunselor.

Proses kaunseling yang seterusnya ialah diperingkat pengukuhan. Pada peringkat


pengukuhan ini, klien akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perasaannya
serta menentukan pilihan-pilihan yang boleh diambil olehnya.  Kemahiran-
kemahiran baru juga perlu diamalkan.  Klien seharusnya telah benar-benar
melibatkan dirinya secara langsung dan secara aktif di peringkat ini. 

9
KAUNSELING

Seboleh-bolehnya, sesuatu pilihan telah dibuat, diterima dan diyakinkan serta


disepadukan mengikut proses-proses yang telah dipersetujui bersama.

3.2.1 CONTOH SEMULASI

Contohnya, Kaunselor A telah membuat beberapa sesi dengan klien B dan kedua-
duanya telah sepakat dan mencapai satu persetujuan berkenaan dengan tindakan
seterusnya yang perlu dilakukan oleh klien. Jadi klien B, sudah tahu apa yang
perlu dilakukannya selepas ini di peringkat sesi kaunseling yang seterusnya.

Proses kaunseling seterusnya berlaku diperingkat perancangan. Peringkat


perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata muktamad kepada
rancangan tindakan yang khusus.  Kaunselor seboleh-bolehnya menolong kliennya
merancang strategi-strategi yang hendak diambil termasuk langkah-langkah
perlaksanaan strategi tersebut. Peringkat ini lebih merupakan peringkat
memperjelaskan matlamat yang diharapkan oleh klien dan menyesuaikannya
dengan tindakan yang bakal diambil. Di tahap ini, proses perancangan sudah
hampir kepada tahap penyelesaian.Peringkat ini menunjukkan bahawa klien sudah
mempunyai matlamat sendiri dan telah pun tahu tindakan apa yang perlu
dilakukannya. Perinkat ini merupakan peringkat terakhir dalam fasa dua dan sudah
pun hampir ketahap penyelesaian.

3.3 FASA KETIGA


Fasa yang terakhir ialah fasa tiga iaitu peringkat penilaian, penyusulan dan
penamatan. Kebiasaannya kaunselor yang telah berjaya melalui proses kaunseling
di fasa satu akan terus bergerak ke fasa tiga untuk menamatkan proses kaunseling
yang dijalankan bersama klien. Namun begitu, kaunselor juga boleh membuat
penyusulan terhadap kes klien jika itu difikirkan perlu oleh seseorang kaunselor.

Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan.  Lazimnya satu penamatan


sesi dicapai melalui persetujuan pihak kaunselor dengan klien. Di peringkat ini
hasil atau pencapaian klien akan dirumuskan. Jika masih terdapat matlamat-
matlamat yang tidak tercapai, maka sebab-sebabnya haruslah dikenal pasti. 

10
KAUNSELING

Di peringkat ini pihak klien seharusnya sudah berpuas hati  dengan  proses
kaunseling.Sebaliknya jika klien tidak mahu lagi meneruskan sesi, maka klien
tersebut bolehlah merujuk kepada kaunselor atau pakar-pakar lain.  Penamatan
juga boleh berlaku jika kaunselor mendapati klien tidak mahu bekerjasama, tidak
mahu berubah atau pun atas permintaan klien sendiri. 

Menurut George & Cristiani, (1981) seorang kaunselor harus belajar menamatkan
sesi kaunseling dengan berkesan. Dia harus biasa dengan isu-isu dan kemahiran
yang terlibat secara langsung dalam proses penamatan temuduganya bagi
menamatkan hubungan dalam kaunselingnya itu. Dalam situasi ini kaunselor
seharusnya telah memberitahu kliennya bila sesi itu akan berakhir di awal lagi.
Penamatan sesi yang mengejut dan mendadak boleh memberi reaksi dan emosi
negatif kepada klien.

Menurut Maznah Baba & Zainal Madon (2003) terdapat beberapa panduan untuk
menamatkan sesi iaitunsebelum menamatkan sesi , kaunselor perlu membuat
rumusan perkara yang dibincangkan sepanjang sesi yang lepas dan memberi
tugasan yang sesuai atau menyatakan apakah rancangan dan perkara fokus pada
sesi akan datang dengan memberi ingatan dan dorongan kepada klien
melaksanakan tugasan yang diberi seterusnya memberi ruang kepada klien
menerus atau menamatkan sesi dan merancang temu janji akan datang.
Kaunselor yang professional tidak mengalami kesukaran untuk menamatkan sesi
kaunseling dan bertindak dengan mudah seperti mengubah sedikit kedudukannya
atau meletakkan tangannya di atas birai kerusi atau menyandarkan belakangnya
jauh daripada klien. Semua ini member gambaran kepada klien bahawa kaunselor
tidak berminat untuk meneruskan sesi tersebut.

Dapatlah dirumuskan bahawa peringkat penamatan ini merupakan peringkat


penilaian kaunselor terhadap keberkesanan strategi atau teknik yang telah
diaplikasikan terhadap kliennya.  Sebaliknya, jika tidak berkesan, mungkin sesi dan
tindakan susulan akan diteruskan. 

11
KAUNSELING

Walaupun proses kaunseling sudah ditamatkan, ini tidak bererti hubungan antara
kedua-duanya akan terputus langsung.  Sebaik-baiknya adalah digalakkan supaya
kaunselor mengikuti perkembangan klien yang pernah dibantunya. Penamatan
dalam konteks ini hanya merupakan pemberhentian proses kaunseling sahaja.

Oleh itu, kaunselor disarankan membuat penyusulan sama ada melalui jangka
pendek iaiti tiga hingga enam minggu atau melalui jangka panjang iaitu sekurang-
kurang selepas enam bulan penamatan. Kebiasaanya terdapat empat cara untuk
membuat penyusulan iaitu menjemput klien ke sesi untuk membincangkan
kemajuan berterusan dalam memenuhi matlamat yang ingin dicapai, melalui
telefon, klien boleh melaporkan kepada kaunselor secara verbal, kaunselor
menghantar surat kepada klien bertanyakan perkembangan terkini dan kaunselor
menghantar kepada klien soal selidik  berkenaan dengan tahap kefungsiaan terkini
klien dan ini dilakukan menerusi pos.

Jelas di sini bahawa proses menamatkan sesi pertemuan pertama ini merupakan
satu penilaian  terhadap kaunselor yang cuba melihat sejauh manakah peranan
kliennya selepas dia menetapkan strategi yang bakal diambilnya. Dari sini dapatlah
dinilai sama ada perkhidmatan yang telah diberikan dan proses pertemuan itu
berjaya dan bermanfaat atau sebaliknya. Justeru itu, mereka boleh mengukur
adakah mereka sama-sama telah memenuhi kehendak masing-masing atau jika
sebaliknya  adakah mereka telah menetapkan langkah seterusnya bagi sesi yang
akan datang.

12
KAUNSELING

4.0 5 ATRIBUT YANG PERLU DIPUNYAI OLEH SEOARANG KAUNSELOR DALAM SESI
KAUNSELING IALAH

Perhubungan kaunselor tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor  yang
merupakan gaya dan tahap kefungsian kaunselor iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan
berempati.

4.1 Mesra
Sifat mesra seorang kaunselor akan dapat dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan
tanda-tanda seperti tidak malu untuk bersuara, selesa dan rasa diterima oleh kaunselor.
Sifat mesra yang ditunjukkan oleh kaunselor memudahkan klien untuk meluahkan masalah
yang dihadapi oleh klien.

4.2 Jujur
Kaunselor juga mestilah mempunyai sifat yang jujur dalam perhubungan dengan klien.
Antara sifat jujur yang perlu ditonjolkan oleh kaunselor ialah bersifat natural, terbuka,
spontan, tidak defensif dan konsisten. Kaunselor juga dapat berkongsi aksi dan reaki dari
segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas terhadap
masalah yang dihadapi oleh klien.

4.3 Menerima Tanpa Syarat


Penerimaan tanpa syarat kaunselor terhadap klien bermaksud kaunselor menerima diri klien
yang sebenarnya. Kaunselor perlulah melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan
unik walaupun klien datang dengan masalah yang negatif. Kaunselor tidak boleh
memandang serong atau berfikiran negatif terhadap kliennya.

4.4 Berempati
Kanselor mestilah mempunyai sifat empati dalam setiap masalah yang dihadapi oleh klien
tetapi bukannya sifat simpati. Sifat empati menunjukkan kebolehan kaunselor untuk
memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan turut membenarkan kaunselor mengalami
proses mental dan emosi yang dialami oleh klien.

13
KAUNSELING

4.5 Kaunselor Sebagai Fasilitator


Menurut Carl Rogers (1957) terdapat beberapa keadaan untuk memperkembangkan diri
klien iaitu kongruen yang bermaksud konsisten dan ketulenan dalam hubungan,
penerimaan tanpa syarat terhadap klien, pemahaman empati terhadap ruang rujuk klien dan
usaha berkomunikasi untuk memahami.

Tambahan pula, kaunselor mestilah mempunyai sifat keterbukaan dalam sesi pehubungan
dengan klien. Hal ini demikian kerana ia dapat menggalakkan klien untuk bebas meluahkan
pemikiran dan perasaan yang dihadapinya. Kaunselor hanya perlu mendedahkan diri klien
dalam mencapai pada tahap kefungsian yang diinginkan. Kaunselor juga mestilah
mempunyai kebolehan dalam memperkasakan klien. Hubungan ini dapat diwujudkan
dengan berasaskan hubungan kepercayaan antara kaunselor dan klien, koloborasi dan
berkongsi tenaga dalam sama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien.
Kaunselor juga harus fokus kepada kekuatan dalaman klien dan keyakinan bahawa klien
mampu memilih kehidupan yang positif.
            
Di samping itu, kaunselor bertanggungjawab dalam melahirkan idea, memberikan reaksi
atau sokongan selaras dengan kehendak klien. Kaunselor juga mestilah bertingkahlaku
secara etika dengan dapat mengimbangi antara kebajikan klien dan harapan sosial. Namun
dalam setiap idea yang dicetuskan oleh kaunselor, klien yang bertanggungjawab dalam
membuat keputusan yang telah dipilih olehnya.
           
Kauselor yang berkesan merupakan seorang individu yang unik dalam profesion menolong
orang lain yang menghadapi masalah yang memerlukan bantuan. Individu ini mempunyai
kekuatan dan keupayaan dalam menarik perhatian orang lain dalam mempercayainya dan
yakin akan dirinya.

Mengikut The Assosiation Of Counselor And Supervision (2007) menjalankan kajian dan
mengenalpasti enam ciri asas yang perlu dimiliki oleh kaunselor. Antara ciri-ciri tersebut
adalah seperti berikut :
 Kepercayaan kepada setiap indiviu iaitu kaunselor harus mempercayai dan tidak
mempertikaikan atau membantah apa yang diperkatakan oleh klien.
 Komitmen kepada nilai kemanusiaan iaitu kaunselor mestilah mempunyai sifat
kemanusiaan serta menunjukkannya kepada klien. Sifat kemanusiaan ini dapat

14
KAUNSELING

ditonjolkan  melalui sikap mengambil berat terhadap permasalahan yang


dihadapi oleh klien serta menumpukan perhatian kepada klien.
 Kaunselor haruslah memahami dirinya sendiri  dahulu sebelum memahami orang
lain atau pun klien. Hal ini penting untuk memudahkan kaunselor untuk
memahami diri orang lain dalam sesi kaunseling.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa perkhidmatan psikologi dan kaunseling


merupakan perkhidmatan yang sentiasa signifikan di dalam perkhidmatan awam. Perkhidmatan
ini sebenarnya sentiasa diperlukan setiap masa dalam membantu perkembangan yang sihat ke
atas semua individu yang memerlukan bantuan ini secara psikologi dalam mencapai 30
matlamat kesejahteraan psikologi seseorang manusia. Implikasi kajian ini secara praktikalnya
ialah dapat dijadikan panduan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam bahawa perkhidmatan
psikologi dan kaunseling adalah sentiasa relevan dan bersesuaian dengan masa selaras
dengan keperluan perkembangan kesejahteraan psikologi seseorang manusia masa kini.

Kaunselor mestilah komitmen terhadap professional.Manakala menurut Combs

el at (1994), telah mengkaji dan memberikan pendapat beliau mengenai sifat yang perlu ada
pada seorang kaunselor dalam menjadi seorang kauselor yang berkesan.kaunselor yang
berkesan akan menganggap orang lain berkeupayaan dalam menyelesaikan masalahnya
sendiri dan boleh menangani masalah yang dihadapi, kaunselor menganggap orang lain boleh
diharap, mesra dan berguna. Selain itu, mereka juga suka bersama-sama orang lain
berbanding bersama objek atau alat.

Dalam pada itu, ianya juga dapat menjadi satu rujukan kepada semua Pegawai
Psikologi / Kaunselor di kementerian, jabatan dan agensi untuk lebih melipatgandakan usaha
membantu individu atau penjawat awam yang memerlukan pertolongan secara psikologi dan
kaunseling. Kemantapan dalam memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling ini akan
menjadi satu harapan bahawa kepentingan elemen psikologi ini di dalam membuka ruang
kesejahteraan negara dan modal insan sepenuhnya.

3662 patah perkataan

15
KAUNSELING

RUJUKAN :

1) Muhammad Ilyas bin Zambri- (Cr. GIK)


2) Cormier & Hackney 1987
3) Akta Kaunselor 1998
4) Proses Kaunseling - Lewis, (1972)
5) Eisenberg & Delaney, (1977)
6) Brammer, (1973)
7) Imam al-Ghazali
8) Amaludin Ab. Rahman dan Zainal Madon. (2009).
9) Kaunseling Menjana Kesejahteraan Hidup Remaja.
10) MyJurnal. Vol. 22; 189-204.
11) Abdul Jalil Hassan, Mohamad Fauzi Saad dan Nordin Yusoff. (2017).
12) Stres Dalam Organisasi: Punca Dan Impaknya Terhadap Ketahanan Mental Pekerja
Dalam Mengisi Ruang TN50.
13) Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia. 12; 18-53. Amran
Hassan. (2018). Kepentingan Kewujudan Pegawai Psikologi / Kaunselor Terhadap
Pengurusan Sumber Manusia Di Sesebuah Organisasi Perkhidmatan Awam. Buletin
Penyelidikan Psikologi Perkhidmatan Awam. Bil. 4; 8-11.
14) Bahagian Pengurusan Psikologi. (2008).
15) Panduan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam. Putrajaya : Bahagian Pengurusan
Psikologi JPA. Cautin, R.L., Freedhem, D.K.,dan DeLeon P.H. (2003).
16) Handbook of Psychology ; Psychology As A Profesion. (www.lp.wileypub.com/
HandbookPsychology/sample-chapters/Volume.pdf) [Di muat turun pada 5 Disember
2018]. Diener, E., Oishi, S., dan Lucas, E.R. (2015).
17) National Accounts of Subjective Well-Being. American Psychologist. Vol.70 (3); 234-242.
Jabatan Perkhidmatan Awam. (2018).
18) Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia.

16

Anda mungkin juga menyukai