Anda di halaman 1dari 109

Kemahiran Asas

Kaunseling Individu dan


Kaunseling Kelompok
OLEH
SARIMAH BINTI JULPIN

Kemahiran Asas
Kaunseling Individu

DEFINISI
KAUNSELOR

individu yang mendapat didikan secara


formal dalam bidang kaunseling,
mempunyai pendedahan dalam ilmu
psikologi, berkemahiran, mempunyai lesen,
dan mempunyai ciri-ciri seorang profesional
KLIEN

individu yang bertemu kaunselor utk


mendapatkan perkhidmatan kaunseling
untuk membantunya membuat keputusan,
mengatasi dilema, konflik dan kemusykilan
yang sedang dihadapi

EMPAT cara klien terlibat dengan


perkhidmatan kaunseling

SUKARELA

CADANGAN

RUJUKAN

PAKSAAN

CIRI-CIRI PERHUBUNGAN
KAUNSELING

Proses menolong

Privasi

Bermatlamat

Teraputik

Perkongsian

Pembelajaran

Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian


pengalaman, penglahiran perasaan, mendapat
pengetahuan atau maklumat baru hasil interaksi bersama
kaunselor

LANGKAH-LANGKAH DALAM
PROSES KAUNSELING

MENYEDIAKAN PRA SESI

MEMBINA PERHUBUNGAN

MENEROKA (MENGANALISIS MASALAH)

MENGENALPASTI MASALAH

INTERVENSI/ PELAN TINDAKAN

PENAMATAN SESI

FOLLOW UP ( JIKA PERLU)

PERINGKAT KAUNSELING INDIVIDU

PRASESI

PENAMATAN

MEMBINA
HUBUNGAN

PELAN
TINDAKAN

MENEROKA &
MENGANALISIS
MASALAH

MENGENALPASTI
MASALAH

OBJEKTIF
Membina hubungan
(melayan,
mendengar, dan
memahami)

Menyediakan pra sesi

Menyelidik serba
sedikit tentang profil
klien

Menunjukkan
tingkahlaku lisan yang
mesra

Mendengar &
memahami perasaan
dan maksud yang tidak
dinyatakan

Peringkat Perkembangan

Meneroka dan
menganalisis
masalah

Pemikiran

Perasaan

Perlakuan

Pengalaman

Mengenal pasti
punca masalah

DIRI SENDIRI

ORANG LAIN

PERSEKITARAN

Peringkat Perkembangan
Pelan Tindakan

Penamatan

Mengumpul seberapa
banyak pilihan

Memastikan objektif
klien tercapai

Membincangkan
langkah yangg perlu
diambil

Memastikan klien
dapat mengaplikasikan
pembelajaran semasa
sesi, dalam pergaulan
seharian

KEMAHIRAN ASAS
KAUSELING

Setelah memahami prinsip, falsafah, etika dan


proses kaunseling para pembimbing perlu
memberi peringatan kepada perkara berikut
bagi menjamin hubungan kaunseling dengan
klien dapat diwujudkan dengan berkesan.

a. Hormat - pembimbing perlu menghormati diri


klien, situasi dan kedudukannya sekarang dan
sebarang kemajuan walau pun kecil yang
ditunjukkan oleh klien. Kejayaan pembimbing
bukan diukur dengan berapa cepat klien
berubah. Perubahan mengambil masa

Menerima tanpa syarat - pembimbing


menerima diri klien dan siapa dirinya yang
sebenar dengan sebaik mungkin. Pembimbing
juga tidak menilai atau menghakimi klien walau
bagaiman sukar sekali pun (kerana pembimbing
juga manusia biasa).

Dengar dan dengar - dengar sepenuh perhatian dan


dengan fikiran yang terbuka. Dengar kata kunci utama
klien untuk penerokaan selanjutnya. Dengar apa yang
dikatakan dan juga apa yang tidak disebutkan.

Sokongan - sokong diri klien dalam setiap langkah yang


diambil walau pun ianya hanya satu usaha yang kecil.
Berikan dorongan!

Tahu had keupayaan anda - jika timbul sebarang keraguan


dalam kerja kaunseling anda, pembimbing disaran
mencari jalan keluar dengan berbincang secara terbuka,
mendapatkan rujukan lain atau sistem sokongan yang
sedia ada dalam komuniti. Pembimbing tidak berkerja
berseorangan, gunakan sumber profesional yang ada
dengan sentiasa menjunjung kepentingan kesejahteraan
klien dan usaha menjauhkan dirinya dari sebarang
kemudaratan.

Kemahiran Pra Sesi

Beberapa perkara penting yang melibatkan


persediaan sebelum sesi kaunseling hendaklah
diberikan perhatian oleh pembimbing. Ia melibatkan
dimana kaunseling diadakan? Kaunseling boleh
dilakukan dimana-mana namun biarlah tempat yang
tertutup, selesa dan tanpa gangguan yang dapat
mewujudkan suasana teraputik bagi aktiviti kaunseling

Pembimbing disarankan mendapatkan serba sedikit


maklumat mengenai kliennya agar dapat
memberikan gambaran ringkas tentang diri klien. Kad
rekod latar belakang klien serta laporan sesi
kaunseling atau rekod kes klien perlu disediakan.
Penggunaan soal selidik atau semak masalah dapat
membantu klien mengenal pasti isunya sebelum
bersemuka dengan pembimbing atau pengamal
kaunseling

KEMAHIRAN PRA SESI

Sebelum sesi, pembimbing boleh


menyediakan borang laporan dan
sebagainya serta merujuk keperluan organisasi
tempat kerja jika sebarang prosedur perlu
dipatuhi

Walau bagaimanapun, dua klien dengan isu


yang sama tidak semestinya membolehkan
pembimbing menggunakan stail dan
pendekatan yang sama. Pembimbing sedar
dan faham akan keunikan diri klien dan
menjunjung tinggi harga diri mereka.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran yang memerlukan peranan aktif


pembimbing kerana mengandungi kemahiran
mewujudkan hubungan mesra (rapport).
Kemahiran yang melibatkan proses
'pendengaran dengan telinga ketiga' kerana
pembimbing mendengar apa yang dikatakan ,
yang tidak dikatakan dan 'mendengar' bahasa
badan (non verbal) klien. Kemahiran yang
melibatkan hanya 'mendengar' dan
meminimakan penggunaan soalan agar klien
tidak merasai dirinya 'ditemuduga' di peringkat
awal sesi kaunseling lagi.

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

Kemahiran melayan bermakna pembimbing


'sentiasa bersama klien' dengan
mengorientasikan diri secara fizikal dan psikologi
kepada diri klien. Pembimbing memberikan
sepenuh perhatian tanpa berbelah bahagi.

Melayan merupakan satu kemahiran yang


penting dalam usaha mewujudkan hubungan
yang baik atau rapport dengan klien.
Rapport ini wujud sejak pandangan dan layanan
awal lagi. Oleh itu layanan awal kepada klien akan
membantu dan memberikan nada kepada
hubungan yang selanjutnya

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

Nada yang formal akan mewujudkan hubungan yang


formal juga kerana klien akan membalas hubungan yang
sama seperti yang ditunjukkan oleh pembimbing atau
pengamal kaunseling. Oleh yang demikian layanan
pertama haruslah dapat mewujudkan rasa diterima
dan selamat serta membawa mesej bahawa pembimbing
atau pengamal kaunseling berkeupayaan dan boleh
dipercayai.

Gilliland & James (1997) menyatakan kemahiran melayan


adalah kombinasi kemahiran dan sikap dan latihan yang
sistematik akan dapat memperingatkannya.

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

Kemahiran melayan melibatkan proses memberi


perhatian kepada tingkah laku lisan dan bukan lisan yang
dikemukakan oleh klien untuk memberi mesej kepada
klien tentang minat pembimbing untuk mendengar isu
yang diutarakan oleh klien

Brammer, Abrego & Shostrum (1993) mencadangkan


agar tingkah laku non verbal pembimbing atau pengamal
kaunseling hendaklah sepadan dengan tingkah laku non
verbal kliennya. Antara tingkah laku berkenaan ialah;

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

Ekspresi Wajah (Muka)

Ekspresi wajah adalah penglahiran rasa hati,


emosi, fikiran,penilaian dan keadaam individu.
Dalam sesi kaunseling ekspresi wajah dapat
membantu menerangkan erti mesej yang
disampaikan. Oleh itu adalah penting bagi
pembimbing atau pengamal kaunseling
mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang
dapat menyakinkan klien.Wajah yang senyum dan
ceria menunjukkan tanda persahabatan dan
kesediaan pembimbing atau pengamal kaunseling.

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

Pembimbing atau pengamal kaunseling harus peka


kepada; mesej yang dilahirkan melalui wajah klien mesej
yang dikahirkan melalui wajahnya sendiri.

Wajah atau memek muka adalah hasil kombinasi daripada


sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan
hidung dan warna yang lahir daripda muka semasa
berinteraksi. Misalnya muka jadi merah ketika marah atau
malu

Ekspresi wajah yang tidak sama dengan kata-kata


menimbulkan rasa kurang senang kepada klien. Misalnya
mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman
begini tidak akan ditafsirkan sebagai petanda persahabatan
yang baik.

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

Pandangan mata juga memberikan makna sama ada


pembimbing atau pengamal kaunseling jujur menerima
dan bersedia untuk membantu. Kontak mata ,
senyuman dan mimik muka memberikan satu ekspresi
penting dalam usaha mewujudkan hubungan sama ada
untuk memulakan hubungan dam sesi kaunseling.

Kontak mata bukan bererti pembimbing atau pengamal


kaunseling mesti memandang tepat pada biji mata
klien, tetapi menumpukan pandangan ke arah muka
klien. Ini juga tidak bermakna pembimbing atau
pengamal kaunseling memandang tidak berhenti-henti
atau tidak bergerak-gerak terhadap klien.

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

Di samping itu ada beberapa perkara yang pembimbing


atau pengamal kaunseling tidak boleh lakukan semasa
sesi sedang berjalan di antaranya ialah: o Elakkan dari
kerap memejamkan mata semasa berunding o Elakkan
melihat terlalu tajam ke mata klien

Elakkan melarikan pandangan mata ke arah lain ketika


sesi kaunseling dijalankan atau ketika perundingan dibuat.

o Elakkan memandang kosong o

Elakkan selalu sangat melihat jam, atau menarik hujung


tudung.

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

Tahap Tenaga

Tahap tenaga pembimbing atau pengamal


kaunseling juga turut memberikan 'mood'
kepada sesi kaunseling. Pembimbing atau
pengamal kaunseling yang menunjukkan tahap
tenaga yang rendah akan membina mood yang
rendah juga dalam sesi kaunseling. Klien akan
membuat penilaian pertamanya sejak mulai dia
berhadapan dengan anda.

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

Tahap tenaga dapat diukur dengan


memerhatikan tingkah laku pembimbing atau
pengamal kaunseling semasa menerima klien.
Maksudnya tahap tenaga ini ditunjukkan
melalui gaya duduk atau berjalan, nada suara
dan juga memek muka. Malahan sekiranya
anda berjabat tangan dengan klien, dia dapat
merasakan sama ada anda mempunyai tenaga
positif atau sebaliknya.

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

Gaya berjalan atau duduk yang kelihatan letih,


dengan nada suara yang lemah serta air muka yang
lesu akan menimbulkan curiga klien kepada
pembimbing atau pengamal kaunseling. Keyakinan
klien akan menurun dan kepercayaan kepada
kebolehan pembimbing atau pengamal kaunseling
akan berjaya membantunya juga akan berkurangan.
Tahap tenaga merupakan pancaran rasa kesediaan
pembimbing atau pengamal kaunseling dalam
melayan atau menerima klien

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

Egan (1994) telah mempopularkan akronim SOLER


sebagai panduan tingkah laku nonverbal pembimbing
semasa melayan klien. Ini sangat penting terutama
pada awal sesi bagi memberikan rasa selamat dan
selesa kepada klien. Walau bagaimana pun panduan ini
boleh disesuaikan mengikut budaya dan latar belakang
klien.

S - (squarely) mengadap klien secara tepat Pembimbing


boleh memandang klien secara tepat atau dengan sudut
kecil dari kedudukannya. Tingkahlaku ini mencerminkan
penglibatan aktif pembimbing dengan mesej "Saya
bersama dengan anda sekarang ini".

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

O - (open posture) postur tubuh yang terbuka


dengan tidak menyilang kaki atau memeluk
tubuh. Ianya mencerminkan bahasa badan
yang tidak mengancam atau defensif atay
menyampah.

L - (lean forward) badan yang condong ke


hadapan atau ke arah klien mencerminkan
minat pembimbing terhadap apa yang sedang
dan bakal diperkatakan oleh klien.

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

E - (eye contact) kekalkan kontak mata. Ianya


bukannya menjeling atau memandang dua biji mata
klien tanpa henti atau mengubah posisi. Seandainya
letih dengan pergerakan dua biji mata klien,
pembimbing boleh melihat tepat di antara dua kening
klien.

R - (relax) sentiasa relaks tanpa rasa kekuk. Klien


yang masih tidak selesa di awal sesi akan rasa
terganggu jika pembimbing sendiri kelihatan gelisah
dan tidak tentu arah.

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

Panduan

1. Layan klien dengan penuh mesra dan hormat


seolah-olah melayan tetamu dengan
menunjukkan kerelaan dan rasa besar hati.
Persepsi klien pada tiga minit pertama adalah
penting dan pembimbing ingin mewujudkan
suasana terapeutik yang bakal menjamin
keberkesanan kaunseling 2. Pandang klien
secara tepat dengan kedudukan postur badan
yang terbuka tanpa memeluk tubuh atau
menyilang kaki. Wujudkan kontak mata dengan
memandang ke arah klien ketika bercakap. 3

Kemahiran Mendengar
a.Kemahiran Melayan

Duduk dengan jarak yang selesa sambil condong


ke arah klien bagi menggambarkan kesediaan dan
minat pembimbing untuk 'menerima' apa yang
bakal dikongsi klien 4. Duduk dengan relax tanpa
melakukan pergerakkan yang tidak perlu seperti
asyik memegang jam tangan, mengulung hujung
tudung, mengurut misai atau menggoncang kaki.
5. Apabila menyatakan mesej atau bertanyakkan
soalan, gunakan gerak geri semulajadi tanpa
merasa kekok atau keterlaluan.

Kemahiran Mendengar
b.Kemahiran Parafrasa

Kemahiran parafrasa adalah unik dalam kaunseling. Ia


bermakna pembimbing bertindakbalas dengan mahir
terhadap maklumat asas yang dikongsi oleh klien untuk
menyemak kefahaman pembimbing tentang isu utama yang
dinyatakan.

Parafrasa juga penting kerana ianya digunakan bagi


menyatakan kembali kefahaman pembimbing kepada klien.
Parafrasa membantu mempertingkatkan lagi hubungan
bermakna antara anda dan klien.

Kemahiran Mendengar
b.Kemahiran Parafrasa

Kemahiran mendengar memerlukan pembimbing


'mendengar'

a) Isi atau fakta


b)

Perasaan

c)

c) Non verbal - ekspresi muka dan alunan suara.

Pembimbing kemudiannya membentuk kefahaman sendiri


tentang apa yang sedang dinyatakan klien. Melalui parafrasa
kefahaman ini dikongsi bagi tujuan semakan. Bagi klien pula ia
memberi gambaran bahawa pembimbing 'mendengar dan
memahami dirinya'. Parasfrasa yang tepat akan menyebabkan
klien mengangguk kepalanya atau lebih berminat untuk
bercerita lagi walau pun tanpa dijemput oleh pembimbing atau
pengamal kaunseling.

Kemahiran Mendengar
b.Kemahiran Parafrasa

Panduan

1. Dengar dengan teliti maklumat yang dinyatakan oleh klien 2.


Nyatakan semula (restate) isi utama sebagai rumusan tepat
dan padat mengenai maklaumat yang baru dikongsi tadi.
Parafrasa lebih ringkas dari apa yang klien sendiri nyatakan. 3.
Pembimbing tidak menambah atau menukar makna mesej
klien Perhatikan tanda penerimaan atau persetujuan terhadap
parafrasa yang telah dibuat. Klien selalunya akan mengangguk
atau meneruskan kenyataannya. Pembimbing juga boleh
meminta maklum balas dari klien bagi mengesahkan atau
menidakkan ketepatan parafrasa yang boleh membantu
kefahaman klien seterusnya dan membolehkan klien meneroka
isunya lebih mendalam lagi.

Kemahiran Mendengar
b.Kemahiran Parafrasa

Contoh : Prafrasa

Klien : "Saya rasa pada semester ini saya akan dapat


memperbaiki CGPA saya. Rakan-rakan saya amat
membantu saya dengan tugasan yang bertimbun.
Pensyarah juga telah memberi masa yang mencukupi
untuk saya menyiapkan kerja. Saya sungguh gembira
dengan pencapaian semua ujian pertama saya"

Pembimbing: "Nampaknya, anda amat berpuashati


dengan tugasan dan ujian pertama anda"

Klien: "Memang, saya pasti dapat Dean List semester


ini."

Memberi galakan

Kaunseling masih asing bagi kebanyakan klien dan kerap kali telah
disalah tafsirkan sama ada melalui pengalaman lepas atau interaksi
kehidupan seharian. Pembimbing atau pengamal kaunseling perlu
peka dan memberi sokongan serta penghargaan kepada klien yang
mulai berkongsi permasalahannya. Ini dilakukan dengan
memberikan galakan. Kemahiran memberi galakan boleh diberikan
sama ada secara verbal atau non verbal. Penggalakan bermaksud
mendorong klien untuk terus bercakap dan berkongsi. Ini meliputi
penggunaan bahasa badan seperti menggangguk kepala,
menggunakan tangan seolah-olah menyuruh klien meneruskan
bualannya, menggunakan perkataan seperti uh-hum atau Ya..ya
atau mengulang satu dua perkataan klien.

Meminta Penjelasan

Meminta penjelasan adalah kemahiran bagi memberi peluang yang


lebih untuk klien membincangkan topik yang releven dengan sesi.
Ia membolehkan pembimbing mengumpul lebih banyak maklumat
dan membantu klien meneroka dan menjelaskan lagi isu yang
sedang dihadapinya. Ia membantu klien merasa lebih selesa dan
selamat.
Pembimbing juga boleh meminta penjelasan bagi klien menjelaskan
perkara atau idea yang dirasainya kabur. Pembimbing boleh
berterus terang dengan menyatakan kekaburannya dan seterusnya
meminta penjelasan lanjut dari klien agar dapat memberi fokus
kepada perbincangan.

Panduan Minta Penjelasan

1. Minta penjelasan hanya yang relevan dengan


topik yang sedang dibincangkan. Gunakan
soalan terbuka agar klien tidak menjawab
dengan 'ya' atau 'tidak' sahaja. 2. Elakkan
meminta terlalu banyak penjelasan pada satu
masa yang sama. Elakkan soalan yang terlalu
mengarah (leading). Elakkan menyoal atau
meminta penjelasan seolah-olah klien sedang
dibicarakan di mahkamah (Cross examination)

3. Seandainya anda kabur atau keliru, akui kekaburan tersebut.


Cuba nyatakan semula apa yang anda rasa anda telah dengar
melalui parafrasa ataupun minta penjelasan lanjut.

Contoh : Minta Penjelasan

Pembimbing: "Apa yang menyebabkan anda rasa dia tidak


memaafkan kesalahan anda itu?"

Pembimbing: "Bagaimana anda rasa apabila girlfriend anda


tidak telefon selama seminggu?"

Pembimbing: "Saya kehilangan sejenak, saya tidak jelas


bagaimana perasaan saudara mengenai perletakkan jawatan
boss saudara itu, boleh saudara mengulangi dengan ringkas?"

Menyemak Persepsi

Ia dipraktikkan untuk menyemak tepatan pengamatan


pembimbing mengenai apa yang disampaikan oleh klien
atau apa yang ditunjukkan melalui non verbal klien semasa
sesi. Pembimbing hanya membuat semakan persepsi jika
pembimbing terasa wujud tanggapan atau persepsi yang
boleh membantutkan kefahaman terhadap klien. Persepsi
hanya benar kepada pembimbing lantas ianya perlu
disemak dengan klien agar ianya dapat menjadi sama atau
serupa.

Contoh : Menyemak
Persepsi

Pembimbing : (Klien asyik mengubah cara duduk dan


melihat jam) "Nampaknya anda seolah-olah tidak berapa
selesa ?"

Pembimbing: "Saya merasa keliru sedikit. Anda


menyatakan anda amat merindui kampung, sedangkan
beberapa minit tadi anda menyatakan anda tidak sanggup
bertentang mata jika bertemu dengan ibu masa cuti
semester ini. Saya dapat merasakan satu perasaan yang
bertentangan terhadapnya. Adakah ini seperti yang
saudari rasakan?"

Kemahiran Memimpin

Kemahiran memimpin bertujuan menggalakkan klien


bertindak balas kepada komunikasi terbuka. Dengan
kemahiran ini, klien diajak untuk meneroka soalan yang
dikemukakan oleh pembimbing dan mencari penentuan diri
mereka.

Memimpin penting bagi memulakan sesuatu sesi,


menggalakkan klien untuk meneroka dan menerangkan
perasaan tertentu, memberi peluang bagi klien mencari
kebebasan untuk meneroka perasaan danhala tuju yang
hendak dicapai, berpeluang berinteraksi dan bertindakbalas
secara bebas terhadap apa yang sedang berlaku dan
menggalakkan klien bertanggungjawab menentukkan arah
sesi.

Kemahiran Memimpin

Kemahiran memimpin adalah tidak sama


dengan kemahiran menyoal kerana ianya tidak
mengandungi perkataan atau diakhiri dengan
tanda soalan. Memimpin saolah-olah
memberitahu klien bukannya menyoal.

Kemahiran memimpin boleh dilakukan dengan


dua cara;

i. memimpin secara langsung

Ii. Memimpin secara tidak langsung

(i) Memimpin Secara Langsung

Kemahiran ini bertujuan memberi fokus kepada sesuatu topik


relevan yang sedang diperbincangkan dan menggalakkan klien
bercerita atau menjelaskan sesuatu lebih terperinci dan jelas.

Panduan

1. Pembimbing menentukan matlamat memimpin. Apa maklumat


yang diingini dan apa yang relevannya. 2. Berikan kebebasan
klien merespons terhadap pimpinan pembimbing. 3. Gunakan
soalan terbuka

Contoh

Pembimbing :"Sila ceritakan lagi mengenai peristiwa anda dipukul


semalam"

Pembimbing :"Apa yang puan maksudkan dengan batin yang


terseksa? Sudah dua kali saya dengar puan
menyatakannya. Jelaskan apa maksud puan."

(ii) Memimpin Secara Tidak Langsung

Kemahiran ini sering digunakan di awal sesi setelah


pembimbing membuat pengstrukturan dan 'break the ice'. Ia
menunjukkan pembimbing telah memberi tanggungjawab
kepada klien untuk memulakan sesi dan menentukkan arah
tuju sesi selanjutnya.

Kesenyapan juga dikategorikan dalam kemahiran ini secara


tidak langsung membolehkan klien berfikir dan meneroka
secara mendalam atau kemungkinan membiarkan klien
mencari akalnya sendiri.

Panduan: Memimpin Secara


Tidak langsung

Panduan 1. Tentukan matlamat kemana sesi ingin dibawa


2. Pastikan pimpinan yang dilakukan berbentuk umum dan
tidak mengkhusus 3. Berikan masa untuk klien berfikir
sejenak dan mencari arah atau jawapannya.
Contoh
Pembimbing : "Mari kita mulakan sesi dengan saudara
menyatakan apa yang membawa saudara ke sini hari ini ?"

Kemahiran Memfokus

Memfokus bermakna memberi perspektif


terhadap sesuatu yang baru sahaja dinyatakan
oleh klien. Ia membantu klien untuk
menumpukan perhatian kepada suatu isu
denagn lebih tepat dan jelas justeru dapat
mengelak dari sesuatu kekeliruan serta
ketidakpastian. kemahiran ini membantu
pembimbing atau pengamal kaunseling
mengarah trafik perbincangan mengikut apa
yang diinginkan (bagi mencapai matlamat oleh
klien).

Kemahiran Memfokus

Memfokus bermakna memberi perspektif terhadap sesuatu


yang baru sahaja dinyatakan oleh klien. Ia membantu klien
untuk menumpukan perhatian kepada suatu isu denagn lebih
tepat dan jelas justeru dapat mengelak dari sesuatu kekeliruan
serta ketidakpastian. kemahiran ini membantu pembimbing
atau pengamal kaunseling mengarah trafik perbincangan
mengikut apa yang diinginkan (bagi mencapai matlamat oleh
klien).

Memfokus juga menunjukkan pembimbing menyatakan


minatnya terhadap isu sedang diperbincangkan. Kemahiran
memfokus membolehkan pembimbing menggalakkan melihat
kepada 'pokok' dan bukannya 'ranting' yang melengkapkan
pokok berkenaan.

Ia juga sering digunakan apabila klien kerap kali berpindah


atau bertukar tajuk yang kemudiannya agak menganggu
pencapaian matlamat sesi. Kebanyakan klien melihat
keluar dari dirinya seperti berbincang tentang orang lain
atau situasi yang diluar kawalannya. Dengan
menggunakan kemahiran memfokus, pembimbing atau
pengamal kaunseling boleh menarik balik perhatain dan
fokus klien kepada dirinya serta isu yang sedang
diperbincangkan.

Kemahiran memfokus boleh dilakukan sama ada memfokus


kepada klien atau memfokus kepada tema utama isunya.

Contoh Kemahiran Memfokus

Pembimbing: "Saudari telah menceritakan tentang keluarga,


rakan dan kerjaya. Boleh saudari beri tumpuan kepada perkara
yang benar-benar menekan jiwa saudari sekarang ini." (Fokus
kepada klien)

Pembimbing: "Boleh kita berhenti sebentar. Tadi saudara


menyatakan bahawa ibu bapa selalu memihak kepada abang
long saudara dan sentiasa mencari salah saudara. Saya ingin
saudara mendalami perasaan saudara mengenai apa yang
baru sekejap saudara perkatakan . (Fokus kepada klien)

Pembimbing : Banyak perkara sedih telah anda kongsi


bersama saya, bagaimana semua perkara ini mematangkan
diri anda...jelaskan kepada saya. (Fokus isu klien).

Kemahiran Menyoal

Klien berminat memulakan sesi kaunseling


kerana inginkan bantuan atau bimbingan
terhadap isu yang mungkin mereka telah tidak
berjaya hadapi secara bersendirian. Mereka
mahu meluahkan isi hati atau pun pandangan
tetapi merasakan sukar untuk memulakannya.
Dalam hal ini, pembimbing atau pengamal
kaunseling perlu sedar bahawa klien boleh
dirangsang untuk terus berkongsi dengan cara
menyoal. Walau bagaimana pun, menyoal
perlu dilakukan secara teratur.

Kemahiran Menyoal

Kemahiran menyoal sangat semula jadi di kalangan


pembimbing atau pengamal kaunseling terutama
pembimbing atau pengamal kaunseling baru yang masih
belum banyak pengalaman. Menyoal dalam kaunseling
jika tidak digunakan dengan betul dan tepat pada masanya
akan menyebabkan sesi kaunseling seperti perbualan
biasa. Menyoal tidak dapat dielakkan dalam kaunseling
dan ia perlu dilakukan dengan waspada agar klien tidak
merasai dirinya 'dibedah siasat' atau 'interogate' oleh polis.
Ia kerap digunakan bagi mendapatkan maklumat lanjut
dan juga apabila menyemak persepsi pembimbing.

Kemahiran Menyoal

Terdapat dua jenis soalan yang digunakan dalam


kaunseling iaitu soalan terbuka dan tertutup.
Penggunaan soalan terbuka adalah digalakkan daripada
soalan tertutup.

Soalan Tertutup

Soalan Terbuka

Kemahiran Menyoal

Soalan Tertutup

Soalan tertutup mengehadkan jawapan kepada satu atau


dua jawapan sahaja dan jawapan ini memberikan maklumat
khusus. Klien akan terdorong menjawab dengan ringkas,
pendek atau spesifik kepada soalan yang diajukan. Soalan
tertutup tidak memberi kebebasan untuk klien menjawab
kerana strukturnya telah ditentukan oleh pembimbing atau
pengamal kaunseling. Malahan, soalan tertutup juga boleh
dijawab hanya menggunakan tingkah laku non verbal
seperti mengangguk kepala atau tersenyum

Soalan Tertutup

Soalan tertutup yang bertubi-tubi membawa rasa


terancam kepada klien kerana ia akan
menimbulkan rasa ketegangan adlam diri untuk
menjawab soalan demi soalan. Soalan tertutup
yang terlalu kerap akan membuatkan klien
mengambil sikap menunggu soalan sahaja dan
sesi ini juga akan menjadi direktif (pergantungan
klien terhadap pembimbing atau pengamal
kaunseling)

Soalan Tertutup

Pembimbing atau pengamal kaunseling


digalakkan menggunakan soalan tertutup
apabila pengesahan terhadap sesuatu fakta
diperlukan. Antara contoh soalan tertutup ialah
;
Adakah.... Bulan berapa ? Di mana ?

Contoh
Pembimbing: "Sudah berapa alama anda
kehilangan pekerjaan?"
Klien : "Lebih kurang 2 tahun"
Pembimbing: "Apa yang anda lakukan selama 2
tahun
itu?"
Klien : "Tiada apacuma duduk di rumah dan
buat apa yang patut."

b. Soalan Terbuka

Soalan terbuka sangat digalakkan dalam kaunseling


kerana ia dapat memberikan peluang kepada klien
menceritakan pengalamannya mengikut perspektif
dirinya sendiri tanpa panduan dari pembimbing atau
pengamal kaunseling. Soalan jenis ini menjemput
perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang
lebar dan ia tidak memerlukan jawapan yang
khusus.

b. Soalan Terbuka

Lazimnya soalan terbuka menggalakkan penerokaan


dan pengembangan kepada perkara yang sedang
dirundingkan. Diantara perkataan yang boleh
digunakan untuk membezakan soalan jenis terbuka
ataupun tertutup adalah seperti berikut :

Boleh terangkan. Bagaimanakah perkara


itu berlaku. Sejauhmanakah kejadian tersebut
telah menggangu hidup anda? Pada pandangan
anda.

b. Soalan Terbuka

1.

Menurut Ivey (1994), menyoal dilakukan untuk :


Memulakan sesi kaunseling

Setelah klien kelihatan bersedia untuk memulakan sesi,


pembimbing atau pengamal kaunseling boleh menggunakan
mehiarn meyoal untuk mendapatkan maklumat mengenai apa
yang ingin dibincangkan atau tujuannya datang berjumpa anda.
.

Contoh

Pembimbing : Apa yang ingin anda kongsikan pada hari ini?

Pembimbing : Bagaimana keadaan rakan sebilik anda sejak


sesi kita minggu lepas ?

Soalan Terbuka

2. Soalan terbuka mengkayakan perkongsian maklumat

Pembimbing atau pengamal kaunseling yang mahir akan


mengolah soalan agar jadi lebih terbuka dengan
bertanyakan soalan lebih mendalam untuk mendapatkan
lebih banyak maklumat. Soalan yang ditanyakan adalah
berkisar kepada pernyataan yang baru sekejap dokongsi
oleh klien.

Soalan Terbuka

3. Soalan bagi maklumat spesifik dan konkrit

Ramai klien berkongsi sesuatu yang agak samar atau


terlalu umum dan kadangkala tidak menjurus kepada
maklumat yang spesifik tanpa mengetahui kepentingannya
berbuat demikian. Pembimbing atau pengamal kaunseling
boleh membantu klien mengemukakan arah dengan soalan
terbuka.

Contoh :

Pembimbing : Berikan saya satu contoh tentang kenyataan


bahawa rakan yang tidak hiraukan anda

Pembimbing : Kakak anda sering buat anda marah, berikan


saya contoh peristiwa terakhir dia berbuat demikian

Soalan Terbuka

4. Bagi tujuan penilaian masalah klien

Bagi memahami diri dan dunia klien,


pembimbing atau pengamal kaunseling adalah
ibarat seorang pemberita yang membuat
sesuatu laporan terperinci. Untuk itu
penggunaan apa, Siapa, Bila,
Bagaimana dan kenapa (paling tidak
digalakkan) digunakan dalam menyoal.

Siapakah klien ini ? Latar belakangnya ? Apa


isunya ? Apa berlaku dalam
hidupnya ? Bila
isu ini mulai menghantuinya ? Bila dia mulai
ingin perubahan? Di mana masalah ini terjadi ?
Persekitaran maca mana ? Bagaimana klien
bertindak balas terhadap masalahnya ? Apa
yang menyebabkan masalah ini
timbul ?

Soalan Terbuka

5. Soalan menentukan respons klien

Oleh kerana menyoal bertujuan mendapatkan


lebih banyak maklumat serta mengkhusus,
penggunaan soalan yang sesuai akan
menghasilkan respons yang selaras dengan
soalannya.

Apa - bertujuan mendapatkan fakta atau


maklumat Bagaimana - mendapatkan proses
atau sekuen sesuatu peristiwa atau respons
perasaan klien Kenapa - membawa kepada
perbincangan mengenai sebab

Soalan Terbuka

Contoh

Pembimbing : "Ceritakan kepada saya bagaimana hubungan


anda dengan isteri anda sejak kebelakangan ini?"

Pembimbing : "Perubahan yang bagaimana saudara


maksudkan?"

Pembimbing : Dari apa yang telah anda beritahu mengenai


pensyarah anda, keadaan bagaimana yang ingin anda
harapkan darinya ?

Pengstrukturan

Penstrukturan adalah kontrak yang dilakukan secara


verbal dengan klien mengenai perjalanan dan proses sesi
yang dijalankan. Ia bermatlamat menyediakan nada dan
struktur sesi perundingan yang bakal dilaksanakan agar
jelas terutamanya kepada klien. Menurut Patterson &
Welfel (2000), penstrukturan menjelaskan semua
pernyataan pembimbing atau pengamal kaunseling yang
membolehkan klien mengetahui apa yang boleh
dijangkakan tentang proses dan hasil aktiviti kaunseling.
Jelasnya, penstrukturan membantu menjadikan sesi lebih
bermakna dan mempunyai arah.

Penstrukturan

Jangkamasa - Jangkamasa yang diperuntukkan lazimnya ialah


diantara 30- 45 minit. Klien perlu tahu berapa lama masa
yang diperuntukkan untuk membincangkan perkara yang
dibincangkan. Peranan Pembimbing atau pengamal
kaunseling - Mendengar, memahami dan membantu
perkara/isu yang dibawa oleh klien untuk dirundingkan.

Peranan Klien - Menceritakan dengan bebas dan memilih


tajuk perundingan (tajuk adalah pilihan klien kecuali klien
yang dirujuk enggan memilih tajuk perundingan).

Kerahsiaan - Peraturan dan perkara rahsia akan tetap


dirahsiakan oleh pembimbing atau pengamal kaunseling.

Penstrukturan

Merujuk Pakar - Jika perkara yang diceritakan


membahayakan diri klien dan di luar bidang
kuasa pembimbing atau pengamal kaunseling
maka kes itu perlu dirujuk.

Ringkas - Penstrukturan yang dibuat haruslah


ringkas dan mudah agar ia tidak menjadi isu
pula kepada klien apabila mereka
mendengarnya. Ia memberikan peraturan yang
jelas dan mudah kepada klien dan pembimbing
atau pengamal kaunseling.

Penstrukturan

Panduan

1. Wujudkan hubungan yang baik dengan klien terlebih


dahulu dan wujudkan kepercayaan di antara klien dan
pembimbing atau pengamal kaunseling. 2.
Pastikan klien
sudah bersedia untuk berkongsi dan memulakan sesi.

Contoh
Pembimbing : "Nampaknya kalau saudara dah sedia
bolehlah
kita mulakan sekarang. Jadi kedatangan
saudara ke sini hari ini tentu ada perkara
atau sesuatu
yang ingin diceritakan atau
di kongsi bersama saya. Jadi
saudara ada
lebih kurang 45 minit untuk menceritakan
segala apa yang ingin diceritakan atau
dikongsi kan
bersama saya. Saya sedia.

Penstrukturan

mendengar dan memahami serta cuba


membantu dan segala apa yang diceritakan
akan dirahsiakan kecuali jika perkara tersebut
akan membahayakan sesuatu pihak atau diri
saudara maka saya terpaksa memberitahu
kepada pihak yang bertanggungjawab. Jadi ,
jika saudara sudah bersedia saudara bolehlah
mulakan"

Refleksi

Refleksi adalah salah satu kemahiran unik dalam


kaunseling. Ia seakan parafrasa tetapi mempunyai kesan
yang lebih mendalam kepada klien. Refleksi merupakan
pengulangan kembali pokok atau isi kata-kata klien secara
tepat, padat dan ringkas. Ianya merupakan cara untuk
menyatakan kepada klien bahawa pembimbing telah
memasuki ruang rujuk klien dan benar-benar merasai apa
yang dirasai oleh klien (parafrasa bertujuan menyatakan
kepada klien bahawa pembimbing mendengar dan
memahami - belum lagi merasainya).

Refleksi

Kemahiran ini adalah salah satu kemahiran di


mana pembimbing atau pengamal kaunseling
cuba berusaha memahami klien dari sudut
pandangan klien sendiri. Ia merupakan satu
kemahiran untuk menggambarkan pembimbing
atau pengamal kaunseling memahami dan
menghayati apa yang dikatakan oleh klien
dengan memberikan respons secara refleksi
(counsellor in a client shoes).

Refleksi

Kemahiran refleksi ini boleh dibahagikan


kepada 3 bahagian iaitu:

refleksi isi,

refleksi perasaan dan

refleksi pengalaman.

Refleksi

a. Refleksi Isi Refleksi isi bermakna refleksi pembimbing


yang memfokuskan kepada isi percakapan klien dan
menyatakan semula dengan perkataan pembimbing
sendiri. Pernyataan pembimbing terhadap isi percakapan
yang didengar hendaklah ringkas, padat dan tepat

Tujuannya agar klien rasa didengar, difahami dan secara


tidak langsung dapat membantu pembimbing dalam
menyemak persepsi pembimbing terhadap klien.

Refleksi

Contoh :

Klien : "Hidup di kolej ni susah, serba tak kena saya


dibuatnya. Kita tak campur kata kita sombong, kera
sumbang, kita campur pun segala yang dibuat
semua
diperhatikan dan semua salah.
susah.susah."

Pembimbing: "Saudara merasakan yang duduk di kolej


sekarang susah, semua yang dibuat tak kena, nak campur
salah tak campur
pun salah"

Refleksi

Klien: "Iyalah.... Baru-baru nie saya ada beli handphone


baru kerana yang lama dah rosak , jadi ramailah kawan
saya yang menumpang saya punya handphone tu. Tak
kurang juga ada yang memuji tapi tak tahulah memuji ada
sebaliknya. ...Apa yang saya tak puashati sangat tu ada
orang cakap-cakap belakang yang saya ni kononya nak
berlagak......Iyalah, saya student tapi mampu membeli
handphone yang sebegitu mahal, yang lebih dashyat tu
ada yang mengata saya ni dibela sugar dadyYa
Allah.sakitnya hati!"

Pembimbing: "Saudara dituduh berlagak dan berkelakuan


buruk bila menunjukkan handphone baru saudara kepada
kawan- kawan."

Refleksi

b. Refleksi Perasaan

Refleksi perasaan bermaksud cerminan pembimbing


terhadap perasaan yang dialami dan yang diluahkan oleh
klien. Apabila pembimbing mendengar keluhan dan luahan
perasaan sama ada yang dilahirkan secara lisan atau bukan
lisan maka ia boleh difokuskan melalui refleksi perasaan.
Maknanya pembimbing membuat pernyataan semula
tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien.
Tujuannya ialah memberikan fokus kepada klien mengenai
perasaan yang dialami dan memberikannya peluang kepada
klien mengeluarkan perasaannya dengan cara baik serta
memberikan kelegaan kepada klien.

Refleksi Perasaan

Panduan

1.

Dengar dan refleksi isi percakapan klien sekiranya perlu


2. Cuba perhati dan teliti sekiranya perlu melakukan
refleksi perasaan terhadap perasaan yang dialami
dan
dikongsi oleh klien.

2.

Contoh :

Klien : "Cuba puan fikir, macamana saya tak sedih, dahla


selalu tinggalkan saya keseorangan, lepas tu dia hasut
kawan- kawan yang lain supaya jangan berkawan dengan
saya. Saya pun ada tahap kesabarannya, bila dah sampai
ke tahapnya nanti meletup juga saya ni!."
Pembimbing: "Nampaknya saudari begitu tertekan dan
marah dengan sikap kawan-kawan saudari tu."

Refleksi Pengalaman

Melakukan refleksi bukan sahaja kepada perkara yang di


dengar daripada mulut klien malah apa yang dilihat juga
perlu diperhatikan agar dapat direfleksikan. Oleh itu apa
yang diperhatikan melaui apa yang dilihat contohnya cara
duduk, nada suara, gerak geri, pernafasan, wajah, air muka
dan selurh separa bahasa yang ditunjukkan juga perlu
direfleksikan oleh pembimbing. Itulah yang dimaksudkan
refleksi pengalaman.

Panduan
1. Lakukan refleksi pengalaman sekirnya perlu sahaja dan
perlu dilakukan berhati-hati kerana ia dianggap menyemak
persepsi ataupun pandangan klein sendiri.

Refleksi Pengalaman

Panduan

1. Lakukan refleksi pengalaman sekiranya


perlu sahaja dan perlu dilakukan berhati-hati
kerana ia dianggap menyemak persepsi
ataupun pandangan klien sendiri

Kemahiran memberitahu

Kemahiran memeberitahu adalah serupa dengan


memberi penerangan. Walaupun berunsur bimbingan,
ianya berperanan penting dalam kaunseling terutama
kepada sesetengah klien atau dalam sesetengah kes
tertentu. Kemahiran memberitahu memerlukan
penguasaan maklumat yang meluas dan terkini oleh
pembimbing. Antara kemahiran memberitahu adalah
dengan cara memberi nasihat.

Kemahiran memberitahu

Walau bagaimana pun, kaunseling amat tidak


menggalakkan penggunaan nasihat kecuali
dalam kes tertentu seperti jika membawa
kemudaratan jika nasihat tidak diberikan.
Pembimbing juga boleh memberi nasihat dalam
situasi krisis atau keadaan yang nyata akan
merugikan klien seandainya klien tidak
diberitahu mengenainya. Nasihat juga
dikhuatiri akan mengujudkan pergantungan
oleh klien kepada pembimbing lantas tidak
berupaya menggalakkan perkembangan
peribadi klien

Kemahiran Konfrantasi

Konfrantasi adalah kontradiksi antara kata-kata


klien dengan tindakan klien. Ia mengujudkan
percanggahan kepada pembimbing dan
memerlukan penerokaan mendalam serta
pendedahan oleh klien tentang situasi
sebenarnya. Menurut Patterson & Welfel
(2000), kemahiran konfrantasi merupakan satu
kemahiran yang yang paling kontroversial
kerana secara terminologinya ia merujuk
kepada konflik atau serangan terhadap
percanggahan yang nyata.

Kemahiran Konfrantasi

Kemahiran konfrantasi jarang digunakan dalam


sesi terutama kepada pembimbing yang belum
mahir. Konfrantasi adalah bersifat mencabar
dan berkemungkinan menyebabkan klien
merasa tergugat dan tidak selesa dengan
pertanyaan pembimbing. Konfrantasi
mendatangkan risiko tetapi jika digunakan
dengan baik akan membawa celik akal atau
perubahan mendalam kepada klien.
Konfrantasi hanya digalakkan digunakan
setelah hubungan baik antara pembimbingklien terbina dan bukan diawal sesi

Kemahiran Konfrantasi

Di dalam menjalankan sesi kaunseling pembimbing tidak


semestinya bersetuju dengan pendapat atau tingkah
laku yang diperkatakan oleh klien. Ini kerana
pembimbing akan mengambil langkah membuat
konfrantasi dalam usaha membetulkan pandangan klien.
Ini bermaknanya konfrantasi ialah satu langkah
membetulkan pandangan klien jika dirasakannya ada
percanggahan. Konfrantasi hanya boleh dilakukan
sekiranya perlu dan jika telah wujud hubungan yang baik
dan kukuh di antara klien dan pembimbing atau
pengamal kaunseling. Konfrantasi digunakan apabila
terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh
klien tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya.

Kemahiran Konfrantasi

Ia dilakukan di dalam beberapa situasi : -

1. Apabila didapati tingkahlaku yang ditunjukan


oleh klien
tidak sama seperti apa yang
diperkatakan. 2. Apabila perasaan yang
diluahkan oleh klien tidak sama
dengan fakta
yang disampaikan oleh klien 3. Apabila fakta
mula yang disampaikan oleh klien tidak sama
dengan fakta akhir yang disampaikan oleh
klien.

Kemahiran Konfrantasi

Panduan

1. Pastikan ia benar-benar terdapat


percanggahan dan perlu dilakukan
konfrantasi. Maknanya, lakukan konfrantasi bila
benar-benar perlu dilakukan. 2. Wujudkan
hubungan yang baik dan kukuh terlebih dahulu
sebelum melakukan konfrantasi untuk
menggelakkan klien merasa terancam dan
timbul ketidakselesaan pada klien.

Kemahiran Konfrantasi

Contoh

(i) Konfrantasi apabila 'tingkah laku tidak sama


dengan apa yang diperkatakan '

Pembimbing : "Saya agak keliru sedikit disini,


saudarai kata saudari sedih dengan keadaan
malang yang menimpa saudari tapi nampaknya
saudari masih sempat tersenyum-senyum
ketika menceritakan perkara tersebut. Apa
sebenarnya yang saudari rasakan ketika ini?"

Kemahiran Konfrantasi

Konfrantasi apabila 'perasaan yang diluahkan oleh


klien tidak sama dengan apa yang diperkatakan'

Pembimbing : "Setelah beberapa lama saya


mendengar cerita daripada puan, saya kehilangan
sejenak.Mulanya puan kata puan geram, benci dan
menyampah dengan sikap suami puan malah semua
perkara yang diceritakan semuanya cerita yang
kurang baik . Tapi dalam masa yang sama puan
masih lagi sanggup berhadapan dengannya setiap
hari. Bagaimana agaknya tu puan? Boleh puan tolong
jelaskan dengan lebih lanjut?

Kemahiran Konfrantasi
(iii)
Konfrantasi apabila 'fakta awal yang
diperkatakan tidak sama dengan fakta akhir yang
disampaikan oleh klien.'

Pembimbing : "Daripada apa yang saudari


ceritakan di awal dari tadi, apa yang saya faham
saudari jarang bertemu dengan tunang saudari tetapi
sekarang apa yang saya dengar seperti saudari selalu
keluar dan hubungan tersebut agak rapat.Agaknya
apa yang saudari cuba sampaikan? Saya agak keliru
sedikit disitu?"

Kemahiran Merumus

Salah satu kemahiran yang wajib dilakukan ketika


sesi dijalankan mahupun ketika sebelum
menamatkan sesi. Kemahiran merumus amat
penting bagi mengulang semula apa yang
dikatakan, dirasa dan dilakukan oleh klien. Dengan
membuat rumusan dapatlah dijelaskan lagi kepada
klien mengenai segala apa yang telah
diperbincangkan semasa sesi dijalankan.

Merumus juga memudahkan usaha untuk memfokus


permasalahan yang dialami oleh klien. Ini
memudahkan pembimbing memberikan pertolongan
tanpa mencari-cari apakah masalah yang ingin
diselesaikan oleh klien. Merumus ialah
menggabungkan kemahiran parafrasa dengan
refleksi dan penggalak.

Kemahiran Merumus

Merumus merupakan gabungan kenyataan-kenyataan


penting atau pokok perbincangan klien dan
menjelaskan semula kepadanya. Ia membantu
memberi arah pergerakan sesi, memberi dan
menyatakan fokus semasa agar kedua belah pihak
jelas hala tuju sesi. Merumus juga berperanan
sebagai penyambung antara beberapa fasa yang ujud
dalam sesi atau kesinambungan di antara beberapa
sesi samada sesi lepas dengan sekarang atau yang
akan datang. Oleh itu, pernyataan bagi kemahiran ini
adalah lebih panjang.

Kemahiran Merumus

Terdapat dua rumusan yang boleh dilakukan


semasa sesi kaunseling dijalankan iaitu

rumusan besar dan

rumusan kecil.

Kemahiran Merumus
Rumusan Kecil

Rumusan kecil dengan rumusan besar tidak banyak


bezanya namun fungsinya berbeza. Rumusan kecil
dilakukan supaya dapat memfokuskan permasalahan
yang dialami agar tidak lari daripada landasan yang
sebenar. Rumusan kecil boleh dibuat beberapa kali
sepanjang sesi dijalankan dan ia bertujuan menyemak
persepsi klien dan membawa fokus kepada perbincangan
yang sedang dijalankan. Selain itu juga membantu klien
dan pembimbing mengingatkan kembali apa yang telah
dibaincangkan.

Kemahiran Merumus
Rumusan Kecil

Rumusan dibuat juga untuk memastikan


pemahaman pembimbing tidak menyeleweng
dan secara tidak langsung memberansangkan
klien agar terus meneroka ke arah perkara yang
dirumuskan oleh pembimbing.

Rumusan boleh dibuat diawal perundingan


untuk mengingat kembali apa yang telah
dibincangkan pada masa lalu.

Kemahiran Merumus
Rumusan Kecil

Panduan

1. Nada, emosi dan isi yang diluahkan oleh klien


harus diperhatikan kerana rumusan bukan
setakat isi sahaja tetapi makna yang ingin
disampaikan oleh klien. 2. Susun idea atau
perasaan yang penting dengan baik agar
memudahkan klein memahaminya. 3. Gunakan
bahasa yang mudah dan elakkan
menambahkan idea baru.

Kemahiran Merumus
Rumusan Kecil

Contoh :

Pembimbing : "Selama 15 minit yang lalu


saudari ada menceritakan kepada saya
mengenai ketidakpuasan hati saudari terhadap
boyfriend saudari. Saudari rasa tercabar
dengan sikapnya dan sekaligus membosankan
diri saudari. Dalam masa yang sama juga
adakalanya saudari ingin sahaja memutuskan
hubungan tersebut kerana itu sahaja jalan yang
paling mudah untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Tapi saudari tidak mahu perkara
tersebut berlaku kerana tidak sampai hati
dengan boyfriend saudari".

Rumusan Besar

Membuat rumusan besar adalah menjadi


tanggungjawab pembimbing setiap kali sesi
dijalankan. Ia dilakukan setiap kali sebelum
menamatkan sesi. Maksudnya, sebelum
menamatkan sesuatu sesi pembimbing
dikehendaki merumuskan segala apa yang
telah dirundingkan atau diperbincangkan serta
apa yang telah dipersetujui.

Rumusan Besar

Contoh :

Pembimbing: " Pada sesi kali ini kita telah


membincangkan dengan panjang lebar masalah yang
benar-benar mengganggu saudari iaitu masalah tidak
puas hati dengan sikap boyfriend saudari. Saudari rasa
tercabar dan bosan dengan sikap boyfriend saudari
yang sering mementingkan diri sendiri dan suka
mengawal segala pergerakan saudari. Saudari
merasakan sebegini semenjak boyfriend saudari jarang
mengambil kisah tentang diri saudari akibat
kesibukannya dan saudari merasakan sukar untuk
menerima alasan darinya. Keadaan ini menyebabkan
saudari rasa tertekan dan bosan dengan sikapnya.

Rumusan Besar

Adakalanya saudari terfikir untuk memutuskan


sahaja perhubungan dengannya tetapi saudari tidak
sampai hati dan masih sayangkannya dan kalau
boleh saudari mahu boyfriend saudari seperti
dahulu, seperti baru mula-mula bercinta dahulu.
Saudari cuba mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah tersebut dengan membuat perbincangan
bersemuka dengannya namun dia cuba mencari
alasan dengan mengatakan yang beliau tidak
sempat sebab terlalu sibuk.

Rumusan Besar

Jadi ini adalah diantara apa yang kita perbincangkan


pada kali ini. Nampaknya saudari belum lagi dapat
mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan
tersebut tetapi oleh kerana masa tidak mencukupi apa
kata kita sambung sesi ini pada sesi akan datang. Jadi
pada sesi akan datang kita akan menyambung
perbincangan mengenai permasalahan tersebut dan
bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya."

Kemahiran Penamatan

Kemahiran ini juga wajib dilakukan agar klien tahu


bahawa sesi sudah boleh ditamatkan ataupun
tidak. Jadi menjadi tanggungjawab pembimbing
agar ia dilaksanakan.

Proses penamatan wujud dalam sesi kaunseling


dan juga dalam proses hubungan kaunseling.
Maksudnya disini, di dalam kaunseling penamatan
dibuat pada dua keadaan iaitu menamatkan sesi
yang dijalankan dan penamatan hubungan
kaunseling antara pembimbing dan klien yang
mungkin mengambil masa beberapa sesi.

Penamatan Sesi

Sesi perlu ditamatkan bila sudah cukup waktu seperti yang


telah dijanjikan semasa pengstrukturan dilakukan. Selain
faktor masa pembimbing boleh menamatkan sesi
sekiranya dia merasakan klien telah mendapat daripada
sesi itu atau klien sendiri mengambil keputusan untuk
memberhentikannya.
Panduan
1. Sebelum melakukan penamatan pastikan penamatan
yang dilakukan tidak tergesa-gesa dan sekiranya ini
berlaku akan memberikan kesan kepada klien dimana klien
akan merasa tidak diterima dan dihalau oleh pembimbing.
2.
Rumusan harus dilakukan terlebih dahulu. Maknanya
rumuskan segala apa yang telah diperbincangkan dan jika
sesuai pembimbing juga boleh meminta klien membuat
rumusan berkenaan.

Penamatan Sesi

Ingatkan klien tentang apa-apa persetujuan yang telah


dicapai bersama. Klien mesti diingatkan apakah
tindakan yang mesti klien buat (jika ada) sebelum sesi
akan datang bermula - minta persetujuan klien terhadap
apa yang disarankan oleh pembimbing. 4. Beri ruang
kepada klien untuk memilih sama ada dia merasakan
perlu untuk datang kembali bagi sesi yang lain.
Maksudnya beri peluang klien membuat keputusan
sama ada ingin meneruskan sesi akan datang atupun
tidak.

Penamatan Sesi

Contoh :

Pembimbing: "Kita ada lebih kurang lima minit


sahaja lagi, jadi elok rasanya saya rumuskan
segala apa yang telah bincangkan pada sesi kali
ini. Mulanya saudari datang adalah untuk
membincangkan masalah saudari dengan
kawan saudari yang tidak dapat memaafkan
kesalahan yang saudari telah lakukan. Kawan
saudari juga cuba menjauhkan diri daripada
saudari. Jadi dalam perbincangan kali ini
saudari telah bersetuju untuk

Penamatan Sesi

bersemuka dengan kawan saudari itu dan


menerangkan perkara yang sebenar yang
berlaku. Ini adalah beberapa langkah yang telah
saudari ambil dalam masa beberapa minggu ini.
Jadi sekiranya saudari memerlukan
perbincangan lagi dengan saya setelah
beberapa minggu ini, saya mengalualukan
kedatangan saudari.

Penamatan Hubungan
Kaunseling

Hubungan kaunseling boleh ditamatkan jika


matlamat kaunseling telah tercapai atau atas
permintaan klien. Proses penamatan harus
diberitahu kerana pembimbing tidak boleh
mengikat klien untuk terus bergantung
kepadanya atau sebaliknya.

Penamatan Hubungan
Kaunseling

Contoh

Pembimbing : "Nampaknya kita telah berjumpa


sebanyak 3 sesi dan saya lihat saudari sudah
bertambah ceria dan gembira sekarang berbanding
pertama kali saudari bertemu dengan saya. Jadi saya
beranggapan yang saudari sudah dapat menangani
masalah yang dihadapi dan saudari juga ada
menyatakan yang saudari sudah berbaik semula
dengan kawan baik saudari itu. Jadi saya rasa bolehlah
kita tamatkan perhubungan kaunseling ini dan diharap
saudari akan terus ceria dan gembira dalam kehidupan
saudari yang akan datang."

Kemahiran Membuat
Tindakan Susulan/ follow up

Follow up merupakan bahagian yang penting dalam


penamatan tap ianya kadangkala tidak digunakan
dengan baiknya oleh pembimbing (Okun, 1982).
Follow up bermaksud menghubungi klien untuk
mengetahui kemajuan dirinya dan bagaimana ianya
bertindakbalas dengan isu yang telah dibincangkan
dalam sesi kaunseling disamping melihat keselarasan
kepada matlamat kaunseling yang telah bersama.
Follow up boleh dilakukan dalam jangkamasa pendek
atau panjang dan dillakukan dengan pelbagai cara.
Cormier & Cormier (1979) telah mencadangkan
langkahlangkah berikut dalam melakukan follow up

Membuat Follow up

Jemput klien datang ke sesi follow up bagi


melihat bagaimana klien berdaya tindak dalam
menghadapi permasalahannya. Dalam sesi
follow up ini, klien boleh menunjukkan adaptasi
kemahiran barunya melalui main peranan
bagaimana ia berfungsi dalam isu yang sedang
dihadapinya.

b. Pos inventori yang diisi sendiri oleh klien


dengan menyatakan situasi dirinya sekarang
dalam menangani masalah yang dihadapinya.

Anda mungkin juga menyukai