Anda di halaman 1dari 4

MENGAPA PERLU SOLAT?

Bunyinya seperti satu soalan yang bodoh, tetapi mengapa ramai dikalangan
masyarakat kita mengambil mudah akan hal sembahyang. Tidak Allah jadikan
sesuatu itu tanpa kebaikannya, seperti puasa yang sebelum adanya kajian sains
mengenai faedahnya puasa dari sudut kesihatan, majoriti menganggap itu
adalah perintah Allah dan kita harus melakukannya. Dengan adanya lapuran
kajian faedah puasa, yang taat berpuasa semakin beriman kepadaNya dan yang
sebelum ini liat untuk berpuasa mungkin tergerak akan hatinya untuk
melakukannya.
Bagaimana pula dengan sembahyang yang juga rukun islam, ramai yang berpuasa tetapi tidak
sembahyang, mungkin bagi golongan tersebut, puasa lebih kepada tradisi untuk berhari raya
kerana tanpa puasa, hari raya tidak lah bermakna, mereka ini sedar yang puasa tanpa
sembahyang sia-sia sahaja tetapi masih tidak terbuka hati untuk sembahyang. Mungkin dengan
adanya lapuran kajian sains akan faedah sembahyang barangkali akan berubah hati mereka untuk
sembahyang?
Tidak perlu kajian sains faedah sembahyang bagi yang beriman kerana itu perintah Allah, tetapi
sembahyang yang diterima hanyalah yang khusyuk, jadi tidakkah sia-sia sembahyang mereka
yang tidak khusyuk? Adakah mereka juga sama dengan golongan yang tidak sembahyang?
Sembahyang yang diterima iaitu yang khusyuk atau fokus dapat mencegah manusia dari
kemungkaran, tetapi bagaimana kekhusyukan itu mengubah sikap manusia dari kemungkaran?
Apakah proses didalam diri manusia itu sendiri dari sudut sains? Saya terjumpa kajian mengenai
otak oleh Dr. Daniel Amen, pakar brain scan dr USA. Didalam websitenya ada beberapa photo
imbasan otak dari pelbagai individu dengan pelbagai masaalah didalam otak yang mencorak
minda mereka.

Perhatikan imbasan otak


mereka yang bersyukur dan mereka yang tidak? Mereka yang selalu bersyukur otaknya aktif
hampir secara menyeluruh berbanding dengan yang tidak (biru mewakili kawasan yang aktif
manakala yang merah adalah kurang aktif). Otak yang aktif keseluruhannya, cara individu itu
berfikir sudah semestinya lebih berbeza berbanding otak yang kurang aktif.Kepandaian, nilai
moral, daya ingatan, tahap creativiti, prestasi akademik, kepekaan, nilai moral,
kecergasan, kestabilan dan kawalan emosi yang baik, kematangan dan sebagainya adalah
hasil dari otak yang berfungsi secara keseluruhannya. Jika kita kaitkan dengan sembahyang,
bukankah sembahyang itu cara kita mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah? Hampir
keseluruhan bacaan didalam sembahyang itu lebih kepada puji-pujian kepadaNya. Buktinya juga
dapat dilihat dari majoriti individu yang cemerlang didalam peperiksaan adalah mereka yang
menjaga sembahyangnya.
Apa bezanya mereka yang khusyuk dengan yang tidak. Selain dari mendekatkan diri kita dengan
Allah, khusyuk dan fokus itu membantu kita mencapai apa sahaja impian hidup kita didunia ini.
Ramai yang tahu mengenai Law of Attraction yang kita boleh capai apa sahaja hajat didalam
hidup kita ini jika kita fokus didalam fikiran kita apa yang kita inginkan, jadi jika kita boleh
fokus kepada Allah didalam sembahyang, amat mudah untuk lebih fokus kepada apa yang kita
hajati dari segi harta, kasih sayang, kesihatan dan sebagainya.
Dengan taatnya kita kepada Allah, melalui sembahyang dan selalu bersyukur kepadaNya,
bukankah untuk mencipta realiti yang kita inginkan amat mudah. Percaya akan keesaanNya,
pemurahNya, pengasihNya, apa yang kita hajati sudah ada digenggaman kita, beriman
kepadanya. Apa itu beriman? Percaya kepada sesuatu yang tidak bolah dibuktikan jadi jika kita
percaya kepada Allah, apa yang kita hajati tidak mustahil. Itu yang dinamakan mencipta realiti
kita sendiri, dengan keredhaanNya.

Ini pula gambar imbasan otak yang dinamakan surface scan. Perhatikan otak mereka yang ganas
berbanding mereka yang normal? Perhatikan bahagian depan otak (prefrontal cortex) yang tidak
sempurna. Prefrontal cortex ini merupakan CEO bagi manusia itu sendiri, secara rasional
menjadi penapis kepada segala tindakan primitif ganas (pemikiran haiwan). Bahagian depan
otak yang kosong itu bukan bermakna ianya kosong secara fizikal tetapi tidak aktif kerana tiada
darah yang pergi kebahagian tersebut. Prefrontal cortex haiwan tidak sempurna, kecil atau tiada,
sebab itu mentaliti mereka fight or flight, lawan atau lari. Manusia yang ganas, kaki panas baran
contohnya besar kemungkian frontal cortex mereka tidak berfungsi, sebab itu mereka selalu
membuat keputusan yang tidak bijak. Penjenayah berat tiada belas ikhsan terhadap manusia,
seperti didalam dunia haiwan, sebab itu harimau boleh makan manusia kerana tiada sifat ihsan.
Bagaimana dengan manusia yang sanggup berbunuhan sesama sendiri?
Apa yang menyebabkan “kosong”nya frontal cortex kita? Stress adalah penyebab utama, hampir
semua aktiviti dizaman moden meningkatkan stress. Ketika stress, pemikiran primitif mengambil
alih, ini mengalih aliran darah ke prefrontal cortex dan kesan dari stress yang berterusan, makin
tidak aktif lah prefrontal cortex manusia tersebut. Keduanya kerana kita semakin tidak
menggunakan otak kita, contohnya dulu untuk pengiraan kita pantas mencongak, sekarang
kalkulator pasti akan dicapai dahulu untuk membuat pengiraan, kemodenan itu tidak salah, tidak
sedar kesan kemodenan kepada fikiran itu yang bahaya.
Bagaimana sembahyang yang khusyuk mencegah dari kemungkaran? Bila kita khusyuk, minda
kita menjadi lebih tenang, kita berhubung dengan zat-zat Allah yang tenang dan aman, ini
menghilangkan ketegangan dan bila kita fokus kepadaNya, prefrontal cortex kita akan diperbaiki
dan dengan proses yang berulang2 (sembahyang yang khusuk), otak kita akan menjadi lebih
sempurna dan boleh berfikir dengan lebih waras. Bayi didalam kandungan tenang dan aman,
selepas lahir jika cukup makan dan tidurnya, aman tenteram tidur dengan nyenyak, itu lumrah
alam.
Bagaimana pula dengan sujud? Apakah kesannya? Bukan kah ketika sujud bahagian yang paling
rendah adalah prefrontal cortex iaitu ketika dahi mencecah bumi? Dengan kedudukan jantung
yang lebih tinggi bukankah itu memaksa darah kebahagian tersebut lantas membaiki,
mengaktifkan bahagian tersebut? Hasilnya kita boleh membuat keputusan yang lebih bijak, boleh
berfikir mana yang baik dan buruk, boleh mencegah dari kemungkaran.
Otak umpama pasukan orkestra yang mana sebelum konduktor muncul semua pemuzik membuat
hal masing-masing, tetapi bila konduktor muncul dan mengetuai mereka, musik yang terhasil
amatlah indah. Otak umpama pasukan orkestra dan konduktor adalah prefrontal cortex otak kita.
Lebih fokus kita dalam sembahyang/meditasi, lebih sempurna frontal cortex kita seperti didalam
brain scan tersebut.
Meditasi dikatakan mampu memulihkan fungsi otak menjadi lebih sempurna, meditasi
memerlukan fokus pada sesuatu dalam suatu jangka masa. Transcendental meditation seperti
yang di kaji dan digalakkan oleh Universiti Maharishi menghubungkan diri dengan sumber
kehidupan dunia ini yang mereka gelar “unified field”. Kerana jahilnya mereka, tidak mereka
sedari “unified field” tersebut sebenarnya adalah zat-zat Allah yang mana darinya muncul lah
semua kehidupan didunia ini. Gambar di bawah ini adalah kesan pada otak hasil dari proses
meditasi tersebut.

Sembahyang juga adalah satu bentuk meditasi, ramai menyalah anggap yang meditasi itu meniru
agama lain, meditasi adalah satu cara memfokuskan pada sesuatu dan tenangkan fikiran, fokus
pada sesuatu samada bacaan, musik, pernafasan, imaginasi dan sebagainya. Didalam Islam,
sembahyang melakukan beberapa gerakan tetapi fikiran kita perlu khusyuk/fokus kepada Allah
dan zat-zatNya, tiada bezanya dengan meditasi, prinsipnya tetap sama.
Jadi ada perbezaannya mereka yang sembahyang dan tidak dan ada bezanya mereka yang
khusyuk dan tidak, jadi sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan dan khusyuklah
kamu agar kamu mendapat keredhaan Allah dan menjadi manusia yang lebih bijak
pemikirannya.
Sumber : syurga di dunia.blogspot

Anda mungkin juga menyukai