Anda di halaman 1dari 8

1.

PENDAHULUAN

2.0

PENGENALAN MAKANAN TRADISIONAL

Ketupat palas yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat
palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas
juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas
digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi. Ketupat tiga
segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.

2.1

SEJARAH MAKANAN TRADISIONAL

Ketupat daun palas adalah sejenis kuih tradisonal yang popular di Pantai Timur
terutamanya di Kelantan dan biasanya dihidangkan sebagai juadah utama ketika sambutan hari
raya.Namun begitu terdapat juga sesetengah negeri menggunakan keupat ini sebagai juadah
utama pada perayaan seperti di Perlis dan Kedah. Ketupat daun palas atau ketupat pulut ialah
ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan
ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut
dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk
bawang dengan menggunakan daun kelapa.Ketupat palas pula berbentuk tiga segi dan
dibungkus mengunakan daun palas.

2.2

ADAT RESAM MAKANAN TRADISIONAL

Ok cerita dia macam ni. Ketupat ni dari zaman dulu lagi, cara nak memasaknya ialah dengan
merebus ketupat di dalam air. Ketupat betina mempunyai balutan daun yang kurang kejap serta
kurang kemas, maka air lebih mudah untuk masuk ke dalam sarung ketupat semasa proses
merebus, lalu pulutnya akan jadi agak lembik. Berbeza dengan ketupat jantan, cara balutan
ketupat jantan lebih kemas dan kejap, tidak kelihatan begitu berlubang, maka agak susah untuk
dimasuki air semasa proses merebus.

3.0

2.3

PANTANG LARANG MAKANAN TRADISIONAL

2.4

KEPERCAYAAN DAN KEBUDAYAAN

CARA PENYEDIAAN

Beras yang digunakan untuk menghasilkan ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan
untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala ketupat daun menggunakan beras
nasi.Santan kelapa juga digunakan untuk membuat ketupat daun palas ini dan kuantiti
penggunaan santan ketika mengadun beras pulut akan banyak mempengaruhi kelazatan
ketupat tersebut.
Proses pembuatannya juga agak rumit jika dibandingkan dengan pembuatan ketupat
nasi,dimana beras pulut yang hendak digunakan perlulah dikukus terlebih dahulu kemudian
diadun dengan santan kelapa,kemudian pulut akan dibungkus dalam daun palas yang telah di
buka dan di bentuk terlebih dahulu.Selepas ia siap di bungkus,sekali lagi ia akan dikukus atau
direbus.Proses pembuatan ketupat ini akan mempengaruhi mutu dan ketahanan ketupat yang
dihasilkan. erdapat banyak jenis ketupat palas mengikut bahan yang dicampurkan ke dalam
pulut.Ada yang dicampur serunding,kacang merah manakala yang tidak dicampurkan bahan
lain biasanya dipanggil ketupat lemak.
Ketupat palas ini biasanya dihidangkan,dimakan bersama manisan yang dicairkan,rendang
ayam atau daging,serunding ayam atau daging.Seringkali juga ketupat palas ini akan digoreng
terlebih dahulu sebelum dimakan, bergantung kepada citarasa pengemarnya.

KETUPAT PALAS

Bahan bahan
1 kilo beras pulut (4 cawan)
2 1/2 cawan santan pekat (pati santan)
2 cawan santan cair/air
1 cb gula
1 cb garam daun palas secukupnya

Cara-cara

1. Beras pulut dibersihkan dan toskan airnya. Asingkan.


2. Tuang kedua dua santan ke dalam periuk dan didihkan.
3. Kemudian masukkan beras pulut, garam dan gula.
4. Kacau pulut sehingga 1/2 masak ataupun sehingga airnya kering dan pulut tidak lagi melekat
di kuali. Gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau supaya pulut tidak melekat dan
hangus.
5. Padamkan api. Angkat kuali dari dapur dan biarkan pulut sejuk.
6. Ambil sehelai daun palas yang telah dibersihkan dan balut seperti biasa. Buat sehingga habis
kesemuanya.
7. Rebus/kukus lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam.
8. Angkat dan sejukkan sekurang kurangnya 4 jam sebelum dipotong.

1. Bersihkan beras pulut dan toskan airnya. Masak bersama santan sehingga 1/2 masak dan
pulut tidak lagi melekat di dinding periuk.

2. Beginilah rupa pulut yang telah dimasak. Pulut akan mengeluarkan minyak dengan
sendirinya. Nampak tak minyak yg terhasil di bawahnya, ceduk dan buangkan minyak tersebut.
Biarkan pulut sejuk.

3. Kemudian, lihat pulat cara membuka dan membalut ketupat. Ambil satu batang daun palas.
Gunting sedikit hujung sebelah atasnya agar sama. Kemudian buka dan simpulkan seperti ini.
Boleh juga dibuka banyak banyak dan simpulkan sekaligus. Daun palas boleh dibuka
awal/sehari sebelumnya bagi memudahkan proses membalut ketupat nanti. Pilihlah daun yang
panjang dan sederhana lebar bagi memudahkan proses membalut ketupat.

4. Ambil sehelai daun palas, lapkan depan dan belakang daun sehingga semua habuk2 halus
tanggal dan bersih.

5. Simpulkan daun palas sehingga terbentuk kelongsong seperti ini. Lebih kurang macam
kelongsong isi kacang putih yang ane india dok jual kat tepi jalan tu.... Biarkan ekor daun palas
terjuntai.

6. Masukkan beras pulut yg telah dimasak tadi ke dalamnya. Tekan-tekankan sedikit dengan jari
jemari halus anda biar pulut padat di dalam kelongsong. Jangan letak pulut melebihi paras daun
kerana ianya akan menyukarkan anda untuk membalutnya nanti. Seelok eloknya biar sama
paras dengan sisi daun.

7. Kemudian, tarik ekor daun palas menghala ke bawah bagi menutupi pulut tersebut

8. Rapatkan dan kemaskan daun tersebut. Biar betul betul ketat balutannya.

9. Pusing pula daun ke belakang kelongsong sambil menghala ke atas seperti ini.

10. Kemudian lipat lagi sekali seperti ini.

11. Alihkan kedudukan ketupat biar muncungnya menghala ke atas seperti ini.

12. Tarik ekor daun tadi dan sematkan di celah lipatan. Hati hati agar balutan tidak terbuka.

13. Kemaskan/ketatkan balutan dengan cara menarik ekor daun kuat sedikit. Jangan tarik
terlalu kuat kerana daun palas akan terkoyak. Agak agakla ya.

14. Kemudian simpulkan ekornya seperti ini bagi mematikan balutan dan juga untuk
mengelakkan air dari masuk ke dalam ketupat bila direbus.

15. Taraaaaa..... keetupat palas telahpun siap dibalut. Mudah bukan.

4.0

KAITAN MAKANAN TRADISIONAL DENGAN PPPM

5.0

PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai