Anda di halaman 1dari 5

RESEPI KETUPAT PALAS DAN RENDANG YANG

SEDAP
Korang boleh try sebab admin dh try, memang jadi!
Share cpt!
Bahan bahan
1 kilo beras pulut (4 cawan) (revised : rendam pulut
lebih kurang 2jam)
2 1/2 cawan santan pekat (pati santan)
2 cawan santan cair
1 cb gula
1 cb garam daun palas secukupnya
Cara-cara masak pulut :
1. Beras pulut dibersihkan dan toskan airnya.
Asingkan.
2. Tuang kedua dua santan ke dalam periuk dan
didihkan.
3. Kemudian masukkan beras pulut, garam dan gula.
4. Kacau pulut sehingga 1/2 masak ataupun sehingga
airnya kering dan pulut tidak lagi melekat di kuali.
Gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau
supaya pulut tidak melekat dan hangus.
5. Padamkan api. Angkat kuali dari dapur dan biarkan
pulut sejuk.
6. Ambil sehelai daun palas yang telah dibersihkan dan
balut seperti biasa. Buat sehingga habis kesemuanya.
7. Rebus/kukus lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam.
8. Angkat dan sejukkan sekurang kurangnya 4 jam
sebelum dipotong.
Cara2 buat ketupat:
1. Bersihkan beras pulut dan toskan airnya. Masak
bersama santan
sehingga 1/2 masak dan pulut tidak lagi melekat di
dinding periuk.
2. Beginilah rupa pulut yang telah dimasak. Pulut akan
mengeluarkan minyak dengan sendirinya. Nampak tak
minyak yg terhasil di bawahnya, ceduk dan buangkan
minyak tersebut. Biarkan pulut sejuk.
3. Kemudian, lihat pulat cara membuka dan membalut
ketupat. Ambil satu batang daun palas. Gunting sedikit
hujung sebelah atasnya agar sama. Kemudian buka
dan simpulkan seperti ini. Boleh juga dibuka banyak
banyak dan simpulkan sekaligus. Daun palas boleh
dibuka awal/sehari sebelumnya bagi memudahkan
proses membalut ketupat nanti. Pilihlah daun yang
panjang dan sederhana lebar bagi memudahkan
proses membalut ketupat.
4. Ambil sehelai daun palas, lapkan depan dan
belakang daun sehingga semua habuk2 halus tanggal
dan bersih.
5. Simpulkan daun palas sehingga terbentuk
kelongsong seperti ini. Lebih kurang macam
kelongsong isi kacang putih yang ane india dok jual kat
tepi jalan tu.... Biarkan ekor daun palas terjuntai.
6. Masukkan beras pulut yg telah dimasak tadi ke
dalamnya. Tekan-tekankan sedikit dengan jari jemari
halus anda biar pulut padat di dalam kelongsong.
Jangan letak pulut melebihi paras daun kerana ianya
akan menyukarkan anda untuk membalutnya nanti.
Seelok eloknya biar sama paras dengan sisi daun.
7. Kemudian, tarik ekor daun palas menghala ke
bawah bagi menutupi pulut tersebut
8. Rapatkan dan kemaskan daun tersebut. Biar betul
betul ketat balutannya.
9. Pusing pula daun ke belakang kelongsong sambil
menghala ke atas seperti ini.
10. Kemudian lipat lagi sekali seperti ini.
11. Alihkan kedudukan ketupat biar muncungnya
menghala ke atas seperti ini.
12. Tarik ekor daun tadi dan sematkan di celah lipatan.
Hati hati agar balutan tidak terbuka.
13. Kemaskan/ketatkan balutan dengan cara menarik
ekor daun kuat sedikit. Jangan tarik terlalu kuat kerana
daun palas akan terkoyak. Agak agakla ya.
14. Kemudian simpulkan ekornya seperti ini bagi
mematikan balutan dan juga untuk mengelakkan air
dari masuk ke dalam ketupat bila direbus.
15. Taraaaaa..... keetupat palas telahpun siap dibalut.
Mudah bukan.
16. OOppppssss tak habis lagi ni.....Guntingkan sedikit
tangkainya biar pendek supaya mudah untuk
dimasukkan ke dalam periuk.
17. Lepas tuuu, apa lagi, rebus/kukus lerrrr.....
Rebus/kukus selama lebih
kurang 1 ke 1 1/2 jam hingga masak. Bila dah masak,
buangkan air rebusan/kukusan dan biarkan ketupat
sejuk lebih kurang 4 jam sebelum dipotong bagi
mendapatkan hasil yang cantik dan memuaskan.
Nota : Ketupat yang betul2 elok/menjadi, akan tahan 2
hari pada suhu bilik. Ketupat yang telah siap dibalut
boleh juga dimasukkan ke dalam bekas yang
bersesuaian dan disimpan di bahagian sejukbeku dan
direbus/dikukus bila perlu.
Ketupat yang telah siap direbus boleh disejukkan,
cicah pulak dengan rendang daging memang power!
Jom buat rendang pulak!
RENDANG DAGING
Bahan A
1 Kilogram daging
3 cawan santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula (saya gunakan gula melaka)
garam secukup rasa
daun kunyit - di mayang halus
2 helai daun limau purut di koyak
Minyak masak secukupnya
air secukupnya
Bahan B (Di kisar)
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
15 tangkai cili kering (saya tambahkan sedikit kerana
suka pedas)
15 bij cili api (sekiranya suka)
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara membuatnya:
1. Daging di potong kecil, basuh sehingga bersih dan
toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan
bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daging dan
daun kunyit serta daun limau purut.
3. Masukkan pula santan, garam, air asam jawa, gula
dan kerisik. Masak sehingga daging lembut.
4. Apabila sudah terbit minyak dan pekat, bolehlah di
angkat dan hidangkan. Saya gandingkan dengan
ketupat palas...mmm memang sedap.
Sumber: fara dan faiza

Anda mungkin juga menyukai