Anda di halaman 1dari 4

Pengalaman

saya

menjadi

klien

kepada

bakal

kaunselor

::Shuhada

Muslim::
Tarikh :
Kali pertama saya akan berjumpa kaunselor.Walaupun bukan kaunselor yang sebenar tetapi
kaunselor pelajar sem 4,saya rasa berdebar dan rasa tak yakin dengan kaunselor ini.Tujuan
saya setuju untuk berjumpa kaunselor ini adalah untuk menimba pengalaman baru di mana
saya tidak pernah diberi kaunseling atau meminta khidmat kaunseling daripada sesiapa.Saya
sebenarnya seorang yang tidak suka menceritakan masalah saya kepada orang lain kerana
saya tidak suka dilihat sebagai seorang yang bermasalah.Walaubagaimanapun,saya sedar
bahawa saya juga perlu sekali sekala untuk bercerita tentang luahan hati saya ini dan saya rasa
saya perlu bercakap dengan seseorang.Semasa kaunselor sem 4 ini menawarkan
khidmatnya,saya terus sahaja setuju.Lagipun saya tengok dia sangat baik dan mesra
orangnya.Saya masuk ke billik rakaman sesi kaunseling dengan perasaan agak berdebar.Tapi
cara kakak kaunselor ini membuatkan saya rasa yakin dan bersedia.
Semasa proses kaunseling yang pertama,saya dapat lihat bahawa kaunselor saya ini
membinga hubungan yang baik dengan saya sehinggakan saya rasa kami sudah lama kenal
dan bersahabat.Walaubagaimanapun masih ada perasaan malu-malu dalam diri saya.Semasa
menyatakan masalah saya,mulanya saya seolah-olah menyembunyikan sesuatu namun
mungkin menggunakan kemahiran yang dia ada,saya menjadi berterus terang tentang masalah
saya.Contohnya pada mulanya saya menceritakan tentang masalah saya dengan sekumpulan
rakan sekelas,lama kelamaan kakak kaunselor ini dapat membongkar rahsia saya iaitu
mengenai salah satu prinsip saya.Sebenarnya saya tidak suka orang tahu tentang prinsip ini
namun akhirnya terbongkar juga.Tapi saya rasa berbaloi rahsia ini diketahui sebab individu
yang mengetahui perkara ini adalah seorang yang berjanji akan merahsiakan perkara ini
walaupun sesi kami dirakam.Sekurang-kurangnya ada juga yang sudi nak memahami saya dan
tidaklah beban kepada saya untuk simpan sendiri. Sesi kaunseling kami terus berjalan dengan
lancar sehinggalah masa cukup.Apabila dikatakan masa cukup tu saya masih belum puas untuk
bercerita dan berbual dengan kaunselor tetapi kami berjanji untuk melakukan sesi yang
kedua.Di sini saya rasa sangat tertanya-tanya tentang masalah saya ini dan tidak sabar untuk
menunggu ke sesi kedua.

Recording. Tp masa nie sy dgn kwn sdg berlatih bt sesi rakaman.


Tarikh :
-sesi kedua
Pada sesi ini saya rasa saya ada terlupa tentang perkara-perkara yang telah saya
ceritakan.Tetapi kakak kaunselor telah mengingatkan saya kembali mengenai hal itu dan saya
dapat meneruskan cerita saya.Pada sesi ini saya sendiri dapat mengenalpasti masalah saya
yang sebenarnya melalui pendedahan dan gambaran yang kakak kaunselor berikan.Kakak
kaunselor sangat hebat bagi saya kerana dapat mengenalpasti masalah saya yang
sebenarnya.Dalam sesi ini juga kaunselor menggunakan cara menulis di kertas sebagai cara
untuk membuka minda saya.Melalui cara ini,iaitu menulis situasi dan kesan serta beberapa
aspek lagi,saya dapat melihat situasi yang saya alami pada masa itu.Ia memberi saya
gembaran yang jelas dan membuatkan saya menjadi faham akan situasi sebenar saya.Lebih
berkesan lagi adalah apabila kakak kaunselor bertanya sama ada saya mempunyai adik atau
tidak dan memang saya mempunyai adik.Kakak kaunselor kemudiannya meletakkan adik saya
sebagai saya dalam situasi ini dan cuba membuka fikiran saya.Disini lah saya dapat membuka
minda saya sedikit demi sedikit tentang masalah prinsip saya itu.Peranan ini sangat berkesan
buat saya dan saya sangat berterima kasih kepada kakak kaunselor kerana menyebut nama
adik saya sehingga membuatkan saya mula rasa saya telah melakukan kesilapan selama ini.
Setelah dilihat saya semakin celik akal kakak kaunselor menangguhkan sesi kami kepada
minggu hadapan pula.Namun begitu saya diberikan sekeping kertas iaitu mengandungi tugasan
yang perlu saya buat.Mulanya saya tak faham apa yang perlu dituliskan tetapi dengan bantuan
kaunselor ini saya tahu sedikit demi sedikit Cuma masih tidak yakin untuk membuat tugasan
tersebut.

Sorry ye saya jakun sikit masa nie. Hehe. First time ;p

Gambar kak Shu.X nampak pulak


-Sesi ketiga :
Saya sangat penat hari ini tapi saya pergi juga ke sesi kaunseling ini kerana saya sudah berjanji
lagipun saya juga sudah tidak sabar-sabar untuk tahu lebih lanjut tentang masalah ini sekaligus
berharap ia dapat diselesaikan dengssn betul.Seperti yang saya agak sesi kaunseling ini sangat
membantu pemikiran saya yang selama ini sangat sempit mengenai prinsip hidup saya yang

saya mula nampak ianya kadangkala sangat merepek dan mengarut.Kakak kaunselor telah
meminta kembali tugasan tersebut dan berbincang dengan saya mengenai tugasan itu.Setelah
berbincang saya dapati diri saya masih lagi ego untuk memberi pemikiran baru tetapi setelah di
kaunselingkan dengan pelbagai kata-kata dan hujah yang bernas dan tidak dapat saya
sangkal,saya dapati bahawa kakak kaunselor adalah betul dan membuatkan saya sendiri yang
mengakui bahawa prinsip itu tidak perlu dalam hidup saya kerana ia sedikit sebanyak telah
menjejaskan kehidupan seharian saya.Akhirnya saya mengakui tentang satu perkara yang
selama ini saya cuba lawan iaitu tentang prinsip kesempurnaan.Jika sebelum ini saya tidak
perasan bahawa saya ini sebenarnya terlalu mencari kesempurnaan agar dilihat sempurna di
hadapan semua orang,ianya baru saya sedar bahawa perkara ini tidak perlu bagi hidup
saya.Saya mendapati bahawa kesempurnaan itu tidak akan wujud dalam diri saya kerana ia
adalah ketentuan dan lumrah hidup di mana Tuhan tidak memberi kita kesempurnaan tetapi
menyediakan kepada kita kelebihan dan kelemahan,dan ia aka nada pada setiap
orang.Sekarang saya belajar untuk menerima kekurangan itu dan menjadikan kekurangan itu
sebagai satu masalah kepada saya.Saya harus lebih rasional dan berfikiran positif untuk masa
sekarang dan masa hadapan.Sesi ini adalah sesi terakhir dan saya sangat berpuas hati akan
kakak kaunselor yang telah berjaya mengubah prinsip saya dan mengubah persepsi saya
terhadap diri sendiri.Dia benar-benar membuka mata saya yang selama ini saya tutup dan
selindung dari kenyataan yang sebenar.Saya sangat berterima kasih kepada kakak kaunselor
dan merindui sesi ini.

Anda mungkin juga menyukai