Anda di halaman 1dari 14

GGGB 6823

KOLABORASI DAN KONSULTASI DALAM PENDIDIKAN KHAS

TUGASAN INDIVIDU
Laporan Projek
PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT-UNIT BERUNIFORM SJK CHUNG HUA
SERIAN TAHUN 2018

DISEDIAKAN OLEH :

JONG YII PHIN


(GP05447)

PENSYARAH :
DR. NORSHIDAH MOHAMAD SALLEH

PROF MADYA DR ROSADAH ABD MAJID


ISU DALAM PROGRAM TRANSISI:
KETIDAKUPAYAAN DALAMAN/ SEMUAJADI
INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Cabaran paling besar bagi golongan berkeperluan khas di Malaysia pada hari ini adalah
mendapat peluang pekerjaan di mana laluan kerjaya mereka adalah kurang jelas.
Lindstorm, Doren dan Miesch (2011) menyatakan bahawa peluang pekerjaan kepada
pelajar pendidikan khas sangat terhad kerana pengalaman kerja dinyatakan sebagai salah
satu kriteria dalam permohonan untuk bekerja. Oleh itu, program Pendidikan Khas
memainkan peranan penting dalam membantu golongan bekeperluan pendidikan khas
dalam menghadapi cabaran dalam pembelajaran sehinggalah memasuki alam pekerjaan
(Nasri, Hamzah & Udin, 2010). Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) menyatakan
bahawa kesedaran tentang pentingnya menyediakan pendidikan yang sesuai untuk pelajar
berkeperluan khas dimana golongan ini mungkin lebih sesuai menggunakan kurikulum
vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum
akademik sedia ada.

Menurut Williams-Diehm & Lynch (2007), program transisi merupakan satu gabungan
aktiviti untuk pelajar dari sekolah ke aktiviti selepas tamat sekolah. Gabungan aktiviti ini
merujuk kepada keperluan pelajar secara individu dengan mengambil kira pilihan dan
minat pelajar, temasuk arahan, pengalaman komuniti, perkembangan perkerjaan dan
pelbagai objektif kehidupan alam dewasa selepas tamat persekolahan. Disamping itu,
dalam program transisi yang dijalankan mengikut kategori kecacatan, ia haruslah direka
bentuk sendiri kerana perkhidmatan yang dibina melalui program transisi banyak
menekankan aspek pemilihan bidang kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan dan
keupayan individu (Daros et al. 2012).

Melalui proses ini, ia dapat membantu pelajar Pendidikan Khas untuk memahami potensi
yang ada dalam diri mereka sebelum melangkah ke dunia pekerjaan. Melalui latihan
persediaan kerjaya kepada pelajar ini, mereka akan memahami tanggungjawab mereka
dalam bidang kerjaya yang diceburi. Program ini merupakan salah satu cara untuk
menyediakan pelajar berkeperluan khas untuk belajar proses perubahan dari sekolah ke
kehidupan dewasa atau pendidikan lepas menengah menurut Nelly (2010).

Sejak tahun 1960, bidang Pendidikan Khas mula diberi perhatian oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia. Bidang
Pendidikan Khas diwujudkan berdasarkan kelas pendidikan khas cacat pendengaran,
cacat penglihatan dan pemulihan khas bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran di
Malaysia (Yahya, 2007). Berdasarkan matlamat kurikulum pendidikan khas adalah
berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat pendidikan khas ialah
menyediakan perkembangan optimum kepada kanak dengan keperluan pendidikan khas
supaya dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan,
mampu merancang, mengurus kehidupan sendiri, menyedari potensi sendiri dan dapat
menyesuaikan diri dalam masyarakat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001)

Pelajar bekeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan
penjagaan yang berlainan berbanding kanak-kanak normal. Jamila (2005), menyatakan
bahawa pelajar khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria,
keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian,
modifikasi atau perubahan dalam aktiviti perlu dilakukan dengan tujuan mengembangkan
potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum seperti kanak-kanak biasa. Oleh itu
program transisi yang dirancang seharusnya selaras dengan aspek-aspek ketidakupayaan
pelajar ini.

Kerjaya merupakan suatu profesion untuk mencari nafkah bagi meneruskan kehidupan
seharian. Noraini, Ramlee dan Abd Raak (2005) mentakrifkan kerjaya sebagai satu
aktiviti yang dapat memenuhi psikologi, sosial dan ekonomi seseorang. Begitu juga
pelajar pendidikan khas, mereka tidak terkecuali dalam memiliki kerjaya. pelajar
pendidikan khas harus diberi pendedahan dengan program transisi kerjaya agar mereka
dapat membiasakan diri dengan persekitaran kerjaya. Namun begitu, terdapat beberapa
halangan yang terdapat sepanjang proses program transisi ini. Antaranya adalah sikap
negatif komuniti, kurang kolaborasi antara sekolah dengan interagensi, kecacatan
dalaman pelajar itu sendiri, kecacatan luaran pelajar itu sendiri dan lain-lain. Penulis akan
mengupas satu isu yang didapati dalam program transisi ini iaitu isu kekangan dalaman
ketidakupayaan individi berkeperluan khas sendiri. Daripada isu ini, terdapat beberapa
perkara dapat dikupas seperti kesan isu ini kepada individu tersebut serta faktor yang
perlu diambil kira untuk menangani isu ini.

PENGERTIAN KETIDAKUPAYAAN DALAMAN/ SEMULAJADI INDIVIDU


BERKEPERLUAN KHAS

Lawson (2014) menyenaraikan beberapa halangan utama untuk pelajar bekeperluan khas
dalam memasuki pilihan selepas tamatnya zaman sekolah. Antaranya adalah kegagalan
menamatkan persekolahan, kekangan ketidakupayaan dalaman, kekangan di luar
ketidakupayaan dan persepsi yang tidak realistik. Dalam kekangan dalam ketidakupayaan
individu berkeperluan khas, halangan yang utama adalah sifat semula jadi kecacatan itu
sendiri. Kekangan ketidakupayaan dalaman ini mencirikan sikap individu itu sendiri
dalam mengatasi kecacatannya untuk melakukan aktiviti seharian. Kecacatan dalaman ini
kadang kala merupakan sesuatu kecacatan tambahan yang tidak dapat dilihat dengan mata
kasar. Kebanyakkannya berkaitan dengan masalah pembelajaran.

Ketidakupayaan dalaman atau semulajadi ditakrifkan sebagai kecacatan yang sedia ada
yang dihadapi oleh individu khas (Lawson, 2014). Gilbert and Hay (2004) menyatakan
bahawa cabaran ketidakupayaan dalaman ini merupakan suatu impak yang besar dalam
perkembangan dan penerimaan sesuatu skill serta perkembangan kerjaya bagi pelajar
bekeperluan khas. Dalam memasuki pendidikan selepas sekolah menengah atau sekolah
tinggi mahupun alam pekerjaan.

Terdapat segelintir daripada individu berkeperluan khas turut mengalami lebih daripada
satu kecacatan. Sebagai contoh, bermasalah penglihatan serta autisma, autisma serta
hiperaktif, bisu dan autisma. Kepelbagaian kecacatan ini menimbulkan suatu isu yang
memberikan impak yang sangat besar kepada penglibatan diri individu ini dalam program
transisi. Sifat semulajadi individu ini sendiri menghasilkan suatu cabaran yang amat besar
dari segi perancangan serta perlaksanaan program transisi dari alam persekolahan ke alam
pekerjaan. Keadaan ini memerlukan perincian secara mendalam bagi merancang sebuah
program transisi yang bersesuaian dengan ketidakupayaan serta kemahiran yang
bersesuaian dengan pelajar tersebut.

Chen, Y. (2004), kepelbagaian kecacatan merupakan kecacatan dua atau lebih


ketidakupayaan yang dihidapi oleh individu berkeperluan khas dimana ia memerlukan
perhatian dan sokongan dalam program pendidikan. Kepelbagaian kecacatan merupakan
satu daripada enam kategori kecacatan dalam pendidikan khas yang disenaraikan dalam
Act of Protection of Disabilities (the APD) menjeleaskan bahawa “In order to protect the
legal right of the disabilities, to develop program for the disabilities, to enable the
disabilities in equal participation of mainstream social life, to entitle to the wealth and
culture of the society, under the constitution, this law is mandates”. Ia merupakan satu
cara yang utama dan penting supaya individu ini tidak diketepikan serta dilibatkan dalam
program-program yang dirancang untuk pendidikan mereka. Maka, ia bukanya satu
alasan bagi masyarakat untuk menyisihkan pelajar berkeperluan khas ini untuk menyertai
sesuatu program transisi ke alam pekerjaan.

Ketidakupayaan ini juga menyebabkan ibu bapa serta masyarakat sekeliling memandang
rendah serta berpandangan negatif terhadap kemampuan individu ini. Ketidakupayaan ini
juga banyak mempengaruhi individu ini sendiri untuk melibatkan diri dengan masyarakat
serta melalui alam pekerjaan. Sesuatu program tidak akan berjalan dengan lancar
mahupun berjaya sekiranya individu itu sendiri tidak dapat mengatasi ketidakupayaan
yang dihadapinya dengan bantuan mahupun tanpa bantuan daripada orang disekeliling.
KESAN ISU TERHADAP PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

Winn & Hay (2009) dalam kajiannya mendapati bahawa dengan adanya cabaran dalam
kecacatan ia menyebabkan individu ini mempunyai motivasi yang kurang tentang kerja,
skill pengurusan masa yang kurang efektif, ketidakupayaan dalam menangani kritikan
dan mempunyai kesukaran untuk menunjukkan inisiatif dan fokus dalam kerja. Kesan
sampingan pengambilan ubatan dan masalah kesihatan dari segi fizikal turut
menyebabkan halangan kepada penerimaan individu bermasalah penglihatan dalam
pekerjaan. Oleh itu, program transisi yang efektif akan mengurangkan beberapa kekangan
dari segi pengurusan masa yang lemah, kemahiran komunikasi serta keupayaan
menangani kritikan.

Kurang motivasi dan pengalaman tentang pekerjaan

Kesukaran Skill
dalam CABARAN DALAM pengurusan
menunjukkan KECACATAN PELAJAR masa yang
inisiatif dan BERKEPERLUAN KHAS kurang
fokus dalam efektif
kerja
Ketidakupayaan dalam menangani kritikan

Rajah 1: Kesan Isu Terhadap Individu Berkeperluan Khas


Siti Suhaila, Khadijah & Yahya (2013) menegaskan bahawa majikan menghadapi lima
masalah utama dalam menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam organisasi.
Isu kelayakan, jenis kecacatan, bentuk perkhidmatan yang perlu disediakan, halangan
komunikasi, kekurangan penguasaan kemahiran soft skill, reaksi rakan sekerja, kos
latihan serta konsultasi merupakan cabaran yang harus dihadapi oleh pelajar ini sebelum
berjaya memasukki ke dalam sesuatu organisasi perkerjaan.

Keyakinan diri yang rendah juga merupakan salah satu punca pelajar tidak dapat
menyediakan diri untuk bekerja dalam organisasi (Hall 2010). Keadaan ini menyebabkan
majikan untuk memberikan ruang yang lebih luas kepada pekerja normal untuk menjawat
sesuatu pekerjaan. Zainuddin et al. (2009) menyatakan kemahiran komunikasi yang
rendah merupakan halangan bagi individu khas ini. Keadaan ini menjadikan mereka tidak
lama dalam sesuatu bidang pekerjaan yang diceburi. Kemahiran sosial yang rendah ini
menjadi suatu penghalang dalam proses interaksi mereka dengan orang lain. Majikan kini
sangat mengutamakan kemahiran sosial perkerjanya. Kemahiran sosial terutamanya
kemahiran komunikasi adalah suatu kriteria yang amat penting yang dilihat oleh majikan
semasa pemilihan pekerjanya.

Kekurangan motivasi tentang pekerjaan adalah disebabkan kurangnya kemahiran pelajar


yang mencukupi dalam sesuatu kemahiran yang bersesuaian dengan kecacatannya.
Menurut Zainuddin et al. (2009) tahap penguasaan pelajar berkeperluan khas kepada
kemahiran vokasional sedia ada adalah rendah jika dibandingkan dengan keperluan
sepatutnya. Pelajar yang keluar sekolah didapati tiada kemahiran untuk bekerja dan
merupakan salah satu punca yang menyebabkan kegagalan mereka diserapkan dalam
sektor pekerjaan. Apabila gagal mendapat sesuatu pekerjaan, mereka mudah berputus asa
dan berhenti mencari pekerjaan.

Lindstrom, Doren and Miesch (2011) peluang pekerjaan untuk pelajar berkeperluan khas
adalah terhad kerana pengalaman kerja yang terhad seperti yang dinyatakan dalam
kebanyakkan kriteria pemohonan kerja. Selain itu, keperluan adanya pengalaman bekerja
ditekankan oleh Oertle and Trach (2007) merupakan satu komponen untuk meningkatkan
kualifikasi minimum pengambilan bekerja selain latihan dan pendidikan. Butcher and
Milton (2008) bersetuju bahawa pengalaman adalah satu aset dalam pencarian kerja. Oleh
itu, isu kecacatan dalaman individu ini memerlukan program transisi yang dirancang
berdasarkan kemampuan pelajar agar mereka mampu meneruskan proses pembelajaran di
tempat kerja. Sepertimana yang dinyatakan oleh Aliza (2013), objektif program transisi
daripada sekolah ke alam pekerjaan merupakan salah satu cara untuk melatih pelajar
berkeperluan khas untuk menguasai kemahiran berkaitan dan pengalaman bekerja diluar
persekitaran pembelajaran. Selepas mereka menguasai kemahiran, pelajar ini akan
ditempatkan di tempat bekerja untuk satu jangka masa. Pengalaman ini dapat membantu
mereka menjadi lebih berdikari selepas meninggalkan zaman persekolahan. Disamping
itu, pengalaman bekerja yang diperolehi melalui program transisi ini dapat memberikan
peluang pekerjaan selepas tamatnya zaman persekolahan dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan keyakinan diri dalam memasukki alam pekerjaan pada masa hadapan
(Lindstrim et al. 2011).

Kecacatan dalam individu khas ini sangat mempengaruhi keberkesanan program transisi.
Sesebuah program transisi itu akan berjaya sekiranya pelajar itu sendiri dapat
mengadaptasikan persekitaran kerja bukan hanya mengfokus kepada persediaan bekerja
mahupun kemahiran yang dilatih. Ironinya, seorang pelajar bermasalah penglihatan sudah
menguasai kemahiran refleksologi tetapi kemahiran sosialnya lemah. Bagaimana dia
dapat menarik pelanggan sekiranya dia sendiri tidak yakin dengan kebolehannya serta
tidak berani untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Bagaimana dia mahu bergaul
dengan rakan sekerjanya sekiranya dia tidak dapat menerima teguran. Lantaran itu,
walaupun dengan kecacatan yang sedia ada, beberapa perkara perlu dititikberatkan selain
daripada mengfokuskan kepada penguasaan kemahiran yang bersesuaian dengan pelajar.
Maka, Shigren and Ploter (2012) menyatakan bahawa program transisi bukan hanya
melatih pelajar dengan kemahiran berkaitan kerja tetapi juga ia menyediakan pelajar
dengan kefungisan lain di persekitaran tempat kerja. Guru akan menjadi tempat rujukan
pelajar khas berkenaan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai selaras dengan
kehendak dan keperluan di tempat bekerja termasuk kemahiran komunikasi dan bersosial.
Dengan ini interaksi positif dengan rakan sekerja atau penyelia serta hubungan yang baik
untuk kesejahteraan murid di tempat kerja dapat digalakkan.

Masalah dalam pengurusan masa juga merupakan masalah yang akan timbul dalam
kalangan pelajar khas ini. Kebanyakkan pelajar ini mempunyai masalah dalam
menguruskan masa serta menggunakan sepenuhnya masa dalam melakukan sesuatu.
Keadaan ini juga berlaku apabila pelajar khas ini mempunyai masalah dari segi
penerimaan arahan. Suasana persekitaran tempat kerja memerlukan pelajar ini untuk
belajar sesuatu yang baru atau kemahiran baru yang lain daripada kemahiran yang dilatih.
Kesukaran mereka untuk memahami tugasan yang baru ini memerlukan mereka untuk
mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan.
Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka menunjukkan inisiatif yang
kurang serta hilang fokus semasa bekerja.
FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA UNTUK MENANGANI ISU

Penerimaan negatif komuniti


dan majikan
KEKANGAN DALAM
KETIDAKUPAYAAN PELAJAR
Kemahiran terhad
BERKEPERLUAN KHAS
Penyesuaian dengan kurikulum

Kesediaan guru

Sikap ibu bapa

Rajah 2: Faktor-faktor menangani isu

Faktor utama yang perlu dititikberatkan dalam menjayakan program transisi adalah
komuniti dan masyarakat perlu menghidarkan serta mengelakkan penerimaan negatif
terhadap golongan berkeperluan khas ini. Richard G. (2008) menyatakan bahawa
pandangan majikan terhadap golongan berkeperluan khas perlu dititikberatkan supaya
golongan khas ini diberi peluang untuk mengalami sendiri budaya kerja yang bersesuaian
dengan kecacatan serta kemahiran voksional dipelajari. Sejarah secara temurun
memperlihatkan majikan dan komuniti mempunyai pandangan yang negatif terhadap
kemampuan golongan berkeperluan khas dalam menceburi alam kerjaya. Bagi mereka,
individu ini tidak mampu mencapai suatu sasaran kerja yang ditetapkan. Selain itu,
mereka persekitaran tempat bekerja tidak bersesuaian serta individu ini akan
mendatangkan masalah dari segi komunikasi dengan pekerja normal yang lain. Dengan
adanya kepelbagaian kecacatan juga, majikan kurang yakin untuk mengambil pelajar ini
untuk bekerja.

Oleh itu, sebagai suatu usaha untuk mengikis budaya pemikiran negatif terhadap
golongan ini, kolaborasi antara agensi dan pelbagai disiplin diperlukan. Wakil-wakil dari
pelbagai agensi perlu bersama memberikan kerjasama dalam membantu menguruskan
latihan pekerjaan dan membuka peluang pekerjaan kepada pelajar khas yang mengikuti
program yang dirancang. Dengan adanya peluang yang diberikan oleh majikan, pelajar
dapat membuktikan bahawa dengan latihan yang diberikan mereka dapat menjadi seorang
pekerja yang berkemampuan melaksanakan tanggungjawab dan tugasan yang diberikan
(Siti Nor Idayu, 2015).

Ramai tidak menyedari bahawa pelajar bekeperluan khas hari ini bukan hanya
mempunyai satu masalah sahaja. Tanpa disedari, mereka mempunyai kecacatan dalaman
yang lain dalam diri mereka. Sebagai contoh pelajar bermasalah penglihatan - masyarakat
melihat golongan ini sebagai golongan yang intelektualnya seperti individu normal yang
lain. Tetapi pada realitinya, pelajar ini kian mempunyai lebih daripada satu kecacatan
seperti bermasalah penglihatan dan lembam. Keadaan ini menimbulkan lagi banyak isu-
isu kecil selepas disedari oleh masyarakat sekeliling. Komuniti akan memberi penerimaan
atau pandangan yang negatif, majikan sukar untuk menerima insan pelbagai kecacatan
ini, ibu bapa tidak mempunyai keyakinan terhadap anak mereka serta tidak mahu
memberikan kerjasama terhadap apa-apa program yang disediakan untuk anak mereka.
Kecacatan dalaman ataupun pelbagai kecacatan ini menyebabkan terhadnya kemahiran
pelajar ini dan kesukaran dalam penyesuaian pembelajaran pelajar dengan kurikulum.

Kesediaan guru pendidikan khas dalam melaksanakan sesuatu program adalah penting
kerana ianya mempunyai kesan terhadap pencapaian pelajarnya. Kesediaan seorang guru
dalam menyampaikan ilmu memerlukan perancangan dan pertimbangan yang teliti bagi
membantu pelajar ini menghadapi cabaran dalam pembelajaran sehingga memasuki alam
kerjaya. Dalam kajian Yahya (2007), didapati bahawa keyakinan guru mempunyai
keyakinan yang rendah dalam mengajar mata pelajaran yang berkaitan dengan
kemahiran. Hamidah (2002), kesediaan seseorang guru adalah perlu untuk menghasilkan
situasi mengajar dari segi mental dan fizikal bagi memastikan perjalanan pengajaran
tersebut berjalan lancar dan berkesan. Guru juga perlu bersedia untuk mengaplikasikan
kemahiran yang diajar bersesuaian dengan kecacatan pelajar. Tidak terdapat satu panduan
khusus yang selaras di semua negeri untuk guru pendidikan khas melaksanakan program
transisi di sekolah ke alam kerjaya yang sebenar.

Disamping itu, pihak pentadbiran sekolah menengah juga berperanan untuk memastikan
program transisi ini berjalan serta mampu melahirkan murid yang mempunyai advokasi
diri untuk kehidupan bermasyarakat melalui peralihan dari sekolah ke kerjaya. Pihak
sekolah haruslah mempunyai suatu perancangan berpusatkan murid sebagai asas
perancangan, pemglibatan pelajar tersebut dalam perancangan dan membuat keputusan
serta penilaian terhadap kemajuan diri dalam menuju matlamat program transisi kerjaya
mereka iaitu mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kecacatan dalam diri. Berdasarkan
penyelidikan yang dijalankan oleh Siti Nor Idayu (2015), sesuatu program transisi perlu
dijurus mengikur minat pelajar khas supaya tahap keupayaan tersebut dapat diatasi serta
tingkah laku pelajar tersebut dapat dikawal. Kemahiran bekerja yang diperolehi melalui
Program Job Coaching secara tidak langsung meyerap pelajar ke sesuatu agensi
pekerjaan. Pelajar yang menunjukkan sikap, keyakinan diri dan motivasi yang tinggi
untuk bekerja serta dapat melibatkan diri dengan persekitaran sosial yang baik akan
terlibat lebih lama dengan program-program transisi yang disediakan.

Bagi menangani isu ini, penglibatan ibu bapa juga memainkan peranan. Lawson &
Shields (2014) menyatakan bahawa ibu bapa sering memberikan persepsi yang tidak
realistik terhadap pelajar berkeperluan khas ini. Segelintir ibu bapa tidak dapat menerima
bahawa cita-cita yang dirancang untuk anak-anak berkeperluan khas ini tidak selaras
dengan kecacatan mereka. Kortering and Braziel (2010) mendapati bahawa pelajar khas
kebanyakkan mempunayai cita-cita yang tidak realistik dengan kemampuan serta terdapat
segelintir yang tidak mempunyai cita-cita langsung. Keadaan ini menjadikan kegagalan
dalam sesuatu pendidikan ataupun latihan yang bersesuaian dengan kerja.
Ketidakupayaan menceburi alam kerjaya tersebut menyebabkan motivasi dan keyakinan
diri individu ini menurun.

Oleh itu, bagi membantu pelajar khas ini mendalami isu kecacatan dalaman dirinya, ibu
bapa merupakan individu yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk
menanggung sebarang risiko dan memberikan kerjasama terhadap perlaksanaan program
transisi. Mereka perlu akur dan melepaskan anak untuk menjalankan program transisi
yang telah dirancang. Ibu bapa juga perlu bertanggungjawab sepanjang program latihan
yang dijalankan dengan memastikan kebajikan anak mereka sebgai pelatih bersedia untuk
menjadi seorang pekerja. Hal ini merupakan strategi hak yang termasuk dalam amalan
yang memudahkan penglibatan ibu bapa sepenuhnya dalam aktiviti program transisi
kerjaya. Keluarga mengambil tanggungjawab menghantar anak serta sanggup
menanggung segala risiko yang berlaku sepanjang latihan dijalankan. Melalui beberapa
dapatkan kajian, dari segi amalan didapati terdapat sebilangan keluarga menyerahkan
sepenuhnya kepada pihak yang terlibat dalam memberikan latihan kepada anak mereka.
Ibu bapa harus tahu bahawa perancangan yang dibuat oleh pihak sekolah dengan
melibatkan kolaborasi agensi dan pelbagai disiplin akan dapat dilaksanakan dengan baik
melalui penglibatan keluarga.
RUJUKAN:

Aliza, A. 2013. The issues in implementing transition program for special needs students.
Asian Social Science. 9(16), 9-14.

Brolin, D. E & Lyod R. J. 2004. Career Development and transition services: A function
life skills approach (4th ed.). USA: Pearsin Prentice Hall.

Butcher, S., & Wilton, R. 2008. Stuck in transition? Exploring the spaces of employment
training for youth n intellectual disability. Geoforum, 38. 1079-1092.

Carter, E., Trainor, A., Cakiroglu, O., Swedeen, B., & Owens, L. 2010. Availability of and
Access to career development activities for transition-age youth with disabilities. Career
Development for Exceptional Individuals 33(1), 13-24.

Chen, Y. 2004. Education to Multiple Disablities in China. China National Institute of


Education Research.

Cruden, A. 2012. Transition to employment for students with visual impairments:


Components for Success. Journal of Visual Impairment & Blind, 106(7), 389-399.

Daros, M. M., Nordin, M.S., & Saud, M.S. 2012. Pelajar Berkeperluan Khas dan
Bermasalah Pembelajaran Dari Sekolah Ke Kerjaya. Journal Of Social Science. 5(1), 42
– 46.

Kementerian Pelajaran Malaysia 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025. Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025: Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah. Putrajaya.
Kortering, L. & Braziel, F. 2000. A look at the expressed career ambitions of youth with
disabilities. Journal of Vocational Special Needs Education, 23(1), 24-33

Lawson, Jody and Shields, Marion. 2014. Post-school Transition-Preparation for High
School Students with Disabilities: A Vital Issue for Special Education. TEACH Journal of
Christian Education: Vol. 8: Iss. 1, Article 10.

Lindstrom, L., Doren, B., & Miesch J. 2011. Waging a living: Career development and
long-term employment outcomes for young adults with disabilities. Exceptional Children,
77(4), 423-434.

Nasri, M. S., Hamzah. R. & Udin, A. 2010. Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Memperkasakan Peranan Pendidikan Teknik Vokasional dan Pendidikan Khas.
http://eprints.utm.my/14948/1/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan_Memperkasakan_Peran
an_Pendidikan Teknik

Oertle, K. M., & Trach, J. S. 2007. Interagency collaboration: The importance of


rehabilitation professionals’ involvement in transition. Journal of Rehabilitation, 73(3),
36-44.

Winn, S., & Hay, I. 2009. Transition from school fpr youths with a disability: issues and
challenges. Disability & Society, 24(1), 103-115.

Yahya, A. 2007. Tahap Kemahiran Profesional Guru-Guru Kemahiran Hidup Bersepadu


Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Anda mungkin juga menyukai