Anda di halaman 1dari 10

GUNAKAN OBJEK MAUJUD SUPAYA GAMBARAN LEBIH JELAS Pengajaran yang berkesan dalam 2D dan 3D adalah lebih berkesan

an dengan menggunakan objek maujud ataupun alat bantu mengajar yang konkrit bagi mengajar topik bentuk dua matra dan tiga matra supaya murid mendapat gambaran yang jelas. Selain itu, objek maujud sangat penting kerana jika guru menggunakan objek maujud, murid dapat menyelidik sendiri ciri-ciri bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.Oleh yang demikian, murid tidaklah berasa keliru untuk menentukan yang mana adalah merupakan objek tiga matra dan yang manakah pula yang dimaksudkan dengan bentuk dua matra. Miskonsepsi ini dapat diatasi dengan penggunaan alat bantu mengajar dan objek maujud dengan efisien. Antara bahan-bahan maujud untuk objek 3 dimensi yang guru boleh sediakan di antaranya adalahkerangka (skeleton) yang boleh dibina daripada lidi, net objek 3 dimensi seperti kubus,kiub, sfera dan sebagainya. Murid-murid akan berpeluang untuk menyentuh, memegangdan memanipulasikan setiap objek ini. Guru akan membimbing murid-murid untukmembezakan bentuk 3 dimensi dan 2 dimensi melalui bahan-bahan maujud ini.

GURU BERI PENEKANAN TENTANG PERBEZAAN CIRI BERDASARKAN SISI Guru haruslah memberi penekanan kepada murid tentang perbezaan ciri-ciri bentuk 2D berdasarkan sisi bagi setiap bentuk tersebut. Contohnya bukan semua bentuk segi empat adalah dinamakan segi empat. Terdapat beberapa segiempat istimewa yang diberikan nama yang istimewa seperti trapezium dan rhombus. Guru perlu memberi penjelasan yang jelaskepada pelajar bahawa segiempat yang mempunyai dua garis selari yang bertentangan dinamakan trapezium manakala segiempat yang mempunyai empat garis selari dinamakan rhombus. Begitu juga dengan segi empat sama dan segi empat tepat guru perlu memberi penekanan tentang panjang sisi tersebut memainkan peranan dalam menentukan ianya adalah segi empat tepat atau segi empat sama.

INTERAKSI KUMPULAN YANG BERKESAN Murid lebih mudah memahami sesuatu konsep matematik jika mereka sendiri yang menjalankan penyiasatan untuk mencari jawapan kepada masalah yang mereka hadapi. Kaedah inkuiri penemuan akan membantu murid lebih mudah memahami sesuatu konsep dan dapat menyimpan pengetahuan itu dalam ingatan mereka bagi tempoh masa yang lama jika mereka sendiri yang bertindak untuk mendapatkan jawapan atau jalan penyelesaian. Keberkesanan kaedah inkuiri penemuan yang digunakan akan membantu pelajar memahami konsep matematik dengan lebih jelas. Contohnya aktiviti kumpulan dilaksanakan bagi meneroka ciri-ciri bentuk 2D. Penggunaan kaedah melukis dalam aktiviti berkumpulan akan membantu murid mengenalpasti ciri-ciri bentuk 2D bersama-sama kawan dan dapat bertukar-tukar fikiran dan menyeronokkan. Interaksi secara berkumpulan merupakan cara yang terbaik bagi membantumurid-murid yang lemah dalam memahami sesuatu perkara yang memerlukan dayaimaginasi yang baik. Bagi mengatasi cabaran tersebut, guru perlu menstrukturkan aktivitiberkumpulan sewaktu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalambilik darjah. Guru perlu memastikan kumpulan yang dibentuk itu terdiri daripada muridpelbagai kebolehan (mixed abilities) supaya murid yang lebih pandai dapat membanturakan mereka yang lemah. Pendekatan tersebut secara tidak langsungnya dapatmemberi impak di mana komunikasi yang berlaku di antara rakan sebaya ini sedikitsebanyak dapat membantu murid yang lemah apabila murid yang lemah ini dapatdibimbing oleh rakan mereka yang lebih pandai dan mereka dapat mewujudkansuasana pembelajaran yang kondusif dan seterusnya dapat membantu merekamemahami konsep 2D sebagai contoh mencari perimeter dengan betul selain dipandu dan dipantau olehguru.

MENJALANKAN BENGKEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2D YANG MENYELURUH DAN LENGKAP KEPADA GURU Penguasaan isi kandungan pedagogi perlu diutamakan oleh guru bagi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Kesukaran dan miskonsepsi murid-murid perlu diambil kira oleh guru agar pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Pengajaran dan pembelajaran asas ukuran melibatkan beberapa tajuk iaitu masa dan waktu, ukuran panjang, timbangan berat, dan isipadu cecair dan bentuk geometri seperti bentuk 2D dan 3D. Konsep-konsep yang perlu dikuasai dalam tajuk-tajuk asas ukuran memerlukan murid menguasai konsep-konsep yang terdapat dalam asas nombor. Penguasaan yang lemah dalam tajuk nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan peratus boleh menghalang murid daripada menguasai kemahiran asas ukuran disamping faktor penguasaan rumus matematik, sifir dan sebagainya. Oleh itu guru perlu didedahkan kepada cara pengajaran bentuk 2D dengan lebih jelas jadi adalah perlu mengadakan bengkel-bengkel tambahan untuk memperkukuhkan lagi kefahaman guru kepada tajuk 2D

MEMBERI CONTOH YANG TIADA KAITAN DENGAN MATEMATIK TETAPI ADA KAITAN DENGAN KEHIDUPAN SEBENAR Guru juga boleh merancang pembelajaran secara kontekstual. Pembelajaran kontekstual merupakan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan konsep dengan kehidupan nyata, dan mendorong murid membuat hubungan antara pengetahuannya dan kehidupannya sehari-hari. Contohnya aktiviti mencari perimeter. Guru boleh memulakan pengajaran dengan menyuruh murid berjalan atau berlari mengira keliling kebun atau padang. Murid akan mendapati terdapat empat sisi yang perlu dijumlahkan. Kontekstual pembelajaran di sini ialah dengan cara mengukur sisi luar yang ada. Ia kelihatan seperti aktiviti biasa seharian yang tidak melibatkan kemahiran matematik.

MENGADAKAN SUDUT BENTUK 2D DAN 3D Pengalaman menggunakan bahan-bahan maujud sangat penting supaya murid-murid dapat memperolehi pengalaman konkrit dahulu sebelum pengalaman konkrit itudibawa kepada konsep yang abstrak. Pandangan ini juga turut disokong oleh Mok SoonSang (1986) yang menyatakan bahawa mengajar daripada perkara maujud kepadaperkara abstrak merupakan prinsip pengajaran matematik yang amat penting danpenggunaan alat bantu mengajar dapat membina konsep matematik, di samping mengurangkan kesempatan murid-murid daripada hanya menghafal bahan-bahan pembelajaran mereka secara membuta tuli sahaja tanpa memahami konsep. Selain guru mengadakan bahan maujud dan konkrit seperti itu di dalam kelas guru juga boleh mengambil inisiatif mengadakan ruang atau sudut 2D dan 3D bukan hanya di dalam kelas namun boleh juga dibuat ruangan tersebut di kawasan sekolah. Pameran bentuk geometri juga boleh dilakukan semasa Minggu Matematik di sekolah.

GALAKKAN MURID MENJALANKAN EKSPERIMEN SENDIRI Menurut Schuman (1991) apabila pelajar belajar memanipulasi bentukbentuk yang dihasilkan dengan pengalaman sendiri maka pelajar dikatakan dapat belajar dengan lebih berkesan di mana pembelajaran terhadap pemahaman terhadap sesuatu konsep dapat diperkukuhkan melalui celik akal. Pelajar diberi peluang untuk menjalankan eksperimen matematik melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan terhadap bentuk-bentuk geometri dengan sendiri. Melalui pengalaman empirikal yang telah dilalui oleh pelajar, membantu untuk menajamkan pemahaman terhadap konsep dan sifat sesuatu objek geometri. Pembelajaran geometri memberikan pengalaman dalam membantu pelajar memperkembangkan pemahaman terhadap sesuatu ciri, rupa dan bentuk. Ia juga membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam situasi dunia sebenar. Apabila murid meneroka sendiri dengan melukis bentuk-bentuk 2D dengan sendiri ingatan mereka akan lebih kuat.

MEMEBERI CONTOH YANG BEEBEZA DAN PELBAGAI Contoh yang diperkenalkan kepada murid perlulah pelbagai dan berbeza supaya murid dapat mengalami banyak pengalaman dan apabila diajukan dengan bentuk-bentuk yang berbeza mereka dapat mengenalpastinya dan dapat pula membezakannya. Guru perlu menyediakan banyak contoh supaya pendedahan murid kepada bentuk-bentuk geometri adalah lebih luas.

GURU PERLU MENGGUNAKAN BAHASA YANG LEBIH MUDAH SELARAS DENGAN KEFAHAMAN MURID-MURID Dalam konteks mempelajari tajuk geometri, bahasa geometri melibatkan terminologiterminologi yang khusus dan memerlukan perhatian dan kefahaman yang betul sebelum digunakan dengan berkesan. Kesilapan penggunaan terminologi geometri yang betul akan membawa kepada miskonsepsi. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Contoh-contoh terminologi yang menjadi kekeliruan murid sekolah rendah ialah:
Terminologi Geometri poligon bentuk yang mempunyai garis lurus sahaja kubus pentagon hexagon vertex kiub bentuk sisi lima bentuk sisi enam bucu bongkah Bahasa Mudah

Pepejal(bentuk 3D)

Oleh itu, adalah menjadi cabaran bagi guru-guru untuk memilih dan menggunakan istilah dan bahasa matematik yang sesuai dengan kematangan umur murid semasa mempelajari konsep geometri dengan berkesan. Bagi mengatasinya, guru-guru digalakkan memperkenalkan istilah dan bahasa matematik daripada mudah kepada kompleks dan mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Jadi, guru-guru mestilah menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan mengikut aras pemikiran mereka serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Anda mungkin juga menyukai