Anda di halaman 1dari 22

SULIT 1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
September
2001
2 ½jam

SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA PENUH ZON SELATAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2001

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak

(lihat sebelah)

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
SULIT
2

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang peranan
PIBG sebagai penggerak prestasi sekolah. Panjang rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Bidang pendidikan menjadi nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu


bangsa. Malah hal ini dianggap sebagai wadah penting ke arah pembangunan dan
kemajuan sesebuah negara. Kepentingan pendidikan sebagai pemangkin kepada
kemajuan negara memperlihatkan tanggungjawab berat yang digalas oleh warga pendidik
atau guru untuk membentuk generasi dan warganegara yang berilmu dan berakhlak serta
mampu bersaing dalam arus kemajuan semasa. Untuk melahirkan generasi yang
berketrampilan maka amat wajar permuafakatan diamalkan. Salah satu pihak yang
dikaitkan dengan sekolah malah dianggap sebagai “tangan kanan” sesebuah sekolah ialah
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Setiap institusi sekolah tidak dapat dipisahkan dengan PIBG yang dianggap
sebagai penghubung pihak sekolah dan masyarakat khususnya kalangan ibu bapa.
Penubuhan PIBG adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa
berbincang serta merancang program peningkatan serta memperbaiki pencapaian pelajar
Secara lebih khusus PIBG bertujuan menentukan semua pelajar di sesebuah sekolah
memperoleh faedah yang maksimum daripada kemudahan pendidikan yang disediakan
untuk tujuan kecemerlangan.

Fungsi dan peranan PIBG serta kepentingannya sememangnya telah diterima oleh
masyarakat. PIBG membolehkan ibu bapa dan guru menjalin kerjasama dan
permuafakatan dalam melaksanakan segala program sekolah sebagai usaha meningkatkan
prestasi akademik mahupun prasarana sekolah. Persoalan yang sering timbul ialah sejauh
manakah PIBG telah berjaya memainkan peranan dan fungsinya? Isu ini telah lama
diperkatakan kerana majoriti PIBG yang ditubuhkan di negara ini gagal menampilkan
peranannya yang sebenar. Secara keseluruhannya, sambutan ibu bapa terhadap kegiatan
atau program yang dianjurkan oleh PIBG amat menyedihkan. Berapa kerapkah di
kalangan ibu bapa atau penjaga yang hadir dalam mesyuarat agung PIBG yang diadakan
sekali setahun? Jika mesyuarat yang diadakan sekali setahun itu sukar untuk dihadiri,
bagaimana mungkin mereka dapat meluangkan masa untuk menyertai program-program
yang dijalankan oleh PIBG? Sikap ibu bapa yang tidak mementingkan program PIBG
hanyalah mengundang kerugian kepada anak-anak kerana penglibatan mereka dengan
aktiviti sekolah berperanan sebagai salah satu bentuk sokongan moral kepada anak-anak
untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

1103/2 SULIT

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
SULIT
3

Hakikat yang nyata, kerjasama PIBG dan pihak sekolah penting dalam usaha
memantapkan peranan untuk menyampaikan ilmu, maklumat, kemahiran, pengalaman,
dan nilai murni kepada pelajar. Seandainya masyarakat terutamanya ibu bapa dapat
memberi sumbangan melalui PIBG, pastinya ini akan membolehkan pihak sekolah
melaksanakan program pendidikannya dengan licin.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “PIBG Penggerak Kemajuan dan Prestasi
Sekolah Dewan Masyarakat Okt 1999)

Soalan 2: Pengetahuan Bahasa dan Kemahiran Tatabahasa


[20 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan kata di bawah ini supaya
jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan kata itu sebagai
peribahasa.

(i) embun - embut


(ii) lupuh - lepuh [4 markah]

(b) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Dua orang sahabat itu sedang berkira-kira untuk melawat ke Cameron
Highlands di masa cuti persekolahan yang akan datang.
(ii) Cikgu Dahlia tidak menahan lagi dengan tindak-tanduk pelajar kelas
kami yang jarang-jarang berbuat bising.
(iii) Ahli politik itu berucap dengan suara lantang dan merdu, sehingga
mendengar oleh mereka yang berdiri di luar dewan.
[6 markah]

1103/2 SULIT

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
SULIT
4

(c ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua perkataan yang tertinggal. Tuliskan
semula setiap ayat dengan menambah perkataan yang tertinggal itu dan gantikan
perkataan yang anda tambah itu.

(i) Lazimnya, pemegang kad kredit akan seronok pada awal bulan hatinya
berdebar pada hujung bulan.
(ii) Apabila kita mengutamakan barangan keluaran tempatan kehidupan
sehari-hari, ini akan dapat ekonomi negara.
[4 markah]

(d) Tulis laporan di bawah ini dalam bentuk dialog mengikut susunan asal. Anda
dikehendaki mengekalkan maksud dan menggunakan bahasa yang gramatis.

Alex bertanya kepada William untuk mengetahui benda yang dibawanya


itu. William memberitahu Alex bahawa dia membawa buah limau khas untuk Alex,
sambil menyerahkan bungkusan itu. Alex bangga kerana William seperti tahu sahaja
kegemarannya memakan buah limau, lalu mengucapkan terima kasih kerana
mengingatinya. Dia berjanji pada suatu hari kelak dia akan membawa buah mangga
kerana dia tahu William suka buah mangga.
[6 markah]

SOALAN 3 : PEMAHAMAN
(35 MARKAH )
Jawab semua soalan

a) Petikan Umum

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikutnya:-

Keajaiban piramid bukan sekadar terletak kepada kekukuhan strukturnya


dan penemuan pelbagai harta karun yang berharga serta mempunyai nilai sejarah
yang tinggi tetapi misteri mengenai mumia yang tidak mengalami pereputan
biarpun sudah menjangkau usia lebih tiga puluh abad. Kajian sains yang dibuat
terhadap piramid mendapati bahawa apa-apa sahaja benda termasuk juga buah-
buahan yang dimasukkan ke dalam piramid ataupun binaan yang menyerupainya
akan berada dalam keadaan yang baik untuk beberapa waktu tanpa mengalami
proses pereputan serta kerosakkan.

1103/2 SULIT

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
SULIT
5

Fenomena ini masih tidak mempunyai penjelasan dan jawapannya. Begitu


juga dengan kematian secara misteri para arkeologi yang masuk ke dalam binaan
piramid. Ramai percaya kematian itu berpunca daripada jangkitan virus dan
bakteria yang terperangkap dalam piramid. Tetapi tidak kurang juga yang
mempercayai bahawa kematian itu berpunca daripada sumpahan Raja Firun.
Semua pandangan itu hanya merupakan andaian semata-mata kerana pada
hakikatnya tidak ada seorang pun yang tahu secara jelas mengenai misteri dan
keajaiban piramid melainkan Allah serta mereka yang membina bangunan itu.

i) Terangkan maksud perkataan di bawah dengan berdasarkan penggunaannya


dalam petikan.
- keajaiban
- misteri ( 2 markah )

ii) Bandingkan dua pendapat tentang punca kematian para arkeologi yang masuk ke
dalam binaan piramid. ( 3 markah )

iii) Jika anda diberi peluang membuat kajian terhadap piramid, adakah anda akan
menggunakan peluang yang ditawarkan itu? Mengapa?
( 3 markah )

(b) Petikan Prosa Moden


Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya menggunakan kata-kata anda sendiri.

Dia kian kuat berlari. Dan dia melihat beberapa orang dewasa bangun dari duduk-
duduknya di dekat rumpun buluh itu. Mereka melihat kepadanya. Melihat dengan
hairan dan takjub.
Ketika Junid tiba ke tempat rumpun buluh, matanya segera menangkap
apa yang ada di depannya. Dia masih mengenalnya dengan cerat. Pusaran sedang
dibaringkan!
“Pusaran!!”
Junid terus menerkam ke atas leher Pusaran yang sedang dipegang oleh beberapa
orang. Dia memeluk seerat-eratnya. “Pusaran! Pusaran!” serunya dengan suara
yang sudah tidak dapat dikuatkan lagi. Dia seolah-olah menghadapi suatu
gerombolan penjahat dari neraka yang ingin mengorbankannya.

1103/2 SULIT

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
SULIT
6

Keadaan menjadi gempar. Takbir terhenti tiba-tiba. Dan semua orang


melingkungi peristiwa yang terjadi tiba-tiba. Junid memeluk leher Pusaran yang
terbaring lemah. Dia menangis dan meraung. “Bunuhlah aku! Bunuhlah aku!
Pusarannn!”
“Bukalah ikatan itu!” perintah Tuan Haji Subki, dengan pisau tajam masih
tercekak dalam tangannya. “Kau tidak berunding dengan anakmu lebih dulu. Ini
membahayakan jiwa anakmu. Batalkan lembu ini dari korban kita. Tak baik
merosakkan nyawa orang yang bersangkutan.”

(Dipetik daripada cerpen Pusaran, karya S. Othman


Kelantan, Antologi Anak Laut)

(i) Mengapa secara tiba-tiba keadaan kampung menjadi gempar?


(3 markah)

(ii) Nyatakan dua persoalan berserta bukti yang dapat digarap daripada
cerpen di atas.
(4 markah)

(iii) Pada pendapat anda, adakah wajar tindakan yang diambil oleh Tuan Haji
Subki membatalkan korban berkenaan?
(3 markah)

(c) Petikan Prosa Tradisional


Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan
berikutnya dengan menggunakan perkataan sendiri.

Maka Puteri Jilan terlalu sukacita melihat cucunda baginda datang itu, kerana
Puteri Jilan terus mata akan Tuan Bujang itu, Putera Raja Johor. Maka Puteri Jilan
bertitah kepada paduka anakanda Yang Dipertuan Sakti, “Dan seperti Si Bujang ini,
sangat bertuahnya, peliharakan baik-baik, kerana terlalu kasihan aku akan dia, kerana
tiada bapanya, `` Dan dialah yang membalaskan kematian ayahnya.
Maka diamlah ia di Pagaruyung. Dan sehari-hari ia naik bermain-main ke atas
peterana itu. Maka dilarangkan oleh dayang-dayang, takut ia tulah. Maka kata Puteri
Jilan, “Jangan dilarangkan Si Bujang itu, ia hendak melihat mahkotanya. Ialah yang
warisnya, dan tiada ia tulah, kerana ia anak adikku, di Johor.” Dan bermainlah ia
bersama-sama dengan anak Yamtuan Sakti.

(Dipetik daripada Asal-usul Raja Kecil,


Hikayat Siak, Antologi Kerusi)

1103/2 SULIT

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
SULIT
7

(i) Mengapa Puteri Jilan bertindak memelihara Si Bujang?


(4 markah)

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Puteri Jilan?


Berikan alasan-alasan anda.
(4 markah)

(d) Petikan Puisi (Sajak)

Baca sajak di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan
menggunakan perkataan sendiri.

KEINDAHAN YANG HILANG

Sayup-sayup undan tua berlagu hiba


terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu.

Daun-daun menghijau alangkah segar


kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.

Malam hiba dadanya ungu luka


pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.

1103/2 SULIT

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
SULIT
8

II

Orang bicara bulan bintang di makmal


pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa

Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan


suara siapa parau mendera di malam lara
kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?

III

Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih


Bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.

(Antologi Kerusi,DBP,2000)

(i) Bagaimanakah keadaan undan tua yang digambarkan dalam sajak Keindahan
Yang Hilang?
(2 markah)

(ii) Nyatakan tema dan persoalan yang terungkap dalam sajak di atas.
(3 markah)

(iii) Mengapakah penyajak menyatakan daun-daun menghijau alangkah segar? Pada


pendapat anda, apakah yang menyebabkan penyajak berkata sedemikian?
(4 markah)

1103/2 SULIT

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
SULIT

Jawapan anda mestilah berdasarkan salah satu daripada novel-novel berikut:

i. Bukit Kepong oleh Ismail Johari


ii. Terminal Tiga oleh Othman Puteh
iii. Di Hadapan Pulau oleh A. Samad Said
iv. Perlumbaan Kedua oleh Marwilis Haji Yusof
v. Julia oleh Abu Hassan Murad
vi. Seteguh Karang oleh Tuan Faridah Syed Abdullah
vii. Konserto Terakhir oleh Abdullah Hussain
viii. Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad

(a) Watak utama sesebuah novel amat penting berbanding watak-watak lain.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan keistimewaan watak
utama tersebut bersertakan bukti-bukti.
(7 markah)

(b) Dalam kehidupan seharian, peranan sastera amat penting untuk memupuk nilai-
nilai murni dalam diri individu. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
huraikan aspek- aspek pengajaran yang boleh diteladani berserta bukti.
(8 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 SULIT

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 (PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL
PELAJARAN MALAYSIA 2001 SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA PENUH
ZON SELATAN)

Soalan 1 (Rumusan) [30 markah]

Isi -20 markah


Bahasa - 10 markah

Pendahuluan: - (2 markah)

1. Petikan membincangkan peranan PIBG sebagai penggerak


kecemerlangan/prestasi sekolah –1m
dan:
- masalah yang dihadapi / sikap negatif ibu bapa - 1m

Isi tersurat – (4-12 markah)

1. PIBG sebagai tangan kanan sekolah


2. Penghubung pihak sekolah dengan masyarakat
3. Merancang program melalui perbincangan dengan ibu bapa dan guru
4. Menentukan semua pelajar memperoleh faedah yang maksimum daripada
kemudahan pendidikan yang disediakan.
5. Menjalin kerjasama dan permuafakatan antara ibu bapa dan guru dalam
melaksanakan program sekolah
6. Memberi sokongan moral kepada anak-anak
7. Menyampaikan ilmu, maklumat, kemahiran, pengalaman dan nilai murni kepada
pelajar.
8. Membolehkan pihak sekolah melaksanakan program pendidikan dengan licin.

Isi tersirat –(4-12 markah)

1. PIBG menyalurkan pelbagai pertolongan – S1


2. PIBG sebagai perantara dengan pihak di luar sekaolah – S2
3. PIBG mengatur pelbagai aktiviti – S3
4. PIBG terlibat menganjurkan pelbagai aktiviti kecemerlangan –S3
5. Mempastikan pelajar-pelajar mendapat kebaikan daripada sumbangan PIBG –S4
6. PIBG berperanan mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan masyarakat-
S5
7. PIBG memberi dorongan/motivasi kepada pelajar – S6
8. PIBG mempastikan pelajar sentiasa mendapat manfaat daripada sistem
Pendidikan – S7

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
9. PIBG menjayakan proses pendidikan di sekolah – S8

Kesimpulan
1. PIBG perlu memainkan peranan yang aktif/ PIBG sentiasa membantu pihak
sekolah – 1m
agar/supaya
Pelajar mendapat Pendidikan terbaik / pelajar mencapai kecemerlangan – 1m

Bahasa
1. Markah bahasa - ½daripada markah isi.
2. Jika bahasanya baik, tambah 1 markah lagi.
3. Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
4. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun
jumlah perkataan kurang daripada 120pp, berikan 0 markah.
5. Jika ditulis dalam bentuk point – 50% daripada markah.

* Periksa rumusan setakat 120pp sahaja. Jika lebih daripada 120pp, markah tidak akan
dipotong.

Soalan 2 – Tatabahasa dan Kemahiran Bahasa [20 markah]

(a) 4 markah – [ 1 ayat, 1 markah]

(i)embun - pisang(Kata Nama Khas), wap air yang turun pada waktu
malam(kerana sejuk)
Contoh ayat:Embun pada waktu pagi masih membasahi kakinya
embut - mengembut penarik atau mengangkat tali (kail dll) perlahan-lahan
Contoh ayat: “Embut tali kail itu perlahan-lahan supaya ikan itu tidak
terlepas,”kata Amin kepada adiknya.

(ii)lupuh - melupuh (memukuli buluh sampai pipih), pukul


Contoh ayat: Rupa-rupanya Ali kena lupuh oleh orang kampung kerana mencuri
sebiji telur ayam.
lepuh - bengkak berair, menggelembung
Contoh ayat: Apabila terkena air panas, tangannya lepuh.

(b) 6 markah – [1 pembetulan, 1 markah]

(i) Dua orang sahabat itu sedang merancang/berbincang untuk melawat ke


Cameron Highlands pada masa cuti persekolahan akan datang.
(ii) Cikgu Dahlia tidak tertahan lagi dengan tindak-tanduk pelajar kelas kami
yang selalu/sering berbuat bising.
(iii) Ahli politik itu berucap dengan suara lantang dan nyaring sehingga
terdengar oleh mereka yang berdiri di luar dewan.

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
(c) 4 markah – [1 perkataan, 1 markah]

(i) Lazimnya, pemegang kad kredit akan seronok pada awal bulan tetapi
hatinya berdebar-debar pada hujung bulan.
(ii) Apabila kita mengutamakan barangan keluaran tempatan dalam kehidupan
sehari-hari, ini dapat memantapkan ekonomi negara.

(d) Cakap Ajuk Cakap Pindah – Menukarkan bentuk laporan kepada bentuk dialog
[6markah]
Pemberian Markah:
Markah diberi mengikut pertimbangan yang dibuat secara impression tetapi
berdasarkan panduan di bawah.

Peringkat Markah Ciri-ciri


Baik 5-6 -maksud ayat terpelihara, semua isi ada, lengkap
dan betul. –susunan isi baik dan mengikut
urutan. -jalinan ayat baik. –perkataan yang
digantikan/teknik pemindahan sesuai dan tepat. –
penguasaan bahasa baik
Sederhana 3-4 -maksud ayat masih terpelihara. –kebanyakan isi
masih ada dan betul. –susunan isi agak baik
tetapi ada kalanya tidak mengikut urutan. –
jalinan ayat masih baik tetapi ada kalanya tidak
begitu sesuai. –kebanyakan perkataan yang
digantikan agak sesuai dan tepat/teknik
pemindahan sederhana.-penguasaan bahasa
sederhana.
Lemah 0-2 -maksud ayat tidak terpelihara. –isi terlalu
kurang/terpesong. –susunan isi tidak langsung
mengikut urutan. –jalinan ayat lemah. –perkataan
yang digunakan tidak sesuai dan tidak
tepat/teknik pemindahan lemah. –penguasaan
bahasa lemah. –tidak dapat menukarkan ayat
bentuk laporan kepada ayat bentuk dialog. –ada
kalanya masih menggunakan ayat bentuk laporan

Contoh Jawapan:
“Apa yang kamu bawa itu William?” tanya Alex
“Ini buah limau. Aku bawa khas untukmu,”jawab William lalu menyerahkan bungkusan
itu kepada Alex.
“Kamu macam tahu saja aku gemar makan buah limau. Terima kasihlah kerana
mengingati aku. Suatu hari nanti, aku akan bawa buah mangga kerana aku tahu engkau
suka mangga,” kata Alex

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
Soalan 3 - Pemahaman [35 markah]

(a) Petikan Umum (8 markah)

(i) keajaiban – aneh, ganjil, luar biasa (1m)


misteri - peristiwa yang tidak dapat diterangkan/peristiwa yang menimbulkan
rasa ingin tahu (1m)

(ii) - berpunca daripada jangkitan virus dan bakteria yang terperangkap di dalam
piramid (1 ½m)
- kematian berpunca daripada sumpahan Raja Firun (1 ½m)

(iii) Pilih salah satu jawapan ya atau tidak.

Ya (1m)
Alasan: kerana piramid mempunyai nilai sejarah yang tinggi (1m)
untuk meneruskan penyelidikan dan membongkar rahsia keajaiban piramid (1m)

Tidak (1m)
Alasan: kerana saya akan terkorban sebab dijangkiti virus dan bakteria yang
terperangkap di dalam piramid(1m)
-kerana tidak mahu/sanggup menanggung sebarang risiko (1m)

*Terima mana-mana 2 alasan yang logik dan rasional.Mesti sebut tindakan ya atau tidak.
Jika ada alasan sahaja(tindakan tiada) – markah = 0

(b) Petikan Prosa Moden (10 markah)

(i) ……kerana tiba-tiba Junid berlari-lari memeluk leher Pusaran yang terbaring
untuk dikorbankan (1m)
……sambil menangis dan meraung-raung supaya membunuhnya demi
menyelamatkan Pusaran, lembu kesayangan/peliharaannya (1m)
…..menyebabkan majlis korban terpaksa dibatalkan walaupun semua telah siap
sedia (1m)

(3 x 1 markah = 3 markah)

(ii) …..wajar kerana


….ayah Junid tidak berbincang dahulu dengan Junid (1m)
….jiwa Junid hancur/musnah/terseksa kerana Pusaran ialah binatang
kesayangannya/peliharaannya (1m)
….hubungan kekeluargaan (antara Junid dan ayahnya) akan retak/tegang (1m)

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
Atau
….tidak wajar kerana
….mengganggu majlis yang sudah dirancang (1m)
….jangan terlalu mengikut kata anak-anak (1m)
….sepatutnya mengajar anak-anak bertolak- ansur (1m)

(3 x 1 markah = 3 markah)

* Terima mana-mana alasan lain yang logik dan rasional.

(iii) Persoalannya:

-Kepercayaan karut di kalangan masyarakat Melayu (1m) + huraian (1m)


-Usaha mempertahankan hak yang amat disayangi (1m) + huraian (1m)
-Kesedaran terhadap pendidikan (1m) + huraian (1m)
-Hidup bermasyarakat di kampung (1m) + huraian (1m)
-Kasih sayang ibu bapa (1m) + huraian (1m)

(Pilih mana-mana 2 x 2m = 4 markah)

(c) Petikan Prosa Tradisional (8 markah)

(i) Puteri Jilan memelihara Si Bujang kerana:


- terlalu suka akan Si Bujang
- Si Bujang sangat bertuah
- terlalu kesiankan akan Si Bujang
- Si Bujang tiada berbapa
- Pewaris mahkota Pagaruyung
- Si Bujang anak adiknya di Johor)
(pilih mana-mana 4 isi = 4 markah]

(ii) Tindakan Puteri Jilan

Wajar
- Puteri Jilan saudara terdekat Si Bujang
- Puteri Jilan seorang puteri yang bertanggungjawab
- Puteri Jilan akan mendatangkan kebahagian kepada hidup Si Bujang

Tidak wajar
- Puteri Jilan merampas hak menjaga Mahkota Malim
- Puteri Jilan mendatangkan kesan buruk kepada peribadi Si Bujang
- Si Bujang bukan waris terdekat Puteri Jilan / Pagaruyung Cuma anak
saudara
(pilih mana-mana 2 isi = 4 markah]
# Mesti sebut tindakan wajar atau tidak wajar. Kalau hanya beri alasan = 0 markah

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
(d) Petikan Puisi (Sajak) (9 markah)

(i) …..undan tua amat bersedih/duka lara, kecewa dan berlagu hiba kerana
keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan mula tercemar (2m)
(ii) Tema….keindahan dan kedamaian alam yang musnah/tercemar akibat
pemodenan yang tidak terancang (1m)
Persoalan:
….penerokaan kawasan hutan untuk tujuan pembangunan akan
menyebabkan pencemaran yang memberikan kesan buruk kepada
kehidupan (1m)
….kemusnahan alam sekitar menyebabkan generasi akan datang tidak
dapat menikmati keindahan alam (1m)
….kemajuan ilmu dalam bidang sains membolehkan manusia meneroka
ke angkasa lepas (1m)
[(pilih mana-mana 2 persoalan) – 1 tema + 2 persoalan = 3markah]

(iii) ….kerana keadaan tersebut menyegarkan suasana alam (1m) dan


memberikan kedamaian, ketenangan serta menerbitkan kepuasan (1m)
….penyajak berkata sedemikian kerana keindahan dan kedamaian
tersebut tidak dapat dinikmatinya lagi akibat berlakunya pencemaran yang
berpunca daripada pemodenan yang tidak terancang (2m)

Soalan 4: Novel (15 markah)

Novel Di Hadapan Pulau

(a) Watak utama yang menggerakkan cerita dalam novel ini ialah Aziz , seorang anak
yatim piatu yang berumur lebih kurang tiga belas tahun.(1m)
Watak ini dilihat mempunyai pelbagai keistimewaan/sifat positif berdasarkan ciri-
ciri yang dinyatakan di bawah:

-Aziz bersifat menghormati orang tua (1m)


Perlakuannya ketara apabila Aziz bercakap dengan orang-orang yang lebih tua
daripadanya. Contohnya apabila berjumpa dengan Syed Fikri, Aziz akan
bersalam dan mencium tangan orng tua tersebut (1m)

-Aziz seorang yang tabah dan sabar. (1m)


Buktinya dalam usia yang masih muda Aziz berjaya mengharungi liku-liku hidup
sebagai seorang anak yatim piatu. Aziz tabah hidup dalam keadaan penderitaan
akibat peperangan. Aziz kerap berada dalam keadaan lapar. Malah, dia pernah
tidak makan sepanjang malam, namun dia tidak pernah merungutt kerana terpaksa
berlapar (1m)

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
-Aziz seorang yang rajin (1m)
Sifat kerajinan ini jelas ditunjukkan apabila Aziz dan sahabatnya Afidah berusaha
melakukan pelbagai kerja untuk mencari wang bagi membeli makanan seperti
mengambil upah daripada penagih todi membeli todi atau merayau-rayau ke
merata-rata tempat untuk mencari makanan (1m)

-Aziz mempunyai sifat suka membantu/suka menolong orang lain.(1m)


Contohnya Aziz sanggup menemani Afidah ke pekan untuk menunggu
kepulangan Tuk Marzuki dari Merlimau. Aziz juga sering membantu syed Fikri
bercucuk tanam.(1m)

-Aziz seorang kanak-kanak yang berani (1m)


Hal ini terbukti apabila dia mengajak Afidah ke sebuah kubu lama yang terletak
di kawasan perkuburan kerana kononnya di situ tersimpan makanan yang
disembunyikan oleh askar-askar Jepun (1m)

-Aziz seorang yang berjiwa penyayang dan mudah bersimpati (1m)


Buktinya, Aziz sayang akan sahabatnya Afidah. Dia selalu mengikut Afidah
pergi ke kubur datuknya. Apabila Afidah menangis ketika meluahkan
perasaannya di kubur Tuk Marzuki, Aziz pun turut bersedih dan menangis(1m)

(Pilih mana-mana 3 ciri/sifat istimewa yang difikirkan sesuai berserta huraian dan
contoh)

[watak utama (1m) + 3 sifat (3markah) + 3 huraian berkaitan sifat (3m) = 7 markah]

Novel Putera Gunung Tahan


Watak utama yang menggerakkan cerita dalam novel ini ialah Ratu Bongsu/Putera
Gunung Tahan iaitu seorang pemerintah di puncak Gunung Tahan yang rakyatnya terdiri
daripada orang-orang bunyian (1m)
Watak ini dilihat mempunyai pelbagai keistimewaan/sifat positif berdasarkan ciri-ciri
yang ditunjukkan di bawah.

-Ratu Bongsu ialah seorang pemerintah yang mempunyai semangat cinta akan tanah
airnya.(1m)
Buktinya, Ratu Bongsu sanggup mati kerana mempertahankan puncak Gunung Tahan.
Baginda menolak mentah-mentah tawaran lumayan Tuan William supaya menyerahkan
puncak Gunung Tahan kepada Inggeris (1m)

-Ratu Bongsu seorang yang berpandangan jauh/berwawasan (1m)

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
Sebagai seorang pemerintah, baginda dapat meramalkan dan menyedari akan akibat
buruk yang bakal menimpa masyarakat Melayu sekiranya negeri-negeri Melayu
diperintah oleh Inggeris(1m)

-Ratu Bongsu seorang pemerintah yang bijak (1m)


Buktinya, baginda bijak menyelamatkan rakyatnya, yakni orang bunyian semasa
serangan dua buah kapal terbang Inggeris.Rakyat disuruh bersembunyi dan tidak
menjelmakan diri. Matinya Tuan William kerana menyedut gas beracun menunjukkan
satu lagi kebijaksanaan Ratu Bongsu. (1m)

-Ratu Bongsu mempunyai budi pekerti yang baik (1m)


Buktinya, baginda masih melayan Tuan William dengan baik seperti memberi tempat
tinggal dan makanan walaupun baginda tahu sebenarnya Tuan William berniat
jahat.Baginda juga sentiasa mendengar nasihat ibunya agar berhati-hati dengan Tuan
William (1m)

-Ratu Bongsu seorang yang berpendirian tegas dan sukar dipengaruhi oleh sesiapa.
(1m)
Hal ini terbukti apabila Ratu Bongsu tetap dengan pendiriannya tidak mahu menyerahkan
puncak Gunung Tahan kepada Tuan William. Baginda tidak terpengaruh dengan wang
lima ribu ringgit sebulan dan sebuah istana . (1m)

-Ratu Bongsu seorang yang penyayang dan mempunyai sifat belas kasihan (1m)
Sifat ini jelas apabila Ratu Bongsu bersimpati dengan nasib yang menimpa Mem
William. Baginda berusaha mengeluarkan Mem William daripada tindihan bangkai kapal
terbang dan merawatnya. Sifat penyayang Ratu Bongsu pula dapat dilihat dengan jelas
ketika baginda jatuh cinta kepada Mem William dan akhirnya mengahwininya. (1m)

-Ratu Bongsu seorang yang berani (1m)


Buktinya, Ratu Bongsu berani berhujah/berdebat dengan Tuan William. Ratu Bongsu
berjaya menunjukkan bukti kepada Tuan William bahawa orang Inggeris banyak
membawa keburukan kepada masyarakat Melayu. (1m)

(Pilih mana-mana 3 ciri /sifat istimewa yang difikirkan sesuai berserta huraian dan
contoh)

[watak utama (1m) + 3 sifat (3 markah) + 3 huraian berkaitan sifat (3m) = 7m)

Novel Konserto Terakhir

Watak utama yang menggerakkan cerita dalam novel ini ialah Hilmi , seorang pemuda
yang berasal dari kampung, berhijrah ke bandar mencari pekerjaan dan menjadi tukang
kebun di rumah Datuk Johari (1m)

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
Watak ini dilihat mempunyai pelbagai keistimewaan/sifat positif berdasarkan ciri-ciri
yang dinyatakan dibawah:

-Hilmi seorang yang berjiwa penyayang (1m)


Buktinya,Hilmi amat sayang akan pak cik dan mak ciknya iaitu Datuk Johari dan Datin
Ssalmah.
-dia masih lagi sanggup menjadi tukang kebun di rumah Datuk Johari walaupun tidak
mendapat sebarang bayaran dan selalu dihina dan dicerca oleh Datin Salmah.
-Hilmi juga amat sayang akan Hayati. Dia menggubah banyak lagu khusus ditujukan
kepada Hayati terutamanya selepas dia berpisah dengan Azizah.
-menyayangi Azizah dan anak-anaknya bersama azizah. Selalu teringat-ingat akan
anaknya walaupun anaknya seolah-olah marah akan dirinya.
-menyayangi taman-tamannya. Dia marah apabila didapati daun-daun pokok bunga
rosnya robek dimakan kumbang dan dia akan menghabiskan masa berjam-jam setiap
malam membelek daun-daun pokoknya untuk mencari kumbang.
(Mana-mana huraian dan contoh 1m)

Hilmi seorang yang berusaha gigih (1m)


-Hal ini terbukti , selepas meninggalkan rumah Datuk Johari dia tekun mencari rezeki
dengan bekerja di stesen minyak pada sebelah siangnya dan pada sebelah malamnya dia
belajar muzik di rumah En Bakar.
-Dia juga berusaha gigih mencipta banyak lagu untuk penyanyi tempatan sehingga
mengabaikan kesihatannya.
(mana-mana huraian dan contoh 1m)

Hilmi seorang yang rajin dan bertanggungjawab (1m)


Contohnya, dia bekerja keras menggubah lanskap rumah Datuk Johari sehingga begitu
cantik dan dikagumi oleh rakan-rakan Datin Salmah dan jiran Datuk Johari.
-mengerjakan tanah di belakang rumah Datuk Johari dengan menanam pelbagai jenis
sayuran – tidak perlu beli.
-membela ayam untuk daging dan telur
-menjaga tanaman sehingga subur dan mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin
Salamah apabila Datin menghadiahkan sayur-sayur tersebut kepada mereka.

(Pilih mana-mana 3 ciri /sifat istimewa yang difikirkan sesuai berserta huraian dan
contoh)
[watak utama (1m) + 3 sifat (3m) + 3 huraian berkaitan sifat (3m) = 7m]

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
Novel Bukit Kepong

Watak utama yang menggerakkan cerita dalam novel ini ialah Othman Yusuf,anak
sulung Mak Piah dan Pak Yusof , yang bersekolah hingga darjah 3 dan menyertai
pasukan polis (1m).
Watak ini dilihat mempunyai pelbagai keistimewaan/sifat positif berdasarkan ciri-
ciri di bawah:

Othman Yusof seorang yang berani dan bersemangat kental (1m)


Buktinya beliau menghadapi kemaraan pasukan komunis dan sanggup bergadai
nyawa menghadapi kemaraan pasukan komunis. Beliau berani semata-mata
mempertahankan maruah pasukan polis, bangsa dan agama. (1m)

Beliau juga seorang yang bertanggungjawab dan penyayang(1m)


Hal ini terbukti kerana beliau sangat bertanggungjawab terhadap keluarga dan
menyayangi kedua orang tuanya.
Beliau juga menyayangi isterinya dengan melawat isterinya di hospital setiap hari.
(1m)

Beliau seorang yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi(1m)


Hal ini terbukti apabila beliau sanggup membantu koperal Jidin yang tercedera
apabila rumah pasung di Bukit Kepung dibakar. (1m)

Beliau seorang yang tabah (1m)


Situasi ini terbukti apabila beliau sanggup menghabiskan sisa hidup dengan kaki
yang cacat. Beliau juga sanggup menghadapi dugaan apabila isterinya menjadi gila
(1m)

(Pilih mana-mana 3 ciri/sifat istimewa yang difikirkan sesuai berserta huraian dan
contoh)
[watak utama (1m) + 3 sifat (3m) + 3 huraian berkaitan sifat (3m) = 7m)

(b) Antara aspek-aspek pengajaran yang boleh diteladani dalam novel pilihan

Di Hadapan Pulau

i. Kita hendaklah sentiasa nasihat-menasihati dan hormat kepada orang yang lebih tua
daripada kita(1m)
Contohnya, Aziz sangat menghormati Syed Fikri manakala Syed Fikri sentiasa
menasihati Aziz dan kawan-kawannya supaya rajin bersembahyang (1m)
1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT
Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
ii. Kita hendaklah berusaha dengan gigih dan jangan berputus asa. (1m)
Contohnya, Aziz dan Afidah gigih berusaha mencari makanan ketika keadaan
peperangan (1m)
iii. Kita mestilah menunaikan segala suruhan tuhan dan meninggalkan larangan-Nya
walau dalam apa keadaan sekali pun (1m)
Contohnya Tasiah tidak sepatutnya menjaul maruah dirinya walaupun dalam
keadaan hidup yang tertekan untuk mencari sesuap nasi(1m)
iv. Kita janganlah bertindak kejam sesama insan di muka bumi ini (1m)
Contohnya, kekejaman askar Jepun menyebabkan rakyat hidup menderita(1m)
v. Kita hendaklah memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukannya (1m)
Contohnya, Dorani dan Zubir sanggup menolong Mak Ketong membina
shelter (1m)
vi. Kita hendaklah ada sifat belas kasihan dan kasih sayang sesama insan (1m)
Contohnya, Tuk Marzuki sangat sayang akan cucunya Afidah dan beliau sentiasa
bersimpati dengan Aziz yang kematian ayah.(1m)
vii. Kita janganlah minum arak kerana akibatnya sangat buruk (1m)
Contohnya, Pak Cik Budin, bapa saudara Aziz seorang yang pemabuk sering panas
baran dan memukul Mak Cik Joyah. (1m)
viii. Kita janganlah mementingkan diri sendiri dengan menipu orang lain (1m)
Contohnya, Syed Zuhri sepupu kepada Syed Fikri sering menipu pembeli minyak
atar dan batu akik yang dijualnya (1m)

(Pilih mana-mana 4 pengajaran berserta 4 contoh)

Novel Putera Gunung Tahan

i. Kita hendaklah sentiasa mempunyai semangat cinta akan tanah air sendiri (1m)
Contohnya, Ratu Bongsu dan perempuan tua sanggup melakukan apa saja untuk
menentang penjajahan.(1m)
ii. Kita hendaklah berani mempertahankan negara daripada dijajah (1m)
Contohnya, pahlawan-pahlawan Melayu seperti Mat Kilau, Bahaman dan Mat
Gajah berani berperang menentang Inggeris di Pahang.(1m)
iii. Kita hendaklah mematuhi adat istiadat masyarakat setempat(1m)
Contohnya, perempuan tua menasihati Tuan Robert supaya berkahwin mengikut
adat orang Sakai. (1m)
iv. Kita hendaklah mempunyai rasa simpati dan belas kasihan sesama insan. (1m)
Contohnya, orang Sakai membantu perempuan tua yang baru bersalin dengan
membawa perempuan tua tinggal bersama dengan mereka (1m)
v. Kita janganlah tamak akan harta kekayaan hingga mendatangkan keburukan kepada
diri sendiri (1m)
Contohnya, Tuan William tamak kerana hendak menawan puncak Gunung Tahan
hingga mengakibatkan kematiannya. (1m)
vi. Kita janganlah belot dan mengkhianati tanah air tercinta. (1m)

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
Contohnya, ada orang Melayu yang belot kepada pemimpin mereka dengan menjadi
tali barut penjajah.(1m)

vii. Kita janganlah bersikap curang kepada suami semasa suami tiada (1m)
Contohnya, Mem William bercumbu-cumbuan dengan seorang pemuda semasa
suaminya berada di puncak Gunung Tahan (1m)
viii. Kita janganlah menggunakan jasa keturunan nenek moyang untuk mendapatkan
sesuatu kepentingan bagi diri sendiri (1m)
Contohnya, anak cucu pahlawan-pahlawan Melayu di Pahang menggunakan nama
pahlawan –pahlawan itu untuk mendapatkan sesuatu jawatan dalam kerajaan (1m)

(Pilih mana-mana 4 pengajaran berserta 4 contoh)

Novel Konserto Terakhir


i. Kita jangan mementingkan darjat dan kedudukan dan mengabaikan nilai-nilai
kemanusiaan (1m)
Contohnya perbuatan / tindak-tanduk Datin Salmah yang kejam kepada Hilmi
(1m)
ii. Kita hendaklah membantu orang yang susah dan memerlukan pertolongan
Contohnya : beberapa peristiwa yang menimpa Hilmi sentiasa mendapat bantuan
i) soal baja dan tanah hitam
ii) soal pekerja di pam minyak di Tanjung Malim
(1m)
iii Kita mestilah mematuhi segala suruhan Tuhan dan meninggalkan larangannya.(1m)
Contohnya …….(1m)
iv. Kita hendaklah sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup (1m)
Contohnya,……(1m)
v. Kita hendaklah sentiasa berusaha membaiki taraf hidup (1m)
Contohnya, Hilmi berusaha tanpa jemu hingga berjaya menjadi pemain muzik dan
penggubah lagu terkenal (1m)
vi. Kita hendaklah mematuhi nasihat orang yang berpengalaman kerana banyak
manfaatnya (1m)
Contohnya, Pak Amat menasihati Hilmi supaya berusaha memajukan diri sendiri
(1m)
vii. Kita janganlah mementingkan keseronakan hingga sanggup mengorbankan rumah
tangga (1m)
Contohnya…..(1m)
viii. Kita janganlah terlalu seronok hidup mewah sehingga lupa kampung halaman
sendiri (1m)
Contohnya….(1m)
1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT
Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
(Pilih mana-mana 4 pengajaran berserta 4 contoh)

Bukit Kepong

i. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme- cinta akan negara, bangsa dan
agama (1m)
Contohnya, semangat juang anggota polis yang berjuang hingga ke titisan darah
terakhir untuk mempertahankan Rumah Pasung Bukit Kepong (1m)
ii. Kita hendaklah bekerjasama dalammelaksanakan sesuatu tugas (1m)
Contohnya, orang-orang kampung bekerjasama membantu mangsa serangan
komunis (1m)
iii. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan ikhlas (1m)
Contohnya……(1m)
iv. Kita hendaklah bersabar menerima takdir (1m)
Contohnya, Othman tabah menghadapi nasib isteri yang tidak siuman (1m)
v. Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang sesama makhluk Allah (1m)
Contohnya, Othman sangat menyayangi isterinya dan sentiasa melawatnya ketika di
hospital (1m)
vi. Kita hendaklah berani menghadapi segala dugaan (1m)
Contohnya, Othman berani berjuang dan tidak gentar menentang komunis (1m)
vii. Kita hendaklah memberikan bantuan kepada orang yang ditimpa kesusahan (1m)
Contohnya…(1m)
viii. Kita hendaklah mengenang jasa orang lain (1m)
Contohnya…(1m)

(Pilih mana-mana 4 pengajaran dan 4 contoh yang sesuai)

*Terima mana-mana pengajaran yang difikirkan sesuai


[4 pengajaran (4 markah) + 4 contoh/bukti (4 markah) = 8 markah]

1103/2 @ Hak Cipta MOZAC SULIT


Ehsan untuk Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai