Anda di halaman 1dari 4

SET 1

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

(i) pulang
(ii) pulangan
(iii) memulangkan
(iv) mansuh
(v) pemansuhan
(vi) memansuhkan
[6 markah]

(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan
menggunakan cakap pindah.

Kumar : Daniel, kau nak ke mana?


Daniel : Tak ke mana-mana. Aku nak ambil angin sekejap.
Kumar : Wah, Daniel hebat kau sekarang! Semua soalan fizik tadi kau boleh jawab.
Daniel : Mana ada? Biasa aje.
Kumar : Apa rahsia kau semakin bijak ni? Kongsilah dengan aku.
Daniel : Tak adalah. Aku cuma buat ulangkaji dan belajar dengan abang aku aje.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pasar raya besar itu meletak papan tanda khas bagi memudahkan pelangan
mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
(ii) Pengalaman luas dalam bidang akaun menjadi batu loncatan kepada
wanita tersebut untuk menerajui syarikat konglomerat yang tersuhur itu.
(iii) Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk
mendalamkan kemahiran menggunakan jentera berteknoloji tinggi dalam
industri cari gali minyak.
[6 markah]
SET 1
(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kegiatan luar anak-anak perlulah ibu bapa awasi secara meluas agar mereka
tidak terpengaruh dalam masalah sosial.
(ii) Ilmu tentang kehidupan merupakan pengalaman yang berguna kepada para
remaja untuk merempuh kehidupan di masa akan datang.
(iii) Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa mengalu-alukan pemberian darah
daripada orang ramai supaya membantu menyelamatkan nyawa pesakit.
[6 markah]

(e) Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan
memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin
hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai
…………….(i)……………… Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan
rajin untuk menempa kecemerlangan kerana …………..(ii)………………….
Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan
antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk
meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu
kejayaan mudah diperoleh kerana …………….(iii)……………….
[6 markah]
SET 1
Skema Jawapan Soalan 3
Markah penuh dibahagikan kepada:
Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.


2. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan
soalan.
3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambah imbuhan, berikan 0 markah.
6. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikah markah penuh 1 markah.
7. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap
ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Idea tidak jelas, berikan 0 markah.

Jawapan 3(a)

(i) pulang
1. pergi ke tempat asalnya
2. balik
3. kembali
(ii) pulangan
1. hasil daripada
2. pendapatan
(iii) memulangkan
1. mengirimkan ke tempat asalnya
2. menyusun/ mengatur semula, memulihkan semula
3. merujukkan, menyerahkan (kepada)
(iv) mansuh
1. tidak berlaku lagi
2. batal
3. ditiadakan
(v) pemansuhan
1. perbuatan memansuhkan
2. pembatalan
3. penghapusan
(vi) memansuhkan
1. menjadikan tidak berlaku lagi, membatalkan
2. menghapuskan, meniadakan
SET 1
Jawapan 3(b)
Menukarkan Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah
- Kumar menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya.
- Daniel berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar.
- Kumar menyatakan kekagumannya dan memuji kehebatan Daniel menjawab
semua soalan fizik sebentar tadi.
- Daniel menafikannya dan mengatakan bahawa perkara tersebut biasa sahaja
baginya.
- Kumar bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berkongsi
rahsia tersebut.
- Daniel menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rahsia, cuma
mengulangkaji pelajaran dan belajar dengan abangnya sahaja.
[6 markah]
Jawapan 3(c)
Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i) meletak - meletakkan


pelangan - pelanggan

(ii) akaun - perakaunan


tersuhur - tersohor

(iii) mendalamkan - mendalami


teknoloji - teknologi
[6 markah]
Jawapan 3 (d)
Kesalahan kata atau istilah dan tatabahasa
(i) meluas – menyeluruh
ibu bapa awasi – diawasi oleh ibu bapa

(ii) merempuh - menempuh


di – pada

(iii) pemberian - pendermaan


supaya - untuk
[6 markah]

Jawapan 3 (e)
Peribahasa

(i) Bagai aur dengan tebing / Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
(ii) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat / Muafakat
membawa berkat.
[6 markah]

Anda mungkin juga menyukai