Anda di halaman 1dari 6

Bincangkan TIGA fungsi Quizizz sebagai platform pembelajaran berasaskan permainan dalam

pengajaran dan pembelajaran kelas online anda.

1. QUIZIZZ MEMPERKASAKAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat bagi mengekang


penularan pandemik COVID-19 mengubah landskap pendidikan negara.

Jika dahulunya proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka baik dari segi
penyampaian mahupun penilaian berterusan, kini norma baru yang perlu diadaptasi telah
menyebabkan kesemua kaedah pemindahan dan perkongsian ilmu serta pentaksiran perlu
dilaksanakan secara atas talian.

Walaupun pada peringkat awalnya, kebanyakan pelajar termasuk pendidik sukar


menyesuaikan diri impak kekangan yang pelbagai seperti isu akses capaian internet dan
sebagainya.

Namun, kini kebanyakan daripada mereka mula belajar menyesuaikan diri.

Tambahan pula, kekangan yang melanda negara kini mendorong golongan pendidik untuk
terus berinovasi dan kreatif dalam menarik minat pelajar untuk terus mengikuti proses PdP
secara lebih berkesan. Salah satunya sudah tentu melalui aplikasi Quizizz ini yang
menerapkan proses ‘didik hibur’.

Contohnya, gambar rajah yang terpapar pada skrin sebelum memulakan Quizizz itu sendiri
menarik perhatian kebanyakan pelajar.
2. QUIZIZZ SEBAGAI ALAT PEMBELAJARAN KENDIRI YANG MEMBOLEHKAN
PELAJAR MERAIKAN PENCAPAIAN & KEUPAYAAN MASING-MASING

Berdasarkan halaman permulaan sebelum memulakan Quizizz seperti di atas, kita dapati
sebelum seseorang pelajar memulakan quizizz, maklumat peribadi diminta supaya pelajar dapat
mengakses atau menjawab soalan yang bersesuaian dengan tahap masing-masing di samping
mereka bebas meningkatkan tahap pengetahuan dalam apa jua bidang yang dikehendaki.
Contohnya, seperti di atas. Oleh hal yang demikian, pelajar dapat mejawab apa jua soalan
yang telah disediakan oleh pembina item Quizizz mengikut tahap, kehendak dan keupayaan
masing-masing bahkan menjurus dalam pelbagai bidang.

Paparan skrin menunjukkan pelajar boleh menjawab sama ada secara individu atau
berkumpulan. Link yang dipaparkan boleh dikongsikan bersama-sama dengan rakan lain dan
mereka boleh mengakses pada bila-bila masa di mana jua dengan menggunakan sebarang peranti
bahkan juga boleh diakses hanya menggunakan telefon bimbit masing-masing. Secara tidak
langsung, penggunaan aplikasi Quizizz ini menggalakkan pendidikan tanpa sempadan dalam
kalangan masyarakat.

Bahkan pada akhir pembelajaran menggunakan aplikasi Quizizz lazimnya pelajar atau
murid akan tertunggu-tunggu bahkan berasa teruja untuk mengetahui markah yang diperolehi
hasil daripada menjawab soalan yang dikemukakan. Secara tidak langsung, mereka sebenarnya
mencabar diri kerana berusaha menjawab dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak
berpuas hati, atau inging mengulangkaji semula isi pelajaran tersebut, Quizizz itu boleh dijawab
berulang-ulang kali sebagaimana yang paparan di bawah.
Rajah menunjukkan Langkah pertama sebelum mulakan Quizzizz. Tekan Start sebelum
memulakan.
Rajah menunjukkan paparan soalan 2/20 soalan yang perlu dijawab dalam masa yang ditetapkan.
Lazimnya, setiap soalan masa menjawab ditetapkan antara 15-30 saat sahaja untuk
menggalakkan Kemahiran Berfikir.

3. QUIZIZZ SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR YANG EFEKTIF DAN BERKESAN

Saya mendapati Quizizz lebih mesra pengguna dan berkesan dalam memperkasakan
pembelajaran atas talian. Link atau pautan yang dikongsikan kepada murid dengan pengahasilan
latar yang menarik dan pelbagai warna serta mengandungi ikon-ikon yang terdiri daripada
animasi, symbol dan sebagainya menarik perhatian mereka untuk mengikuti kelas walaupun
secara dalam talian.

Secara keseluruhannya, aplikasi ini adalah platform yang baik di mana penggunaannya
memberikan impak yang sangat bagus dalam meningkatkan penglibatan pelajar serta dapat
menganalis maklumat yang berguna tentang pelajar. Tambahan pula, laporan pencapaian pelajar
boleh dilihat di laman web rasmi atau dimuat turun sebagai hamparan elektronik Microsoft
Excel.

Lebih-lebih lagi penggunaan Quizzizz tidak memerlukan capaian internet yang bergitu
tinggi. Walau bagaimanapun, setiap pendidik perlu memiliki sikap empati bagi memastikan
setiap pelajar tidak terus terbeban dengan tugasan diberikan serta selesa dengan kaedah alternatif
diperkenalkan.

Rujukan:

https://alhijrahnews.com/aplikasi-quizizz-ke-arah-memperkasakan-pembelajaran-dalam-
talian/

Anda mungkin juga menyukai