Anda di halaman 1dari 36

1

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Beberapa orang murid sedang berbaris untuk membeli makanan dan minuman di kantin. Seorang pekerja kantin sedang melayan murid-murid yang hendak membeli makanan. Seorang pekerja kantin sedang membasuh pinggan-mangkuk yang telah digunakan. Seorang budak lelaki sedang memasukkan bungkusan makanan ke dalam tong sampah. Beberapa orang murid sedang menikmati makanan yang mereka beli di kantin tersebut.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

2. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

2
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Gambar di atas menunjukkan situasi para penjual dan para pembeli di sebuah pasar minggu. Seorang lelaki sedang berurusan dengan penjual sate, dia hendak membeli sate ayam. Seorang ibu dan dua orang anaknya hendak membeli minuman sejuk daripada sebuah gerai. Seorang wanita ingin membeli sehelai baju, dia sedang tawar-menawar harga baju tersebut. Orang ramai lebih gemar membeli-belah di pasar minggu kerana harganya lebih berpatutan.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

3. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

3
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Beberapa orang anggota keluarga sedang melakukan aktiviti di ruang tamu rumah mereka. Ayah sedang membaca ruangan tertentu di surat khabar sambil berehat pada hari itu. Ibu pula sedang menjahit pakaian, beliau juga merupakan seorang tukang jahit yang mahir. Abang menunjuk ajar dan membimbing adik bongsunya menyelesaikan masalah Matematik. Adik pula sedang tekun dan bersungguh-sungguh menerima tunjuk ajar daripada abangnya.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

4. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

4
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Pada petang minggu Hani, Jeyanthi, dan Mei Lan berjoging di kawasan padang bola sepak. Mereka berjoging adalah untuk menjaga kesihatan diri dan mengisi masa yang terluang. Jonny Lee dan abangnya mengulang kaji pelajaran mereka di bawah pohon yang rendang. Di penjuru padang pula, kelihatan beberapa orang budak lelaki sedang bermain bola sepak. Seorang penjaga gol sedang menanti bola yang akan dirembat oleh kawan-kawannya itu.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

5. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

5
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Pejabat pos sering dikunjungi oleh orang ramai bagi menyempurnakan pelbagai urusan. Di pejabat pos kita boleh membeli setem, menyimpan wang, dan membayar bil-bil tertentu. Najwa Nadia sedang memasukkan sampul surat yang hendak dikirimnya ke dalam peti surat. Encik Sarjit Singh hendak membuat kiriman wang kepada anaknya yang belajar di USM. Puan Hajah Kamariah sedang menunggu gilirannya untuk berurusan di kaunter tersebut.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

6. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

6
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Sempena cuti persekolahan, Encik David sekeluarga menceriakan halaman rumah mereka. Anak lelakinya sedang sibuk mengutip, mengumpul, dan menyapu sampah di halam rumah. Anak perempuannya sedang menyiram pokok bunga supaya pokok tersebut hidup subur. Isteri Encik David pula sedang mengecat pintu pagar kerana catnya sudah mulai luntur. Encik David gemar menanam pokok bunga, dia sedang mengembur tanah di dalam pasu.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

7. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi/keadaan yang terdapat dalam gambar.

7
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Jonny sangat gembira kerana hari ini merupakan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-12. Banyak kawan-kawannya yang hadir bagi meraikan sambutan hari lahir Jonny pada hari itu. Juadah dan kuih-muih yang dihidangkan oleh emaknya sungguh sedap dan menyelerakan. Jonny berasa gembira kerana dia banyak menerima hadiah daripada kawan-kawannya. Jonny sedang meniup lilin dan kawan-kawannya menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

8. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

8
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Empat orang peserta sedang bertanding bagi merebut juara dalam acara olahraga. Seorang pelajar lelaki sedang melakukan lompatan dalam acara lompat tinggi bergalah. Seorang hakim garisan sedang mencatat sesuatu pada buku catatan yang dipegangnya. Para penonton telah memberikan sokongan dan tepukan kepada peserta yang bertanding. Para penonton melonjak kegembiraan apabila peserta pasukannya menang pertandingan.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

9. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

9
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Keluarga Encik Wan Imran sedang berkelah dan mandi-manda di tepi pantai. Encik Wan Imran pula sedang berehat di tepi pantai sambil membaca sebuah novel. Beberapa orang budak sedang membina istana pasir yang cantik di tepi pantai itu. Hasnul dan kawan-kawannya sedang mandi laut sambil bermain baling dan rebut bola. Sebuah kapal layar yang berwarna-warni sedang belayar di tepi pantai ketika itu.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

10

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

10. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

10
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Seorang pemandu kereta telah ditahan oleh seorang pegawai polis yang sedang bertugas. Lelaki itu ditahan kerana melakukan kesalahan jalan raya, dia memandu melebihi had laju. Seorang pegawai JPJ sedang merasmikan Pameran dan Kempen Keselamatan Jalan Raya. Pegawai itu sedang mengunting tali belon sebagai tanda dan simbolik perasmian dilakukan. Orang ramai bertepuk tangan memberi sokongan kepada kempen yang sedang dilancarkan.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

10

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

11

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

11. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

11
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Seorang pemain bola hendak menendang bola agar dapat membolosi gawang gol tersebut. Seorang penjaga gol sedang beraksi untuk menangkap bola yang ditendang oleh kawannya. Dua orang budak lelaki sedang bermain layang-layang di padang atau di kawasan lapang. Seorang budak lelaki membawa layang-layang untuk dinaikkan atau diterbangkan ke udara. Seorang budak berasa kecewa kerana layang-layangnya tidak berjaya dinaikkan ke udara.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

11

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

12

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

12. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

12
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Encik Ismail dan keluarganya sedang menunggu bas di sebuah pondok bas di tepi jalan. Tiga orang remaja lelaki juga sedang menanti ketibaan bas untuk pergi ke tempat tertentu. Isteri Encik Ismail sedang mendukung anaknya ketika menunggu bas untuk ke bandar. Seorang lelaki sedang meneliti jadual perjalanan bas di sebuah stesen bas di ibu kota. Seorang perempuan sedang berurusan di kaunter untuk membeli tiket bas pada hari itu.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

12

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

13

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

13. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

13
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Hari itu banyak kenderaan yang lalu-lalang di atas jalan raya, keadaannya sangat sibuk. Kenderaan yang menggunakan jalan raya terdiri daripada kereta, bas, motosikal, dan lori. Satu kemalangan ngeri telah berlaku antara sebuah lori dengan dua buah kereta. Orang ramai turut meghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya tersebut. Sebuah kereta terbalik dan sebuah lagi mengalami remuk yang amat dasyat.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

13

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

14

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

14. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

14
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Beberapa orang penternak ikan air tawar sedang menangkap ikan peliharaan mereka. Mereka menggunakan jaring untuk menangkap ikan-ikan peliharaan di dalam kolam itu. Ikan-ikan air tawar yang ditangkap akan dijual kepada para pemborong dan orang ramai. Para pembeli suka membeli ikan air tawar kerana ikan ini masih hidup dan masih segar. Beberapa orang suri rumah sedang memilih ikan dan tawar-menawar harga ikan tersebut.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

14

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

15

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

15. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

15
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Abdul Halim dan adiknya sedang bermain guli di halaman rumah mereka pada petang itu. Kakak dan kawannya pula sedang bermain-main dengan anak patung masing-masing. Sambil bermain anak patung, kakak dan kawannya berbual-bual riang pada petang itu. Irdina sedang bermain buaian di taman permainan yang terletak berhampiran rumahnya. Ah Meng pula sedang bermain papan lungsur, dia sangat suka akan permainan tersebut.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

15

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

16

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

16. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi/keadaan yang terdapat dalam gambar.

16
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Seorang budak sekolah telah dilanggar oleh sebuah van di sebatang jalan raya. Budak lelaki itu pengsan dan mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian kaki. Kawan-kawannya memberi bantuan kepada budak itu semasa kemalangan itu berlaku. Dua orang kakitangan sebuah hospital sedang memasukkan budak itu ke dalam ambulans. Kakitangan hospital tersebut membawa budak itu ke hospital untuk menerima rawatan.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

16

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

17

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

17. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi/keadaan yang terdapat dalam gambar.

17
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Semua kaum turut memeriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini. Mereka yang terlibat dalam perbarisan memakai pakaian tradisional kaum masing-masing. Semua peserta yang terlibat menjayakan perbarisan itu menampakan semangat patriotisme. Perbarisan Sambutan Hari Merdeka ini disertai oleh pelbagai agensi dan ribuan peserta. Upacara perbarisan itu juga dapat ditonton secara langsung oleh semua rakyat Malaysia.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

17

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

18

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

18. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

18
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Mei Lan dan kawan-kawannya sedang menunggu bas di sebuah pondok perhentian bas. Sementara menunggu bas tiba, dia mengisi masa dengan membaca buku pelajarannya. Seorang perempuan sedang menatap dan membaca surat khabar semasa menunggu bas. Mei Lan telah berjaya dalam pelajaran dan menerima anugerah cemerlang di sekolahnya. Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada Mei Lan atas kejayaan cemerlangnya itu.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

18

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

19

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

19. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

19
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Seorang murid perempuan sedang mengemas dan membersihkan meja guru di kelasnya. Saeorang murid perempuan sedang mengelap habuk-habuk di cermin tingkap kelas mereka. Guru kelas mereka membantu mengelap habuk-habuk yang terdapat pada sebuah almari. Seorang murid perempuan sedang menyapu sampah berdekatan dengan almari tersebut. Dua orang murid perempuan sedang mengangkat tong sampah yang penuh dengan sampah.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

19

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

20

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

20. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

20
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Anwar meminta ampun dan maaf daripada kedua-dua ibu bapanya di pagi Hari Raya Aidilfitri. Anwar dan bapanya sedang menuju ke sebuah masjid bagi menunaikan Solat Hari Raya. Orang ramai berduyun-duyun pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Aidilfitri pada pagi itu. Bapa Anwar sedang melayan tetamunya yang berhari raya di rumah mereka pada hari itu. Kawan-kawan ayah Anwar sedang menikmati juadah Hari Raya Aidilfitri yang beraneka jenis.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

20

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

21

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

21. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

21
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Puan Hanizan dan anaknya pergi ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan harian. Puan Hanizan sedang memasak dan menyediakan lauk-pauk untuk makan tengah hari. Anak perempuannya juga rajin ke dapur membantu Puan Hanizan menyediakan makanan. Setelah selesai memasak, Puan Hanizan sekeluarga makan tengah hari bersama-sama. Anak bongsu Puan Hanizan sedang menyuap nasi, dia makan dengan tertib dan sopan.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

21

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

22

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

22. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

22
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Tiga orang budak lelaki terpaksa meredah hujan lebat semasa mereka pulang dari sekolah. Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan berlakunya banjir di kawasan tertentu. Sebuah kereta dan sebuah van terperangkap semasa banjir melanda kawasan tersebut. Pihak yang bertanggungjawab mula mengedarkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Berkotak-kotak makanan akan diserahkan kepada mangsa banjir sebagai tanda simpati.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

22

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

23

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

23. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

23
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Seorang anak lelaki sedang meminta maaf daripada ayahnya di pagi Hari Raya Aidilfitri. Emaknya tersenyum memerhatikan anaknya mencium tangan ayahnya memohon maaf. Keluarga Encik Wong mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dengan perasaan gembira. Anak lelaki Encik Siva sedang mengangkat beberapa gelas minuman untuk rakan-rakanya. Rakan-rakannya mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada Ravin dan keluarganya.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

23

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

24

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

24. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

24
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Beberapa orang anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran sebuah rumah. Api yang semakin marak menyukarkan anggota bomba untuk memadamkan kebakaran itu. Kebakaran itu dapat dipadamkan tetapi keseluruhan rumah tersebut telah hangus dijilat api. Pemilik rumah tersebut amat sedih dan terharu melihat keadaan rumahnya yang hangus. Keluarga yang malang itu terpaksa menumpang di sebuah dewan buat sementara waktu.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

24

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

25

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

25. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

25
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Puan Faridah menggunakan dapur gas untuk menjerang secerek air pada pagi itu. Puan Faridah menjerang air tersebut untuk menyediakan sarapan pagi bagi keluarganya. Selepas selesai menjerang air, Puan Faridah meguli tepung untuk membuat kuih pau. Dia menggunakan tepung khas untuk membuat pau agar paunya gebu dan lembut. Sementara menunggu paunya masak, dia mengemas rumah dan menyapu sampah.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

25

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

26

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

26. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi/keadaan yang terdapat dalam gambar.

26
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Terdapat beberapa buah rumah papan di tengah-tengah kawasan sawah padi itu. Sawah padi di kawasan itu sudah dibajak dan sedia untuk ditanam dengan anak padi. Seorang perempuan sedang menanam beberapa gemal padi di petak sawah tersebut. Anak padi itu ditanam berbaris-baris supaya pokok padi dapat membesar dan hidup subur. Tujuan orang-orangan diletakkan di sawah padi adalah untuk menghalau unggas/burung.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

26

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

27

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

27. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

27
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Dua orang lelaki sedang menangkap ikan dari sebuah kolam ikan peliharaan mereka. Beberapa orang pengail sedang menyertai pertandingan memancing di sebuah kolam ikan. Seorang peserta pertandingan memancing berjaya mendapat seekor ikan yang agak besar. Seorang lelaki sedang memancing ikan dengan menggunakan sebuah sampan berenjin. Lelaki itu memancing ikan di sebuah sungai, dia menggunakan joran bagi tujuan tersebut.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

27

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

28

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

28. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

28
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Haniza menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh sebuah pusat membeli belah. Banyak kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertandingan melukis pada hari itu. Haniza melukis pemandangan sebuah rumah kampung yang terletak di tepi sebatang sungai. Para pengadil sedang menghakimi lukisan-lukisan tersebut, mereka memilih pemenangnya. Haniza sedang menerima hadiah kerana lukisannya terpilih memenangi tempat pertama.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

28

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

29

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

29. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

29
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Di negara kita pembangunan sedang giat dan pesat membangun di seluruh pelosok rantau. Pembinaan rumah kediaman merupakan projek pembangunan yang giat dilaksanakan. Tenaga buruh juga amat penting dalam menjayakan agenda pembangunan negara ini. Pembinaan rumah teres menjadi pilihan utama syarikat-syarikat perumahan di negara kita. Jentera digunakan dalam pembinaan untuk mempercepat dan memudahkan sesuatu kerja.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

29

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

30

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

30. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

30
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Pada pagi itu, Nurul Hidayah mengalami kesakitan gigi yang amat sangat. Pada hari itu juga dia terpaksa mengambil cuti sakit kerana kesihatannya kurang baik. Ayahnya membawa Nurul ke sebuah klinik gigi berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Mereka sampai di klinik gigi, Nurul Hidayah mendaftar untuk mendapatkan rawatan. Doktor gigi memeriksa gigi Nurul Hidayah, giginya yang berlubang itu perlu dicabut.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

30

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

31

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

31. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

31
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Seorang budak lelaki sedang membasuh kereta ayahnya, dia seorang anak yang rajin. Dia juga suka akan pokok-pokok bunga, dia sedang menyiram pokok-pokok bunga tersebut. Dia juga gemar bermain layang-layang, dia bermain layang-layang apabila ada masa lapang. Dia bijak menguruskan masa, dia sering mengulang kaji pelajarannya pada waktu malam. Dia juga bijak mengatur jadual harian, keseluruhan masa dimanfaatkan dengan maksimum.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

31

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

32

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

32. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

32
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Pada hari itu, Ahmad Murad terlalu leka menonton rancangan televisyen hingga larut malam. Walaupun sudah rasa sangat mengantuk, dia masih menonton rancangan kegemarannya itu. Ahmad Murad tidur lena dan tidak terjaga pada malam itu kerana dia terlalu mengantuk. Dia terlewat bangun pada pagi itu, dia kelam kabut bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Pada hari itu dia tidak dapat mengejar masa, dia telah ditinggalkan oleh bas sekolahnya.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

32

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

33

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

33. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

33
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Budak lelaki itu menggunakan sebatang serkup berjaring untuk menangkap rama-rama. Dia sedang mengejar beberapa ekor rama-rama, dia hendak menyerkup rama-rama itu. Semasa dia sedang mengejar rama-rama itu, dia terlanggar seketul batu besar lalu terjatuh. Kaki kanan budak itu terseliuh, bapanya sedang mengurut kaki kanannya yang terseliuh itu. Dia sedar akan kesilapannya itu, dia juga berjanji tidak akan menganiayai binatang lagi.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

33

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

34

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

34. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

34
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Ahmad Izham mengambil bahagian dalam acara bawa bola ping pong dalam sudu. Kawan-kawannya juga mengambil bahagian dalam acara sukaneka pada hari itu. Murid-murid perempuan pula mengambil bahagian dalam cara tiup dan pecah belon. Tiga orang murid lelaki sedang bertanding dalam acara mengisi air ke dalam botol. Para peserta olahraga pula sedang bertanding dalam acara 4 X 100 meter di trek balapan.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

34

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

35

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

35. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

35
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Seorang pekebun sayur sedang memagari kebun sayurnya daripada musuh tanaman. Pekebun sayur itu menggunakan dawai berduri untuk memagari kebun sayurnya itu. Pekebun sayur itu sedang membersihkan pokok-pokok sawi yang baru ditanamnya. Isteri dan anak-anaknya juga sedang mencabut rumput di kawasan kebun sayur mereka. Pekebun sayur itu menjual sayur-sayurannya sendiri kepada orang ramai di pasar tani.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

35

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

36

Item karangan format baharu UPSR - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]

36. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi/keadaan yang terdapat dalam gambar.

36
1. 2. 3. 4. 5.

CADANGAN JAWAPAN

Murad hendak ke kedai runcit, dia menunggang basikalnya menuju ke kedai tersebut. Semasa dalam perjalanan ke kedai runcit itu, seekor anjing liar telah mengejar Murad. Murad hilang kawalan, basikalnya terbabas di bahu jalan dan dia terjatuh dari basikalnya. Murad bernasib baik kerana pada ketika itu ada seorang pemuda yang telah menolongnya. Murad mengucapkan terima kasih atas bantuan yang telah dihulurkan oleh pemuda tersebut.

10

111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR

36

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN A

Anda mungkin juga menyukai