Anda di halaman 1dari 7

SKEMA JAWAPAN

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

BAHAGIAN A

NO JAWAPAN NO JAWAPAN
1 A 11 A
2 B 12 C
3 B 13 C
4 A 14 D
5 A 15 A
6 D 16 A
7 C 17 A
8 B 18 B
9 D 19 C
10 D 20 A

SOALAN 21

a ) Betulkan perkataan yang digarisi dengan perkataan yang betul.

i)
Sharifah sedang menenun sarung ketupat di dapur menganyam
menjelang Hari Raya Aidilfitri.

ii)
Pak Cik Ismail membonceng sampan di laut untuk mendayung /
menangkap ikan. mengayuh

iii) Puan Naimah menjinjing kedua-dua orang anak mendukung


kembarnya yang menangis untuk meredakan tangisan
mereka.

( 3 markah)
b) Tulis Betul atau Salah bagi penggunaan perkataan yang bergaris dalam ayat.

i) Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang


Salah
paling handal sekali.
ii) Pemandangan ketika matahari terbenam di tepi laut itu Betul
indah nian.

( 2 markah)

SOALAN 22

a) Tulis ayat perintah yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Ayat Penyata : Pak Mat melarang Badri bermain bola di tepi longkang
itu.

Ayat Perintah : “Jangan bermain bola di tepi longkang”,kata Pak Mat

kepada Badri.

( 2 markah)

b) Tulis dialog yang sesuai bagi situasi yang terdapat dalam gambar dibawah.

Pameran buku antarabangsa


itu akan tamat pada hari
Sabtu ini.

Cikgu, bilakah pameran buku antarabangsa itu akan berakhir ? ( 2 markah)


SOALAN 23

Lihat gambar di bawah.Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah makan angin

( 2 markah)

b. Apakah aktiviti-aktiviti yang dapat terdapat dalam gambar di atas ?


Aktiviti-aktiviti yang dapat terdapat dalam gambar di atas adalah
berenang / bermain bola /menghidangkan makanan,membina istana
pasir/berlari/berjalan,berkayak
(2 markah)

 dan mana-mana jawapan yang releven

c. Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu berkelah seperti dalam gambar
di atas ?
Pada pendapat saya, kita perlu berkelah seperti dalam gambar di atas
kerana dapat mengisi masa lapang bersama ahli keluarga.Selain
itu,aktiviti berkelah juga dapat menenangkan fikiran dan mengeratkan
hubungan kekeluargaan.
(3 markah)

 dan mana-mana jawapan yang releven


SOALAN 24

Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian jawab soalan – soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh kita ambil bagi memastikan kesihatan
kita pada tahap terbaik. Pada masa kini, kita boleh mendapatkan sumber makanan
yang pelbagai agar kesihatan kita terjamin.

Susu kambing ialah makanan semula jadi yang berkhasiat dan


diperlukan untuk kesihatan badan. Susu kambing sesuai untuk semua lapisan
umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, aiskrim,
keju dan mentega.

Telur Omega-3 ialah telur yang diperkaya dengan segala khasiat untuk
mereka yang pentingkan kesihatan. Telur ini dihasilkan oleh ayam daripada baka
yang terbaik. Seperti juga telur-telur ayam lain yang kaya dengan protein, vitamin
dan mineral. Telur Omega-3 mempunyai khasiat yang sama tetapi memberikan
sumber khasiat tambahan iaitu asid lemak Omega-3 dan vitamin E.

Selain itu, ikan salmon mempunyai khasiat sebagai makanan untuk


kesihatan kulit. Ikan salmon dapat menghalang kedutan pada kulit dan
memelihara kulit agar tetap sihat dan halus. Salmon ialah ikan yang kaya
dengan lemak tak tepu Omega-3 yang dapat mengurangkan pengeluaran
partikel penyebab radang dalam tubuh yang boleh merosakkan kulit .

a. Susu kambing sesuai dijadikan pelbagai produk makanan seperti dadih,

aiskrim , keju dan mentega.

( 1 markah)
b. Mengapakah telur Omega-3 dikategorikan sebagai makanan yang

berkhasiat?

Telur Omega-3 dikategorikan sebagai makanan yang berkhasiat kerana


mempunyai khasiat seperti protein, vitamin, mineral dan sumber khasiat
tambahan iaitu asid lemak Omega-3 dan vitamin E.

. ( 2 markah)

c. Adakah kamu bersetuju bahawa kita perlu mengamalkan pemakanan yang

seimbang? Mengapa?

Ya , saya bersetuju bahawa kita perlu mengamalkan pemakanan yang

seimbang kerana makanan seimbangan dapat menghindari diri

daripada dijangkit penyakit.Selain itu, makanan seimbang juga

memberikan vitamin yang cukup kepada badan dan mampu mengawal

obesiti. ( 3 markah)

 dan mana-mana jawapan yang releven.


SOALAN 25

Baca pantun di bawah dan jawab soalan pemahaman.

KELUARGA BAHAGIA

Masak lemak dengan kelapa,


Kelapa dicari oleh sang kera;
Cintai ibu sayangi bapa,
Pasti hidup aman sejahtera.

Buah naga masak merah,


Sedap dimakan oleh Bibah;
Dengan ibu bapa jangan marah-marah,
Takut di akhirat terima musibah.

Daun pandan wangi baunya,


Boleh dibuat bunga rampai,
Tolong-menolong sesame keluarga,
Hubungan erat ukhwah tercapai.

Terang bulan di malam sepi,


Cahaya memancar kepangkal kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada ibu dan juga bapa .

a. Perkataan musibah boleh digantikan dengan perkataan dugaan / kesusahan /


kesukaran / malapetaka / kemalangan / kecelakaan / bencana

 dan mana-mana jawapan yang releven. ( 1 markah)

b. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan pantun.

Kita mestilah membantu ibu bapa .


betul
Kita haruslah menegur ibu bapa

salah
Kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa .

( 2 markah)
c. Mengapakah kita tidak boleh marah dengan ibu bapa ?

Kita tidak boleh marah dengan ibu bapa kerana merekalah

i) melahirkan dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang.

ii) menjaga kita dari bayi sehinggalah dewasa.

iii) menjaga makan,minum,pakaian dan menjaga keselamatan kita

 dan mana-mana jawapan yang releven.

( 2 markah)

d.
Cintai ibu sayangi bapa,
Pasti hidup aman sejahtera .
Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

Sebagai anak, kita mestilah mencintai dan menyayangi ibu bapa agar

kehidupan kita aman sejahtera.

. ( 3 markah)

 dan mana-mana jawapan yang releven.

Anda mungkin juga menyukai