Anda di halaman 1dari 7

PENTAKSIRAN 1 / 2023

BAHASA MELAYU
TAHUN 4
NAMA : ______________________________________________

KELAS : ______________________________________________

BAHAGIAN A : ( 10 MARKAH )
Bulatkan jawapan yang betul.
Pilih penjodoh bilangan yang sesuai dalam ayat di bawah ini. ( SP : 5.1.1 (IV) )
1. Terdapat dua ______________ kereta sedang berhenti di hadapan mereka.
A. biji C. orang
B. buah D. papan

2. Ayah membeli dua _____________ durian di tepi jalan itu.


A. Buah C. ulas
B. Biji D. butir.
C.
3. Harga seikat petai di pasar itu ialah RM10. Setiap ikat mengandungi 6 _______ petai.
A. Papan C. keping
B. Biji D. buah

4. Pilih ayat yang betul. ( SP : 5.1.2 (i))


A. Kami dilawat ke muzium itu.
B. Kita harus dicuci tangan sebelum makan.
C. Buku itu menulis oleh Adi.
D. Thaqif menyepak bola itu dengan kuat.

5. Pilih ayat yang menggunakan kata ganti nama yang betul . ( SP: 5.1.1 ( iii) )
A. Saya dan Azri berkawan baik. Kita tinggal di Taman Desa Permai.
B. Sultan Johor sangat prihatin. Baginda sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
C. Emak dan ayah saya penjawat awam. Kami bekerja di pejabat kerajaan.
D. Pesalah itu Berjaya ditangkap. Beliau akan direman seminggu.

1
Lihat sebelah
Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya. (SP: 2.3.1)

Adam dan rakan-rakannya terplih untum mewakili sekolah dalam acara bola sepak. Setiap
petang,mereka akan menunggang basikal ke sekolah untuk menjalani latihan bersama-sama. Adam dan
rakan-rakannya tidak melalui Kawasan berbahaya kerana sentiasa ingat akan pesanan Cikgu Ammar.
Petang itu, Thaqif tidak dapat datang. Dia sakit mata. Adam memaklumkan keadaan Thaqif
kepada Cikgu Ammar. Latihan pada hari itu bermula agak lewat. Cikgu Ammar berkongsi tip
pemakanan yang betul untuk penjagaan kesihatan mata. Antaranya termasuklah vitamin A dan vitamin
C yang terdapat dalam susu, sayur terutamanya lobak dan brokoli serta buah-buahan.
Adam sedar pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan
mata. Dia akan berkongsi tip yang diberikan oleh Cikgu Ammar kepada Thaqif apabila dia Kembali
nanti.

6. Bilakah Adam dan rakan-rakannya menjalani sesi latihan?


A. Setiap petang C. Setiap hujung minggu
B. Sebelum pulang dari sekolah D. Waktu lapang masing-masing

7. Pilih pernyataan yang BENAR.


A. Cikgu Ammar sakit mata C. Adam dan rakan-rakan pulang
awal.
B. Adam dan rakan-rakannya taat kepada D. Thaqif demam.

8. Vitamin yang penting untuk mata ialah …


A. Vitamin A dan D C. Vitamin B dan A
B. Vitamin B dan C D. Vitamin B dan C

9. Tandakan (/) jika pernyataan itu betul atau( x) jika pernyataan itu salah

Thaqif terpilih untuk mewakili sekolah dalam acara bola


sepak.
Vitamin C terdapat dalam ikan, sayur dan buah-buahan.

2
Lihat sebelah

BAHAGIAN B ( 10 MARKAH )
Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya. ( 6 markah/ TP
4)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan pemberian vaksin COVID-19


untuk kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun bermula Februari 2022. Vaksin
mRNA iaitu Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dipersion ( Pfizer-BioNTech) telah
digunakan. Hasil dapatan kajian klinikal , vaksin ini menunjukkan keberkesanan
sebanyak 90.7 % sert berkemampuan untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi
terhadap penyakit COVID-19.
Pemberian vaksin COVID-19 bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada
mortaliti dan morbidity akibat jangkitan COVID-19, membolehkan mereka menjalani
aktiviti seharian dengan lebih selamat terutamanya aktiviti di luar rumah dan di tempat
belajar serta mengurangkan risiko penularan jangkitan kepada kanak-kanak lain yang
tidak layak menerima vaksin COVID-19.
Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan
sela masa lapan minggu selepas dos pertama. Sela masa lapan minggu antara dua dos
yang disuntik akan memberikan kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang
lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.
Sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera mula dibuka pada penghujung januari
2022. Ibu bapa boleh mendaftarkan anak sebagai tanggungan dalam aplikasi
MySejahtera mereka. Tempahan janji temu vaksinasi dibuka secara berperingkat
bermula 31 Januari 2022 dan telah dibuka lebih dahulu kepada ibu bapa yang tinggal di
Lembah Klang

( SP : 3.2.2)
1. Berapakah umur kanak-kanak yang layak untuk menerima vaksin COVID-19?
( 1 markah )

2. Nyatakan tiga tujuan pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak.


( 3 markah )

3
a) __________________________________________________________________

Lihat sebelah

b) __________________________________________________________________

c) __________________________________________________________________

3. Mengapakah sela masa dua minggu diperlukan antara dua dos yang disuntik?
( 2 markah )

4. Garisi kata nama khas dalam ayat di bawah ini . ( 2 markah )

Semalam, ayah membeli buku bertajuk Badai Semalam di Kedai Buku Harris.

5. Garisi kata nama am dalam ayat di bawah. ( 2 markah )

Aisyah menolong ibu menolak troli .

4
Lihat sebelah

BAHAGIAN C
Gambar di bawah menunjukkan aktiviti sebuah keluarga .. Tulis LIMA ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut . (SP: 3.2.1 ) ( 10 markah )

5
4

Lihat sebelah

BAHAGIAN D
Gambar di bawah menunjukkan amalan hidup murid cemerlang. Tulis lima ayat tentang
gambar tersebut. ( 10 markah ) SP: 3.2.3

1.

6
4

Kertas soalan tamat.

Anda mungkin juga menyukai